Pages

Thursday, October 30, 2014

Sakan berbual dengan Cikgu Hamizah :')

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)



Note: Masa bebual dengan cikgu tak guna aku tapi saya.
Disebabkan tak selesa nak bahaskan 'SAYA' dalam penulisan sebab itu guna 'AKU'. 


Hello my beloved blogger ! Saya sayang awak :') Haha.. Kepala aku pening sebab baru selesai luahkan perasaan yang terpendam dan tersimpan. Huarghhh.. ni pun still ada yang berbaki lagi. Okay lupakan kisah ini. Lain kali aku bercerita okay. sekarang aku nak bercerita pasal masa hari rabu minggu ini.


Time lepas rehat, aku naik lambat dari library. huhu... Jumpa kawan aku, Haiza dekat persimpangan, tanya dia cikgu dah masuk, dia cakap dah. Buat apa kat kelas? Tak buat apa-apa pun. Okay. Aku pun terus naiklah ke kelas. Setibanya di kelas, aku tengok kawan aku riuh je, so, cikgu suruh buat kerja bebaslah ini. Bisik dalam hati. Bagi salam, cikgu cikgu Hamizah... Cakap dengan cikgu. "Cikgu, saya minta maaf masuk lambat.. " Lepastu, cikgu cakap tak apa. Aku sambung pula, saya ni time cikgu je mesti masuk lambat. Huhu..Salam dia, cakap dengan cikgu, "Cikgu, saya minta maaf kalau saya gagal subjek cikgu." :'( . Cikgu hanya senyum je .. 


Lepastu, gerak ke meja.. minum air sekejap. Tengok kawan... Cakap dalam hati... nakbuat apa ek... Kawan lain beborak sesama sendiri. Nampak cikgu Hamizah... buat keje.. aku bangun terus melangkah ke tempat dia duduk. Masa, sampai tu, aku tanyalah macam -macam kat cikgu... , Antaranya.. Pasal perbezaan antara masuk matrik, poli, form 6, dan amik diploma. Lepatu , cikgu cakaplah pasal hal ini.... Kalau aku rasa, semuanya sama je .. paling-paling pun lambat setahun lebih je.. hehe.. Lepastu, cikgu tanya, masa awak dapat paper AddMath, apa yang awak rasa? Aku cakaplah, yang aku boleh buat.. tengok-tengok soalan... lepastu, bila time nak buat tu.. eh.... macam mana ni... tak ingat formulalah... grr..... Lepastu, cikgu cakap, awak nak tahu kenapa awak tak leh buat.. sebab awak tak banyak buat latihan.. Aku cakap, memang betul pun cikgu.. Lepastu, cikgu ckplah macam mana nak mudahkan  jawap soalan... Aku ralitlah duduk mendengar.


Selain daripada itu, aku tanya cikgu, pasal cara nak belajar dan sebagainya. Cikgu terangkanlah macam-macam..... Dalam hati terdetik nak tanya soalan ini. Akhirnya, aku cakap juga.  " Cikgu, macam mana Ali belajar sampai boleh jadi macam gitu?" Lepastu cikgu cakap , ntarlah saya pun tak tahu.. Mungkin dia rajin bertanya and blaaa.... Lepastu, aku cakaplah dekat cikgu... Cikgu, cikgu Jasni pernah cerita, yang Ali tu selalu bangun pagi untuk belajar... Cikgu cakap, itu antara salah satunya, sebab ilmu mudah masuk... Cikgu pun suruh aku buat jadual belajar... Aku cakaplah dah buat cikgu tapi masa awal tahun je jalan.. lepas dah masuk acara yang macam-macam dah tergendala .. Kalau nak ulangkaji pun sekejap, lepastu tidur... Cikgu tanyalah aku tahun ini aku masuk apa? Aku cakaplah dari A-Z... Cikgu ckp, cukup- cukup dah banyak tu.. heeh.. 


Ada topik pasal kakak aku... masuk bab sejarah hidup aku... semua aku cerita dekat cikgu.. Entah tak tahu kenapa boleh pula aku bercerita apa kisah silam aku dekat cikgu.. Time kena libas dengan tali pinggang, kena buli dengan kawan buat kerja sekolah, kena langgar lorilah.. kena baling dekat paya.. Masa Kena langgar lori, aku ceritalah macam mana .. cikgu pun terkejut dengan cerita aku... Haha.. Apapun pengalaman yang tak pernah akan aku lupa...Dapat surat amaran dari sekolah.. Macam-macamlah.. :') Macam-macam yang aku rasa masa umur aku baru beberapa tahun :') Tapi, alhamdulilah diberi kesempatan kali kedua untuk meneruskan hidup :') 


Cikgu Hamizah cakap aku MANJA.. okay , mengaku ... Haha .. Lepastu aku cakap dengan cikgu, kenapa cikgu ckap macam gitu...dia dari gaya aku and  dia tanya berapa adik beradik aku, aku jawaplah 3 orang. adik awak umur berapa? 9 tahun... Patutlah manja.. Aku tersengih jelah.. haha :')  Pasal family aku, ayah aku jenis macam mana dan blaaaa... banyak sangat .. satu jam tu macam tak cukup je.. Lepastu aku cakap tulisan cikgu cantik tapi cikgu menidakkan.. dia cakap mana cantik... Lepastu, aku tengok betul-betul... aku cakap dekat cikgu, saya tahu kenapa tulisan cikgu nampak cantik sebab tulisannya tersusun sebab itulah cantik.. hehe ..  Cikgu tanya aku nak jadi apa... aku ckaplah aku tak tahu.. Dia -tanya aku, aku minat apa? Aku dalam dalam bidang ICT and so on... .. Cita cita tetap, pensyarah, tapi aku ckp dengan cikgu yg aku tak boleh jadi pensyaarah sebab aku tak reti nak mengajar orang lain... apatah lagi nak explainkan  apa yg aku ajar tu.. Haha.. 


Lagi, cikgu tanya apa perasaan awak bila awak lihat universiti masa hantar kakak awak.. Aku cakaplah..  wow.. bestnya.. tak sabar nak sambungkan pengajian.. :') Aku tanya cikgu, cikgu rasa saya nak minta ayah saya apa? Antara printer atau telefon... Aku cakaplah aku nak printer sebab nak buat itu ini.. cikgu pun sependapat dengan aku. Cikgu ckp telefon nak buat apa.. Yes! Aku memang aku pun .. handphone tu nak buat apa. kadang2 3 hari aku biarkan.. bukannya ada orng call atau msej pun.. Haha ... Aku cerita pasal diri aku.. Aku cakaplah "  ORANG LAIN AKAN PELIK DENGAN SAYA APABILA TIBA-TIBA SAYA SUDAH ADA SEBELAH DIA WALAUPUN KETIKA ITU DIA BARU NAK PANGGIL SAYA AND LAIN-LAIN  LAGI.. " Masuk bab pasal hantu and segala bagai.. haha..  Otak tengahlah and blaaa.... 


