Rabu, Oktober 22, 2014

Throw Back !

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Bismillahirohmanirohim. Dengan nama Allah ku menulis warkah ini untuk seseorang yang begitu bermakna bagi diriku ini. Banyak yang telah aku pelajari dari diri dia. Pahit, Manis, Sedih, Terluka, Gaduh, Merajuk, Cemburu dan lain-lain lagi perasan. Bagiku semua yang aku alami dengan dia sungguh bermakna. Ya, memang dia seseorang yang begitu unik dan sangat-sangat aku sayangi. Kadang-Kala, aku cemburu dengan kawan-kawan dia tapi aku sengaja tutup sebelah mata dan lari dari situ. Maafkan aku sebab menidakkan apa yang terjadi. Maafkan aku jika aku tidak begitu sempurna di mata engkau. Aku hanya insan biasa yang ada kekurangannya. Aku suka sangat lihat dia senyum. Bila setiap kali aku lihat dia senyum, aku gembira sangat dan aku berharap dia sentiasa begitu dan aku tahu ketika itu aku tidak diperlukan di situ. Sesungguhnya, orang lain boleh membahagiakan dia. Terima Kasih Ya Allah kerana engkau menjaga dia dan memberikan kebahagiaan untuknya. :’)  Ya Allah, aku rindu sangat dengan dia.

SUFINASUHA BINTI AMINURRAHMAN, namanya begitu indah seperti rupanya. Aku suka tengok dia. Aku suka ‘take care’ pasal dia dari jauh. Walaupun dia tak tahu, tapi aku memang  nak take care juga. Tahun ini, tahun last aku dengan dia, nak cerita pasal apa yang aku rasa? Sudah semestinya, aku sedih sebab dah hampir 4 tahun aku dengan dia. 4 tahun, itu banyak sangat memori yang aku lakukan bersama dia. Tipulah, kalau aku cakap aku tak pernah menangis sebab dia. Kenapa aku menangis? Sebab aku tak sanggup nak berpisah dengan dia, aku tak sanggup biarkan dia pergi dari aku. Tapi, siapa aku untuk menghalang dia.. Siapa aku untuk menyekat kehidupan  dia. Dia pun ada life dia sendiri :') Aku? Aku hanya mampu doakan dia bahagia  dan  sentiasa berada dalam perlindunganNya. Amin.. Sufi, aku sayang kau sangat-sangat. :')

Bila aku scroll entry sebelum ini, terjumpa warkah yang aku buat sepernah bufday dia tahun lepas, macm mana aku boleh rapat dengan dia, gaduh dengan dia dan lain-lain lagi. Serius, aku rindu semua itu. Nak buat macam mana, aku dengan dia tahun ini memang sibuk, dia dengan SPM, aku dengan hal aku yang mcam banyak sangat kejenya tu.. Tapi, memang banyak pun :') Sebab itu hubungan kitorang tak rapat macam dulu mcam masa mula2 jumpa :') Arghhhhh... Rindunya.. :'(

*********

Sungguh ku terpesona dengan keunikkan wajahmu serta gaya hidupmu.Biarpun engkau ingin menjadi seperti lelaki tetapi apakah daya jika engkau telah di takdirkan sebagai seorang perempuan. Engkau harus bersyukur dengan kurniaan Ilahi.. Biarpun engkau begitu dengan cara gayamu tetapi ku akui bahawa ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik sifatmu itu. Engkau tidak hipokrit kerana kau menjadi dirimu yang sebenar .. Tidak seperti mereka yang lain ,kadang-kala bersikap begitu... Adakah aku tergolong dalam kumpulan hipokrit itu.. Ku harapkan tidak sesekali....

Sejujurnya aku senang sekali melihat raut wajahmu seperti ada sinaran yang begitu memukau apatah lagi bila engkau tersenyum manis.. Subhanaallah... indahnya ciptaan Ilahi.. Aku rindukan saat kita bersama dulu... saat kita bergelak sakan .... usik mengusik dan sentiasa ceria bersama.. Segala kerisauan, kekusutan, kekhautiran, dan masalah yang sering bermaharajalela ini terhapus begitu sahaja saat aku bersamamu.. Mungkin kita    tidak dapat memutarkan segala memori lagi tetapi kita masih mampu merasainya. Mungkin tercatatnya seribu satu kenangan yang tidak mampu engkau pinggirkan.. Mungkin kenangan itu membuatkan kita tergelak sendirian dan tersenyum mesra. Oh kenangan .... Ku harapkan kenangan itu menjadi penguat semangatku biarpun sebesar mana ujian yang mendatang,akan ku bangkit bak sang pendekar untuk menentang ujian itu.. Khabarkanlah kepadaku bila keadaanmu seperti itu terus mara ke hadapan tanpa berundur ke dunia lalu... Semoga hari-hari mendatang menjanjikan sesuatu yang istimewa untukku..

