Pages

Wednesday, December 31, 2014

Saya anak mak dan abah

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Saya anak mak dan abah 
Saya anak mak dan abah yang paling degil.
Saya anak mak dan abah yang paling manja.
Saya anak mak dan abah yang paling mudah tersentuh.
Saya anak mak dan abah yang paling tak suka buat sesuatu depan orang lain.
Saya anak mak dan abah yang paling cerewet tapi taklah sangat,
Saya anak mak dan abah yang paling senang nak bawa pergi shopping.
Saya anak mak dan abah yang suka merayap dekat tempat lain bila bershopping.
Saya anak mak dan abah yang tak suka di ganggu bila mood sangat2lah happy.
Saya anak mak dan abah yang paling garang dalam adik beradik. Hahahaha
Saya anak mak dan abah yang paling kuat menangis.
Saya anak mak dan abah yang paling panas baran.
Saya anak mak dan abah yang paling ganas .. Hahahahhaha
Saya anak mak dan abah yang paling lasak.
Saya anak mak dan abah yang paling unik  *Perasan.
Saya anak mak dan abah yang paling kuat berangan.
Saya anak mak dan abah yang paling pendiam.
Saya anak mak dan abah yang paling pelik.
Saya anak mak dan abah yang perangainya macam budak2.
Saya anak mak dan abah yang orang cakap macam halimunan. Hmm..
Saya anak mak dan abah yang paling too much perangainya..
Saya anak mak dan abah yang tak reti nak minta macam-macam.
Saya anak mak dan abah yang selalu cakap tak tahu tak tahu bila di tanya.
Saya anak mak dan abah yang suka sangat main campak2 bila dia rasa grrr.
Dan saya anak mak dan abah yang paling tak reti nak kongsi apa yang dia rasa. Selalunya jadi mangsa buku diary yang dah ada sepuluh tu 
Inilah anak mak dan abah, mungkin tak akan menyusahkan abah dan mak tapi mak dan abah selalu risau pasal Eza kan .. Hurm...  Eza tahu... Sorry, mak ... Sorry abah..
Mungkin Eza tak seperti akak Mira and Epul tapi Eza harap Eza dapat bahagiakan mak dan abah hingga ke syurga  InshaAllah 


Tuesday, December 30, 2014

Sudah Bosan Ber'Online'

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =) 
 
 
Selamat tengah hari semua :D Hari ini nak menaip entry pendek sependeknya kalau bolehlah. Haha. Nampakkan title aku , Hah! Memang betul pun aku sudah bosan sebosannya nak online. Tak tahu nak buka apa sebab dah seminggu online memanjang je dari pagi ke pagi. Hahaha.. Mana tak bosannya. So, lepas ni aku nak berehat sekejap mungkin setahun. Huhu.. Jangan rindu aku tau. :D Hehe.. Aku sebenarnya SPM tahun depan , so tak bolehlah nak online memanjang je, kalau aku online pun mungkin sejam sehari, cukuplah ? Menghilangkan stress belajar sekejap, tapi aku rasa online lagi menstresskan kepala aku.. Huhu..  Betullah apa yang aku cakap ni. Hehe.. Okaylah, aku nak off dulu. Esok jumpa lagi untuk kali terakhir .. Haha .. Poyonya ayat aku.. :D

Monday, December 29, 2014

10 kebaikan kahwin muda

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =) 
 
AKu nak share benda yang aku search dekat google tadi. hehe .. Aku rasa macm menarik je baca ayat2 dia. Dan harapan aku , aku pun nak kahwin Muda.. Haha :D Ada Ke Calon yang sudi? hehehe 
 
Kebaikan 1
Kahwin awal dapat mengelakkan zina.Pasangan muda yang masih belajar apabila kahwin muda, mereka akan terlepas dari melakukan maksiat sebab mereka dah mempunyai hubungan yang halal dan sah. Daripada bercouple 4,5,6,7,8,9 ataupun 10 tahun tetap berdosa sebab semasa bercouple macam-macam maksiat boleh berlaku. Dalam islam pun sebenarnya tak dibenarkan bercouple, sebaliknya nak yang lebih indah iaitu Bercinta Selepas Nikah

Kebaikan 2
Dapat mengawal nafsu dan elakkan maksiat,Sekarang ni terlalu banyak kes anak di luar nikah, kes pembuangan bayi.Ini semua berlaku disebabkan perasaan cinta yang ditambah dengan nafsu dan dengan hasutan syaitan maka terjadilah zina. Sebab tu digalakkan berkahwin ketika belajar pada usia muda, sebab kita selamat dari melakukan perbuatan terkutuk iaitu zina dan selamat daripada melakukan dosa. Apabila dah berkahwin pastinya kita akan menjaga zuriat kita dengan baik dan sempurna.

Kebaikan 3
Batas-batas pergaulan anda terpelihara, memang tak dapat dinafikan pasangan couple selalunya tidak dapat menahan perasaan ingin berjumpa,ingin dating,ingin bersama2 setiap masa dan waktu.Apabila perkara ini selalu terjadi, secara tidak langsung pasangan ini akan terlibat dengan melalukan perbuatan terlarang iaitu maksiat & zina. Bila dah kahwin, dan mempunyai hubungan yang sah anda sudah berjaya menjaga batas-batas pergaulan anda.

Kebaikan 4
Bila dah berkahwin pada usia muda, anda sebenarnya sudah boleh dikatakan selamat dari gangguan orang ramai. Sekarang ni kita boleh lihat setiap hari perempuan2 yang cantik akan diganggu oleh lelaki. Perkara ini sering terjadi kepada pelajar IPTA. Dengan berkahwin pada usia muda dan mempunyai suami anda sebenarnya sudah selamat dari gangguan.

Kebaikan 5
Selamat dari cinta monyet, anda semua mesti tahu apa itu cinta monyet? biasa cinta monyet ni bertahan sekejap selepas itu putus. Ramai sebenarnya yang cinta monyet,berjanji sehidup semati nk bersama2 untuk selama-lamanya.Tapi bila hubungan yang diharapkan kekal sehingga ke jinjang pelamin akhirnya musnah. Apabila perkara ini berlaku, anda akan kecewa,sedih,marah,benci dan paling teruk hilang kepercayaan terhadap cinta ada yang sampai bunuh diri.Sebab itu anda patut berkahwin ketika usia muda, sebab apabila dah berkahwin insyAllah akan kekal selama-lamanya.

Kebaikan 6
Hidup lebih berkat dengan adanya hubungan yang sah.Pastinya hidup anda akan lebih berkat apabila mempunyai ikatan hubungan yang sah iaitu suami dan isteri.

Kebaikan 7
Prestasi cemerlang selepas kahwin,dan mendapat semangat baru untuk belajar, tak dapat dinafikan dah ramai yang berkahwin semasa belajar mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan exam. Dengan berkahwin, menjadikan seseorang itu lebih tenang dan matlamat hidup mereka lebih jelas. Mereka lebih fokus dalam bidang pelajaran dan sokongan dari pasangan membuatkan mereka lebih bersemangat.

Kebaikan 8
Hadiah yang terlalu bernilai dan diharapkan oleh ibu dan ayah anda.Semua ibu dan ayah ingin menimang cucu mereka sendiri.

Kebaikan 9
Dapat membuat perancangan keluarga lebih awal,apabila anda berkahwin pada usia muda anda sudah boleh merancang untuk masa depan keluarga anda.Isteri juga akan berasa yakin dan konfiden apabila melahirkan anak pada usia muda.Selain itu,pasangan yang berkahwin pada usia muda sebenarnya beruntung sebab boleh menjaga anda di usia muda. Kelebihanya apabila umur anda sudah 30 lbih masa tu anak-anak dah besar.Jadi anda tak kelam kabut pada usia tersebut.

Kebaikan 10
Menjadikan anda lebih bertanggungjawab, bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga.Anda pasti akan ubah sikap2 malas anda kepada rajin sebab anda bukan lagi hidup dibawah jagaan ibu dan ayah tetapi anda sudah mempunyai tanggungjawab besar untuk jaga keluarga anda.
 

Mengapa Aku Harus Menangis?

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Aku tahu pasti mereka semua bertanya mengapa aku menangis? Kenapa dengan aku menjadi begitu. Hanya aku sahaja yang ada jawapannya. Aku sebenarnya tak tahu kenapa dan sebab apa aku menangis macam nak ingat dunia. Tapi, aku rasa macam nak minta maaf je dekat Ude sebab aku menangis masa hari bahagia dia. Huwaaa... Ude, aku minta maaf .. Tapi, nasib baik , majlis tu berjalan lancar.. Alhamdulilah.
 
Tiada mood sebenarnya nak tulis pasal hal ini, sebab dah terlewat satu hari. Haha. Kejadahnya nak ingat hari sedih :( Sebenarnya ceritanya begini. Masa awal pagi tu, aku dah siap-siap mandi and terus pakai baju , masa tu baru pukul 11.00 pagi. Lepastu, aku tak tahu nak buat apa, aku pegi tido.. Masa mak aku kejut tu, aku cakap tak pergi tapi mak aku paksa juga sebab aku mimpi something pasal hal inilah yang buat aku menangis.... Maafkan saya semua.
 
Di sebabkan kena paksa aku membebel apa ntar sampai selendang aku hahaha berlubang, tapi aku tetap pakai, coverlah bahagian berlubang tu, nasib baik lubangnya tak besar sangat. Selendang yang aku sayang tu.. Hmm.. :'( Sebelum masuk kereta , entah kenapa aku rasa macam macam mana nak terangkan.. Hmm, Kau pernah marah sampai dada kau membara tak? Macam gitu lah aku rasa. And aku tutup pintu kereta pun , bukan main debush... Haha.. Kuat sangat-sangat.. Selepas tu, aku menangis. Hahaha.. Donno why... Aku menangis sampai nak sampai dewan yang buat kerja kahwin. Kuish!Kuish!.. Haha... Mata masuk tu dah merah dah.. Kuang2...  Makcik tanya, aku jawap tak ada pape.. Malahan, family aku tanya aku buat tak tahu and cakap nothing... Haha

Masa nak berarak tu, muka aku macam nak bagi pelempang je tapi aku tak menangis okay. Sampailah dekat meja makan , time nak makan , aku tak tahu kenapa aku menangis semula padahal try to be calm person.... Haha.. Aku teringat semua kenangan dari kecik sampai sekarang ni. Berputar dan terus berputar. Da aku terus menangis dan terus menangis. Macam-macam yang aku fikir.. Time tu juga aku rasa macam nak menjerit je.. Allah.. Aku macam tak tahan sangat, sebab tu aku menangis sambil mengigil2 badan aku. Tak pernah menangis badan mengigil macam gitu. Aku langsung tak sentuh makanan dan amik gambar langsung. MAcam-macam aku fikir masa tu. Perkara yang belum terjadi, aku dah terfikir time. Allah. Time tu aku cuma berharap untuk share apa yang aku rasa dengan seseorang. Bukan dengan keluarga aku bukan dengan kawan aku bukan dengan orang lain tetapi dengan kakak sufi aku,.Tapi, segalanya aku pendam Aku mengadu dekat DIA bila aku fikir aku tak nak dia susah hati. Balik rumah tu, memang aku menangis lagi dan lagi sampai aku tertidur..Esoknya, dah rasa kurang sikit tapi still ada rasa lagi nak menangis. Entahlah tak tahu. Aku fikir macam-macam tu , maksud aku.. pasal kematian, apa yang berlaku dengan aku, macam mana aku nak hidup and kenangan yg lampau.. Entahlah.. Aku tak tahu kenapa time tu juga ,perasaan tu muncul untuk aku meluahkan segalanya. Tapi series aku tak menjangka perkara itu akan terjadi. Kenapa dan kenapa aku tidak mengerti...

Try baca ni.. Aku ceritakan dekat dia, aku pun tak tahu kenapa aku pi cerita dekat dia. Tapi sekurang-kurangnya apa yang aku rasa dah berkurang. Tq Haikal sebab sudi baca kisah yang tak boleh nak hmmm dan kau buat aku tenang semula walaupun aku tak okay masa tu :D Tq sangat-sangat..








Ha itulah ceritanya.. Huarghh.. Maafkan saya semua.. :'( Memalukan sungguh.. Huwaaa..

Saturday, December 27, 2014

5 Perbezaan Komunikasi Antara Lelaki Dan Wanita

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =) 
 
Okay, Pagi ni aku nak update pasal "5  Perbezaan Komunikasi Antara Lelaki Dan Wanita". Aku copy dari blog top, dekat bawah ada link dia. Okay, korang bolehlah baca pasal ni.. :D Ta sampai 5 minit pun :D


Mesej- Apabila seseorang wanita menghantar mesej kepada rakan mereka, kandungan mesej tersebut lebih berkisar mengenai perhubungan, sokongan, memberikan cadangan, menanyakan soalan, meminta maaf dan sebagainya. Manakala bagi seorang lelaki pula mesej yang dihantar kepada rakan mereka lebih berbentuk kontrovesi, seperti kata sindiran yang menyakitkan hati, ayat yang tidak senonoh dan sebagainya. Seseorang lelaki lebih cenderung menghubungi rakan untuk mendapatkan pengaruh dan hormat berbanding wanita yang memikirkan mengenai perhubungan antara sesama mereka.
Topik- Apabila seseorang lelaki cuba mengubah topik yang sedang dibincangkan, ia adalah kerana untuk menenangkan keadaan atau merasakan perkara yang sedang di bincangkan adalah masalah kecil yang tidak perlu diberikan perhatian. Tetapi bagi wanita, apabila sesuatu topik itu di ubah, ia menunjukkan bahawa lelaki itu tidak mengambil berat dan tidak peka mengenai sesuatu masalah. Seseorang lelaki lebih cenderung untuk mengawal situasi manakala wanita pula lebih cenderung untuk melepaskan emosi.
Bercakap- Siapakah lebih banyak bercakap?? Lelaki/Wanita?? Pasti ramai yang menyutujui jika dikatakan wanita lebih banyak bercakap. Tetapi hasil daripada kajian yang ditunjukkan adalah jumlah percakapan bagi lelaki dan wanita adalah sama dan lebih memeranjatkan lagi jumlah perkataan lebih banyak digunakan oleh lelaki di dalam sesuatu baris ayat. Berkemungkinan ini adalah kerana sifat lelaki dalam menyampaikan maklumat dan sebagai pemimpin. Seseorang wanita lebih banyak bercakap bersama dengan keluarga dan teman dekat, mengekspresikan sokongan dan menceritakan pengalaman. Lelaki pula cenderung bercakap di tempat kerja, aturcara  formal /sosial, dan tujuan mereka adalah untuk pertukaran maklumat, walaupun ketika bercakap dengan rakan.
Keputusan- Apabila sesuatu keputusan ingin dibuat, wanita lebih cenderung untuk berada di dalam situasi perbincangan, bertanyakan soalan dan sebagainya. Ini adalah kerana wanita mahukan keputusan yang dipersetujui oleh semua pihak. Manakala lelaki pula lebih cenderung memanipulasi fakta untuk mempengaruhi pihak lain agar  turut mempersetujui keputusan yang telah mereka buat. Lelaki lebih gemar memberikan kenyataan daripada menerima pandangan.
Masalah- Apabila seseorang lelaki menceritakan masalah yang sedang dihadapi, ia adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berkemungkinan membantu dalam penyelesaian sesuatu masalah itu. Dan cuba selesaikannya dengan kadar segera. Manakala apabila wanita menceritakan mengenai masalah, mereka lebih cenderung untuk berbicara lebih luas mengenai masalah yang mereka sedang hadapi, meluahkan perasaan yang terpendam dan sebagainya.

redit - top

Friday, December 26, 2014

S.A.K.I.T !!!

