Sabtu, Ogos 16, 2014

Thank you, teachers :D

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =) 

  
 
ENCIK ZAINAL ABIDIN BIN MOHAMED

Buat cikgu zainal, terima kasih kerana telah mengajar saya MATEMATIK walaupun hanya beberapa bulan sahaja. Maafkan saya kerana tidak memberikan tumpuan sepenuh ketika cikgu mengajar kerana saya tidak faham. hehe. Takzirah sebelum memulakan sesi pembelajaran tidak pernah saya dapat seperti yang cikgu selalu lakukan. Terima kasih kerana sentiasa memberikan respon yang positif di setiap pertanyaan yang saya anjurkan.  :D Thank you, teacher :D Thanks sebab tak bawa anak cikgu sekali pindah sekolah. hehe :D

CIK SARIMAH BINTI HJ SAIM

Buat cikgu sarimah, walaupun tahun ini saya mula berjinak-jinak rapat dengan cikgu tetapi banyak info yang saya dapat. Terima kasih cikgu kerana pernah belanja saya lempeng cecah sambal dan air milo ais serta meluangkan masa bersama di kantin. Cikgu, in shaa Allah saya cuba menjadi seperti yang cikgu katakan kepada saya dulu. Semoga saya amanah dalam memegang kata-kata yang disampaikan oleh seseorang itu. Kadang-kadang, saya takut untuk berjanji kerana saya takut saya tidak dapat memegang janji itu. Maafkan saya cikgu sebab pernah menangis banyak kali depan cikgu. hehe "KUATKAN SEMANGAT" akan menjadi sumber kekuatan saya dan saya akan sentiasa mengingati cikgu apabila saya teringat kata itu. Terima kasih cikgu untuk segalanya :D

PUAN NORHUDA BINTI OMAR ALI

Terima kasih kerana pernah mengajar saya bagaimana untuk membuat pantun. Dari situ, Saya mendapat pengalaman baharu serta mendapat teman baharu . :D Hehe, teringat masa cikgu tanya pasal genre apa yang saya suka baca (NOVEL) dan penulis apa yang saya suka serta buku di rumah sudah ada berapa ? Tiap cikgu tanya tu saya rasa bersemangat sangat., Ntar tak tahu kenapa. Rasa macam best je soalan yang cikgu tanya. :D hehe

ENCIK MESKUN BIN TUMIN

Cikgu.. cikgu... cikgu.... Banyak yang cikgu mengajar saya untuk menilai diri saya dari aspek mana serta memberikan tips-tips yang berharga dan tidak lupa cikgu sentiasa menanyakan khabar kepada saya. Hmm.. Tapi, sekarang semua itu hanya kenangan. Terima kasih cikgu.. Terima kasih kerana memberikan saya hadiah.. Hehe Saya rasa banyak kali cikgu bagi, Tak ingat berapa kali tapi memang banyak . Hadiah yang terbaharu adalah cikgu berikan saya kotak pensil. hahaha :D Hmm.. saya tak ingat apa lagi yang cikgu pernah berikan tetapi memang banyak input yang berguna serta menguatkan keazaman saya untuk terus berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam apa jua keadaan. terim a kasih cikgu.

PUAN KHADIJAH BINTI MOHD BASRI

Cikgu... Terima kasih kerana mengajar saya subjek PENDIDIKAN ISLAM walaupun hanya selama 7 bulan tetapi banyak tips serta cara yang amat mudah untuk saya pelajari. Cikgu, mengajar membuatkan saya mudah faham. Tapi kadang-kala membuatkan saya mengantuk jika saya terlalu penat. cikgu, teruslah berjuang walaupun dirimu tidak terdaya. Jika ini yang ditakdirkan olehnya kerana Dia tahu kesabaranmu itu tidak tertangguh serta ujian itu tidak dapat kau hadapi. Cikgu, majulah kehadapan walaupun selepas ini cikgu tidak akan merasai pengalaman mendapat anak didik yang sama seperti kami sekurang-kurangnya disana dapat mengurangkan tekanan yang cikgu hadapi. Cikgu, halalkan segala ilmu yang cikgu berikan serta terima kasih di atas tunjuk ajar serta motivasi yang cikgu berikan. Selepas ini, saya pasti akan menrindui cikgu. cikgu, In shaa Allah saya akan pegang janji  mengenai hal itu. Doakan saya menjadi seorang yang amanah dalam memegang janji.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright ©2015 Label : Freebies | Design by Mastura Aziz