Ternyata hingga kini ,engkau masih begitu biarpun dikau telah meningkat remaja.. Tapi kulihat kau masih tersenyum walaupun diayak dengan pelbagai aduan yang menyebabkan kau kadangkala menangis kesepian... Tapi apakah daya engkau hanyalah seorang insan yang lemah,insan yang tetap cekal dan tabah biarpun lautan ombak bergelora,biarpun terik mentari memancarkan cahayanya ,engkau tetap dengan caramu.. Caramu yang tersendiri,yang kadang kalanya aku terpegun  dan sesuatu yang begitu magis dan sudah tentunya U.N.I.K. Kau beruntung kerana memiliki sifat itu.,....

Kecemerlanganmu sebelum ini membuatkan engkau berasa begitu gembira tetapi pada zahirnya engkau mengatakan bahawa keputusanmu biasa-biasa sahaja. Tidakkah engkau tahu jikalau keputusanmu biasa-biasa sahaja maka sudah tentulah engkau tidak akan mendapat anugerah pelajar cemerlang PMR? Bukankah begitu...Ku akui bahawa ibubapamu berbangga dan ku akui juga bahawa putera puteri yang menjadi sahabatmu juga bahagia dengan pencapaianmu..... Tahniah....tahniah dan tahniah.. Semoga kecemerlangan terus bertandang kepadamu..In shaa Allah..

Duniaamu semakin mencabar kini .... Duniamu juga begitu hebat .... dan duniamu juga memasuki alam baharu..Alam pendekatan sains.. menjadi seorang pelajar yang penuh dengan fakta-fakta biologi,kimia,fizik, add math dan lain-lain lagi,semuanya semakin rumit dan perlu bertungkus lumus...Adakah engkau begitu? Dulu semasa engkau di zaman menengah rendah,lapan subjek sahaja yang kau perlu fikirkan untuk mencapai sasarannya tapi kini engkau perlu mencapai sasaran yang lebih dari lapan.. Ku ucapkan semoga engkau berjaya .. Bolehkah engkau memberi tahuku tentang resepi kejayaanmu... Adakah di sebabkan engkau di kurung oleh gurumu dengan pelbagai hujah ,engkau berubah dan bertekad untuk berjaya.. Mungkin dengan cara itu,kau mampu melontarkan sayapmu ke langit untuk terbang bersama mereka yang lain...  Tetapi janganlah engkau lupa akan peperiksaan SPM pada tahun hadapan.. sijil itu juga bermakna ..mungkin lebih besar ganjarannya berbanding dengan keputusan PMR. Aku harap engkau tidak terleka dengan pencapaianmu setakat ini. Maaf sekiranya aku terlebih berkata... Ku harapkan tiada kata-kata yang terlanjar dari kalam kata-kata yang ingin kusampaikan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pertama kali ku memandangmu .. Ku akui bahawa pada dirimu ada suatu rahsia yang luar biasa sehingga ku boleh menjadi lebih beramah denganmu tanpa segan silu.. Mungkin disebabkan perwatakanmu yang begitu mempersonakan... Mungkin? Dengan sekelip mata aku dan engkau telah menjadi saudara angkat... Haha... Bolehkah engkau mengingati saat itu kembali? Mungkin engkau sudah melupainya.. Tapi tidak mengapa kerana pelbagai-bagai cerita seperti seribu tahun yang melekat di minda kita tapi bukankah otak kita mampu untuk memproses kenangan-kenangan lalu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Begitu banyak yang ingin ku ceritakan di sini tapi mungkin ia terlalu terlebih menadah tangan untuk di ceritakan di sini.. Apa yang ingin ku katakan.. Saat pengalaman kita sentiasa bersua di perpustakaan.. sentiasa ada cerita yang di kongsi bersama... Dan tidak dapat kulupakan saat tercetusnya pergaduhan yang terulung kita..haha rasa seperti ingin perkara itu berulang lagi tetapi tidak mungkin.. Dikau akan sibuk pada tahun hadapan,ku harapkan kau mendapat keputusan yang setimpal dengan usahamu.. Dan kini .. pada tahun ini ku telah terikat dengan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) .. tinggal beberapa hari lagi akan menghadapi peperiksaan itu selepas peperiksaan percubaan ku selesai.. ku harapkan ada sesuatu yang misteri di situ...  Keajaiban Allah yang tidak di duga sekalian manusia..

