Sabtu, Ogos 02, 2014

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG :)

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
 
 Assalamualaikum w.b.t.
 

Dear SUFINASUHA BINTI AMINURRAHMAN,
ENTRY ini khas untuk akak, semoga akak terhibur membacanya. 
Hehe... Jangan marah tau :D Sayang akak :D hehe 



Hey kakak yang aku sayangi,
Terima kasih untuk segalanya :D Adik amat hargai segala yang telah akak berikan selama 4 tahun ini. :D Terima kasih membuat diriku ini bahagia dan terus bahagia mengenalimu. Kakak Sufy, terima kasih kerana pernah menjadi teman tempat untuk adik mengadu tapi kebanyakannya tentang HAHA.. Maaf kalau adik buat akak rasa brrr je :D Hehe Terima kasih kerana pernah menjadi seorang kakak yang prihatin... Hehe Terima kasih kerana pernah membuliku, Sakit tahu tak? Habis lembam. :P haha .. Terima kasih kerana banyak kali membuatku mengalirkan air mata, cerita betul tau ne, tapi bila ingat balik macam budak darjah satu jekan nak menangis bagai. Haha :P Terima kasih kerana sentiasa memberikan aku senyuman manismu. :D Terima kasih kerana pernah membuatku rasa ingin membulimu seperti dulu. Hehe Tapi paling rindu nak geletek akak sampai Hmmm.. Hehehe dan TERIMA KASIH untuk segalanya yang akak berikan kepadaku. Tetapi, tak larat nak tulis .. Hehe * Kantoi :D Tapi, semua ini lahir dari lubuk hati adik yang paling dalam. Cewahhh.. :D Hehe Dalam ke ? Tak nampak pun :O Adik tak nak buat entry yang sedih-sedih tapi adik nak buat yang sweet-sweet je seperti sebelum ini. Aik!!! Ada ke? Macam tak ada je. Tak nak buat video lagi sebab bosan plus hmmm .. Haha :D Hmm.. And rasa macam nak guling-guling je bila tengok video tu semula. Hehe :D 
 



Ha, ini surat cinta yang rasmi :D hihihihihi
Youre my friend, my sister and my special person in my life !!
Thank you sis :D
 Ini pula gula-gula hati, di setiap hati itu ada perkataan yang mengambarkan diri akak :D Melalui kajian dan penyelidikan Prof. Dr. Munirah Ezzaty Binti Rosli :D hehe Doakan adik berjaya untuk menjadi seperti itu. :D Miss title tu :D Sekarang dah jarang dengar budak2 ni panggil prof kat library. :(
 RINDU THAT'S NAMES :D
 Tak cukup satu untuk menjadi flora :D hehe
Alamak, ternampak pula my ABCDEFGHIJKLMNOP.
Harap-harap tiada sesiapa yang perasan :D hehe


 Inilah dia surat cintanya. Sebahagian daripada surat yang ada.
Semuanya white colour :D But some papers i use colourful pens and have draw a picture at there. Not to nice but it okaylah for my pandangan. Hehe :D Kaku dalam melukis macam ginilah tapi bab mengaler POwer Beb !! Perasan .. Saya pernah dapat hadiah saguhati dalam pertandingan membuat poster ANTI DADAH. Hehe Kalah nipis je dengan tempat ketiga. Kihkihkih
Akak, ingat tak buku ini? Buku ini yang adik bagi akak pada tarikh hari lahir cikgu faezah dan sebelum tarikh 15 Julai 2014. Pada waktu itu merupakan hari Nuzul Al-Quran. Akak, adik harap akak suka dan dapat pengajaran daripada situ :D Semoga makin kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan :D Love you sis until Jannah. Adik pun ada buku ini juga. Adik beli dua, satu untuk akak dan satu untuk diri adik. Khas for you :D 





Sebahagian hadiah untuk akak, hehe Ada lagi tau, sebab belum beli lagi hadiahnya. Alamak, pecah rahsia :D SELAMAT HARI LAHIRRAYA. hehe

Alamak, salah eja pula BE STRONG!! Hehe.. Perkataan JANGAN NAKAL-NAKAL tu, tak akan adik lupa kak.. :D Miss perkataan itu pada permulaan adik mendapat perkataan itu. Ekkk, faham tak apa maksudnya? Hehe Kahkah.. Saya memang bukan tergolong dalam golongan artistik. Kelakarnya adik lukis :D hehe
 
 
Haaa, tak nampakkan tulisannya.. Sebab guna pen warna pastel dan warna kertasnya tak sesuai dengan warna pastel tu :D Nanti, akak baca dekat surat tulah, In shaa Allah akak nampak dengan jelas. Hehe
Oren tema family adik raya tahun ini. Tema family akak warna apa pula?
 

