Pages

Saturday, August 16, 2014

JAMUAN HARI RAYA DI SEKOLAH

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)

SELAMAT HARI RAYA :) HEHEHE

Alhamdulilah, akhirnya sekolah buat juga jamuan hari raya :) Dapatlah aku bagi kak sufy hadiah dia. Haha
Kak sufy marah aku sebab aku membazir beli barang banyak sangat. Herm... tapikan aku tetap akan bagi dekat dia juga sebab apa yang aku niatkan aku  memang akan buat. Maaf kak, adik akak ni memang degil :) hehe... Herm, tahun ni aku rasa  agak bestlah daripada tahun sebelumnya (RAYA di SEKOLAH) sebab aku memang pergi beraya tapi just lalu and ada sesetengah kelas tu aku masuk and keluar, ada yang aku minum air tapi tak adalah aku makan kat situ. Just berkunjung je .. hehe Sebelum ini, aku tak pernah buat macam gitu pun. Lepastu jumpa ustzah farah dekat blok tingkatan 3. Dia tanya mana cikgu saliha, aku cakaplah dekat library sebab malas nak turun and cikgu dah kenyang. lepastu, dia bgi makanan dia suruh bagi dekat cikgu saliha. Aku memang angguk je. haha.

                Tahun ni beraya dengan mama faezah walaupun dia bukan lagi guru kelas kami tapi kalau ada apa2 hal kami mesti jumpa dia. Kami ambil gambar bersama.. kenangan bersama dengan mama faezah masa di alam persekolahan :) hehe Bila dah besar nanti, bolehlah tengok gambar
masa zaman persekolahan. Mesti rindu nak buat semua itu. hehe Juadah kami adalah makanan raya dan  sate plus koktail plus dua jenis air. Hmm, makanan paling laku semestinya sate. Ada orang lain
nak juga tapi dah habis. hehe sorry ye buat mereka2 yang datang nak sate tapi satenya dah habis. Masa round2 kat blok aku tu, aku jumpa ramai orang dan aku juga jumpa dia .... Dia tak beraya ke? Masa dia lalu tepi aku ,aku buat muka tak tahu.. Jalan straight je.. haha.. Lantaklah... Tapi, masa aku
dah abis round satu sekolah, aku masuk kelas sebab nak suruh Amin bagi cikgu saliha makanan yang ustazah farah suruh bagi tu. Aku panggil Amin sebab time tu ada AR. Dia tengah makan. Aku cakap dengan Amin suruh bagi dekat cikgu. Amin pun pergi bagilah .. Thanks yek Amin. :)

                Aku bawa hadiah kak sufy guna beg sekolah dan beg plastik besar sebab hadiahnya banyak. Sampai sekolah aku tengok kelas dari bawah, kosong tak ada orang . Lepastu, aku terus pergi balai bacaan. Nampak Anis, Hajar and Ana serta budak kelas 4 STM. Lepastu, aku tanya
budak ni nak masuk kelas tak.. Hajar kata "JOM" sebab dia nak letak flower crown kelas aku. So, aku dengan Hajar gerak pergi kelaslah. Kitorang ceritalah apa2 yang boleh diceritakan. Sampai kelas, aku buka beg aku , aku masukkan hadiahnya tu semua dekat beg  yang sepatutnya aku letak. Lepastu, hajar tanya "Mun banyaknya, kau nak bagi sape?" " Bagi sufi." "Apa hadiahnya?" " Macaam2..." haha.. Lepastu, dia cakap kau ni KAYA ek MUN. Aku just senyap je :) Lepastu kitorng pun turun, masuk dalam dewan sebab bacaan YASSIN. :) Lepastu dah tu, kitorng jumpa cikgu faezah, dia suruh kitorng amik barang2.. So, kitorang amik lah barangnya kat dalam kereta. :) Time tu time Sejarah. Lepastu, masuk bilik sejarah, kitaorang tanda kertas budak tingkatan 5 STM ( paper 3 ). Lepastu, masuk kelas masa Matematik pula. Tak sempat nak belajar sebab dah nak dekat pukul 10.10. Time inilah aku minta Fiezam stapler .. Aku tanya dia ada tak? Dia kata ada. Aku pun pinjam sekejaplah. Lepastu, Aku stapler and bukan semula , lepastu tengok macam x cantik. Aku suruh hajar buatkan, Time nilah budak ni tanya (SATU KELAS) pulaktu,
soalan yang sama seperti HAJAR tanya. Haha.. Lepastu, aku cakap dengan Hajar. Bukan macam ginilah, aku bukan balik buat sendiri. Haha :) Baru jadi seperti yang aku inginkan :) Give claps to me :) Haha
                
Time nak bagi hadiah kat sufi. Aku tercari-cari dia. Lepastu, aku tanya budak 5 Sains, mana sufi. Lepastu, dia panggilkan sufi. Hah, baru aku nampak dia. Haha.. Aku tak cakap apa2 pon, aku terus bagi. Padahal dah siap skrip semuanya tapi semuanya lebur. haha .. Masa bagi tu, kak sufy tanya
apa ni. Aku cakaplah.. sambil tunjuk barangnya. Satu persatu tau. Aku tahu kak sufi sebenarnya terkejut sebab hadiahnya banyak sangat. :) hehe Untuk makluman akak sufi, sebenarnya adik nak berikan something yang terbaik untuk akak tapi adik still tak mampu nak beli barang tu. Mungkin one day adik boleh beli.
Sebenarnya, ramai kat kelas adik tak tahu sebenarnya akak adalah akak adik. Bila diorng tanya kau rapat dengan sufi. Adik just angguk. Tak cakap apa2 pun. Semalam, dia orang  baru tahu. Itu pun sebab adik cakap, diorng pelik sangat kenapa adik bagi banyak sangat untuk akak :) hehe
Lepastu , ada sape ntar cakap " ADIK ANGKAT YANG SETIA" Insha Allah .. Adik akn setia menjadi adik akak :) Ukhuwah yang selama ini terjalin akan selamanya terjalin :) Dua insan yang tak akan pernah lupa .. In Shaa Allah adik tak akan lupa walaupun apapun yang terjadi. Kenangan itu semua akan
menjadi kekuatan, pengalaman serta pengajaran buat adik. Banyak sangat yang adik dapat daripada akak dengan dia. Dengan akak adik dapat belajar kasih sayang, dugaan serta percintaan. Dengan dia , adik dapat belajar erti menjadi seorang insan yang cemerlang. :) Untuk makluman akak, cikgu saliha dah tahu Adik sukakan dekat dia sebab budak2 library yang gila2 (Fahmie, Fazrin, and Amin) tu bagitahu cikgu. Pernah satu haritu, budak2 ni bahan adik puas2.. lepastu adik pergi cakap dengan cikgu saliha. haha .. Cikgu Saliha cakap dengan adik. " Kalaulah awak boleh dapatkan dia, awak memang beruntung" Adik cakap dalam hati " Memang beruntung siapa dapat dia, cikgu" Cikgu ckp. " Dia anak yang bagus, berilmu, sopan, hormat
and macam2 lagilah." Adik cakap dalam hati " Dia seorng yang pemalu, cikgu." Adik tak tahu kenapa adik suka siasat pasal dia, suka amik tahu pasal dia. Tapi, sejujurnya adik jeles dengan dia. Adik pun nak jadi seperti dia tapi tak mungkin kan ,kak. Biarlah apa yang dia tunjukkan menjadi inspirasi untuk menjadi seperti dia. Adik pernah cakap tak dekat akak, yang dia tu adalah sumber inspirasi adik. :) Dalam diam, adik cari cara macam mana adik nak jadi sperti dia. Akak nak tahu tak, adik nak sangat suruh dia ajar adik tapi adik rasa adik tak mampu nak luahkan sebab apabila adik jumpa dia, adik segan sangat. Cuma time kereta solar tu sahaja adik pernah tanya dia pasal yang berkaitan dengan kereta solar, selepas tu dia terangkan. Itu pun dia tak tahu sangat. Lagipun, adik tak tahu nak mulakan ayat macam mana bila jumpa dia. Mungkin adik segan dengan apa yang terjadi sebelum ini. Macam mana dia thu adik suka dia. Macam mana adik larikan diri apabila terserempak dengan dia. Macam mana adik tercari-carikan dia, Macam mana adik pandang dia dari jauh . Macam mana adik mengharapkan sesuatu daripada dia, macam mana adik kena usik dengan budak ini. Macam mana adik dengan slumber buat perangai. Macam-macam kak. Adik segan sangat dengan dia, sebab tulah adik ada cakap dengan akak kan sebelum ini yang adik try untuk lupakan dia. :) Tapi sampai
sekarang masih tak berjaya. WHY? I donno.  Haha, lagipun semua orang pelik kenapa adik sukakan dia. Bagi adik, biarlah mereka tidak tahu. :) Biarlah menjadi kenangan yang terindah sepanjang adik mengenali dia. Alhamdulilah :) Adik tak sangka adik boleh sukakan dia. Sampai sekarang adik still sukakan dia. Sampai bila adik akan berhenti sukakan dia? Adik dah janji dalam diri adik, adik akak lupakan serta buang segalanya mengenai dia bila dia dah jumpa seseorang yang boleh membahagiakan dia. Lepastu, adik mulakan new chapter untuk kehidupan adik. Jika dia memang JODOH adik.. Alhamdulilah. Jika bukan , adik nak yang terbaik untuk dia, semoga dia bahagia dengan orang yang dapat membahagiakan dia. Tidak terlalu mengharap untuk memiliki dia. Okay,stop pasal dia. :) Suka sangat bercerita pasal dia lebih2. Hurm...