Doakanlah daku berjaya menempuh cabaran dan dugaan pada tahun ini.. Cabaran pada tahun ini lebih mencabar berbanding tahun lepas ... Ku harapkan ku tabah dan cekal hati untuk menempuhnya.. Sufi....seperti ingin lari dalam kehidupanku ini .. rasa tak sanggup untuk melaluinya tetapi itulah satu perkara yang paling bodoh jikalau ku melakukan....Ku harapkan engkau juga tidak begitu... Sufi .. sebenarnya karya ini khas direka untukmu sebagai tanda ingatan sempena hari lahirmu.dan untuk selamanya... Ku harapkan engkau menyukai segala pemberianku... Halalkan pemberianmu kepadaku dan pemberianmu ini masih kekal dan akan kekal padaku.. ku akan menjaganya dan tetap akan menilik setiap saat... Tahukah engkau aku juga masih menyimpan surat yang berwarna merah jambu dengan tulisanmu yang kau tuliskan kata-kata pujanggamu... Perkataan yang masih aku tidak boleh lupa ialah JANGAN NAKAL-NAKAL. Bagaimana engkau tahu bahawa aku seorang gadis yang nakal.. kau spy aku eh masa kecil.. hahaks.. Kini,kata itu ku pulangkan semula kepada engkau ... ku harapkan engkau juga tidak begitu.. tidak terlalu nakal.. Perasaan terhadap seseorang itu biarlah berpadah-padah..hehe Kuatkan semangat apabila engkau bersedih dengan kehilangannya kerana Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari itu.. Jika dia seseorang yang diciptakan untukmu .. Ku harapkan kalian kekal.. Kalau dah bersatu,jangan lupa tau jemput cik datang rumah lagipun tak jauh pun rumah cik ngan hang..haha Cik mau makan nasi minyak  dan merenjis bunga mawar kat kalian berdua..haha.. Akak jangan marah saya tau saya cuma bercanda sahaja.. Maaf dan maaf..

Sufi.... masuk tahun ini dah 3 tahun kan kita sebagai adik beradik angkat.. Mungkin tahun depan tahun terakhir hubungan kita tapi mungkin juga sampai bila-bila... Pejam celik pejam celik sudah sampai ke penghujung bulan tujuh .. Ini bermakna hari kelahiranmu tidak lama lagi .. Di kesempatan ini ku menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepadamu jikalau adik ada melakukan kesalahan dan kesilapan serta mencucuk pinggangmu dengan tanganku yang kerdil ini cuma sebagai keramahanku kepadamu .. Maafkan adik jika akak tidak menyukai perkara itu.. Jaga diri baik-baik yek sufi... Jangan pernah mengalah ,teruskan berusaha.. Tabahkan hati dan cekalkan jiwamu . In shaa Allah semuanya baik-baik sahaja.. Seperti pakar motivasi pula saya ini ...haha sabar ajalah dengan perangai budak kecik ini.. :P