Buat SUFINASUHA BINTI AMINURRAHMAN,
SELAMAT HARI LAHIR DAN SALAM SYAWAL :D
Semoga kehidupanmu selepas ini lebih bermakna.


Akak, do you love me?
Akak, do you miss me?
Akak, do you want me always be your friend?
Akak, do you want me always support you?
Akak, do you want me hmmm?

Akak, terima kasih di atas segalanya :D Thank you very much, dear :D Hmm.. Akak, adik tak akan pernah lupa apa yang berlaku selama 4 tahun, banyak kenangan yang indah dan sukar untuk adik lupakan. Tidak lupa juga kenangan yang menusuk kalbu. Hehe Akak, semoga jalinan ukhuwah ini berkekalan sehingga Jannah, In shaa Allah :D I Love You as my sister and one day i hope will meet you again :D Semoga dipertemukan kembali walaupun adik tahu ketika itu suasananya tidak sama seperti zaman persekolahan but i want see you agaiin and again :D

Akak, teruslah perjuanganmu, jangan pernah berhenti dan mengalah. Bangkitlah daripada kegagalan dan kejatuhan. Ingatlah bahawa Dia sentiasa ada untuk kita. Jangan pernah lupakan dia, sayang :D

Akak, biarpun dirimu di uji dengan pelbagai dugaan dan ujian. Adik harap akak tetap kuat dan utuh kesabaran dalam melalui kehidupan. Akak. Adik tahu akan seorang insan yang hebat. Akak, adik tahu akak mampu mengharungi dugaan itu kerana dugaan yang diberikanNya adalah dugaan yang mampu kita hadapi. :D I Know you, sis :D Youre my sister and will be forever as my sister. Never forget you, In shaa Allah :D

Akak, selepas ini adik akan rindu dengan semua kenangan bersama akak. Selepas ini adik tak dapat nak jumpa akak lagi. Perpisahan yang sementara dan In shaa Allah kita akan berjumpa kembali di sana :D Jangan pernah lupakan adik akak walaupun akak pernah mengatakan bahawa akak berharap adik dapat lupakan akak. Perit ketika mendengarkan perkataan itu. Adik tak tahu macam mana adik boleh sayangkan akak. Adik tak tahu macam mana adik boleh rapat dengan akak. Adik tak tahu macam mana adik boleh bermesra dengan akak walaupun ketika itu adik baru first time jumpa akak face to face. :D

Akak, sepanjang adik mEngenali akak. Banyak yang telah berubah. Tiada lagi sifat kasar akak, kadang-kadang membuatkan adik rindu untuk melihat cara akak itu. Tiada lagi kakak yang slumbER membuat apa sahaja. Huarghhhh... Rindunya kenangan dulu. Akak sekarang semakin matang selaras dengan faktor usia akak. :D Semoga berjaya menjadi seorang wanita yang matang dalam apa jua aspek :D hehe

Akak, kalau nak kahwin nanti jemput adik tau. Hehe Jangan lupa tau. Haha, akak, kalau nak booking adik jadi pengapit akak pun boleh :P sebab adik dah ada 3 kali pengalaman menjadi pengapit. Semuanya menjadi pengapit terjun :D Terpaksa dalam rela .. Cewah :D Haha, tidak pernah bermimpi selama ini untuk menjadi pengapit. Hehe. But, okaylah...Janji pakai pakaian yang simple and no make up. I dont like menconteng muka kecuali terpaksa kena make up. Kalau pergi mana-mana, just pakai bedak powder only. Tepek-tepek , okay done. One more thing, adik tak suka pakai krim pencerah. Hehe Rimas... Okay? Habis muka gata-gatal. :D Dewasa nanti mungkin adik akan membeli produk-produk itu semua. Tapi, adik nak yang simple je, still look my natural face :D Kalau adik kahwin nanti selamat duit my husband sebab tak perlu beli benda alah itu semua. Selain itu, adik tak suka pakai barang kemas. Rimas. Haha.. Tapi, kalau from my future husband, adik akan pakai selalu. :D hehe. Stop pasal ni.

