Ahad, Oktober 26, 2014

Bicara untuk diriku

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Selamat malam semua ! Malam ini sebenarnya aku  tak tahu nak buat entry pasal apa. Tapi, disebabkan aku tengah boring tahap tak tahu nak buat apa walaupun esok aku sekolah. Nilah jadi apabila aku sudah lama sangat bercuti... Kalau dah namanya CUTI, confirmlah aku dok rilek2, kononnya nak study time cuti ni, tapi hampeh betul.. Study last minutes lah jawapnya. Katanya, kalau nak STUDY mestilah kena MAINTAIN dari awal tahun, tapi skrng ni makin menjunam adalah, so terpaksalah postpone tahun depan, sbb tahun ni macam tak boleh nak go.. Haha.. Itulah busy sangat memanjang. Maka, dengan itu kau kena buat senarai untuk kebaikan kau juga. Tahun dpn dah SPM kak oi !! Beringatlah sini.. Awak, tu dah lah tahun ni , banyak tak nampak kat kelas... Keluar sana, keluar sini, Masuk itu, masuk ini. Tahun dpn kena pandai2 hadkan eh, Munirah... Huu.. 

Tahun depan, dah tak leh nak main-main lagi. Kena fokus apa yang cikgu cakap.. Dah tak leh nak berangan, kusutkan kepala dengan hal2 yang tak sepatutnya. Kalau nak fikir juga, tunggu lepas habis SPM eaa, sayang :') Saya tahu awak memang seorang yang kuat. Jangan sedih2 lagi tau. Awak, tu bukan boleh jangka, nanti tiba2 je air mata mengalir macam tsunami. Hmmm.. Kena kurangkan sikit perjalanan awak itu, kalau nak langkah jauh boleh tapi pandai2lah bahagikan masa :') Nanti, jangan ingat perkara yang lepas... Buang je semua yang dah berkurun zaman batu.. Toksah mau di ingat balik ! Nanti hati merana , lepas dah merana, mulalah tak leh nak FOKUS!!! Macam lah aku tak tahu kau tu, Mun!!! Nanti, jangan nak pendam apa yang kau simpan tu lama2 sampai hidup kau tension sangat dan tak leh nak study... Be cool je setiap masa dan ketika.. Kata nak jadi orang hebat. Bukan itu ke cita-cita hang.. Apa yang hang nak jadi.. Prof. Dr. Munirah Ezzaty Binti Rosli. itu bukan calang-calang orang boleh dapat .. kena banyak bersabar , kena banyak usaha.. Lepas dah buat tu berserah kepadaNya, jangan nak fikir NEGATIF aja, banyak POSITIF dari NEGATIF.. Dok usah fikiaq lain dah.. masalah hari2 boleh dapat, janji kita tu kena pandai settlekan .. Usah nak hempas pintu aja, sampai pintu tu  jahanam...  Macam mana ni kalau problem sikit punyalah senang nak settle tapi tak reti nak settlekan sendiri.. hahaha... * Kuang aja kutuk diri sendiri.. Rilex suda... Sempoi je.. Macam kau buat muka tembok setiap kali ada meet dgn someone. Macam gitulah kau buat.. *Hasut pulak. Huhu.. 

Okaylah, out dulu dah pukul 12.11 midnight, Eh! macam berchatting dengan orang lain je kan .. Haha.. Padahal chatting sama dengan diri sendiri.... Esok, nak bangun gi sekolah. Yeah! Yeah! Esok, sekolah ... Hmm.. Fizik examination .. Huargh... tak ready nak jawap paper..... :'( Chaiyok2 , Mun... Do the best !!! Huarghhh.. Peace Yo!  Bye, Selamat Malam.. Assalamualaikum :")

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
>terima kasih kerana sudi komen :)
> No ads links.
> No Anonymous.
> No Haters.
> No Stupid Words.
> Maaf sekiranya tidak dibalas.