Akak, simpanlah hadiah yang adik bagi selama ini baik2. Hargai barang itu semuanya :) Mungkin selepas ini akak tak akan dapat seperti itu lagi. Mungkin selepas ini akak akan rindu dengan perkara ini.  Adik, pun tak tahu sampai bila adik mampu bagi akak macam gini. Sayang akak :) Selama-lamanya :) Sampai Jannah :) Inshaa Allah :)

Jom tengok gambar raya aku dekat sekolah :) 

Tema baju raya kelas : Kuning ..
 Sebahagian daripada 4 sains :)

Sempat lagi berselfie ketika membuat kerja. haha :) Potong nasi ampit..

Aksi-aksi kami.. haha .. Apa-apa jelah :) Janji kami berselfie :)

Sakan bergambar :) With cikgu firdaus. Nak gelak je bila tengok gambar aku time ini. gambar pertama, macam malu-malu, gambar kedua, nak manja sangat dengan kak long dan gambar ketiga ketawa sbab apa ntar :) Have a nice day :) 


Thank you, teachers :D

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =) 

  
 
ENCIK ZAINAL ABIDIN BIN MOHAMED

Buat cikgu zainal, terima kasih kerana telah mengajar saya MATEMATIK walaupun hanya beberapa bulan sahaja. Maafkan saya kerana tidak memberikan tumpuan sepenuh ketika cikgu mengajar kerana saya tidak faham. hehe. Takzirah sebelum memulakan sesi pembelajaran tidak pernah saya dapat seperti yang cikgu selalu lakukan. Terima kasih kerana sentiasa memberikan respon yang positif di setiap pertanyaan yang saya anjurkan.  :D Thank you, teacher :D Thanks sebab tak bawa anak cikgu sekali pindah sekolah. hehe :D

CIK SARIMAH BINTI HJ SAIM

Buat cikgu sarimah, walaupun tahun ini saya mula berjinak-jinak rapat dengan cikgu tetapi banyak info yang saya dapat. Terima kasih cikgu kerana pernah belanja saya lempeng cecah sambal dan air milo ais serta meluangkan masa bersama di kantin. Cikgu, in shaa Allah saya cuba menjadi seperti yang cikgu katakan kepada saya dulu. Semoga saya amanah dalam memegang kata-kata yang disampaikan oleh seseorang itu. Kadang-kadang, saya takut untuk berjanji kerana saya takut saya tidak dapat memegang janji itu. Maafkan saya cikgu sebab pernah menangis banyak kali depan cikgu. hehe "KUATKAN SEMANGAT" akan menjadi sumber kekuatan saya dan saya akan sentiasa mengingati cikgu apabila saya teringat kata itu. Terima kasih cikgu untuk segalanya :D