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =) 
 
 
Aku nak cerita pasal satu perkara ini. Kerap terjadi, jika aku tak makan satu hari dan setiap kali selepas bangun. Mesti aku akan "LAPAR" Walaupun aku tidur sekejap, aku tetap akan cakap dengan mak aku , mak "LAPAR". Mak aku ckap "Pergilah masak sana." Aku akan terus diam and blaa ,sambung tidur sebelum, bila bangun , aku berharap mak aku dah masak, tapi hambar.. Akhirnya aku bangun dan dengan payahnya aku berjalan seperti orang normal walaupun time tu sakit sangat. Aku tak suka buat orang lain risau sebenarnya. Hmm..

Tadi aku try search dekat google.. and aku terjumpa beberapa fakta ni. 


Simptom gastrik 

 * Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan.
 * Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut.
 * Terasa loya.
 * Berat badan turun.
 * Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam.
 * Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah).
 * Kerap sendawa. 
 
Perkara yang selalu terjadi dekat aku, nombor 1,5,7. Kalau KERAP SENDAWA tu bila time aku memang lapar sangat2 selalunya terjadi waktu tengah malamlah. Aku tak tahu kenapa, time malam je nak sendawa, siang tak ada pula .. Lepastu, Bila aku makan, memang kesan sakit tu akan berkurang sepenuhnya. Mak cik aku pun ada cakap dengan aku " Kenapa berat badan aku turun?" Aku cakap dalam hati "Berat badan aku turun ke?"  Hmm..  Apa yang perlu aku buat?

Sakan ber'tweet' dengan Haikal Safuan

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =) 
 
 Lalalala, Profile Twitter aku :D 
 
Aku nak buat cerita sikit... Aku kenal mamat ni, dah lama dah cuma tak bertegur sangat , nampak2 gitu terus blaaa. Haha.. First time aku bercakap dengan dia secara live, masa aku form 3, masa tu ada kelas tambahan, balik petang , aku naik kelas sebab nak letak buku , lepas keluar kelas tu, dia tanya "Kelas apa?" Aku jawab sambil tunduk muka . Hahaa " Sains". Lepastu dia angguk. Jalan depan sikit XX pula tanya " Cikgu Maszairah eh?" Aku angguk jelah .. Haha.. Aku tak tahu kenapa ntar bila aku berdepan dengan XX , mesti aku tak boleh nak bercakap ataupun membuat aksi-aksi gila-gila aku seperti aku buat dengan kawan-kawan aku yang lain. Alamak!! Ini kisah pasal Haikal Safuan, bukan XX ye Munirah Ezzaty :D Hahaha
 
Okay ini contoh aku tweet dengan dia. Sebenarnya banyak lagi. Haha.. Tapi, cukuplah satu ni je. Malas deh nak printscreen banyak-banyak :P *Mood malas dah datang memang macam gitu :P Haha.. Sambung cerita, Kenapa nama dia je penuh dekat aku punya notifications twitter? Nak tahu kenapa ? Jawapan aku sebab aku selalu kacau dia. Haha,, Sebenarnya, taklah selalu, Aku ada bagi dia tips, dia bagi aku tips pula and lain-lain lagi, tapi banyak yang merapu lah aku dengan dia bertweet (keluar tajuk asal cerita) Haha.. Dia pun jenis layan je apa yang aku tulis, tak kiranya sengal ke , gila ke and sinonim dengannya. Haha
Dia start tegur secara dunia maya masa , Hmm.. bila ye? Kejap, nak check balik semula.. *Rajinnya :P
 
Ha, start dia tulis perkataan tulah.. Tak boleh blaa betul baca komen aku .. Haha, guna Saya . What? Hahaha.. Selama ini kalau berchat dengan lelaki, aku guna "kau", tetapi asal dengan dia "Saya" pula.. Dan slumber je aku tanya soalan yang dia tak jangka aku nak tanya. Haha.. Lantaklah, benda dah lepas.. Hahaha. semakin lama semakin rancak pula aku bertweet sama dia sampai lah ke hari ini dan InshaAllah seterusnya. Semoga ukhuwah fillah aku dengan dia berterusan :D Twitcon dia, poyo gile, hahahaha.. Takpe, Haikal tak kisah kalau aku cakap macam gini. Hahaha... Yeke? Ye kot. :P  
 
To ENCIK MUHAMMAD HAIKAL SAFUAN BIN OTHMAN, ehem.. saya harap encik tak payahlah nak frust sangat dengan kisah yang lalu... Hahaha.. Tak adalah aku main-main je.. Tengok ni! Aku dah ingat dah nama kau.. Betul kan Kal, ejaan nama kau? Haha, So, silalah belanja aku Burger McD yang berharga RM3 (Double)  tau..Haha.. Tak malunya aku XD Aku just nak cakap GOOD LUCK untuk kau!! Aku tak sabar nak tahu result kau.. Hahaha. Adakah anda berhasil memperoleh 5A keatas dan kredit semua subjek? Okay.. Aku tunggu tarikh keluar SPM.. Kita tengok RM 1 ke RM 10 .. Hahaha .. Kalau aku tertinggal duit time tu macam mana ek? Tolong jawap... Haha.. 
Okay, tu je nak cerita pasal kau.. Bye ! Assalamualaikum..

Blog Kelas !!

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =) 
 
 
 
Credit to : Nur Syamimi
 
 
Selamat Malam, aku baru je lepas update status dekat blog kelas. Huh! Aku tak tahulah kenapa mood aku macam nak marah tetiba. Haha.. Now, aku try nak cooling my body.. Apakah ?? Kahkah.. Ayat aku, x boleh nak go betul.. Huhu.. Kalau sesiapa yang nak jadi friend dengan blog kelas aku boleh juga. hehehehehe.. 
 
Aku sebenarnya tak tahu berapa orang pengarang untuk blog kelas ni, semuanya yang handle, Syamimi sebab dia lah yang invite aku untuk menjadi pengarang for blog kelas. Lalalalala.. Mostly, apa2 hal dia yang buatlah.. Aku nak create a post dekat blog kelas , fikir dua tiga empat kali. huhu.. 

So, di sini aku nak bagilah link blog kelas aku. Kalau rajin nak blogwalking silakan, nanti kami blogwalking blog anda pula :D Ehem, alang-alang dah blogwalking tu, Followlah sekali. Terima kasih :D 

Click ME! <- Link kelas aku..

Okay itu sahaja aku nak conteng-conteng untuk entry pada malam ini. K bai!!

Thursday, December 25, 2014

Muka hampir sama, ada jodoh yang kuat???

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =) 
 
 
 
 Aku ada update kat FB " Muka hampir sama, ada jodoh yang kuat. InshaALLah :') " Sebab kebanyakan orang kata begitu, dari penyelidikan mata  aku pun selalu usha-usha orang yang dah kahwin. mesti cakap "Seiraslah dia." Tapi kebanyakannya hati aku yang cakap. XD *entah.. pelik je.. aku rasa apa ntah  yang aku tulis ni. Hahah.. Tadi search dekat google carilah pasal hal ni.. tekan link dari beberapa blog dan yang ni yang menarik minat aku.. Aku just Copy and Paste je. Hahaha

Menurut DATUK DR FADZILAH KAMSAH lelaki dan perempuan akan cenderung pilih pasangan yg ada persamaan dengan wajah dorang ,Manakala Dr james fallon dari universiti california mendapati mesti ada sekurangkurangnya 12 tempat yg menjadikan pasangan itu  kelihatan seiras :)

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)


Berikut adalah 11 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2.Wajah Seiras 

Banyak teori mengatakan "wajah seiras jodoh kuat" tidak lupa juga yang beranggapan bahawa wajah seiras jodoh berpanjangan.Diberi akal fikiran utk memilih jodoh yg terbaik utk kita.tidak lupa juga berserah dan tawakkal,istikharah kdg2 melalui keselesaan kita bersama dgn pasangan atau melalui mimpi ,org tue2 kata mmg benar lah wajah seiras mmg jodoh kita dan kebanyakanya kekal berpanjangan.



3. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
4. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
5. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
8. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
9. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
10. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
11. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Abah! Nak handset touch!

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =) 
 
Sekadar Hiasan Sahaja.. Hohoho.. Bukan dimiliki.. krikkkkk
 
Entry seterusnya XD Aku tengah ada feel nak menulis ni. So, korang baca jelah .. hehe. Update Status aku dekat Facebook "  Abah nak juga handset baru. hehehehhehehehehhehe " Korang tahu kenapa aku minta ayah aku handphone baru, sebab telefon baling-baling aku dah innalilah sebenarnya tapi still boleh berfungsi lagi, cuma camera, radio, tv, and beberapa application dah tak boleh nak pakai dah. Haha.. Janji still boleh hantar mesej and telefon orang. Itu yang paling penting. :D. Lagi satu, sebab kawan0kawan aku lah.. Mun.. apa wassap kau, apa wechat kau. Oiii, aku mana ada tu semua, telefon baling aku tu aku pakai. *peps, telefon tu juga aku gunakan untuk lawan musuh. Haha.. Kena pula tu,.. Kahkahkah,.. Musuh? kawan librarian lelaki time diorang dok menyakat aku .. :D hehe.. 
 
Tapi , sampai sekarang aku tak minta lagi.. Hahahaha.. Sebab aku takut , nak guna.. sebab aku lasak, ganas.. kang ada juga aku lempar je macam lempar cakera kalau aku tengah marah *sebab itulah perkara aku bila aku tengah marah, apa yang ada dekat tangan, dibalingnya. tak kisah apapun.. heheh.. Aku pun tak ada gila sangat dengan gadjet ni semua. Haha.. Tak pandang pun.. Yang aku pandang setiap kali shopping " BUKU" mesti. Tak dapat beli.. tengok pun okay lerrr.. tak pun belek2 je.. :D 

Telefon apa yang aku nak ??? Kalau boleh aku nak OPPO.. tapi harganya mahal sangat.. Tak jadilah .. Cari yang lain.. Aku nak LEAD 5.. itu pun mahal juga. Lain.. Aku nak Galaxy Note 2,3,4,5 and blaaa..  Haha.. sama je mahai.. Aku nak IPhone 4, 5,6, and blaaa.. hahaha.. lagi mahai.. Lenovo pun sama.. Haha. Apa yang aku boleh beli? Tengok je dulu.. Harga turun, baru aku pergi beli :) Huhu.. Walaupun ramai makcik2 aku cakap dah murah tu.. tapi bagi aku yang tak ada duit ini, still minta duit dekat mak ayah, fikirkan adik beradik yang stiil study and ofcoze aku sekali plus duit kereta, bil api and air.. serta rumah yang belum siap2 lagi tu... Haha.. Aku cakap dalam hati " Takpelah Mun, lain kali je. Tunggu harga murah ehh beli. "

Kalau kawan2 ada telefon touch, aku yang kejekan main game dia. Haha.. Selalu kena si Shamlah.. Hahaha. Sebab dia tak suka main game , akulah yang kerjakan... Dia kata dia paling tak suka main POU macam  bodoh je main game tu. Aku diamkan sebab bagi aku ahh lantaklah janji aku main je. Hahahaha.. Tapi ada juga aku dok fikir, apa best Wechat, Wassap, Instagram,Telegram and what so ever lagilah.. Haha.. Tak usahlah aku fikir lagi pasal handphone segala ni. Akukan nak SPM :D *Pujuk hati.. :'( Haha

To akak Sufi.. kalau ada rezeki awal, dapatlah adik buat wassaaapp,.. Okay? Kalau tak.. tunggu jelah sampai berjanggut..Ekk.. Akak ada jangggut ke ? :P Ok.. Stop Melalut. Bye! Badan aku mula sakit :'(

Selfie Time!

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =) 
 
Selamat Pagi XD Pada pagi ini aku nak post pasal gambar selfie aku time aku lepas buat revision subjek killer. Hehe. Nak rehatkan minda yang dah berserabut tu, aku openlah laptop, click webcam icon and start selfielah. Haha. Captions aku letak dekat FB " Berehat sebentar bersama selfie selepas study. Haha " Entahapa2 jelah aku ni kan ... Btw, tak lama lagi dah nak 2015 dah. Wow! Adakah aku dah ready nak SPM! Huhu.. Kalau nak tahu jawapannya. Kenalah tanya aku. hihi. Jawapan aku. InshaAllah :) Just buat yang terbaik dan memperbaiki kelemahan aku pada tahun ini, kejap kejar balik subjek yang aku takda kat kelas. *Banyak woii.. Haha .. InshaAllah , aku boleh boleh .. Doakan aku tau. TQ ! Korang tengok jelah entry ntah apa2 aku ini. :P hahaha
 
 
Captions: 

1. Tutup mata guna tangan kanan. 
2. Tutup mata guna tangan kiri.
3. Buat muka comel sambil tayang gigi and ala-ala tentera gitu tangan.
4. Buat muka comel tapi tak tayang gigi and ala-ala tentera gitu tangannya. XD 
 
 

 Captions:

1.Cara aku bacalah , kalau khusyuk sangat.. haha
2.Arghh! Peninglah .. Tak faham.. Tak Faham..
3. Eii, mana pula aku baca tadi,!!
4. Wow! bestnya tajuk ini.

 Captions:

1. Miss No.Body! Hahaha
2. Nampakkan sebahagian badan.
3.Full and SMILE =D
4. Haha.. Makin ke depan LOL XD
 
 Captions:

1. Nampak bahu je..
2. Hai hai.. Sebelah je boleh nampak.
3. Okay Cun !!
4. Mata aku. Hahahahahhaa
 
 Captions:

1. Thinking !!!
2. Ala-ala model lah tu :P
3. Hmm... senyum kambing jelah.. Haha
4. Haa.. sambil buat gaya pegang pistol.*Macam tak ada kena mengena je..
 Captions:
 
1. This is ME (Munirah Ezzaty) :)
2. Heart? You want?
3. You? Ohh.. Can you take my heart :D 
4. Yeah... Lalallaa.. 

Haha, maaflah , aku tak ada mood nak buat entri panjang. Nantilah lepas SPM, aku update pasal Our memories with my sister Sufinasuha.. Lala.. Panjang ceritanya sebab tu aku malas nak tulis. Haha.. Aku create dulu kat word and kena search balik semula .. Haha... Take a pic and what so everlah yang aku suka nak buat nanti. But, serius aku cakap dengan korang entri aku yang aku akan buat ini panjangnya berjela-jela. Mungkin lebih 500 word or 2000 word and up .. Larat ke hang nak baca? Tell me! Haha.. Mesti baca sikit dah fed up kan .. Hehehe.. Ok bye! Assalamualaikum..

Tuesday, December 23, 2014

23 Disember 2014

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =) 
 
 
 
Hai.. hai.. dan selamat petang semua... Huargh.. sedapnya kalau tidur time hujan-hujan ni.. Aku sebenarnya baru je bangun tidur. hehe.. Lepas beberapa minit tu, kawan aku call, aku pun angkatlah tapi suara dia tak dengar. hahaha.. Lepastu, aku msejlah. "Kenapa call?" Lepastu dia cakap, "aku kat dpan rumah kau."Aku pergi depan rumah dengan rambut yang serabai  lepas bangun tidur. hahahahaha.. Tak senonoh betul.

Tadi pagi punya cerita, kawan aku aka best friend forever, Hazira msej aku, Da beli buku? Aku balas belum. Jom, kita pegi beli. Hmm, aku belum mandi lagilah .. *padahal baru bangun :P Haha... Hmm, kita pegi pukul 9.15.. okay tak? Aku" Jap nak gi mandi.". Siap2 dah semua , dia pun datang dengan adik dia Hafiz, tinggal berdua je dekat rumah, memang diangkutlah adik dia tu :) Nama panggilan kitaorang sama dekat rumah "ADIK". hehehe

Lepastu, pergilah sekolah.. Sebenarnya itulah pertama kali dalam sejarah aku beli buku sendiri. selama ni mak aku yang belikan. hehehe. Hmm.. tak susah pun sebenarnya. haha.. Lepas dah beli tu, pegi kedai Cik Jen beli Bakso... Huhu.. Balik rumah ngaplah apa lagi.. hehe.. 
 
Sorrylah, idea kekeringan pula .. Hahahaahaha :) 


 
 

Sufinasuha Binti Aminurrahman

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)





Ehem! Ini punya cerita untuk seseorang yang yang terrrrrlalu istimewa dalam hidup aku :) Hehe... Hari ini aku nak cerita pasal dia je, orang lain aku abaikan buat sementara waktu.. Hehe.. Maaflah... Ceritanya begini.... hmmm, lebih kearah jawapan daripada cerita dialah :) hehe Ini linknya.... korang buka sendirilah kalau nak tahu :) Tekan sini. Sambil-sambil baca blog dia tu followlah sekali dan tinggalkan jejak anda di CHATBOX. Terima Kasih :) 

Hai... hai... jangan geram sangatlah :p Awak pun sama je dengan saya. Kejap online , kejap tak . Penat tau tunggu awak. hehe. Sampai saya tertidur depan laptop :) Haha.. Rindu pulak nak chat. Chat? Tak nak, adik nak video chat je dengan akak :) Eheh, melebih pulak aku ni.  Hurmm , cumaa , sejak kebelakangan ni , dye tuu , asyikk cakap pasall Pak cik kesayangan dia je . Ekk, Apa yang aku nak tulis pulak ni. Hmmm... Arghhh.. tahulah nak tulis apa :) Nak kata kesayangan taklah sampai tahap itu.. Hmmm... Yeke? Entahlah, aku sendiri pun tak tahu. Lagipun dah janji tak nak ingat dia langsung. Bolehkah aku buat? Hoi!! kata nak cerita pasal kak pi je... Ini yang mendatangkan amarah ini. Arghh, ampun, aku tak ingat lagi pasal PAKCIK JAUH aku tu.  Seterusnya.... Haha , jeles ? Choiii ! haha , hurmm . Sikid lha jeles . Takpelah , normal lah tu . Perasaan kan . Semol de Mater lah dek .  Kihkih! kau jeles kak :) Yahoooooooo!!! Sukanya aku :) hehe. Asyik adik je yang makan hati. hehe.. Kalau kau rasa sakit berpisah dengan pak cik awak tu , nanti lagi sakit tau berpisah ngn kengkawan . Ehhh!! bila masa berpisah? Selalu dekat je.. dekat dalam dan di setiap doa.. Haha.. Ok. tolong jangan jeles!! Kawan? Hmmm... adik pun tak tahu siapa kawan adik.. Semuanya adik main tibai je.. nak kawan.. kawan.. tak nak kawan, kau tetap kawan aku.. :) Nak marah ? Buat apa nak marah ? hurmm , akuu pun salah jugak . Dah lah terlupa bufday dia . Ni adik nak marah ni. *sambil pegang rotan. Tahu pun... siapa suruh lupa?? Nak tahu satu cerita tak? Time adik tanya siapa nak pergi jamuan tu..Kan adik ada cakap dengan akak. "Tak pe Pi, lupakan." Lepastu, akak cakap "manada lupa." Time tu, adik pandang je akak, padahal dah nak menangis time tu. :( Kak Ipah perasan yang adik nak menangis tapi dia senyap je. Timetu, adik pujuk diri adik, cakap kak pi ingat cuma dia busy dengan SPM dia. Tak comellah kalau menangis.. Cool Mun :) Haha, keluar bilik Mate, lap air mata :(

Aku yang selalu nampak tak ambil kisah tentang dia. Nak tau ? sesibuk mana pon aku , still aku jaga dia. Wahhhhh, terharunya  adik :( *lap air mata.. Bende pertama aku tengok bila dah ngadap laptop , blog si mumun lah nii . Bende pertama yang aku dok korek2 kat dalam bilik tu , hadiah dari dia. Tak sangkanya aku. Lap air mata lagi sekali. :) Ada jugak sorg minah ni kononnya nak jadi adek angkat aku . Emm, siapakah dia??? Nak tahu boleh tak kak Pi?  Hmmm.. 

Statement ni buat adik grrr.  Aku malas nak cakap . Tapii , dialah satu2 nya adik angkat yang paling aku sayang. Dulik apa akuu , aku tetap sayangkan dia :') Haha , selama ni aku senyap je. Malas nak bagitau pape, ckp sayang tu pon susah . Kadang2 saje je aku nak jeleskann dia . Aku bermesra2 dgn budak2 silatt , haha , klaka nampak muka jeles dia . Buruk ! hahah , takdelah dik . Akak gurau je sayang .  Kenyataan sebenarnya, memang adik jeles pun tapi adik diamkan je. :) Ehh!! tak pernah buat muka macam gitu... cuma, macam nak jerit dekat telinga akk itu adalah.. hehe..

Inilah perjalanan hidup yang harus kita tempuhi :) InShaAllah, ukhuwah kita berkekalan :) 
Siapa nak jaga dia nanti ? Jawapannya Allah ada dan dia akan jaga adik :) siapa nak kacau dia lagii ? Hmm... entah.. tak tahu.Siapa nak cubit , tumbok dia lagi ? Entah!! Adik pun tak tahu. :) Siapa nak tengok2 kan dia ? Hmm... diri sendirilah.. hihi .. Macam mana akuu nak tggu dia datang sekolah lagii ? macam mane aku nak tenguk muka dia lagi ? Imaginasi :) Macam mana aku nak jumpa dia lagi ? Dalam mimpi dan berharap satu hari nanti itupun kalau sempat :) Macam mana aku nak support dia lagii ? Hmm.. Doa :) Mcm mana akuu nak gurau ngn dia lagi ? Hmmm.. Siapa nak panggil aku akak lagi ? Saya :) Siapa nak panggil aku Kak Pi lagii ? Saya :) Macam mana sambutan hari raya nanti ? Hmmm... Macam mana Bufday aku @ Bufday dia nanti ? Hmmm... Masa yang menentukan. :)

Terima Kasih sangat-sangat :) Sepanjang hidup aku , dialah selalu jadi yang teristimewaa buat diri aku . Always ada dengan aku . Sesibok mana pon aku , aku akan jaaga dia. Tapi sekarang , dah lain dah . Aku dah masuk alam lain , dia masihh di alam lain . Hanya doa je mmpu aku kirimkan . Sob2 . Banyak woo kenangan aku dengan dia. Haha... tahu pun.. nak tak adik senarai semua kenangan. Excited ni! Sememangnya budak pelikk ni lah yg aku tetap sayang sampai bila2 . Rezeki budak pelik :) hehe .. haha , chepp !! jangann nangiss , cool der ! Hati kene sado ! haha.. Malam ni tidur bertemankan air mata . Takpe , sufii . Dia boleh jaga diri , jangan risau , jangan sedih .. Allah yang jaga adik.... :) Semuanya kerana Allah. :)

 Akak tggu adek ada wasap kay . Adik x ada waasssap, kalau nak adik ada, tunggu time telefon baling-baling adik rosak :) Telephone tu tahan lasak walaupun dah beratus kali "shot" orang.. huhu.. kena pula tu :) Maafkan saya ye mereka2 yang kena shot  dengan aku. :) Satu je impian akak yang tak pernh tercapai . Kita tak pernah amik gambar sesama kan ? Akak harap akan ada satu hari kita luangkan masa sama2 . Nanti kita amek gambar puas2 kay. InshaAllah... Saat ni , akak teringat pulak , First time akak jumpe adik . Time tu , adek kecik je , lari laju pulak tuu . Masa kt padang , akak baru lepas lari merentas desa. Tengah penat2 nampak adik tengah pandang akak . Akak tak tahu kenapa , sebab tak kenall kan masa tuu . hehe . Haha... memang pun :) Tapi sekarang adik dah tak larat dah  nak lari.. huhu... sebab adik suka pandang akak time tu :)

Adekk , Akak Sayang Adek Sampai Bila2 :') . Jaga Diri Syang . I LOVE U <3 . Jawapan adik.... terpaksa ditunda.. Maaf :)


DEAR SUFINASUHA, ADIK SAYANG AKAK SAMPAI KE SYURGA :) INSHALLAH :) AKAK PUN SAMA, JANGAN SAKIT TERUK2 TAU :) HAHA, I LOVE YOU TOO :)


To: My Dearest Sister, Sufinasuha Binti Aminurrahman :)
From: Your Pelikss Sis, Munirah Ezzaty Binti Rosli :) 











Monday, December 15, 2014

Nomad-tetap menantimu cover by NieraZatty :)

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)



Okay, ini lagi satu.. Aku rakam, sorry ye sbb suara aku macam tak berapa nak boleh go sangat.. Haha.. Lagipun aku tak sampailah nak tarik nafas bila tune lagunya nada tinggi. Haha.. Apapun just for enjoy :D Kenapa ntar aku suka cari lagu yang memerlukan aku menjerit.. Haha.. Nak menjerit boleh tapi dah tengah malam tak kan lah aku nak memekak pula. Orang lain dah tidur pun :) Aku? Bila lagi. Haha.. Nak buat esok pagi? tak boleh sebab aku ada hal nak kena buat dekat sekolah even aku cuti sekolah -_-. Itulah rajin sangat :) Hahaha..  :D Kalau korang rasa macam aku mengeja tu, layankan jelah. Haha.. 

Sandiwara Cinta (cover) by NieraZatty :)

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)




Haha, pitching aku lari.. Haha.. Sakit tekak aku.. Haha.. Inilah aku kalau korang nak tahu. Aku jenis yang suka cari kerja time tak ada kerja -_- Haha. Sorry ye, suara aku memang macam gitu. Aku nak tarik nafas, tak sampai .. Haha.. Sorry. Korang enjoy jelah tengok video ni.. Aku rakamm pun guna webcam je. Haha, layan jelah :)