Terima kasih Ya Allah kerana engkau telah memberikanku sedikit ilmu untuk mencoretkan berpatah-patah perkataan untuk menghasilkan karya ini...Maaf sekiranya karya ini tidak berapa kualiti dan penggunaan kata-kata tidak terlalu bagus seperti sasterawan .. saya hanya mencoretkan apa yang berada di dalam minda saya untuk menghasilkan karya ini ... Sufinasuha Binti Aminurrahman ... saya harap awak tidak marah yek.. Jangan nakal-nakal ;) hehe .. Thanks kerana sudi menjadi saudara angkat saya.. Terima kasih atas segala pemberiaan .. Terima kasih atas tunjuk ajar... Terima kasih atas teguran dan nasihat ... Terima Kasih atas segalanya... Allah telah meminjamkan awak untuk saya sementara waktu  ini sebelum saya dipanggil Ilahi... Mungkin kita akan lebih menghargai seseorang itu bila kita merasai kehilangannya.. Sesungguhnya mereka yang mendekat kepada saya adalah insan-insan yang dipilih oleh Allah untuk mendidik dan mengajar saya erti kehidupan yang sementara ini... Mengajar saya erti kesabaran ketika berada di dunia fana ini kerana saya yang memilihnya untuk berada di sini ... Dan perkataan   ini sungguh bermakna dalam hidup saya ... dan dialah pembangkit semangat saya .. tak semua orang mendapat penghargaan ini jika hanya ada dua orang sahaja yang layak di berikan ucapkan itu... Sungguhnya saya menghargai kehadiran mereka biarpun mereka selalu menyakitkan hati saya ,membuatkan saya menangis tapi di sebalik itu terdapat kegembiraan yang tidak dapat digambarkan .. Terima kasih SUFINASUHA BINTI AMINURRAHMAN kerana berjaya menakluki hati saya dengan cara awak yang tersendiri dan saya amat menyayangi awak biarpun nanti mungkin kita tidak bersua lagi tapi saya harapkan impian saya untuk berjumpa dengan awak lepas tamat zaman persekolahan termakbul... Dan saya rasa penghargaan ini lebih berharga kerana dialah penyelamat saya dalam setiap waktu seperti ultraman..hehe Dia seorang kakak yang sentiaasa ceria dengan perwatakannya.... seorang kakak yang lebih bermakna daripada sekalian kakak yang pernah yang ada.. Haha .. Sufinasuha awak berada di ranking ke dua lepas akak saya sendiri.. Terima kasih KAKAK dan KAKAK  kerana pernah ada mewarnai kehidupan saya kini.. Alhamdulilah...

Bolehkah karya ini di anggap seperti sebuah cerpen.. Ku  harapkannya boleh menjadi seperti itu.Luahan dari sudut terpencil di sanubari diriku ini dengan tulus ikhlasnya ku menaip butir-butir cinta ini..Ku harapkan engkau sudi menerima dan membaca ... Jadikanlah ia sebagai karya istimewa untukmu sebagai tanda persaudaraan kita selama ini .. Syukran :)

Mari bernyanyi bersama saya,wahai sufinasuha....

Semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki, berjaya dalam kehidupan,tidak berputus asa , tabah dan sabar melayani kerenah bumi ini, taat kepada suruhan ilahi, persuruh Allah dan ibubapa akk..
Sentiasa berusaha menjadi lebih baik dari semalam...

" Sufi..... Happy Birthday to you...
Nasuha ..... Sannah Helwah ....
Sufi Nasuha  semoga Allah merahmatimuu... "

Kau umpama sang bidadari yang pernah hinggap di pusaraku ini,
andai satu hari kita terpisah jauh,ku harapkan engkau tidak melupakan daku... Jangan sesekali engkau mengucapkan kata perpisahan untukku kerana aku tidak sanggup untuk mendengarnya kecuali Allah telah memisahkan kita...  


*******

Dan selepas beberapa hari itu, kak Sufi pun buat entry psal hal ini, serius terhru sangat :') Thank you so much sis :') Love you :') 