PUAN NORHUDA BINTI OMAR ALI

Terima kasih kerana pernah mengajar saya bagaimana untuk membuat pantun. Dari situ, Saya mendapat pengalaman baharu serta mendapat teman baharu . :D Hehe, teringat masa cikgu tanya pasal genre apa yang saya suka baca (NOVEL) dan penulis apa yang saya suka serta buku di rumah sudah ada berapa ? Tiap cikgu tanya tu saya rasa bersemangat sangat., Ntar tak tahu kenapa. Rasa macam best je soalan yang cikgu tanya. :D hehe

ENCIK MESKUN BIN TUMIN

Cikgu.. cikgu... cikgu.... Banyak yang cikgu mengajar saya untuk menilai diri saya dari aspek mana serta memberikan tips-tips yang berharga dan tidak lupa cikgu sentiasa menanyakan khabar kepada saya. Hmm.. Tapi, sekarang semua itu hanya kenangan. Terima kasih cikgu.. Terima kasih kerana memberikan saya hadiah.. Hehe Saya rasa banyak kali cikgu bagi, Tak ingat berapa kali tapi memang banyak . Hadiah yang terbaharu adalah cikgu berikan saya kotak pensil. hahaha :D Hmm.. saya tak ingat apa lagi yang cikgu pernah berikan tetapi memang banyak input yang berguna serta menguatkan keazaman saya untuk terus berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam apa jua keadaan. terim a kasih cikgu.

PUAN KHADIJAH BINTI MOHD BASRI

Cikgu... Terima kasih kerana mengajar saya subjek PENDIDIKAN ISLAM walaupun hanya selama 7 bulan tetapi banyak tips serta cara yang amat mudah untuk saya pelajari. Cikgu, mengajar membuatkan saya mudah faham. Tapi kadang-kala membuatkan saya mengantuk jika saya terlalu penat. cikgu, teruslah berjuang walaupun dirimu tidak terdaya. Jika ini yang ditakdirkan olehnya kerana Dia tahu kesabaranmu itu tidak tertangguh serta ujian itu tidak dapat kau hadapi. Cikgu, majulah kehadapan walaupun selepas ini cikgu tidak akan merasai pengalaman mendapat anak didik yang sama seperti kami sekurang-kurangnya disana dapat mengurangkan tekanan yang cikgu hadapi. Cikgu, halalkan segala ilmu yang cikgu berikan serta terima kasih di atas tunjuk ajar serta motivasi yang cikgu berikan. Selepas ini, saya pasti akan menrindui cikgu. cikgu, In shaa Allah saya akan pegang janji  mengenai hal itu. Doakan saya menjadi seorang yang amanah dalam memegang janji.
 

Saturday, August 02, 2014

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG :)

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
 
 Assalamualaikum w.b.t.
 

Dear SUFINASUHA BINTI AMINURRAHMAN,
ENTRY ini khas untuk akak, semoga akak terhibur membacanya. 
Hehe... Jangan marah tau :D Sayang akak :D hehe 



Hey kakak yang aku sayangi,
Terima kasih untuk segalanya :D Adik amat hargai segala yang telah akak berikan selama 4 tahun ini. :D Terima kasih membuat diriku ini bahagia dan terus bahagia mengenalimu. Kakak Sufy, terima kasih kerana pernah menjadi teman tempat untuk adik mengadu tapi kebanyakannya tentang HAHA.. Maaf kalau adik buat akak rasa brrr je :D Hehe Terima kasih kerana pernah menjadi seorang kakak yang prihatin... Hehe Terima kasih kerana pernah membuliku, Sakit tahu tak? Habis lembam. :P haha .. Terima kasih kerana banyak kali membuatku mengalirkan air mata, cerita betul tau ne, tapi bila ingat balik macam budak darjah satu jekan nak menangis bagai. Haha :P Terima kasih kerana sentiasa memberikan aku senyuman manismu. :D Terima kasih kerana pernah membuatku rasa ingin membulimu seperti dulu. Hehe Tapi paling rindu nak geletek akak sampai Hmmm.. Hehehe dan TERIMA KASIH untuk segalanya yang akak berikan kepadaku. Tetapi, tak larat nak tulis .. Hehe * Kantoi :D Tapi, semua ini lahir dari lubuk hati adik yang paling dalam. Cewahhh.. :D Hehe Dalam ke ? Tak nampak pun :O Adik tak nak buat entry yang sedih-sedih tapi adik nak buat yang sweet-sweet je seperti sebelum ini. Aik!!! Ada ke? Macam tak ada je. Tak nak buat video lagi sebab bosan plus hmmm .. Haha :D Hmm.. And rasa macam nak guling-guling je bila tengok video tu semula. Hehe :D 
 