Akak, hehe.. Rindu nak dengar akak selalu mengadu dekat adik. Macam-macam akak mengadu tapi kini hanya tinggal kenangan. Maybe, adik bukan tempat terbaik untuk menjadi teman pendengar setia your problem :D It’s Okay, dear :D So many thing, yang adik nak luahkan tapi tak kesampaian untuk meluahkannya. :D Adik tahu memang adik jenis yang perahsia. Kadang-kadang orang susah nak faham adik. Kadang-kadang orang pelik dengan adik. Kadang-kadang adik rasa adik suka dengan suasana yang “ALONE” sebab adik akan pening kepala bila ada ramai orang. Tak kisahlah konsert ke, pergi pasaraya ke or apa-apa tempat pun. Adik tetap tak boleh nak paksa diri adik yang adik tak akan rasa tergugat dengan suasana itu. TERGUGAT??? Macam tak sesuai dengan ayat tu. Adik tak suka bila orang paksa adik, kadang-kadang adik fikir kenapa dengan dia ni. Kadang-kadang, adik tak tahu kenapa orang suka kongkong adik dengan perkara yang adik tak suka. Bila adik tak layan diorang, diorang tarik muka. Nak mengharapkan adik pujuk ... Maaf, saya tidak layan. Adik tak suka orang ganggu adik time adik tengah bersemangat. Always termenung memikirkan masa hadapan. Always menangis senyap-senyap, kadang-kala terlepas juga di depan orang ramai dan always tersentap dengan perkara yang tiada kaitan dengan adik. KUATKAN SEMANGAT, akan menjadi kata azimat untuk diri adik tatkala adik dalam kekecewaan, kegagalan and so on. Adik selalu fikir adakah adik mampu membahagiakan semua insan yang diketemukan dengan adik. Kadang-kala adik keras kepala dan tiada respon setiap pertanyaan orang lain. Kadang-kala adik takut nak pegang amanah orang lain. Kadang-kala adik selalu fikir adik ni baik ke ? Kenapa mereka kata adik ini baik?. Banyak kak yang adik fikir dan adik tak sanggup menghadapinya tapi adik perlu hadapi juga kerana itulah kehidupan adik. Walaupun adik selalu tersenyum tak bermakna adik selalu bahagia. Ramai orang yang adik sayang tapi insan-insan yang mampu menjatuhkan ego adik adalah insan yang paling adik sayang dan adik tak sanggup nak berpisah dengan dia kak. Adik juga ada kekurangan dan kelemahan tapi adik juga ada kelebihan yang diberikanNya :) Alhamdulilah, Allah selalu permudahkan perancangan yang adik susun dan perkara itu selesai dengan izinNya. :D Bila adik mengharapkan dia ada, secara tiba-tiba dia memang ada di hadapan adik. Dia maha mengetahui di setiap perkara yang adik pinta kak. Alhamdulilah. Dan one more thing, adik tak sempurna, tapi yang menjadikan adik sempurna dengan adanya insan-insan di sekeliling adik. Thank you you all .
 


I am who i am. This is me !! Never person can be like me :D Sayalah  orang yang keras kepala, degil, tak nak dengar kata, kuat menangis, kuat cemburu, kuat menyakat, suka berangan, buat tak tahu time tak ada mood, malas nak layan orang gila, suka spot check barang orang lain, suka layan budak kecik dan selalu anggap dia "ADIK" dalam family, sifat seperti budak-budak, ada masa macam singa plus harimau. Suka kucing .. Meow..meow.. , suka jalankan misi secara senyap-senyap, manja pada mereka-mereka yang saya nak bermanja. hehe , pendiam dalam erti kata diam bila tiada kata yang perlu diungkapkan, tak suka di ganggu, suka memekak, suka suasana yang damai and tak suka benda bingit2, suka pendam perasaan, suka buat perkara yang pelik-pelik dan  dan saya tahu ramai yang  sayang saya walaupun saya selalu anggap mereka tak sayang saya. :D Haha.. Semoga saya menjadi anak yang mithali .. opss.. nak menjadi anak yang mithali macam sukar je, hmm.. semoga saya menjadi anak yang sentiasa membahagiakan kedua-dua ibubapa saya. In Shaa Allah :D


Selamat Hari Lahir & Salam Syawal !!
Sufinasuha Binti Aminurrahman :D
Love You  So Much Until Jannah :D
 Will Miss You, Dear !!!
Never Forget About You &  Our Memories :D
 From: Adik :D


YA ALLAH, AKU PASTI MERINDUI SETIAP KENANGAN BERSAMA MEREKA. YA ALLAH, JIKA KEDUA INSAN INI YANG KAU PILIH
UNTUK MEMBIMBINGKU, DEKATKATLAH MEREKA KEPADAKU AGAR AKU DAPAT MEMPELAJARI SESUATU. YA ALLAH, JIKA INSAN INI
KAU PILIH UNTUK MEMBAHAGIAKANKU, BERIKANLAH MEREKA KEBAHAGIAN SEPERTIMANA MEREKA MEMBAHAGIAKANKU. YA ALLAH,
JIKA MEREKA ADALAH SUMBER KEKUATANKU, BERIKANLAH AKU KEKUATAN SELEPAS MEREKA PERGI AGAR AKU TIDAK JATUH KEMBALI.
YA ALLAH, JIKA MEREKA DITAKDIRKAN SENTIASA ADA BERSAMAKU, SEMOGA AKU MEMANFAATKAN WAKTU ITU BERSAMA MEREKA. YA ALLAH,
ANDAI MEREKA KAU KIRIMKAN HANYA SEMENTARA SAHAJA, SEMOGA AKU TERUS KUAT DAN TIDAK TERLALU KECEWA DENGAN APA YANG TERJADI.
YA ALLAH, TERIMA KASIH DI ATAS PERTEMUAN YANG TERMANIS INI WALAUPUN HANYA SEKETIKA. YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH PERJALANAN MEREKA.
YA ALLAH, BANTULAH MEREKA DALAM MERAIH KEREDHAANMU. YA ALLAH, KUATKANLAH SEMANGAT MEREKA UNTUK MENEMPUH DUGAAN YANG
KAU BERIKAN KEPADA MEREKA. YA ALLAH, ANDAI INI MERUPAKAN JALINAN YANG TERAKHIR BERSAMA MEREKA, BERIKANLAH AKU
KEBAHAGIAN DALAM UKHUWAH ITU. YA ALLAH, BUANGKANLAH PERASAAN SAYANG ITU JIKA PERKARA ITU YANG MEMBUATKANKU TERJATUH DALAM
KEKECEWAAN. YA ALLAH, SEMOGA MEREKA SENTIASA BERADA DALAM LINDUNGANMU. JAGALAH MEREKA AGAR TERHINDAR DARIPADA PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIINGINI, SELAMATKAN MEREKA DARIPADA FITNAH DUNIA DAN BANTULAH MEREKA.

BUAT DUA INSAN INI (SBA & ARBZA), TERIMA KASIH KERANA PERNAH HADIR DALAM HIDUP INI. TERIMA KASIH KERANA PERNAH MEWARNAI KEHIDUPANKU INI.
TERIMA KASIH KERANA MEMBUATKU RASA BERTUAH MENGENALIMU. TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA ;) KENANGAN BERSAMA AKAN MENJADI SEBUAH CERITA BUATKU.
TERIMA KASIH KERANA SENTIASA ADA BERSAMAKU. TAK DAPATKU GAMBARKAN KEHIDUPANKU SELEPAS INI. SEMOGA KALIAN BERJAYA :D GOOD LUCK FOR SPM !!
SEBUAH CERITA BERSAMA KALIAN AKAN BERSEMADI DI DALAM INGATANKU DENGAN SEGALA KENANGAN YANG PERNAH KITA LALUI BERSAMA WALAUPUN PAHIT TAPI ADA MANISNYA. SEMOGA UKHUWAH KITA SEHINGGA JANNAH.
WILL MISS BOTH OF YOU, LOVE AND WANT YOU BE IN MY SIDE FOREVER !!! SARANGHAEO SBA & ARBZA. SALAM KASIH SAYANG DAN SALAM PERPISAHAN DARIPADAKU, SEMOGA BERJUMPA LAGI DAN PERJUMPAAN ITU DAPAT MENGERATKAN LAGI UKHUWAH PERSAUDARAAN KITA. TERIMA KASIH!!! :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright ©2015 Label : Freebies | Design by Mastura Aziz