#######

‘Huh’ Aku menghempas segala buku-buku yang sudah dihadap hampir lima jam . Entah kenapa pelbagai masalah dan kenangan-kenangan lalu menusuk kembali dalam ingatanku. Hampir lima jam itulah aku cuba mengusir segala-galanya yang mengganggu tumpuanku untuk belajar. Akhirnya aku pasrah. Buat ape menelaah buku , tapi fikiranku ke lain . Dengan buku yang berselerak ditambah pula dengan alat-alat tulis yang berterabur , aku terus sahaja beredar. Langkah ku amat perlahan, sambil menguis-nguis batu-batu yang agak membonjol. Aku merenung tempat yang sering menjadi ‘kawan’ meluahkan segalanya. ‘Kawan’ itulah yang kadang-kadang mengurangkan marahku,sedihku, kecewaku malah segala kebahagiaan dikongsi bersama.’Kawan’ aku itu adalah sebuah bangunan lama yang dulunya adalah sebuah rumah dua tingkat.Dia sudah lama ditinggalkan akibat peristiwa kebakaran telah berlaku disitu.Kasihan ‘kawan’ aku tu.Dari aku kecil hinggalah besar panjang,’kawan’ aku itulah menjadi teman rapatku.Walaupun kosong,tapi aku dapat rasakan bagai ada penghuninya disitu.Cakap sorang-sorang,menyanyi,melukis, semuanya disitu.Walaupun agak pelik dan pastinya akan dinggap GILA , ahhh ,peduli ape aku .
    Terbayang-bayang kembali rentetan peristiwa pagi tadi. Peristiwa ape ? Tidaklah sepenting mana, tapi agak menggangu memori aku yang sudah lama dikunci di peti hati.Saat aku terbaca satu ‘cerpen’ yang direka khas untuk diriku membuatkan hatiku terusik. Pelbagai perasaan mulai timbul. Terharu mahupun sedih sebab sudah lama memori itu terkunci. Terngiang-ngiang kembali pertemuan pertama aku dengan penulis . Bagaikan sudah lama bertemu, walhal jumpe pon tak pernah. Entah kenapa, dia menjeling-jeling aku dari jauh , oleh kerana rimas dengan perbuatannya , aku mula menegur si dia.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
     ‘’Tengok aje ?’’ kata ku perlahan , almaklumlah ,masa tu di perpustakaan . Tak boleh bising-bising . Ada jugak kene hempuk dengan pengawas perpustakaan bertugas. Tak sempat nak kawin . hehe
     ‘’Hehe, akak , nak Tanya boleh ?’’Dengan sengihan yang dibuat-buat , dia mula membalas.Entah kan ikhlas ataupun tidak, aku pon tidak pasti.
    ‘’eh , bolehlah . Takk kan tak boleh,. Kenapa ni dekk?’’ Opss ! terpancul pula nama adek kat situ . Harap-haraplah dia memang dibawah umurku , kalau tak malu seumur hidup.
    ‘’Erk, aa--kak anak sedd-ara Cikkk-gu Fa-iza eh ?’’ Teragak-agak dia berkata.
    ‘’Eh,cikgu Faiza mana pulak ni ? ‘’
    ‘’Cikgu Faiza lah.Cikgu Faizah kite tu.’’
    ‘’Kenapa adek ckap macam tu ? mana adek tahu ?’’
    ‘’Alah cakap je lah , Betul ke akak anak sedara Cikgu Faiza ?’’
    ‘’Erk, camne tahu ni ? Diam tau jangan bagitau sesiapa’’ Tanpa memberi jawapan yang pasti, aku meminta dia merahsiakan. Entah kenapa , risau pula kalau-kalau dia menghebohkan kepada yang lain. Walaupun belum tentu berita itu benar.
   ‘’Masa tu kita Nampak akak naik Cikgu Faizah pergi sekolah.’’
   ‘’Ohh, hehe’’Hanya itu yang mampu aku jawap. Lega hati ni.Ingat kan dia siasat latar belakang aku tadi. Yelah, tak kenal tibe2 tanye. Dari riak wajahnya , Nampak bahagia bila bercakap dengan aku. Eh, aku dah jadi artis ke? Tapi macam aku pernah nampak budak ni. Seingat aku , budak ni lah yang selalu jelling-jeling aku. Aku pon tak pasti . Ahh ,lupekan je lah. Lagi pon , budak tu Nampak okey je tadi.Biasalah tu.Minat aku kot. Hahaha ,entah apa yang dia minat pon tatau.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
     Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan beganti bulan, tahun—err, banyak sangat tu. Huh, semakin lama , aku mula rapat dengan si dia. Entah ape yang membuatkan kami rapat pon tak tahu.Macam magnet yang menarik. Kami mule bertukar nombor, memang dialah yang jadi teman aku setiap malam. Perpustakaan lah tempat ‘biase’ kami jumpe. Mana tidaknya , aku ni ulat buku, dia pon ulat—err , cacing buku. Memang dialah yang teman aku juga kat perpustakaan. Pendek kata, dialah segalanya pada aku masa tu. Dan , peristiwa paling manis, dia lamar aku jadi ‘akak angkat dia’. Bermula lah pulak cerita akak angkat dan adek angkat . Memang banyak kami habiskan masa bersama. Kalau jumpe , memang tak cukup 1 jam sahaja. Ada je benda yang nak dikongsi. Mesej ? memang nombor dia je lah yang ada kat talifon aku ni. Ade bende yang dia kate die suke tentang aku . dia kata aku UNIK ? bunyi macam pelik. Tapi itulah yang dia cakap kat aku. Aku pon tak tahu celah mana UNIK tu dalam diri aku.