Ha, ini surat cinta yang rasmi :D hihihihihi
Youre my friend, my sister and my special person in my life !!
Thank you sis :D
 Ini pula gula-gula hati, di setiap hati itu ada perkataan yang mengambarkan diri akak :D Melalui kajian dan penyelidikan Prof. Dr. Munirah Ezzaty Binti Rosli :D hehe Doakan adik berjaya untuk menjadi seperti itu. :D Miss title tu :D Sekarang dah jarang dengar budak2 ni panggil prof kat library. :(
 RINDU THAT'S NAMES :D
 Tak cukup satu untuk menjadi flora :D hehe
Alamak, ternampak pula my ABCDEFGHIJKLMNOP.
Harap-harap tiada sesiapa yang perasan :D hehe


 Inilah dia surat cintanya. Sebahagian daripada surat yang ada.
Semuanya white colour :D But some papers i use colourful pens and have draw a picture at there. Not to nice but it okaylah for my pandangan. Hehe :D Kaku dalam melukis macam ginilah tapi bab mengaler POwer Beb !! Perasan .. Saya pernah dapat hadiah saguhati dalam pertandingan membuat poster ANTI DADAH. Hehe Kalah nipis je dengan tempat ketiga. Kihkihkih
Akak, ingat tak buku ini? Buku ini yang adik bagi akak pada tarikh hari lahir cikgu faezah dan sebelum tarikh 15 Julai 2014. Pada waktu itu merupakan hari Nuzul Al-Quran. Akak, adik harap akak suka dan dapat pengajaran daripada situ :D Semoga makin kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan :D Love you sis until Jannah. Adik pun ada buku ini juga. Adik beli dua, satu untuk akak dan satu untuk diri adik. Khas for you :D 





Sebahagian hadiah untuk akak, hehe Ada lagi tau, sebab belum beli lagi hadiahnya. Alamak, pecah rahsia :D SELAMAT HARI LAHIRRAYA. hehe

Alamak, salah eja pula BE STRONG!! Hehe.. Perkataan JANGAN NAKAL-NAKAL tu, tak akan adik lupa kak.. :D Miss perkataan itu pada permulaan adik mendapat perkataan itu. Ekkk, faham tak apa maksudnya? Hehe Kahkah.. Saya memang bukan tergolong dalam golongan artistik. Kelakarnya adik lukis :D hehe
 
 
Haaa, tak nampakkan tulisannya.. Sebab guna pen warna pastel dan warna kertasnya tak sesuai dengan warna pastel tu :D Nanti, akak baca dekat surat tulah, In shaa Allah akak nampak dengan jelas. Hehe
Oren tema family adik raya tahun ini. Tema family akak warna apa pula?
 

Buat SUFINASUHA BINTI AMINURRAHMAN,
SELAMAT HARI LAHIR DAN SALAM SYAWAL :D
Semoga kehidupanmu selepas ini lebih bermakna.


Akak, do you love me?
Akak, do you miss me?
Akak, do you want me always be your friend?
Akak, do you want me always support you?
Akak, do you want me hmmm?

Akak, terima kasih di atas segalanya :D Thank you very much, dear :D Hmm.. Akak, adik tak akan pernah lupa apa yang berlaku selama 4 tahun, banyak kenangan yang indah dan sukar untuk adik lupakan. Tidak lupa juga kenangan yang menusuk kalbu. Hehe Akak, semoga jalinan ukhuwah ini berkekalan sehingga Jannah, In shaa Allah :D I Love You as my sister and one day i hope will meet you again :D Semoga dipertemukan kembali walaupun adik tahu ketika itu suasananya tidak sama seperti zaman persekolahan but i want see you agaiin and again :D

Akak, teruslah perjuanganmu, jangan pernah berhenti dan mengalah. Bangkitlah daripada kegagalan dan kejatuhan. Ingatlah bahawa Dia sentiasa ada untuk kita. Jangan pernah lupakan dia, sayang :D

Akak, biarpun dirimu di uji dengan pelbagai dugaan dan ujian. Adik harap akak tetap kuat dan utuh kesabaran dalam melalui kehidupan. Akak. Adik tahu akan seorang insan yang hebat. Akak, adik tahu akak mampu mengharungi dugaan itu kerana dugaan yang diberikanNya adalah dugaan yang mampu kita hadapi. :D I Know you, sis :D Youre my sister and will be forever as my sister. Never forget you, In shaa Allah :D

Akak, selepas ini adik akan rindu dengan semua kenangan bersama akak. Selepas ini adik tak dapat nak jumpa akak lagi. Perpisahan yang sementara dan In shaa Allah kita akan berjumpa kembali di sana :D Jangan pernah lupakan adik akak walaupun akak pernah mengatakan bahawa akak berharap adik dapat lupakan akak. Perit ketika mendengarkan perkataan itu. Adik tak tahu macam mana adik boleh sayangkan akak. Adik tak tahu macam mana adik boleh rapat dengan akak. Adik tak tahu macam mana adik boleh bermesra dengan akak walaupun ketika itu adik baru first time jumpa akak face to face. :D

Akak, sepanjang adik mEngenali akak. Banyak yang telah berubah. Tiada lagi sifat kasar akak, kadang-kadang membuatkan adik rindu untuk melihat cara akak itu. Tiada lagi kakak yang slumbER membuat apa sahaja. Huarghhhh... Rindunya kenangan dulu. Akak sekarang semakin matang selaras dengan faktor usia akak. :D Semoga berjaya menjadi seorang wanita yang matang dalam apa jua aspek :D hehe

Akak, kalau nak kahwin nanti jemput adik tau. Hehe Jangan lupa tau. Haha, akak, kalau nak booking adik jadi pengapit akak pun boleh :P sebab adik dah ada 3 kali pengalaman menjadi pengapit. Semuanya menjadi pengapit terjun :D Terpaksa dalam rela .. Cewah :D Haha, tidak pernah bermimpi selama ini untuk menjadi pengapit. Hehe. But, okaylah...Janji pakai pakaian yang simple and no make up. I dont like menconteng muka kecuali terpaksa kena make up. Kalau pergi mana-mana, just pakai bedak powder only. Tepek-tepek , okay done. One more thing, adik tak suka pakai krim pencerah. Hehe Rimas... Okay? Habis muka gata-gatal. :D Dewasa nanti mungkin adik akan membeli produk-produk itu semua. Tapi, adik nak yang simple je, still look my natural face :D Kalau adik kahwin nanti selamat duit my husband sebab tak perlu beli benda alah itu semua. Selain itu, adik tak suka pakai barang kemas. Rimas. Haha.. Tapi, kalau from my future husband, adik akan pakai selalu. :D hehe. Stop pasal ni.

Akak, hehe.. Rindu nak dengar akak selalu mengadu dekat adik. Macam-macam akak mengadu tapi kini hanya tinggal kenangan. Maybe, adik bukan tempat terbaik untuk menjadi teman pendengar setia your problem :D It’s Okay, dear :D So many thing, yang adik nak luahkan tapi tak kesampaian untuk meluahkannya. :D Adik tahu memang adik jenis yang perahsia. Kadang-kadang orang susah nak faham adik. Kadang-kadang orang pelik dengan adik. Kadang-kadang adik rasa adik suka dengan suasana yang “ALONE” sebab adik akan pening kepala bila ada ramai orang. Tak kisahlah konsert ke, pergi pasaraya ke or apa-apa tempat pun. Adik tetap tak boleh nak paksa diri adik yang adik tak akan rasa tergugat dengan suasana itu. TERGUGAT??? Macam tak sesuai dengan ayat tu. Adik tak suka bila orang paksa adik, kadang-kadang adik fikir kenapa dengan dia ni. Kadang-kadang, adik tak tahu kenapa orang suka kongkong adik dengan perkara yang adik tak suka. Bila adik tak layan diorang, diorang tarik muka. Nak mengharapkan adik pujuk ... Maaf, saya tidak layan. Adik tak suka orang ganggu adik time adik tengah bersemangat. Always termenung memikirkan masa hadapan. Always menangis senyap-senyap, kadang-kala terlepas juga di depan orang ramai dan always tersentap dengan perkara yang tiada kaitan dengan adik. KUATKAN SEMANGAT, akan menjadi kata azimat untuk diri adik tatkala adik dalam kekecewaan, kegagalan and so on. Adik selalu fikir adakah adik mampu membahagiakan semua insan yang diketemukan dengan adik. Kadang-kala adik keras kepala dan tiada respon setiap pertanyaan orang lain. Kadang-kala adik takut nak pegang amanah orang lain. Kadang-kala adik selalu fikir adik ni baik ke ? Kenapa mereka kata adik ini baik?. Banyak kak yang adik fikir dan adik tak sanggup menghadapinya tapi adik perlu hadapi juga kerana itulah kehidupan adik. Walaupun adik selalu tersenyum tak bermakna adik selalu bahagia. Ramai orang yang adik sayang tapi insan-insan yang mampu menjatuhkan ego adik adalah insan yang paling adik sayang dan adik tak sanggup nak berpisah dengan dia kak. Adik juga ada kekurangan dan kelemahan tapi adik juga ada kelebihan yang diberikanNya :) Alhamdulilah, Allah selalu permudahkan perancangan yang adik susun dan perkara itu selesai dengan izinNya. :D Bila adik mengharapkan dia ada, secara tiba-tiba dia memang ada di hadapan adik. Dia maha mengetahui di setiap perkara yang adik pinta kak. Alhamdulilah. Dan one more thing, adik tak sempurna, tapi yang menjadikan adik sempurna dengan adanya insan-insan di sekeliling adik. Thank you you all .
 


I am who i am. This is me !! Never person can be like me :D Sayalah  orang yang keras kepala, degil, tak nak dengar kata, kuat menangis, kuat cemburu, kuat menyakat, suka berangan, buat tak tahu time tak ada mood, malas nak layan orang gila, suka spot check barang orang lain, suka layan budak kecik dan selalu anggap dia "ADIK" dalam family, sifat seperti budak-budak, ada masa macam singa plus harimau. Suka kucing .. Meow..meow.. , suka jalankan misi secara senyap-senyap, manja pada mereka-mereka yang saya nak bermanja. hehe , pendiam dalam erti kata diam bila tiada kata yang perlu diungkapkan, tak suka di ganggu, suka memekak, suka suasana yang damai and tak suka benda bingit2, suka pendam perasaan, suka buat perkara yang pelik-pelik dan  dan saya tahu ramai yang  sayang saya walaupun saya selalu anggap mereka tak sayang saya. :D Haha.. Semoga saya menjadi anak yang mithali .. opss.. nak menjadi anak yang mithali macam sukar je, hmm.. semoga saya menjadi anak yang sentiasa membahagiakan kedua-dua ibubapa saya. In Shaa Allah :D


Selamat Hari Lahir & Salam Syawal !!
Sufinasuha Binti Aminurrahman :D
Love You  So Much Until Jannah :D
 Will Miss You, Dear !!!
Never Forget About You &  Our Memories :D
 From: Adik :D