Cikgu cakap aku ini ISTIMEWA sangat, tak semua orang ada seperti aku :') Sebelum keluar kelas, cikgu cakap : Nanti dah kahwin dah ada anak ceritakan dekat anak-anak awak.. pasal sejarah hidup awak masa kecil.. Kan best kenang balik semula sejarah silam.. Aku tersenyum .. hehe.. Dalam hati. Insha Allah, kalau sempat saya hidup lama :') Lagi satu cikgu cakap,  masa mak awak mengandung kemungkinan nak dapat lelaki, tapi bila keluar dapat perempuan.. sebab itu prangai awak ganas, lasak , degil and lain-lain lagi. hehe :') Ada lagi tapi biarlah aku simpan dalam ingatan aku sahaja.. :') Thank you, teacher sebab sudi luangkan masa dengan budak manja ni.. Haha 


"Kadang-kala kita tak sedar yang kita sebenarnya hebat tapi kita mengetahuinya apabila kita melakukan perkara itu. So, GOOD LUCK untuk awak, sayang :') Saya tahu awak boleh buat, jangan sedih-sedih lagi tau. Sayang awak :') "

Sunday, October 26, 2014

Happy Besday, Effa :')

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Hai.. * buat muka comel. Okay, entry terakhir aku sebelum aku tutup tirai. hehe.. Jangan marah kay. Walaupun aku tahu sekarang ini dah pukul 12 malam.. huhuhu.. Bagi aku bebrapa minit sahaja. Aku just nak buat entry khas untuk effa.. Alaa... sepatutnya aku buat sebelum ini..  tapi disebabkan aku ni tak mau dok kalih dari Penulisan2u. Maka, nak buat entry pasal ni pun boleh tak ingat..  Alang-alang, aku dah ingat aku buatlah.. hehehe.


Masa birthday dia, aku dah wish dah... itu pun sebab ter'online' FB.. huhu.. nama nama dia dekat senarai birthday haritu. Kalau dah nampak. memang aku berdesup amik handphone.. buat msej and sent! Nasib baik ada kredit lagi oi... huhu. Bolehlah wish birtdy kat dia.. Kalau aku wish ayatnya msty best punya :') huhu .. *Macam nak muntah hijau pula.. Nak tahu apa aku msej kat dia. Meh, sini baca satu satu ..  Jangan tertinggal titik juga, okay ! 


Msej to Effa : Assalamualaikum. Happy Bufday to you :') Semoga menjadi anak yang solehah, tabah dan sabar mengharungi kehidupan. Good Luck utk hari2 mendatang. Sayang awak, Effa :') Semoga ukhuwah kita berkekalan. Amin :') Aku tak ada hadiah nak bagi kau, tapi InshaaAllah doa aku selalu mengiringi kau :') Tahun dpn, kalau ada rezeki kau aku bagi eh... heheh . Selamat Hari Lahir, kawan :') Love u, hehe :') Tak semua orang dapat wish dari aku, so, kau antara orang yang terpilih. hehe :')



Haha.. mahu berdekah2 ayat aku tu.. tapi semuanya ikhlas dari hati..  Tak ada nak buat Effa bergula2 atau apa2 jelah.. haha.. Effa balas...


" Thankiu so much mumun. Love you too. InsyaAllah ap yg didoakan dimakbulkan Allah. Amin.. Trime kasih sbb ingt kat Efa ea, kawan. Efaa terharu sangat mumun. Kita baru je rapat tahun ni tp rasa macm da lama pulak kita rapat. Btw, thank alot. Love u much2 too :') "


Aku, memang terharu sangat2 terima msej dri effa. Tak tahu nak ungkap apa .*nak nangis jap :'( 



To Effa : Terima kasih sebab jadi kawan aku.. sudi layan perangai yang tak berapa nak matang.. Perangai yang gila2 aku. haha.. Maaf kalau aku ada buat kau tersinggung and so what everlah.. kosong- kosong kay.. :') Maaf sebab aku banyak sangat kekurangannya kalau kau tak membantu aku, menolong aku untuk menjadikan aku sama2 seperti kau :') hehe . Sayang awak, Efa :') 

Bicara untuk diriku

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Selamat malam semua ! Malam ini sebenarnya aku  tak tahu nak buat entry pasal apa. Tapi, disebabkan aku tengah boring tahap tak tahu nak buat apa walaupun esok aku sekolah. Nilah jadi apabila aku sudah lama sangat bercuti... Kalau dah namanya CUTI, confirmlah aku dok rilek2, kononnya nak study time cuti ni, tapi hampeh betul.. Study last minutes lah jawapnya. Katanya, kalau nak STUDY mestilah kena MAINTAIN dari awal tahun, tapi skrng ni makin menjunam adalah, so terpaksalah postpone tahun depan, sbb tahun ni macam tak boleh nak go.. Haha.. Itulah busy sangat memanjang. Maka, dengan itu kau kena buat senarai untuk kebaikan kau juga. Tahun dpn dah SPM kak oi !! Beringatlah sini.. Awak, tu dah lah tahun ni , banyak tak nampak kat kelas... Keluar sana, keluar sini, Masuk itu, masuk ini. Tahun dpn kena pandai2 hadkan eh, Munirah... Huu.. 

Tahun depan, dah tak leh nak main-main lagi. Kena fokus apa yang cikgu cakap.. Dah tak leh nak berangan, kusutkan kepala dengan hal2 yang tak sepatutnya. Kalau nak fikir juga, tunggu lepas habis SPM eaa, sayang :') Saya tahu awak memang seorang yang kuat. Jangan sedih2 lagi tau. Awak, tu bukan boleh jangka, nanti tiba2 je air mata mengalir macam tsunami. Hmmm.. Kena kurangkan sikit perjalanan awak itu, kalau nak langkah jauh boleh tapi pandai2lah bahagikan masa :') Nanti, jangan ingat perkara yang lepas... Buang je semua yang dah berkurun zaman batu.. Toksah mau di ingat balik ! Nanti hati merana , lepas dah merana, mulalah tak leh nak FOKUS!!! Macam lah aku tak tahu kau tu, Mun!!! Nanti, jangan nak pendam apa yang kau simpan tu lama2 sampai hidup kau tension sangat dan tak leh nak study... Be cool je setiap masa dan ketika.. Kata nak jadi orang hebat. Bukan itu ke cita-cita hang.. Apa yang hang nak jadi.. Prof. Dr. Munirah Ezzaty Binti Rosli. itu bukan calang-calang orang boleh dapat .. kena banyak bersabar , kena banyak usaha.. Lepas dah buat tu berserah kepadaNya, jangan nak fikir NEGATIF aja, banyak POSITIF dari NEGATIF.. Dok usah fikiaq lain dah.. masalah hari2 boleh dapat, janji kita tu kena pandai settlekan .. Usah nak hempas pintu aja, sampai pintu tu  jahanam...  Macam mana ni kalau problem sikit punyalah senang nak settle tapi tak reti nak settlekan sendiri.. hahaha... * Kuang aja kutuk diri sendiri.. Rilex suda... Sempoi je.. Macam kau buat muka tembok setiap kali ada meet dgn someone. Macam gitulah kau buat.. *Hasut pulak. Huhu.. 

Okaylah, out dulu dah pukul 12.11 midnight, Eh! macam berchatting dengan orang lain je kan .. Haha.. Padahal chatting sama dengan diri sendiri.... Esok, nak bangun gi sekolah. Yeah! Yeah! Esok, sekolah ... Hmm.. Fizik examination .. Huargh... tak ready nak jawap paper..... :'( Chaiyok2 , Mun... Do the best !!! Huarghhh.. Peace Yo!  Bye, Selamat Malam.. Assalamualaikum :")

Saturday, October 25, 2014

To Myself :')

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)













Tentang Rasa Hatiku :')

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Awak, saya selalu berharap yang saya tak akan ingat awak lagi, yang saya tak akan mengharapkan awak lagi tetapi kenapa saya perlu ingat awak juga? Kenapa? Saya pun tak faham. Bila saya ingat awak mesti saya sedih sangat-sangat. Saya pun tak tahu kenapa? Awak, saya tak sangka hampir tiga tahun saya boleh dan tetap sukakan awak. Huh! Macam berat je nak lepaskan awak ... Macam susah je. Tapi apa boleh buat... Awak, bukannya sesiapa bagi saya :'( Awak, kadang-kadang saya selalu bermonolog dalam diri saya kenapa saya boleh tersukakan awak? Macam mana saya boleh suka awak? Apa yang awak ada sampai saya boleh sukakan awak? Kenapa saya macam susah sangat nak lepaskan awak? Saya tak tahu kenapa? Arghhh!!! Malas saya nak fikir pasal hal ini. Awak, kenapa saya susah sangat nak lepaskan awak, macam berat sangat.. Macam awak ini terlalu penting dalam hidup saya. Mungkin.. dulu... Sekarang .. saya pun tak tahu. Tatkala, saya harus melepaskan awak, hati saya sedih dan pedih... Saya tak mengerti mengapa... Kenapa saya boleh rasa begitu.. Hati saya, tak akan mudah tersentuh jika tiada hal nak boleh membuatkan saya tersentuh.. Hmmm, awak... terima kasih untuk segalanya.. Maafkan saya jikalau selama ini, ada perkara yang awak tak suka pasal saya, perilaku saya dan lain-lain lagi. Saya doakan awak sentiasa bahagia. Terima kasih ye awak.. :') 



Kini, baru aku faham, macam mana rasa sakitnya apabila berpisah dengan orang yang kita sayang. Okay, i know, i need to move on :') Thank you, dear for the best that you have done with my life :') Never forget all memories with you.. :') Take care.. 

"YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH PERJALANAN HIDUPKU DAN BANTULAH AKU KETIKA AKU DI DALAM DILEMA, BANGKITKANLAH AKU DARIPADA KEKECEWAAN. AMIN YA RABBAL ALAMIN.. "

Assalamualaikum.. 

Friday, October 24, 2014

No Comment -_-

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)




Apa yang harus aku buat seandainya ada orang yang tak suka dengan aku? Apa yang harus aku lakukan ketika itu? Adakah aku harus berdiam diri ketika mereka menghendikku ataupun meninggalkan mereka agar aku tidak meletuskan peperangan di situ. Arghh.. malaslah nak fikir...

*******
Hati, kau telah banyak kali memendam apa yang orang lain kata. Kau, seringkali berlagak seperti tiada apa yang berlaku padahal hati kau sakit sangat.. Kau berpura-pura dihadapan orang lain tapi kau sakit sangat.. Eiiiii, egonya kau.. Kau selalu menangis sorang2 tika berada sendirian dan ketika berada di suasana yang gelap. Kau luahkan apa yang kau rasa ketika tu dan kau serahkan segalanya kepadaNya. Pasrah!!! 

****


Thursday, October 23, 2014

To My Future Husband !

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)



Okay, aku nak story pasal ciri-ciri calon suami aku.. Haha .. Dah berangan ke apa nak kahwin ah, Mun? Belajaq dulu baru fikiaq pasal tu. Nanti2 je, kata nak kahwin umur 25 tahun.. huhu.. Takkan nak awalkan tarikhnya kot.. huhu..  Bukan apa, saya just nak merancang sahaja.. Kalau tak menepati semua, adalah sebahagian yang menepati dan yang paling penting mestilah nak seseorang itu boleh bimbing kita, betul tak? hehe 




Ciri yang pertama dan paling utama yang saya perlukan adalah seorang suami yang boleh membimbing  saya ke jalan yang di redhainya. :') Kalau tak ada yang ini, maaf anda tidak layak. 


Ciri kedua, saya memerlukan seorang suami yang sangat-sangat penyabar kerana saya ini kadang-kala mood terlebih sampai semua orang kena hambusss dengan saya :') Biasanya kalau orang buat hallah :') So, saya harap dia sabar dengan diri saya dan one more thing, saya tak nak dia sama macam saya :') Nanti habis segalanya :') Faham2kan jelah :') Peace Yow!!


Ciri ketiga,  seorang suami yang  sedap memandang :') Hehe. Taklah yang handsome tahap handsome, tapi kalau aku nak yang rupanya elok, lengkap semua pakej yang dikurniakan Allah. Itu dah mencukupi dah ;') 


Ciri keempat, seorang suami dari keturunan yang baik dan bertanggungjawab  :') 


Ciri kelima, pandai memasak :')


Ciri keenam, pembersih :') Haha 


Ciri ketujuh, dia tak merokok sebab aku memang anti sangat dengan asap rokok yang boleh membuatkan hidung aku sakit dan semuanya jadi sakit.. kalau dia hisap rokok aku paksa dia berhenti juga. Kalau tak nak .. aku tinggalkan dia. Kejamkan aku. Haha 

Ciri kelapan, seseorang yang suka kanak-kanak.. hehe 

Lagi apa ek, Haha.. Entah, ini je kot :') Kuang2.. Apapun aku still juga nakkan seseorang yang boleh terima kekurangan aku :') Maaflah sebab aku ni banyak sangat yang kurang. hehe :') 

Wednesday, October 22, 2014

A.B.A.H

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)



Kenapa aku terasa hati apabila abah tegur, abah marah, abah tak bagi.. dan so on.. Tapi, kenapa dengan mak aku  tak rasa macam gitu.. Kenapa dengan abah mudah je aku rasa hati and air mata mengalir…. Kenapa dengan mak tak jadi macam gitu… Kenapa dengan abah aku boleh jadi begitu.
Abah…. Aku tak rapat dengan abah… Aku tak banyak cakap dengan abah… Aku tak banyak minta abah tu ini … Aku tak banyak gurau dengan abah …. Tapi dengan mak…. Macam-macam yang aku minta…. Aku sendiri pun tak faham…. Bila abah gosok kepala aku… mesti aku rasa macam nak menangis.. Aku tak tahu kenapa….

Kata orang…. Bila di saat seorang ayah ingin melepaskan anak perempuannya, si ayah akan menangis. Manakala, Si ibu pula akan menangis apabila melepaskan anak lelakinya.. Kenapa ek?
Aku tengok dari cara abah…. Masa akak Mira nak sambung belajar… Abah… macam tak bagi je akak Mira sambung belajar jauh dari Johor… Abah macam berat je nak lepaskan… Aku nampak semua itu… Dan, bila aku fikir balik.. Habis aku.. kalau aku nak sambung belajar … macam mana pulak.. Mesti abah berat sangat nak lepaskan lagi2 aku ni jenis anak yang manja.. Hmm…  Kalau akak Mira call… mesti abah tanya macam2 .. Abah tanya dah makan belum.. Abah tanya makan apa? Abah tanya macam mana kat sana.. kalau  akak Mira minta duit abah tanya nak buat apa.. Abah mesti cakap bukan dah masukkan duitnya  ke seblum ni.. Abah.. Abah sebenarnya seorang ayah yang sangat prihatin .. yang sangat penyayang… Kadang-kadang.. aku sendiri sedih .. Macam mana abah nak uruskan masalah dia… Masalah sebagai ketua keluarga, masalah di tempat kerja.. masalah adik beradik.. masalah biras dah lain-lain.. Tapi, aku tak pernah nampak abah tunjukkan masalah itu semua depan aku.. depan kak Mira.. depan Epul..  Abah.. abah sebenarnya mempunyai perancangan untuk anak2nya… Kata abah, bila akak Mira dah habis belajar nanti, abah  nak suruh akak Mira buka Klinik sendiri.. Masa aku dengar aku senyum je… Kalau aku .. Abah nak suruh aku buat apa pula… Aku sendiri pun tak tahu.. :’)

Kata kawan2 aku, aku kaya tapi sebenarnya yang kaya itu ayah aku.. Yang bagi rezeki itu Dia. Tapi, bagi aku apa guna kaya ….. kalau kekayaan itu boleh habis sekelip mata… ;’)  Abah… abah seorang yang penjimat … Abah tak suka pembaziran… nanti abah mula membebel…. Abah tak suka bila ada orang lain cuba bantu dia .. Abah suka bina sendiri.. Abah tak suka upah orang lain untuk bina mahligai dia walaupun ada orang yang minta. Aku tak tahu macam mana sebenarnya rupa rumah ini yang sebenarnya.. Aku tak tahu bila ia kan siap sepenuhnya…  ;’) Abah bekerja keras untuk memberikan kehidupan yang selesa untuk kami..  

Perangai aku banyak ikut abah, tak suka bising, panas baran, tak suka bila orang lain ganggu and so on. tapi aku tahu disebalik itu juga, ada kebaikan dan keburukannya. Maafkan  eza, abah :'( 

Throw Back !

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Bismillahirohmanirohim. Dengan nama Allah ku menulis warkah ini untuk seseorang yang begitu bermakna bagi diriku ini. Banyak yang telah aku pelajari dari diri dia. Pahit, Manis, Sedih, Terluka, Gaduh, Merajuk, Cemburu dan lain-lain lagi perasan. Bagiku semua yang aku alami dengan dia sungguh bermakna. Ya, memang dia seseorang yang begitu unik dan sangat-sangat aku sayangi. Kadang-Kala, aku cemburu dengan kawan-kawan dia tapi aku sengaja tutup sebelah mata dan lari dari situ. Maafkan aku sebab menidakkan apa yang terjadi. Maafkan aku jika aku tidak begitu sempurna di mata engkau. Aku hanya insan biasa yang ada kekurangannya. Aku suka sangat lihat dia senyum. Bila setiap kali aku lihat dia senyum, aku gembira sangat dan aku berharap dia sentiasa begitu dan aku tahu ketika itu aku tidak diperlukan di situ. Sesungguhnya, orang lain boleh membahagiakan dia. Terima Kasih Ya Allah kerana engkau menjaga dia dan memberikan kebahagiaan untuknya. :’)  Ya Allah, aku rindu sangat dengan dia.

SUFINASUHA BINTI AMINURRAHMAN, namanya begitu indah seperti rupanya. Aku suka tengok dia. Aku suka ‘take care’ pasal dia dari jauh. Walaupun dia tak tahu, tapi aku memang  nak take care juga. Tahun ini, tahun last aku dengan dia, nak cerita pasal apa yang aku rasa? Sudah semestinya, aku sedih sebab dah hampir 4 tahun aku dengan dia. 4 tahun, itu banyak sangat memori yang aku lakukan bersama dia. Tipulah, kalau aku cakap aku tak pernah menangis sebab dia. Kenapa aku menangis? Sebab aku tak sanggup nak berpisah dengan dia, aku tak sanggup biarkan dia pergi dari aku. Tapi, siapa aku untuk menghalang dia.. Siapa aku untuk menyekat kehidupan  dia. Dia pun ada life dia sendiri :') Aku? Aku hanya mampu doakan dia bahagia  dan  sentiasa berada dalam perlindunganNya. Amin.. Sufi, aku sayang kau sangat-sangat. :')

Bila aku scroll entry sebelum ini, terjumpa warkah yang aku buat sepernah bufday dia tahun lepas, macm mana aku boleh rapat dengan dia, gaduh dengan dia dan lain-lain lagi. Serius, aku rindu semua itu. Nak buat macam mana, aku dengan dia tahun ini memang sibuk, dia dengan SPM, aku dengan hal aku yang mcam banyak sangat kejenya tu.. Tapi, memang banyak pun :') Sebab itu hubungan kitorang tak rapat macam dulu mcam masa mula2 jumpa :') Arghhhhh... Rindunya.. :'(

*********

Sungguh ku terpesona dengan keunikkan wajahmu serta gaya hidupmu.Biarpun engkau ingin menjadi seperti lelaki tetapi apakah daya jika engkau telah di takdirkan sebagai seorang perempuan. Engkau harus bersyukur dengan kurniaan Ilahi.. Biarpun engkau begitu dengan cara gayamu tetapi ku akui bahawa ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik sifatmu itu. Engkau tidak hipokrit kerana kau menjadi dirimu yang sebenar .. Tidak seperti mereka yang lain ,kadang-kala bersikap begitu... Adakah aku tergolong dalam kumpulan hipokrit itu.. Ku harapkan tidak sesekali....

Sejujurnya aku senang sekali melihat raut wajahmu seperti ada sinaran yang begitu memukau apatah lagi bila engkau tersenyum manis.. Subhanaallah... indahnya ciptaan Ilahi.. Aku rindukan saat kita bersama dulu... saat kita bergelak sakan .... usik mengusik dan sentiasa ceria bersama.. Segala kerisauan, kekusutan, kekhautiran, dan masalah yang sering bermaharajalela ini terhapus begitu sahaja saat aku bersamamu.. Mungkin kita    tidak dapat memutarkan segala memori lagi tetapi kita masih mampu merasainya. Mungkin tercatatnya seribu satu kenangan yang tidak mampu engkau pinggirkan.. Mungkin kenangan itu membuatkan kita tergelak sendirian dan tersenyum mesra. Oh kenangan .... Ku harapkan kenangan itu menjadi penguat semangatku biarpun sebesar mana ujian yang mendatang,akan ku bangkit bak sang pendekar untuk menentang ujian itu.. Khabarkanlah kepadaku bila keadaanmu seperti itu terus mara ke hadapan tanpa berundur ke dunia lalu... Semoga hari-hari mendatang menjanjikan sesuatu yang istimewa untukku..

Ternyata hingga kini ,engkau masih begitu biarpun dikau telah meningkat remaja.. Tapi kulihat kau masih tersenyum walaupun diayak dengan pelbagai aduan yang menyebabkan kau kadangkala menangis kesepian... Tapi apakah daya engkau hanyalah seorang insan yang lemah,insan yang tetap cekal dan tabah biarpun lautan ombak bergelora,biarpun terik mentari memancarkan cahayanya ,engkau tetap dengan caramu.. Caramu yang tersendiri,yang kadang kalanya aku terpegun  dan sesuatu yang begitu magis dan sudah tentunya U.N.I.K. Kau beruntung kerana memiliki sifat itu.,....

Kecemerlanganmu sebelum ini membuatkan engkau berasa begitu gembira tetapi pada zahirnya engkau mengatakan bahawa keputusanmu biasa-biasa sahaja. Tidakkah engkau tahu jikalau keputusanmu biasa-biasa sahaja maka sudah tentulah engkau tidak akan mendapat anugerah pelajar cemerlang PMR? Bukankah begitu...Ku akui bahawa ibubapamu berbangga dan ku akui juga bahawa putera puteri yang menjadi sahabatmu juga bahagia dengan pencapaianmu..... Tahniah....tahniah dan tahniah.. Semoga kecemerlangan terus bertandang kepadamu..In shaa Allah..

Duniaamu semakin mencabar kini .... Duniamu juga begitu hebat .... dan duniamu juga memasuki alam baharu..Alam pendekatan sains.. menjadi seorang pelajar yang penuh dengan fakta-fakta biologi,kimia,fizik, add math dan lain-lain lagi,semuanya semakin rumit dan perlu bertungkus lumus...Adakah engkau begitu? Dulu semasa engkau di zaman menengah rendah,lapan subjek sahaja yang kau perlu fikirkan untuk mencapai sasarannya tapi kini engkau perlu mencapai sasaran yang lebih dari lapan.. Ku ucapkan semoga engkau berjaya .. Bolehkah engkau memberi tahuku tentang resepi kejayaanmu... Adakah di sebabkan engkau di kurung oleh gurumu dengan pelbagai hujah ,engkau berubah dan bertekad untuk berjaya.. Mungkin dengan cara itu,kau mampu melontarkan sayapmu ke langit untuk terbang bersama mereka yang lain...  Tetapi janganlah engkau lupa akan peperiksaan SPM pada tahun hadapan.. sijil itu juga bermakna ..mungkin lebih besar ganjarannya berbanding dengan keputusan PMR. Aku harap engkau tidak terleka dengan pencapaianmu setakat ini. Maaf sekiranya aku terlebih berkata... Ku harapkan tiada kata-kata yang terlanjar dari kalam kata-kata yang ingin kusampaikan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pertama kali ku memandangmu .. Ku akui bahawa pada dirimu ada suatu rahsia yang luar biasa sehingga ku boleh menjadi lebih beramah denganmu tanpa segan silu.. Mungkin disebabkan perwatakanmu yang begitu mempersonakan... Mungkin? Dengan sekelip mata aku dan engkau telah menjadi saudara angkat... Haha... Bolehkah engkau mengingati saat itu kembali? Mungkin engkau sudah melupainya.. Tapi tidak mengapa kerana pelbagai-bagai cerita seperti seribu tahun yang melekat di minda kita tapi bukankah otak kita mampu untuk memproses kenangan-kenangan lalu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Begitu banyak yang ingin ku ceritakan di sini tapi mungkin ia terlalu terlebih menadah tangan untuk di ceritakan di sini.. Apa yang ingin ku katakan.. Saat pengalaman kita sentiasa bersua di perpustakaan.. sentiasa ada cerita yang di kongsi bersama... Dan tidak dapat kulupakan saat tercetusnya pergaduhan yang terulung kita..haha rasa seperti ingin perkara itu berulang lagi tetapi tidak mungkin.. Dikau akan sibuk pada tahun hadapan,ku harapkan kau mendapat keputusan yang setimpal dengan usahamu.. Dan kini .. pada tahun ini ku telah terikat dengan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) .. tinggal beberapa hari lagi akan menghadapi peperiksaan itu selepas peperiksaan percubaan ku selesai.. ku harapkan ada sesuatu yang misteri di situ...  Keajaiban Allah yang tidak di duga sekalian manusia..

Doakanlah daku berjaya menempuh cabaran dan dugaan pada tahun ini.. Cabaran pada tahun ini lebih mencabar berbanding tahun lepas ... Ku harapkan ku tabah dan cekal hati untuk menempuhnya.. Sufi....seperti ingin lari dalam kehidupanku ini .. rasa tak sanggup untuk melaluinya tetapi itulah satu perkara yang paling bodoh jikalau ku melakukan....Ku harapkan engkau juga tidak begitu... Sufi .. sebenarnya karya ini khas direka untukmu sebagai tanda ingatan sempena hari lahirmu.dan untuk selamanya... Ku harapkan engkau menyukai segala pemberianku... Halalkan pemberianmu kepadaku dan pemberianmu ini masih kekal dan akan kekal padaku.. ku akan menjaganya dan tetap akan menilik setiap saat... Tahukah engkau aku juga masih menyimpan surat yang berwarna merah jambu dengan tulisanmu yang kau tuliskan kata-kata pujanggamu... Perkataan yang masih aku tidak boleh lupa ialah JANGAN NAKAL-NAKAL. Bagaimana engkau tahu bahawa aku seorang gadis yang nakal.. kau spy aku eh masa kecil.. hahaks.. Kini,kata itu ku pulangkan semula kepada engkau ... ku harapkan engkau juga tidak begitu.. tidak terlalu nakal.. Perasaan terhadap seseorang itu biarlah berpadah-padah..hehe Kuatkan semangat apabila engkau bersedih dengan kehilangannya kerana Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari itu.. Jika dia seseorang yang diciptakan untukmu .. Ku harapkan kalian kekal.. Kalau dah bersatu,jangan lupa tau jemput cik datang rumah lagipun tak jauh pun rumah cik ngan hang..haha Cik mau makan nasi minyak  dan merenjis bunga mawar kat kalian berdua..haha.. Akak jangan marah saya tau saya cuma bercanda sahaja.. Maaf dan maaf..

Sufi.... masuk tahun ini dah 3 tahun kan kita sebagai adik beradik angkat.. Mungkin tahun depan tahun terakhir hubungan kita tapi mungkin juga sampai bila-bila... Pejam celik pejam celik sudah sampai ke penghujung bulan tujuh .. Ini bermakna hari kelahiranmu tidak lama lagi .. Di kesempatan ini ku menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepadamu jikalau adik ada melakukan kesalahan dan kesilapan serta mencucuk pinggangmu dengan tanganku yang kerdil ini cuma sebagai keramahanku kepadamu .. Maafkan adik jika akak tidak menyukai perkara itu.. Jaga diri baik-baik yek sufi... Jangan pernah mengalah ,teruskan berusaha.. Tabahkan hati dan cekalkan jiwamu . In shaa Allah semuanya baik-baik sahaja.. Seperti pakar motivasi pula saya ini ...haha sabar ajalah dengan perangai budak kecik ini.. :P


Terima kasih Ya Allah kerana engkau telah memberikanku sedikit ilmu untuk mencoretkan berpatah-patah perkataan untuk menghasilkan karya ini...Maaf sekiranya karya ini tidak berapa kualiti dan penggunaan kata-kata tidak terlalu bagus seperti sasterawan .. saya hanya mencoretkan apa yang berada di dalam minda saya untuk menghasilkan karya ini ... Sufinasuha Binti Aminurrahman ... saya harap awak tidak marah yek.. Jangan nakal-nakal ;) hehe .. Thanks kerana sudi menjadi saudara angkat saya.. Terima kasih atas segala pemberiaan .. Terima kasih atas tunjuk ajar... Terima kasih atas teguran dan nasihat ... Terima Kasih atas segalanya... Allah telah meminjamkan awak untuk saya sementara waktu  ini sebelum saya dipanggil Ilahi... Mungkin kita akan lebih menghargai seseorang itu bila kita merasai kehilangannya.. Sesungguhnya mereka yang mendekat kepada saya adalah insan-insan yang dipilih oleh Allah untuk mendidik dan mengajar saya erti kehidupan yang sementara ini... Mengajar saya erti kesabaran ketika berada di dunia fana ini kerana saya yang memilihnya untuk berada di sini ... Dan perkataan   ini sungguh bermakna dalam hidup saya ... dan dialah pembangkit semangat saya .. tak semua orang mendapat penghargaan ini jika hanya ada dua orang sahaja yang layak di berikan ucapkan itu... Sungguhnya saya menghargai kehadiran mereka biarpun mereka selalu menyakitkan hati saya ,membuatkan saya menangis tapi di sebalik itu terdapat kegembiraan yang tidak dapat digambarkan .. Terima kasih SUFINASUHA BINTI AMINURRAHMAN kerana berjaya menakluki hati saya dengan cara awak yang tersendiri dan saya amat menyayangi awak biarpun nanti mungkin kita tidak bersua lagi tapi saya harapkan impian saya untuk berjumpa dengan awak lepas tamat zaman persekolahan termakbul... Dan saya rasa penghargaan ini lebih berharga kerana dialah penyelamat saya dalam setiap waktu seperti ultraman..hehe Dia seorang kakak yang sentiaasa ceria dengan perwatakannya.... seorang kakak yang lebih bermakna daripada sekalian kakak yang pernah yang ada.. Haha .. Sufinasuha awak berada di ranking ke dua lepas akak saya sendiri.. Terima kasih KAKAK dan KAKAK  kerana pernah ada mewarnai kehidupan saya kini.. Alhamdulilah...

Bolehkah karya ini di anggap seperti sebuah cerpen.. Ku  harapkannya boleh menjadi seperti itu.Luahan dari sudut terpencil di sanubari diriku ini dengan tulus ikhlasnya ku menaip butir-butir cinta ini..Ku harapkan engkau sudi menerima dan membaca ... Jadikanlah ia sebagai karya istimewa untukmu sebagai tanda persaudaraan kita selama ini .. Syukran :)

Mari bernyanyi bersama saya,wahai sufinasuha....

Semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki, berjaya dalam kehidupan,tidak berputus asa , tabah dan sabar melayani kerenah bumi ini, taat kepada suruhan ilahi, persuruh Allah dan ibubapa akk..
Sentiasa berusaha menjadi lebih baik dari semalam...

" Sufi..... Happy Birthday to you...
Nasuha ..... Sannah Helwah ....
Sufi Nasuha  semoga Allah merahmatimuu... "

Kau umpama sang bidadari yang pernah hinggap di pusaraku ini,
andai satu hari kita terpisah jauh,ku harapkan engkau tidak melupakan daku... Jangan sesekali engkau mengucapkan kata perpisahan untukku kerana aku tidak sanggup untuk mendengarnya kecuali Allah telah memisahkan kita...  


*******

Dan selepas beberapa hari itu, kak Sufi pun buat entry psal hal ini, serius terhru sangat :') Thank you so much sis :') Love you :') 

#######

‘Huh’ Aku menghempas segala buku-buku yang sudah dihadap hampir lima jam . Entah kenapa pelbagai masalah dan kenangan-kenangan lalu menusuk kembali dalam ingatanku. Hampir lima jam itulah aku cuba mengusir segala-galanya yang mengganggu tumpuanku untuk belajar. Akhirnya aku pasrah. Buat ape menelaah buku , tapi fikiranku ke lain . Dengan buku yang berselerak ditambah pula dengan alat-alat tulis yang berterabur , aku terus sahaja beredar. Langkah ku amat perlahan, sambil menguis-nguis batu-batu yang agak membonjol. Aku merenung tempat yang sering menjadi ‘kawan’ meluahkan segalanya. ‘Kawan’ itulah yang kadang-kadang mengurangkan marahku,sedihku, kecewaku malah segala kebahagiaan dikongsi bersama.’Kawan’ aku itu adalah sebuah bangunan lama yang dulunya adalah sebuah rumah dua tingkat.Dia sudah lama ditinggalkan akibat peristiwa kebakaran telah berlaku disitu.Kasihan ‘kawan’ aku tu.Dari aku kecil hinggalah besar panjang,’kawan’ aku itulah menjadi teman rapatku.Walaupun kosong,tapi aku dapat rasakan bagai ada penghuninya disitu.Cakap sorang-sorang,menyanyi,melukis, semuanya disitu.Walaupun agak pelik dan pastinya akan dinggap GILA , ahhh ,peduli ape aku .
    Terbayang-bayang kembali rentetan peristiwa pagi tadi. Peristiwa ape ? Tidaklah sepenting mana, tapi agak menggangu memori aku yang sudah lama dikunci di peti hati.Saat aku terbaca satu ‘cerpen’ yang direka khas untuk diriku membuatkan hatiku terusik. Pelbagai perasaan mulai timbul. Terharu mahupun sedih sebab sudah lama memori itu terkunci. Terngiang-ngiang kembali pertemuan pertama aku dengan penulis . Bagaikan sudah lama bertemu, walhal jumpe pon tak pernah. Entah kenapa, dia menjeling-jeling aku dari jauh , oleh kerana rimas dengan perbuatannya , aku mula menegur si dia.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
     ‘’Tengok aje ?’’ kata ku perlahan , almaklumlah ,masa tu di perpustakaan . Tak boleh bising-bising . Ada jugak kene hempuk dengan pengawas perpustakaan bertugas. Tak sempat nak kawin . hehe
     ‘’Hehe, akak , nak Tanya boleh ?’’Dengan sengihan yang dibuat-buat , dia mula membalas.Entah kan ikhlas ataupun tidak, aku pon tidak pasti.
    ‘’eh , bolehlah . Takk kan tak boleh,. Kenapa ni dekk?’’ Opss ! terpancul pula nama adek kat situ . Harap-haraplah dia memang dibawah umurku , kalau tak malu seumur hidup.
    ‘’Erk, aa--kak anak sedd-ara Cikkk-gu Fa-iza eh ?’’ Teragak-agak dia berkata.
    ‘’Eh,cikgu Faiza mana pulak ni ? ‘’
    ‘’Cikgu Faiza lah.Cikgu Faizah kite tu.’’
    ‘’Kenapa adek ckap macam tu ? mana adek tahu ?’’
    ‘’Alah cakap je lah , Betul ke akak anak sedara Cikgu Faiza ?’’
    ‘’Erk, camne tahu ni ? Diam tau jangan bagitau sesiapa’’ Tanpa memberi jawapan yang pasti, aku meminta dia merahsiakan. Entah kenapa , risau pula kalau-kalau dia menghebohkan kepada yang lain. Walaupun belum tentu berita itu benar.
   ‘’Masa tu kita Nampak akak naik Cikgu Faizah pergi sekolah.’’
   ‘’Ohh, hehe’’Hanya itu yang mampu aku jawap. Lega hati ni.Ingat kan dia siasat latar belakang aku tadi. Yelah, tak kenal tibe2 tanye. Dari riak wajahnya , Nampak bahagia bila bercakap dengan aku. Eh, aku dah jadi artis ke? Tapi macam aku pernah nampak budak ni. Seingat aku , budak ni lah yang selalu jelling-jeling aku. Aku pon tak pasti . Ahh ,lupekan je lah. Lagi pon , budak tu Nampak okey je tadi.Biasalah tu.Minat aku kot. Hahaha ,entah apa yang dia minat pon tatau.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
     Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan beganti bulan, tahun—err, banyak sangat tu. Huh, semakin lama , aku mula rapat dengan si dia. Entah ape yang membuatkan kami rapat pon tak tahu.Macam magnet yang menarik. Kami mule bertukar nombor, memang dialah yang jadi teman aku setiap malam. Perpustakaan lah tempat ‘biase’ kami jumpe. Mana tidaknya , aku ni ulat buku, dia pon ulat—err , cacing buku. Memang dialah yang teman aku juga kat perpustakaan. Pendek kata, dialah segalanya pada aku masa tu. Dan , peristiwa paling manis, dia lamar aku jadi ‘akak angkat dia’. Bermula lah pulak cerita akak angkat dan adek angkat . Memang banyak kami habiskan masa bersama. Kalau jumpe , memang tak cukup 1 jam sahaja. Ada je benda yang nak dikongsi. Mesej ? memang nombor dia je lah yang ada kat talifon aku ni. Ade bende yang dia kate die suke tentang aku . dia kata aku UNIK ? bunyi macam pelik. Tapi itulah yang dia cakap kat aku. Aku pon tak tahu celah mana UNIK tu dalam diri aku.

     Huh, aku ingat lagi , ‘time bufday’ dia. Aku belikan 2 set jam . 1 untuk dia, satu lagi aku rembat lah . Pastu bila jumpe kat sekolah, mesti tunjuk jam . hehe , Nampak macam ‘sweet’ kan ? memang pon . Kalau bufday aku lagi dasyat .Dia belikan aku hadiah yang aku rase tak layak untuk aku . Dia memang ingat gila bufday aku sebulan sebelum tu.Amboi,excited kan dia ? Sebab tulah aku sayang dia, dia pon sayang aku. Huh,ada satu ni . Perangai dia yang memang rase macam nak ketuk je kepala dia. Dia ni suke sangat cucuk-cucuk pinggang aku.Dalah aku ni kuat melatah.Aduii , malunye kalau aku termelatah depan dia. Haha. Pasal pakwe ? pon kitorang kongsi. Tapi masa tu aku takde pakwe lagi. Ade admire je. Admire tu pulak abang angkat ,adek angkat aku ni.Hadoii, makin rapat lah kami kan ? kadang-kadang rimas juga aku dengan admire aku tu. Adek angkat aku pon rimas. Tapi nak buat macam mana kan ? Tak kan nak kecikkan hati dia pulak kan ?

     Adek angkat aku ni pula, ada admire kat somebody. Somebody tu pulak sama umur dengan aku. Kira bolehlah ngam.Huh, mana tak lagi rapat relationship kitorang.Banyak lah kenangan kitorang. Sampai kekadang pergi sekolah memang tak lengkap tak nampak muka dia.

     Tapi semua tu dulu.Entah apa agaknya yang memisahkan kitorang. Mungkin masa tu aku sibuk dengan persiapan PMR aku. Mungkin aku tumpukan perhatian aku hanya kepada buku. Mungkin dia pun sibuk dengan peperiksaan akhir dia.Mungkin kami sama-sama sibuk.Makin lama makin jarang kami berhubung.Makin lama hubungan kami makin jarang. Eh, ayat apakah ini ? Tapi bila PMR menjelang, aku akan teringatkan dia. Mana tidaknya semua barang-barang yang bawa masuk ke dewan peperiksaan adalah hadiah pemberiannya. Kadang-kadang hingga aku tidak begitu khusyuk hendak menjawab peperiksaan itu.

     Semakin lama , kami  lost contact . Walaupun sering berjumpa di sekolah, tapi berat hendak berkata-kata.Mungkin aku terlalu sibuk dengan buku-bukuku. Ataupun aku terlalu sibuk dengan kawan-kawan silat.Mungkin aku sibuk dengan tanggungjawabku sebagai pengawas. Ye, setahun selepas itu,aku dilantik sebagai pengawas. Begitu juga dengan dirinya. Dia dilantik menjadi pengawas perpustakaan.Walaupun aku ulat buku, tidak lah seberjaya dia menjadi pengawas perpustakaan. Hanya doa yang mampu aku hadiahkan buat dia.Walaupun rindu sering bertamu di hati kecil aku ini,namun cepat-cepat aku kunci kembali hati ini agar tidak menganggu kosentrasi nya yang akan menghadapi PMR tahun ini.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
     Deringan pesanan ringkas mengejutkan aku dari lamunanku. ‘Ah, kacau daun betul’. ‘Maxis pulak tu’ . Aku memandang ke langit. Hai, betapa indahnya kalau adek ada kat sini. Teman akak.Akak rindukan adek sangat-sangat.

     Adek, terima kasih atas cerpen ikhlas adek tu.Akak hargai sesangat.Adek ingat pesan akak, adek kene jadi budak baik, belajar rajen2,. Kalahkan keputusan akak.Akak nak tenguk adek Berjaya.Kalau akak kelas kedua boleh kalah kan kelas pertama, kenapa tak adek ? Akak nak akaklah orang pertama tahu keputusan PMR adek, boley ? itupon kalau akak masih ade lagi lah kan.
     Adek,maafkan kesalahan akak selama ni.Mungkin masa kita ‘berperang’ masa tu, akak berkasar dengan adek.Maafkan akak sebab terus Lost contact dengan adek, maafkan akak dek. Akak sayang kan adek, seriously akak terlalu sayang kan adek. Terima kasih pernah jadi sebahagian daripada hidup akak dulu.

     Akhir kata , to : Munirah Ezzaty binti Rosli, I Love u very much, dear. Do the best in PMR. Give the best result for me. Fight for PMR. Be a good person.Be the best student.Love u Lot’s. J

To : Munirah Ezzaty binti Rosli
From : Sufinasuha binti Aminurrahman

#######

Bukan mudah untuk aku melupakan seseorang dan bukan mudah juga untuk aku lepaskan seseorang. Aku harap aku kuat dan cekal menghadapi saat ini. Terima Kasih Allah kerana pertemukan aku dengan dia. :') Alhamdulilah .. 

#######

Buat SUFINASUHA, terima kasih sangat-sangat. Tak tahu nak cakap macam mana.. Dari detik ketika bertemu hinggalah sekarang.. dan kemudian hari-hari yang mendatang, mungkin tak mampu adik nak ungkapkan apa yang adik rasa di sepanjang perkenalan ini. Tapi, bagi adik, you're the best daripada semua kakak2 yang adik ada sebelum ini. hehe * Banyakkan kakak adik :') Apapun, good luck for you :') Still love you after this.. :') huarghhh.. nak nangis ..  Bye ! 



Sunday, October 19, 2014

Today and Tomorrow... :)

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Serious, aku tak tahu macam mana nak menghadap muka-muka kawan librarian aku esok. Terutamanya Raihan sebab dia dah baca... Huarghh.. Aku macam nak tanya je, Amin tadi ... Tapi Amin cakap.. Raihan Kata "BEST" haha.. Thank You, AN.. :)  Tapi, masa tu, aku buat perangai tak matang aku kat dalam kelas. Haha.. Nak buat macam mana, kalau dah datang keje GILA aku, memang Kecohlah jadinya. Hahaha.. Sory HAIZA.. haha 


Esok, hari GRADUASI untuk form 5, aku jadi PRS sementara sebab aku ni sebenarnya PUSTAKAWAN. Tapi, di sebabkan niat nak menolong and terlebih rajin ... So, aku pun termasuk dalam ahli2 PRS esok. Semoga aku berjaya menghadapi dugaan esok :) Huh! Rasa macam tak percaya jekan... Aku harap aku mampu buat esok.. InShaa Allah .. Amin.. :) Jangan tergamam sudahlah esok .. :) Haha .. 



Friday, October 17, 2014

Wordless

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)




" Sebenarnya apa yang kita rasa tak semuanya indah. Be cool, sayang :) Allah ingin menguji kamu." 

Ayat itu yang selalu aku ingat dan ayat itulah yang selalu buat aku kuat. Walaupun kadang-kala aku rasa macam sudah jatuh tersungkur dan so everlah tapi dalam pada masa yang sama ada satu kemahuan yang memuncak dalam diri. Ada sesuatu yang berbisik untuk terus kuat , cekal dan berjuang...  Tika aku lemah dan tidak mampu mengawal kelemahan itu, ada orang yang membantu. Allah sentiasa ada dengan kita tatkala kita rasa arghhhhhh.. tensionnya tapi ketika itulah dia uji kita.. Sama ada kita mampu harungi ataupun tidak ujian itu. Terima Kasih, Allah :) Alhamdulilah :) 


Tuesday, October 07, 2014

Why my heart was hurt ?

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Tiba-tiba dapat idea nak update entry masa kat sekolah. Sebab perkara nak cerita ini baru jadi pagi tadi. Sebenarnya sebelum ini pun pernah juga terjadi, tapi sebab nak tahu sangat maksud di sebalik itu .. manalah tahu kalau-kalau ada orang yang tahu pasal hal ini kan. Harap-harap dapat membantulah :) Terima kasih. hihi 

Tadi, lepas habis perhimpunan, cadang nak jumpa cikgu saliha, nak tanya ada kelas bio tak pagi tu, lepastu, kata kawan, kita jumpa cikgu faezah sekejaplah bagi kehadiran hari ini. lalulah dekat laluan guru sebab time ini cari cikgu faezah :) Masa naik tangga itu berborak sekejap dengan kawan. alaa.. borak kosong je .. Masa itu juga, pandang bawah.. ternampak AR, lepastu dia pandanglah kat aku semula sebab dia rasa ada orang pandang dia. haha, masa dia pandang tu rasa macam hati ini sakit sangat.. Bukan sakit sebab marah atau seumpamanya tapi entahlah. Tak tahu nak explainkan macam mana. Bila terpandangkan dia je, mesti akan terjadi macam gitu. Sebelum ini, kalau nampak  dia rasa berdebar je sampailah dah tak nampak dia, tapi semenjak nak cuba lupakan dia , kenapa ek hati ini rasa macam sakit je.. Tak tahulah kenapa... macam tak bagi je aku lupakan AR . haha 

Masa kat kelas tanya kawan dalam lingkungan 5-10 orang tanya soalan yang sama, tapi yang dapat jawap hanya dua orang je, yang lain semuanya tak faham. Hmm.. Ada yang kata itu JODOHlah, apalah... tapi bagi akulah kalau itulah caranya untuk aku lupakan dia dan mungkin juga dia adalah jodoh aku .. So, apa yang perlu aku buat sekarang. Untuk mendapatkan kepastian yang nyata lagi bernas, aku kena buat solat istikharahlah :') 

Selama ini  aku minta aku nak lupakan dia. Tapi, bila aku minta macam gitu, aku rasa tiap-tiap hari aku jumpa dia. Bila aku kata aku tak nak ingat dia, mesti aku akan ingat dia dan lain-lain lagilah. Aku pun tak tahu kenapa , aku  ingat dia  semula walaupun aku dah mindsetkan kepala aku untuk lupakan dia. Kenapa ek? Haaa, malas nak pikiaq lagi pasal ini. Baik aku pergi baca buku karangan sana esok nak periksa BM pula. Hmm .. :')

Monday, October 06, 2014

Biarkan ia berlalu.....

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)





Hai.. hai.. dan hai.. selamat malam semua. 
Okay, hari ini aku nak update story sikit.. haha.. 
Tadi berbual dengan my sister. Lepastu dia tanya aku macam gini.


Mysis: Eh Eza (Panggilan aku kat rumah) kalau kau tak da jodoh dengan dia kau nak buat apa?


ME: Hmm, kalau tak jodoh.. tak ada lah (Tanpa perasaan :X haha)


Mysis; bukan ke kau ini mengharapkan dia ke jadi jodoh kau?


ME: Hmm, mengharapkan itu memang ada ( ckp dalam hati) buat apa nak mengharap lagi kalau dia bukan bukan jodoh aku. ( Tanpa perasaan lagi :X hehehe)


Mysis: Habis tu, apa yang kau akan buat bila kau dapat tahu  kalo dia bukan jodoh kau?


ME: tak buat apa2.. haha ( sebenarnya tak tahu apa yang aku nk buuat kalo perkara itu terjadi)


Mysis: yeke ? 


ME: yelah... aku memang dah letak matlamat dah... pasal hal ini.
hmm , dahlah kau , aku nak gosok baju. (marah >.< ) haha


Berdasarkan cerita itu, apa yang korang rasa , kalau orang yang aku nak itu bukan jodoh aku? Hmm.. haha lagipun aku malas nak fikir sekarang sbb aku ada perkara penting nak difikirkan. Pasal hal ini tunggu 10 tahun kemudianlah. Andai takdir aku berjodoh dengan dia.. Alhamdulilah. Kalau tidak ... Apakah yang aku akan lakukan. Hmm.. Pergi membawa diri... maybe? sambil mencari ketenangan. :) winkwink.. hehe Kalau tanya sekarang , aku tak tahu. Kalau korang nak tahu jawapan aku skrng, kemungkinan 70% aku akan tipu orang lain untuk menyembunyikan perasaan aku :) Hmm.. Ntarlah.. aku tak tahulah. So, jangan tanya aku. :)


#Esokperiksaakhirtahun2014
#bahasainggeris

#GOODLUCKFORMUNIRAHEZZATYBINTIROSLI :')