Rabu, Oktober 22, 2014

A.B.A.H

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)



Kenapa aku terasa hati apabila abah tegur, abah marah, abah tak bagi.. dan so on.. Tapi, kenapa dengan mak aku  tak rasa macam gitu.. Kenapa dengan abah mudah je aku rasa hati and air mata mengalir…. Kenapa dengan mak tak jadi macam gitu… Kenapa dengan abah aku boleh jadi begitu.
Abah…. Aku tak rapat dengan abah… Aku tak banyak cakap dengan abah… Aku tak banyak minta abah tu ini … Aku tak banyak gurau dengan abah …. Tapi dengan mak…. Macam-macam yang aku minta…. Aku sendiri pun tak faham…. Bila abah gosok kepala aku… mesti aku rasa macam nak menangis.. Aku tak tahu kenapa….

Kata orang…. Bila di saat seorang ayah ingin melepaskan anak perempuannya, si ayah akan menangis. Manakala, Si ibu pula akan menangis apabila melepaskan anak lelakinya.. Kenapa ek?
Aku tengok dari cara abah…. Masa akak Mira nak sambung belajar… Abah… macam tak bagi je akak Mira sambung belajar jauh dari Johor… Abah macam berat je nak lepaskan… Aku nampak semua itu… Dan, bila aku fikir balik.. Habis aku.. kalau aku nak sambung belajar … macam mana pulak.. Mesti abah berat sangat nak lepaskan lagi2 aku ni jenis anak yang manja.. Hmm…  Kalau akak Mira call… mesti abah tanya macam2 .. Abah tanya dah makan belum.. Abah tanya makan apa? Abah tanya macam mana kat sana.. kalau  akak Mira minta duit abah tanya nak buat apa.. Abah mesti cakap bukan dah masukkan duitnya  ke seblum ni.. Abah.. Abah sebenarnya seorang ayah yang sangat prihatin .. yang sangat penyayang… Kadang-kadang.. aku sendiri sedih .. Macam mana abah nak uruskan masalah dia… Masalah sebagai ketua keluarga, masalah di tempat kerja.. masalah adik beradik.. masalah biras dah lain-lain.. Tapi, aku tak pernah nampak abah tunjukkan masalah itu semua depan aku.. depan kak Mira.. depan Epul..  Abah.. abah sebenarnya mempunyai perancangan untuk anak2nya… Kata abah, bila akak Mira dah habis belajar nanti, abah  nak suruh akak Mira buka Klinik sendiri.. Masa aku dengar aku senyum je… Kalau aku .. Abah nak suruh aku buat apa pula… Aku sendiri pun tak tahu.. :’)

Kata kawan2 aku, aku kaya tapi sebenarnya yang kaya itu ayah aku.. Yang bagi rezeki itu Dia. Tapi, bagi aku apa guna kaya ….. kalau kekayaan itu boleh habis sekelip mata… ;’)  Abah… abah seorang yang penjimat … Abah tak suka pembaziran… nanti abah mula membebel…. Abah tak suka bila ada orang lain cuba bantu dia .. Abah suka bina sendiri.. Abah tak suka upah orang lain untuk bina mahligai dia walaupun ada orang yang minta. Aku tak tahu macam mana sebenarnya rupa rumah ini yang sebenarnya.. Aku tak tahu bila ia kan siap sepenuhnya…  ;’) Abah bekerja keras untuk memberikan kehidupan yang selesa untuk kami..  

Perangai aku banyak ikut abah, tak suka bising, panas baran, tak suka bila orang lain ganggu and so on. tapi aku tahu disebalik itu juga, ada kebaikan dan keburukannya. Maafkan  eza, abah :'( 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
>terima kasih kerana sudi komen :)
> No ads links.
> No Anonymous.
> No Haters.
> No Stupid Words.
> Maaf sekiranya tidak dibalas.