YA ALLAH, AKU PASTI MERINDUI SETIAP KENANGAN BERSAMA MEREKA. YA ALLAH, JIKA KEDUA INSAN INI YANG KAU PILIH
UNTUK MEMBIMBINGKU, DEKATKATLAH MEREKA KEPADAKU AGAR AKU DAPAT MEMPELAJARI SESUATU. YA ALLAH, JIKA INSAN INI
KAU PILIH UNTUK MEMBAHAGIAKANKU, BERIKANLAH MEREKA KEBAHAGIAN SEPERTIMANA MEREKA MEMBAHAGIAKANKU. YA ALLAH,
JIKA MEREKA ADALAH SUMBER KEKUATANKU, BERIKANLAH AKU KEKUATAN SELEPAS MEREKA PERGI AGAR AKU TIDAK JATUH KEMBALI.
YA ALLAH, JIKA MEREKA DITAKDIRKAN SENTIASA ADA BERSAMAKU, SEMOGA AKU MEMANFAATKAN WAKTU ITU BERSAMA MEREKA. YA ALLAH,
ANDAI MEREKA KAU KIRIMKAN HANYA SEMENTARA SAHAJA, SEMOGA AKU TERUS KUAT DAN TIDAK TERLALU KECEWA DENGAN APA YANG TERJADI.
YA ALLAH, TERIMA KASIH DI ATAS PERTEMUAN YANG TERMANIS INI WALAUPUN HANYA SEKETIKA. YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH PERJALANAN MEREKA.
YA ALLAH, BANTULAH MEREKA DALAM MERAIH KEREDHAANMU. YA ALLAH, KUATKANLAH SEMANGAT MEREKA UNTUK MENEMPUH DUGAAN YANG
KAU BERIKAN KEPADA MEREKA. YA ALLAH, ANDAI INI MERUPAKAN JALINAN YANG TERAKHIR BERSAMA MEREKA, BERIKANLAH AKU
KEBAHAGIAN DALAM UKHUWAH ITU. YA ALLAH, BUANGKANLAH PERASAAN SAYANG ITU JIKA PERKARA ITU YANG MEMBUATKANKU TERJATUH DALAM
KEKECEWAAN. YA ALLAH, SEMOGA MEREKA SENTIASA BERADA DALAM LINDUNGANMU. JAGALAH MEREKA AGAR TERHINDAR DARIPADA PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIINGINI, SELAMATKAN MEREKA DARIPADA FITNAH DUNIA DAN BANTULAH MEREKA.

BUAT DUA INSAN INI (SBA & ARBZA), TERIMA KASIH KERANA PERNAH HADIR DALAM HIDUP INI. TERIMA KASIH KERANA PERNAH MEWARNAI KEHIDUPANKU INI.
TERIMA KASIH KERANA MEMBUATKU RASA BERTUAH MENGENALIMU. TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA ;) KENANGAN BERSAMA AKAN MENJADI SEBUAH CERITA BUATKU.
TERIMA KASIH KERANA SENTIASA ADA BERSAMAKU. TAK DAPATKU GAMBARKAN KEHIDUPANKU SELEPAS INI. SEMOGA KALIAN BERJAYA :D GOOD LUCK FOR SPM !!
SEBUAH CERITA BERSAMA KALIAN AKAN BERSEMADI DI DALAM INGATANKU DENGAN SEGALA KENANGAN YANG PERNAH KITA LALUI BERSAMA WALAUPUN PAHIT TAPI ADA MANISNYA. SEMOGA UKHUWAH KITA SEHINGGA JANNAH.
WILL MISS BOTH OF YOU, LOVE AND WANT YOU BE IN MY SIDE FOREVER !!! SARANGHAEO SBA & ARBZA. SALAM KASIH SAYANG DAN SALAM PERPISAHAN DARIPADAKU, SEMOGA BERJUMPA LAGI DAN PERJUMPAAN ITU DAPAT MENGERATKAN LAGI UKHUWAH PERSAUDARAAN KITA. TERIMA KASIH!!! :D

KUNCI-KUNCI MERAIH KEJAYAAN :)

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =) 
 
 
 
KUNCI-KUNCI MERAIH KEJAYAAN
Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah Taala dan RasulNya.
Kunci rezeki adalah berusaha disertai dengan istighfar dan ketakwaan.
Kunci syurga adalah mengesakan Allah Taala (Tauhid).
Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah Taala dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk-makhlukNya.
Kunci kebaikan adalah kejujuran.
Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Quran, berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa.
Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengar baik.
Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar.
Kunci kebahagiaan adalah takwa.
Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur.
Kunci mencintai Akhirat adalah zuhud terhadap duniawi.
Kunci agar permintaan dikabulkan oleh Allah adalah berdoa.
 

10 KAEDAH MERAIH KEBAHAGIAN

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =) 
 
 
 
10 KAEDAH MERAIH KEBAHAGIAAN

1.Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada saat- saat waktu terluang.

2.perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.

3.Harus memiliki tujuan dalam hidup kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.
4. Menjalankan kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit dengan hati yang lapang.

5. Hayati hidup yang sedang dijalani, jangan menyesal perkara yang sudah berlalu, dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.

6.Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.

7. Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.

8.Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang yang optimis.

9. Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebahagiaan darinya.

10. Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagian.