Sabtu, Ogos 02, 2014

10 KAEDAH MERAIH KEBAHAGIAN

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =) 
 
 
 
10 KAEDAH MERAIH KEBAHAGIAAN

1.Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada saat- saat waktu terluang.

2.perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.

3.Harus memiliki tujuan dalam hidup kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.
4. Menjalankan kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit dengan hati yang lapang.

5. Hayati hidup yang sedang dijalani, jangan menyesal perkara yang sudah berlalu, dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.

6.Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.

7. Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.

8.Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang yang optimis.

9. Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebahagiaan darinya.

10. Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagian.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan