Jumaat, Ogos 02, 2013

SUFINASUHA :)




Sungguh ku terpesona dengan keunikkan wajahmu serta gaya hidupmu.Biarpun engkau ingin menjadi seperti lelaki tetapi apakah daya jika engkau telah di takdirkan sebagai seorang perempuan. Engkau harus bersyukur dengan kurniaan Ilahi.. Biarpun engkau begitu dengan cara gayamu tetapi ku akui bahawa ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik sifatmu itu. Engkau tidak hipokrit kerana kau menjadi dirimu yang sebenar .. Tidak seperti mereka yang lain ,kadang-kala bersikap begitu... Adakah aku tergolong dalam kumpulan hipokrit itu.. Ku harapkan tidak sesekali....

Sejujurnya aku senang sekali melihat raut wajahmu seperti ada sinaran yang begitu memukau apatah lagi bila engkau tersenyum manis.. Subhanaallah... indahnya ciptaan Ilahi.. Aku rindukan saat kita bersama dulu... saat kita bergelak sakan .... usik mengusik dan sentiasa ceria bersama.. Segala kerisauan, kekusutan, kekhautiran, dan masalah yang sering bermaharajalela ini terhapus begitu sahaja saat aku bersamamu.. Mungkin kita    tidak dapat memutarkan segala memori lagi tetapi kita masih mampu merasainya. Mungkin tercatatnya seribu satu kenangan yang tidak mampu engkau pinggirkan.. Mungkin kenangan itu membuatkan kita tergelak sendirian dan tersenyum mesra. Oh kenangan .... Ku harapkan kenangan itu menjadi penguat semangatku biarpun sebesar mana ujian yang mendatang,akan ku bangkit bak sang pendekar untuk menentang ujian itu.. Khabarkanlah kepadaku bila keadaanmu seperti itu terus mara ke hadapan tanpa berundur ke dunia lalu... Semoga hari-hari mendatang menjanjikan sesuatu yang istimewa untukku..

Ternyata hingga kini ,engkau masih begitu biarpun dikau telah meningkat remaja.. Tapi kulihat kau masih tersenyum walaupun diayak dengan pelbagai aduan yang menyebabkan kau kadangkala menangis kesepian... Tapi apakah daya engkau hanyalah seorang insan yang lemah,insan yang tetap cekal dan tabah biarpun lautan ombak bergelora,biarpun terik mentari memancarkan cahayanya ,engkau tetap dengan caramu.. Caramu yang tersendiri,yang kadang kalanya aku terpegun  dan sesuatu yang begitu magis dan sudah tentunya U.N.I.K. Kau beruntung kerana memiliki sifat itu.,....

Kecemerlanganmu sebelum ini membuatkan engkau berasa begitu gembira tetapi pada zahirnya engkau mengatakan bahawa keputusanmu biasa-biasa sahaja. Tidakkah engkau tahu jikalau keputusanmu biasa-biasa sahaja maka sudah tentulah engkau tidak akan mendapat anugerah pelajar cemerlang PMR? Bukankah begitu...Ku akui bahawa ibubapamu berbangga dan ku akui juga bahawa putera puteri yang menjadi sahabatmu juga bahagia dengan pencapaianmu..... Tahniah....tahniah dan tahniah.. Semoga kecemerlangan terus bertandang kepadamu..In shaa Allah..

Duniaamu semakin mencabar kini .... Duniamu juga begitu hebat .... dan duniamu juga memasuki alam baharu..Alam pendekatan sains.. menjadi seorang pelajar yang penuh dengan fakta-fakta biologi,kimia,fizik, add math dan lain-lain lagi,semuanya semakin rumit dan perlu bertungkus lumus...Adakah engkau begitu? Dulu semasa engkau di zaman menengah rendah,lapan subjek sahaja yang kau perlu fikirkan untuk mencapai sasarannya tapi kini engkau perlu mencapai sasaran yang lebih dari lapan.. Ku ucapkan semoga engkau berjaya .. Bolehkah engkau memberi tahuku tentang resepi kejayaanmu... Adakah di sebabkan engkau di kurung oleh gurumu dengan pelbagai hujah ,engkau berubah dan bertekad untuk berjaya.. Mungkin dengan cara itu,kau mampu melontarkan sayapmu ke langit untuk terbang bersama mereka yang lain...  Tetapi janganlah engkau lupa akan peperiksaan SPM pada tahun hadapan.. sijil itu juga bermakna ..mungkin lebih besar ganjarannya berbanding dengan keputusan PMR. Aku harap engkau tidak terleka dengan pencapaianmu setakat ini. Maaf sekiranya aku terlebih berkata... Ku harapkan tiada kata-kata yang terlanjar dari kalam kata-kata yang ingin kusampaikan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pertama kali ku memandangmu .. Ku akui bahawa pada dirimu ada suatu rahsia yang luar biasa sehingga ku boleh menjadi lebih beramah denganmu tanpa segan silu.. Mungkin disebabkan perwatakanmu yang begitu mempersonakan... Mungkin? Dengan sekelip mata aku dan engkau telah menjadi saudara angkat... Haha... Bolehkah engkau mengingati saat itu kembali? Mungkin engkau sudah melupainya.. Tapi tidak mengapa kerana pelbagai-bagai cerita seperti seribu tahun yang melekat di minda kita tapi bukankah otak kita mampu untuk memproses kenangan-kenangan lalu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Begitu banyak yang ingin ku ceritakan di sini tapi mungkin ia terlalu terlebih menadah tangan untuk di ceritakan di sini.. Apa yang ingin ku katakan.. Saat pengalaman kita sentiasa bersua di perpustakaan.. sentiasa ada cerita yang di kongsi bersama... Dan tidak dapat kulupakan saat tercetusnya pergaduhan yang terulung kita..haha rasa seperti ingin perkara itu berulang lagi tetapi tidak mungkin.. Dikau akan sibuk pada tahun hadapan,ku harapkan kau mendapat keputusan yang setimpal dengan usahamu.. Dan kini .. pada tahun ini ku telah terikat dengan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) .. tinggal beberapa hari lagi akan menghadapi peperiksaan itu selepas peperiksaan percubaan ku selesai.. ku harapkan ada sesuatu yang misteri di situ...  Keajaiban Allah yang tidak di duga sekalian manusia..

Doakanlah daku berjaya menempuh cabaran dan dugaan pada tahun ini.. Cabaran pada tahun ini lebih mencabar berbanding tahun lepas ... Ku harapkan ku tabah dan cekal hati untuk menempuhnya.. Sufi....seperti ingin lari dalam kehidupanku ini .. rasa tak sanggup untuk melaluinya tetapi itulah satu perkara yang paling bodoh jikalau ku melakukan....Ku harapkan engkau juga tidak begitu... Sufi .. sebenarnya karya ini khas direka untukmu sebagai tanda ingatan sempena hari lahirmu.dan untuk selamanya... Ku harapkan engkau menyukai segala pemberianku... Halalkan pemberianmu kepadaku dan pemberianmu ini masih kekal dan akan kekal padaku.. ku akan menjaganya dan tetap akan menilik setiap saat... Tahukah engkau aku juga masih menyimpan surat yang berwarna merah jambu dengan tulisanmu yang kau tuliskan kata-kata pujanggamu... Perkataan yang masih aku tidak boleh lupa ialah JANGAN NAKAL-NAKAL. Bagaimana engkau tahu bahawa aku seorang gadis yang nakal.. kau spy aku eh masa kecil.. hahaks.. Kini,kata itu ku pulangkan semula kepada engkau ... ku harapkan engkau juga tidak begitu.. tidak terlalu nakal.. Perasaan terhadap seseorang itu biarlah berpadah-padah..hehe Kuatkan semangat apabila engkau bersedih dengan kehilangannya kerana Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari itu.. Jika dia seseorang yang diciptakan untukmu .. Ku harapkan kalian kekal.. Kalau dah bersatu,jangan lupa tau jemput cik datang rumah lagipun tak jauh pun rumah cik ngan hang..haha Cik mau makan nasi minyak  dan merenjis bunga mawar kat kalian berdua..haha.. Akak jangan marah saya tau saya cuma bercanda sahaja.. Maaf dan maaf..

Sufi.... masuk tahun ini dah 3 tahun kan kita sebagai adik beradik angkat.. Mungkin tahun depan tahun terakhir hubungan kita tapi mungkin juga sampai bila-bila... Pejam celik pejam celik sudah sampai ke penghujung bulan tujuh .. Ini bermakna hari kelahiranmu tidak lama lagi .. Di kesempatan ini ku menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepadamu jikalau adik ada melakukan kesalahan dan kesilapan serta mencucuk pinggangmu dengan tanganku yang kerdil ini cuma sebagai keramahanku kepadamu .. Maafkan adik jika akak tidak menyukai perkara itu.. Jaga diri baik-baik yek sufi... Jangan pernah mengalah ,teruskan berusaha.. Tabahkan hati dan cekalkan jiwamu . In shaa Allah semuanya baik-baik sahaja.. Seperti pakar motivasi pula saya ini ...haha sabar ajalah dengan perangai budak kecik ini.. :P


Terima kasih Ya Allah kerana engkau telah memberikanku sedikit ilmu untuk mencoretkan berpatah-patah perkataan untuk menghasilkan karya ini...Maaf sekiranya karya ini tidak berapa kualiti dan pengunaan kata-kata tidak terlalu bagus seperti sasterawan .. saya hanya mencoretkan apa yang berada di dalam minda saya untuk menghasilkan karya ini ... Sufinasuha Binti Aminurrahman ... saya harap awak tidak marah yek.. Jangan nakal-nakal ;) hehe .. Thanks kerana sudi menjadi saudara angkat saya.. Terima kasih atas segala pemberiaan .. Terima kasih atas tunjuk ajar... Terima kasih atas teguran dan nasihat ... Terima Kasih atas segalanya... Allah telah meminjamkan awak untuk saya sementara waktu  ini sebelum saya dipanggil Ilahi... Mungkin kita akan lebih menghargai seseorang itu bila kita merasai kehilangannya.. Sesungguhnya mereka yang mendekat kepada saya adalah insan-insan yang dipilih oleh Allah untuk mendidik dan mengajar saya erti kehidupan yang sementara ini... Mengajar saya erti kesabaran ketika berada di dunia fana ini kerana saya yang memilihnya untuk berada di sini ... Dan perkataan   ini sungguh bermakna dalam hidup saya ... dan dialah pembangkit semangat saya .. tak semua orang mendapat penghargaan ini jika hanya ada dua orang sahaja yang layak di berikan ucapkan itu... Sungguhnya saya menghargai kehadiran mereka biarpun mereka selalu menyakitkan hati saya ,membuatkan saya menangis tapi di sebalik itu terdapat kegembiraan yang tidak dapat digambarkan .. Terima kasih SUFINASUHA BINTI AMINURRAHMAN kerana berjaya menakluki hati saya dengan cara awak yang tersendiri dan saya amat menyayangi awak biarpun nanti mungkin kita tidak bersua lagi tapi saya harapkan impian saya untuk berjumpa dengan awak lepas tamat zaman persekolahan termakbul... Dan saya rasa penghargaan ini lebih berharga kerana dialah penyelamat saya dalam setiap waktu seperti ultraman..hehe Dia seorang kakak yang sentiaasa ceria dengan perwatakannya.... seorang kakak yang lebih bermakna daripada sekalian kakak yang pernah yang ada.. Haha .. Sufinasuha awak berada di ranking ke dua lepas akak saya sendiri.. Terima kasih KAKAK dan KAKAK  kerana pernah ada mewarnai kehidupan saya kini.. Alhamdulilah...

Bolehkah karya ini di anggap seperti sebuah cerpen.. Ku  harapkannya boleh menjadi seperti itu.Luahan dari sudut terpencil di sanubari diriku ini dengan tulus ikhlasnya ku menaip butir-butir cinta ini..Ku harapkan engkau sudi menerima dan membaca ... Jadikanlah ia sebagai karya istimewa untukmu sebagai tanda persaudaraan kita selama ini .. Syukran :)


 

Mari bernyanyi bersama saya,wahai sufinasuha.... 

Semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki, berjaya dalam kehidupan,tidak berputus asa , tabah dan sabar melayani kerenah bumi ini, taat kepada suruhan ilahi, persuruh Allah dan ibubapa akk..
Sentiasa berusaha menjadi lebih baik dari semalam...

" Sufi..... Happy Birthday to you... 
Nasuha ..... Sannah Helwah .... 
Sufi Nasuha  semoga Allah merahmatimuu... "

Kau umpama sang bidadari yang pernah hinggap di pusaraku ini,
andai satu hari kita terpisah jauh,ku harapkan engkau tidak melupakan daku... Jangan sesekali engkau mengucapkan kata perpisahan untukku kerana aku tidak sanggup untuk mendengarnya kecuali Allah telah memisahkan kita...  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright ©2015 Label : Freebies | Design by Mastura Aziz