Isnin, Disember 30, 2013

Bila Kau Pergi Ada Penggantinya..

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah..
Alhamdulilah... 
Alhamdulilah.. 

Syukur sangat terpilih masuk kelas sains =) Alhamdulilah.. Memang ramai orang tanya .. result akudapat berapa? Aku cakap aku dapat 2A je .. Tak sangka pulak boleh masuk kelas KAA.. Rezeki Allahkan siapa tahu..Mungkin itu juga ujian dan cabaran untuk aku.. yeah! Cabaran untuk aku.. Allah dah kasi aku jalan ..just aku handle segalanya.. Aku harap aku kuat dan kuat ..In Shaa Allah =) Even mak aku rasa aku macam tak boleh nak masuk kelas tu sebab result aku yang tak berapa nak cemerlang tu ... Result aku dengan kakak aku ... Result kakak aku jauh lebih baik :) Aku suam-suam kukuje =) Menyesal dengan result yang aku dapat.. In Shaa Allah tak.. :) 


Parents aku tak yakin , tetapi akuyakin sebab Allah ada bersama aku.. In Shaa Allah selalu =) Dia yang mengaturkan segalanya , Jika kita berpegang kepadaNya In Shaa Allah semuanya akan berjalan dengan lancar.. Aku harapkan begitu.. Semoga aku dapat membalas balik apa yang aku ingin memberikab sesuatu yang sangat istemewa untuk diri aku, keluarga,guru, sekolah dan masyarakat serta negara =) In Shaa Allah .. 


Aku harap aku tak mengeluh dan takakan penat untuk terus belajar..belajar danbelajar.. Aku harap sifat pemalas aku beransur-ansur hilang .. In shaa Alllah.. . Kalau aku nak sesuatu itu aku mesti mendapatkannya .. In Shaa Allah=) Thanks mama sebab selalu ada dengan saya disaat saya rasa down dan berusaha bangkitkan semangat saya..Terima Kasih jugakerana hadirdalam hidup sayadi saat saya akan kehilangan seseorang .. Seseorang yang saya terlalu sayangkan dia dan mungkin juga selepas ini saya tak akan jumpa dia.. Dia selalu ada  untuk saya disaat saya gembira dan segalanya.. Mungkin juga TIDAK!! kerana saya tak nak dia tahu =) Kehilangan dia ? Mungkin telah ditakdirkan selama 4 tahun untuk saling melengkapi antara satu sama lain.. Persaudaraan itu akan kekal tetapi pertemuan kita mungkin tidak =) 


Alangkah indahnya disaat aku mula-mula mengenalimu .... Walaupun perangai kau rasa macam kelakian skit tapi aku suka ...suka dan suka =) Entah aku pun tak tahu kenapa aku tertarik dengan kau kak =) Aku sayang kau even kau dah tahu tapi rindu kau , biarlah aku sendiri yang tahu =) Aku harapkau kuat kak... Perjalanan hidup kau lepas ne lebih mencabar .. Aku still ada setahun untuk menyemai segala  ilmu baru.. ilmu luar dan sebagainya.. Di saat aku kehilangan kau Allah bagi akuinsan yang lain untuk membantu ,membimbing dan menyayangiku.. Terima Kasih Allah =) 


Terima Kasih juga kak sebab selama 4 tahun ada dan selalu adaa untuk adik.. Selamat Tinggal Kenangan 2011-2013... Aku dah simpan kau dalam peti simpanan aku semoga kenangan itu tetap ada bila aku ingin membukanya .. Esokkk... kemas kelas bersama gegeng 4 Sains =) In Shaa Allah aku datang .. Aku harap aku dapat tolong mana yang patut..heeeee 

Jumaat, Ogos 02, 2013

SUFINASUHA :)




Sungguh ku terpesona dengan keunikkan wajahmu serta gaya hidupmu.Biarpun engkau ingin menjadi seperti lelaki tetapi apakah daya jika engkau telah di takdirkan sebagai seorang perempuan. Engkau harus bersyukur dengan kurniaan Ilahi.. Biarpun engkau begitu dengan cara gayamu tetapi ku akui bahawa ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik sifatmu itu. Engkau tidak hipokrit kerana kau menjadi dirimu yang sebenar .. Tidak seperti mereka yang lain ,kadang-kala bersikap begitu... Adakah aku tergolong dalam kumpulan hipokrit itu.. Ku harapkan tidak sesekali....

Sejujurnya aku senang sekali melihat raut wajahmu seperti ada sinaran yang begitu memukau apatah lagi bila engkau tersenyum manis.. Subhanaallah... indahnya ciptaan Ilahi.. Aku rindukan saat kita bersama dulu... saat kita bergelak sakan .... usik mengusik dan sentiasa ceria bersama.. Segala kerisauan, kekusutan, kekhautiran, dan masalah yang sering bermaharajalela ini terhapus begitu sahaja saat aku bersamamu.. Mungkin kita    tidak dapat memutarkan segala memori lagi tetapi kita masih mampu merasainya. Mungkin tercatatnya seribu satu kenangan yang tidak mampu engkau pinggirkan.. Mungkin kenangan itu membuatkan kita tergelak sendirian dan tersenyum mesra. Oh kenangan .... Ku harapkan kenangan itu menjadi penguat semangatku biarpun sebesar mana ujian yang mendatang,akan ku bangkit bak sang pendekar untuk menentang ujian itu.. Khabarkanlah kepadaku bila keadaanmu seperti itu terus mara ke hadapan tanpa berundur ke dunia lalu... Semoga hari-hari mendatang menjanjikan sesuatu yang istimewa untukku..

Ternyata hingga kini ,engkau masih begitu biarpun dikau telah meningkat remaja.. Tapi kulihat kau masih tersenyum walaupun diayak dengan pelbagai aduan yang menyebabkan kau kadangkala menangis kesepian... Tapi apakah daya engkau hanyalah seorang insan yang lemah,insan yang tetap cekal dan tabah biarpun lautan ombak bergelora,biarpun terik mentari memancarkan cahayanya ,engkau tetap dengan caramu.. Caramu yang tersendiri,yang kadang kalanya aku terpegun  dan sesuatu yang begitu magis dan sudah tentunya U.N.I.K. Kau beruntung kerana memiliki sifat itu.,....

Kecemerlanganmu sebelum ini membuatkan engkau berasa begitu gembira tetapi pada zahirnya engkau mengatakan bahawa keputusanmu biasa-biasa sahaja. Tidakkah engkau tahu jikalau keputusanmu biasa-biasa sahaja maka sudah tentulah engkau tidak akan mendapat anugerah pelajar cemerlang PMR? Bukankah begitu...Ku akui bahawa ibubapamu berbangga dan ku akui juga bahawa putera puteri yang menjadi sahabatmu juga bahagia dengan pencapaianmu..... Tahniah....tahniah dan tahniah.. Semoga kecemerlangan terus bertandang kepadamu..In shaa Allah..

Duniaamu semakin mencabar kini .... Duniamu juga begitu hebat .... dan duniamu juga memasuki alam baharu..Alam pendekatan sains.. menjadi seorang pelajar yang penuh dengan fakta-fakta biologi,kimia,fizik, add math dan lain-lain lagi,semuanya semakin rumit dan perlu bertungkus lumus...Adakah engkau begitu? Dulu semasa engkau di zaman menengah rendah,lapan subjek sahaja yang kau perlu fikirkan untuk mencapai sasarannya tapi kini engkau perlu mencapai sasaran yang lebih dari lapan.. Ku ucapkan semoga engkau berjaya .. Bolehkah engkau memberi tahuku tentang resepi kejayaanmu... Adakah di sebabkan engkau di kurung oleh gurumu dengan pelbagai hujah ,engkau berubah dan bertekad untuk berjaya.. Mungkin dengan cara itu,kau mampu melontarkan sayapmu ke langit untuk terbang bersama mereka yang lain...  Tetapi janganlah engkau lupa akan peperiksaan SPM pada tahun hadapan.. sijil itu juga bermakna ..mungkin lebih besar ganjarannya berbanding dengan keputusan PMR. Aku harap engkau tidak terleka dengan pencapaianmu setakat ini. Maaf sekiranya aku terlebih berkata... Ku harapkan tiada kata-kata yang terlanjar dari kalam kata-kata yang ingin kusampaikan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pertama kali ku memandangmu .. Ku akui bahawa pada dirimu ada suatu rahsia yang luar biasa sehingga ku boleh menjadi lebih beramah denganmu tanpa segan silu.. Mungkin disebabkan perwatakanmu yang begitu mempersonakan... Mungkin? Dengan sekelip mata aku dan engkau telah menjadi saudara angkat... Haha... Bolehkah engkau mengingati saat itu kembali? Mungkin engkau sudah melupainya.. Tapi tidak mengapa kerana pelbagai-bagai cerita seperti seribu tahun yang melekat di minda kita tapi bukankah otak kita mampu untuk memproses kenangan-kenangan lalu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Begitu banyak yang ingin ku ceritakan di sini tapi mungkin ia terlalu terlebih menadah tangan untuk di ceritakan di sini.. Apa yang ingin ku katakan.. Saat pengalaman kita sentiasa bersua di perpustakaan.. sentiasa ada cerita yang di kongsi bersama... Dan tidak dapat kulupakan saat tercetusnya pergaduhan yang terulung kita..haha rasa seperti ingin perkara itu berulang lagi tetapi tidak mungkin.. Dikau akan sibuk pada tahun hadapan,ku harapkan kau mendapat keputusan yang setimpal dengan usahamu.. Dan kini .. pada tahun ini ku telah terikat dengan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) .. tinggal beberapa hari lagi akan menghadapi peperiksaan itu selepas peperiksaan percubaan ku selesai.. ku harapkan ada sesuatu yang misteri di situ...  Keajaiban Allah yang tidak di duga sekalian manusia..

Doakanlah daku berjaya menempuh cabaran dan dugaan pada tahun ini.. Cabaran pada tahun ini lebih mencabar berbanding tahun lepas ... Ku harapkan ku tabah dan cekal hati untuk menempuhnya.. Sufi....seperti ingin lari dalam kehidupanku ini .. rasa tak sanggup untuk melaluinya tetapi itulah satu perkara yang paling bodoh jikalau ku melakukan....Ku harapkan engkau juga tidak begitu... Sufi .. sebenarnya karya ini khas direka untukmu sebagai tanda ingatan sempena hari lahirmu.dan untuk selamanya... Ku harapkan engkau menyukai segala pemberianku... Halalkan pemberianmu kepadaku dan pemberianmu ini masih kekal dan akan kekal padaku.. ku akan menjaganya dan tetap akan menilik setiap saat... Tahukah engkau aku juga masih menyimpan surat yang berwarna merah jambu dengan tulisanmu yang kau tuliskan kata-kata pujanggamu... Perkataan yang masih aku tidak boleh lupa ialah JANGAN NAKAL-NAKAL. Bagaimana engkau tahu bahawa aku seorang gadis yang nakal.. kau spy aku eh masa kecil.. hahaks.. Kini,kata itu ku pulangkan semula kepada engkau ... ku harapkan engkau juga tidak begitu.. tidak terlalu nakal.. Perasaan terhadap seseorang itu biarlah berpadah-padah..hehe Kuatkan semangat apabila engkau bersedih dengan kehilangannya kerana Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari itu.. Jika dia seseorang yang diciptakan untukmu .. Ku harapkan kalian kekal.. Kalau dah bersatu,jangan lupa tau jemput cik datang rumah lagipun tak jauh pun rumah cik ngan hang..haha Cik mau makan nasi minyak  dan merenjis bunga mawar kat kalian berdua..haha.. Akak jangan marah saya tau saya cuma bercanda sahaja.. Maaf dan maaf..

Sufi.... masuk tahun ini dah 3 tahun kan kita sebagai adik beradik angkat.. Mungkin tahun depan tahun terakhir hubungan kita tapi mungkin juga sampai bila-bila... Pejam celik pejam celik sudah sampai ke penghujung bulan tujuh .. Ini bermakna hari kelahiranmu tidak lama lagi .. Di kesempatan ini ku menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepadamu jikalau adik ada melakukan kesalahan dan kesilapan serta mencucuk pinggangmu dengan tanganku yang kerdil ini cuma sebagai keramahanku kepadamu .. Maafkan adik jika akak tidak menyukai perkara itu.. Jaga diri baik-baik yek sufi... Jangan pernah mengalah ,teruskan berusaha.. Tabahkan hati dan cekalkan jiwamu . In shaa Allah semuanya baik-baik sahaja.. Seperti pakar motivasi pula saya ini ...haha sabar ajalah dengan perangai budak kecik ini.. :P


Terima kasih Ya Allah kerana engkau telah memberikanku sedikit ilmu untuk mencoretkan berpatah-patah perkataan untuk menghasilkan karya ini...Maaf sekiranya karya ini tidak berapa kualiti dan pengunaan kata-kata tidak terlalu bagus seperti sasterawan .. saya hanya mencoretkan apa yang berada di dalam minda saya untuk menghasilkan karya ini ... Sufinasuha Binti Aminurrahman ... saya harap awak tidak marah yek.. Jangan nakal-nakal ;) hehe .. Thanks kerana sudi menjadi saudara angkat saya.. Terima kasih atas segala pemberiaan .. Terima kasih atas tunjuk ajar... Terima kasih atas teguran dan nasihat ... Terima Kasih atas segalanya... Allah telah meminjamkan awak untuk saya sementara waktu  ini sebelum saya dipanggil Ilahi... Mungkin kita akan lebih menghargai seseorang itu bila kita merasai kehilangannya.. Sesungguhnya mereka yang mendekat kepada saya adalah insan-insan yang dipilih oleh Allah untuk mendidik dan mengajar saya erti kehidupan yang sementara ini... Mengajar saya erti kesabaran ketika berada di dunia fana ini kerana saya yang memilihnya untuk berada di sini ... Dan perkataan   ini sungguh bermakna dalam hidup saya ... dan dialah pembangkit semangat saya .. tak semua orang mendapat penghargaan ini jika hanya ada dua orang sahaja yang layak di berikan ucapkan itu... Sungguhnya saya menghargai kehadiran mereka biarpun mereka selalu menyakitkan hati saya ,membuatkan saya menangis tapi di sebalik itu terdapat kegembiraan yang tidak dapat digambarkan .. Terima kasih SUFINASUHA BINTI AMINURRAHMAN kerana berjaya menakluki hati saya dengan cara awak yang tersendiri dan saya amat menyayangi awak biarpun nanti mungkin kita tidak bersua lagi tapi saya harapkan impian saya untuk berjumpa dengan awak lepas tamat zaman persekolahan termakbul... Dan saya rasa penghargaan ini lebih berharga kerana dialah penyelamat saya dalam setiap waktu seperti ultraman..hehe Dia seorang kakak yang sentiaasa ceria dengan perwatakannya.... seorang kakak yang lebih bermakna daripada sekalian kakak yang pernah yang ada.. Haha .. Sufinasuha awak berada di ranking ke dua lepas akak saya sendiri.. Terima kasih KAKAK dan KAKAK  kerana pernah ada mewarnai kehidupan saya kini.. Alhamdulilah...

Bolehkah karya ini di anggap seperti sebuah cerpen.. Ku  harapkannya boleh menjadi seperti itu.Luahan dari sudut terpencil di sanubari diriku ini dengan tulus ikhlasnya ku menaip butir-butir cinta ini..Ku harapkan engkau sudi menerima dan membaca ... Jadikanlah ia sebagai karya istimewa untukmu sebagai tanda persaudaraan kita selama ini .. Syukran :)


 

Mari bernyanyi bersama saya,wahai sufinasuha.... 

Semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki, berjaya dalam kehidupan,tidak berputus asa , tabah dan sabar melayani kerenah bumi ini, taat kepada suruhan ilahi, persuruh Allah dan ibubapa akk..
Sentiasa berusaha menjadi lebih baik dari semalam...

" Sufi..... Happy Birthday to you... 
Nasuha ..... Sannah Helwah .... 
Sufi Nasuha  semoga Allah merahmatimuu... "

Kau umpama sang bidadari yang pernah hinggap di pusaraku ini,
andai satu hari kita terpisah jauh,ku harapkan engkau tidak melupakan daku... Jangan sesekali engkau mengucapkan kata perpisahan untukku kerana aku tidak sanggup untuk mendengarnya kecuali Allah telah memisahkan kita...  



Ahad, Mei 05, 2013

Belajar bawak motosikal PART 2



Okaylah Part 2 … Part 1 aku cerita yang tolong aku ajar bawak motor -- > Izzatul ,right? For this entry, saya ada dua orang lagi kawan yang sudi membantu ajrakan cara nak bawak motor.. For this now,aku dh pandai seglanya ,tapi aku belum cuba nak bawak kat jalan raya,.. Nadiah  tak kasi aku bawak sebab jalan licin .. yelah siapa nak tanggungkan .. Dahlah aku guna motor dia..  Kalau jatuh siapa nak ganti rugi.. Apapun .. Thank a lot ,sayang sbb sudi bantu aku.. sebenarnya aku nak bawak motor sbb kesian tngok kau nak kena antar aku dan mereka2 yang sibuk nak suruh kau hantar.. Thanks sebb korbankan sedikit masa mengajar aku .. Ah ,aku tak tahu nak cakap apa.. Terharu . Yes memang aku terharu.. sbb kau sudi ajar aku ./..  Another person,Shamsiah,Thank u too .. Sbb sudi bawa aku jalan2 ..haha ,and sudi beri jawapan bagi persoalan aku … Hahaha,walaupun masa tu minyak dah nak habis ,but kaw still nak bawak aku gi jalan2 … J Thanks a lot ,friends …

Shamsiah,aku harap kaw faham dgn segala apa aku ajar kat kau.. Sebenarnya aku tak berapa pandai sangat nak ajar … lagi subjek yang aku tak power sangat.. tapi kau still nak suruh aku ajar.. hehe … Aku tak sangka aku jadi Cikgu kepada kau… Shamsiah ,kalau ada yang kau tak berapa nak faham ,silalah bertanya kepada cikgu kerana aku juga masih kekurangann ilmu dan masih mencari ilmu J Aku doakan kita sama2 berjaya .. J Erm.. Izzatul ,thanks jugak tau .. Kau teman pertama yang mengajar aku .. teman pertama yang aku senang faham cara2nya… Haha .. kau jadi cikgu kepada aku yang degil nakdengar kata .. Haha kau marah aku sebab bawa motor sambil ketawa2 .. Thanks zatul,disebabkan kau marah aku aku semakin pandai bawak motor.. haha Alhamdulilah J Haha,thanks jugak sebagai teman gosipppp pada masa itu J Hah,zatul aku tak reti nak ucap terima kasih sangat2 aku tak reti nak gambarkan perasaan aku tapi aku boleh luahkannya di sini.. Di sinilah aku mencoret segala2nya .. Hanya perkataan “Terima Kasih “ sahaja ,yang boleh aku katakana.. Aku akui bahawa aku memang pendiam .. Seriously,aku nak cakap something tapi aku pendamkan .. Ntarlah mungkin itu sifat aku kot .. suka memendam rasa.. :/ yang boleh menyebabkan diriku ini kerugiann… herm,… L

Sabtu, Mac 16, 2013

Belajar bawak Motosikal


Helo buddies,hari ini nak buat entry pendek sahaja.. Malas nak membebel =) aku tahu korang mesti boring apabila aku membebel macam mak nenek .huh.. Nampakkan title kat atas tu .. Biasalah budak jakun.. baru pandai bawak motorsikal.. haha..

Aku pandai bawak motorsikal hari jumaat petang hasil pertolongan kawan sekelasku iaitu IZZATUL.. mesti korang kenal kan dia siapa ? haha.... tu pon kalo ada yg kenal dengan dia ..Aku ada cerita siapa dia sebelum ini ..  =) Thanks zatul,tolong jadi CIKGU aku untuk 1 JAM sahaja. Pengalaman yang best dia jadi cikgu aku..huhu..

Dia ajar aku segalanya pasal motosikal dari perkara basic hingga kritikal basic..haha *merepek :P
Dia tolak motor suruh aku imbang badan..Sekali percubaan dah PAST..Dia ajarkan aku cara nak guna gear bila dan dimana..hah.. merepeklagi aku ini....layan sahaja.. Dia marah aku sebab aku ketawa dan main2 .. Dia kata aku dah PAST bawak motor...Aku cakap YA KE? mcm x percaya jew,skli bwk dh PAST.;. lepas tu ,aku ketawa sorng 2 * mcm org gila.. :P

Selepas sesi pembelajaran,kita orang bergossip..haha :P BerGossip pasal peperiksaan .huhu :P
lepas tu,aku dan dia ternampak classmate aku ---> NANA,HAJAR,ANIS & ACHA(kakak nana) ..Dia orang jalan2 main rounder satu kampung =) Lepas itu,kita orang nampak FATIN & WAN (classmate jgk)..
Dia orang lepas menjadi peno0nton yang setia .. BOLA SEPAK kat sekolah aku .LAWAN dengan Sekolah LAKSAMANA.... Sekolah aku menang /... brpe mata 2-0..huhu..


Okay itu sahja untuk kali ini..Maaf entry kali ini aku rasa begitu SKEMA TAHAP BUDAK DARJAH SATU...:~ Terima kasih kerana sudi membacanya...Biarpun korang rasa ntar apa2 ,tapi bagi aku ia kenangan yang manis... :) syukran ..

Jumaat, Mac 01, 2013

Selamat Hari lahir, Sayang :)


Assalamualaikum pembuka bicara,
Di sini saya ingin meluahkan pepatah-patah ucapan ,
Dedikasi kepada sahabat saya iaitu FARAH WAHIDAH BASIRUN... 


Pada hari ini merupakan hari lahirnya yang ke -15 tahun.. Tahniah kerana sudah menginjak umur .. 
Semoga menjadi anak yang solehah,anak yang membanggakan ibu bapa ...
Semoga sentiasa tenang menghadapi segala keperitan hidup serta ujian yang Allah berikan.. 
"Allah tidak menbebankan sesuatu perkara yang kita tidak mampu untuk menyelesaikannya" 
Saya tahu awak kuat ,Farah :) 
Dear Farah,Teruskan usaha awak untuk mengejar kejayaan yang awak impikan di dunia dan di akhirat.. Jangan pernah mengeluh dan berputus asa :) 
Jadilah orang yang sabar .. Memaafkan orang lain .. serta menyayangi dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan .. 

Apapun,Semoga segala usaha yang awak lakukan selama semoga memberikan kejayaan pada peperiksaan penilaian rendah (PMR) nanti ...

GOOD LUCK,DEAR ..
HOPE YOURS CAN GOT 8A IN PMR .. IN SHAA ALLAH 

Khamis, Februari 28, 2013

KEPUTUSAN SDKA





Asssalamualikum semua.. 

Keputusan yang selama ini ku nantikan akhirnya tiba jua.Rasa gerun untuk mengambilnya tetapi hati ini seperti riang sekali.. Subhanallah,tiada perasaan lain selain gembira apabila melihat keputusan tersebut.Alhamdulilah ,Terima Kasih Allah kerana engkau telah memberikan berita gembira ini kepada hambamu ini..Terima Kasih Allah kerana engkau telah memberikan keputusan tersebut , dan aku bersyukur kerana usaha selama ini berbaloi . Alhamdulilah ....

Impian aku hendak  mendapat PANGKAT 1 telah tercapai,walaupun tidak tercapai target agregatnya yang aku inginkan tapi aku sangat bersyukur.. Ya Allah, keputusan ini merupakan satu semangat baru untuk diri ini.. Ya Allah,.semoga aku tidak leka dan terus maju kehadapan untuk mengapai kejayaan yang seterusnya. Ya Allah, kau kuatkanlah iman aku untuk  terus berdiri teguh dalam apa jua keadaan.Terima kasih Ya Allah...

Terima kasih Izzatul kerana sudi menemaniku mengambil keputusan ini.. Terima kasih kerana bersusah payah datang untuk menghantarku ke sekolah . Terima kasih banyak-banyak ,jasa engkau tak dapat aku balasi,biarlah Allah yang membalasnya J Terima Kasih Kawan .....

Alhamdulilah teman sejagatku juga mendapat keputusan yang cemerlang .Tahniah kepada Wan Nurfaezatul Aqwa kerana mendapat PANGKAT 1 dengan argegat  dan juga Nur Nadiah kerana mendapat Pangkat 1 dengan argegat 21.. Alhamdulilah..  Kepada teman ku yang lain,tahniah dan semoga terus cemerlang pada masa hadapan.. Kepada yang Gagal ,jangan berputus asa untuk mencapai kecemerlangan hidup,pasti ada hikmah di sebalik itu.Yakin bahawa anda juga boleh cemerlang J

Allah menjadikan semua makhluknya( manusia) mempunyai akal yang boleh berfikir ,gunakanlah akal fikiran kita sebaik mungkin... Tak ada manusia yang tak boleh Berjaya,semuanya boleh Cuma sifat kita yang malas menyebabkan perkara tersebut terhalang  ^-^

Ini merupakan satu kejayaan yang paling cemerlang yang ku dapat setakat ini ..Dahulu keputusan UPSR hanya mendapat 3A 2B .. Alhamdulilah ,masa itu terkejut kerana boleh dapat keputusan sebegitu.. Saya sebenarnya tak berapa pandai sangat ... J tapi usah untuk Berjaya saya memperoleh keutusan yang setimpalnya.. Alhamdulilah.. walaupun tidak sehebat kakak saya tapi saya tetap bersyukur... Kakak saya mendapt 4A 1B...



Anda semua ingin mengetahui keputusan saya ?
= Saya mendapat Gred 1 = 1, Gred 2 =5,Gred 3=5 dan Gred 5 =1..  6 cemerland dan 6 kepujian.

Apa subjek yang mendapat cemerlang ?
= Subjek Al-Quran,Tauhid,Hadis,Arab,Sirah dan Akhlak .. Hanya Tauhid mendapat gred 1..

Subjek yang mendapat kepujian pulak ?
= Subjek Ibadat,Muamalat,Munakahat,Jenayat ,Faraid dan Tafsir ... Hanya Faraid mendapat gred 5 ...

Dapat pangkat dan agregat berapa?
=Alhamdulilah,dapat PANGKAT 1 dengan AGREGAT 1+5=? + 5=? + 4 = __

Terima kasih kepada semua guru kerana membimbing saya kearah kecemerlangan ... Maafkan saya jika saya ada melakukan perkara-perkara yang  menyinggungkan perasaan guru-guru..Saya memohon maaf.. Terima kasih kerana sudi melayan saya dan mengajar saya .. Tanpa mu ,mungkin saya tidak boleh memperoleh keputusan sebegini.. Terima kasih ,cikgu .. Jasamu akan ku kenang selalu .... Tak pernah lelah tunjuk ajarku ... # TERIMA KASIH CIKGU-NAJWA LATIF

 Tahniah MUNIRAH EZZATY kerana memperoleh keputusan yang cemerlang J Teruskan usaha anda untuk maju ke hadapan ;... 


Hari Ahad kita pergi majlis VVIP kita..haha .. SEmoga majlis tersebut berjalan dengan lancar. In Shaa Allah.


Copyright ©2015 Label : Freebies | Design by Mastura Aziz