     Huh, aku ingat lagi , ‘time bufday’ dia. Aku belikan 2 set jam . 1 untuk dia, satu lagi aku rembat lah . Pastu bila jumpe kat sekolah, mesti tunjuk jam . hehe , Nampak macam ‘sweet’ kan ? memang pon . Kalau bufday aku lagi dasyat .Dia belikan aku hadiah yang aku rase tak layak untuk aku . Dia memang ingat gila bufday aku sebulan sebelum tu.Amboi,excited kan dia ? Sebab tulah aku sayang dia, dia pon sayang aku. Huh,ada satu ni . Perangai dia yang memang rase macam nak ketuk je kepala dia. Dia ni suke sangat cucuk-cucuk pinggang aku.Dalah aku ni kuat melatah.Aduii , malunye kalau aku termelatah depan dia. Haha. Pasal pakwe ? pon kitorang kongsi. Tapi masa tu aku takde pakwe lagi. Ade admire je. Admire tu pulak abang angkat ,adek angkat aku ni.Hadoii, makin rapat lah kami kan ? kadang-kadang rimas juga aku dengan admire aku tu. Adek angkat aku pon rimas. Tapi nak buat macam mana kan ? Tak kan nak kecikkan hati dia pulak kan ?

     Adek angkat aku ni pula, ada admire kat somebody. Somebody tu pulak sama umur dengan aku. Kira bolehlah ngam.Huh, mana tak lagi rapat relationship kitorang.Banyak lah kenangan kitorang. Sampai kekadang pergi sekolah memang tak lengkap tak nampak muka dia.

     Tapi semua tu dulu.Entah apa agaknya yang memisahkan kitorang. Mungkin masa tu aku sibuk dengan persiapan PMR aku. Mungkin aku tumpukan perhatian aku hanya kepada buku. Mungkin dia pun sibuk dengan peperiksaan akhir dia.Mungkin kami sama-sama sibuk.Makin lama makin jarang kami berhubung.Makin lama hubungan kami makin jarang. Eh, ayat apakah ini ? Tapi bila PMR menjelang, aku akan teringatkan dia. Mana tidaknya semua barang-barang yang bawa masuk ke dewan peperiksaan adalah hadiah pemberiannya. Kadang-kadang hingga aku tidak begitu khusyuk hendak menjawab peperiksaan itu.

     Semakin lama , kami  lost contact . Walaupun sering berjumpa di sekolah, tapi berat hendak berkata-kata.Mungkin aku terlalu sibuk dengan buku-bukuku. Ataupun aku terlalu sibuk dengan kawan-kawan silat.Mungkin aku sibuk dengan tanggungjawabku sebagai pengawas. Ye, setahun selepas itu,aku dilantik sebagai pengawas. Begitu juga dengan dirinya. Dia dilantik menjadi pengawas perpustakaan.Walaupun aku ulat buku, tidak lah seberjaya dia menjadi pengawas perpustakaan. Hanya doa yang mampu aku hadiahkan buat dia.Walaupun rindu sering bertamu di hati kecil aku ini,namun cepat-cepat aku kunci kembali hati ini agar tidak menganggu kosentrasi nya yang akan menghadapi PMR tahun ini.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
     Deringan pesanan ringkas mengejutkan aku dari lamunanku. ‘Ah, kacau daun betul’. ‘Maxis pulak tu’ . Aku memandang ke langit. Hai, betapa indahnya kalau adek ada kat sini. Teman akak.Akak rindukan adek sangat-sangat.

     Adek, terima kasih atas cerpen ikhlas adek tu.Akak hargai sesangat.Adek ingat pesan akak, adek kene jadi budak baik, belajar rajen2,. Kalahkan keputusan akak.Akak nak tenguk adek Berjaya.Kalau akak kelas kedua boleh kalah kan kelas pertama, kenapa tak adek ? Akak nak akaklah orang pertama tahu keputusan PMR adek, boley ? itupon kalau akak masih ade lagi lah kan.
     Adek,maafkan kesalahan akak selama ni.Mungkin masa kita ‘berperang’ masa tu, akak berkasar dengan adek.Maafkan akak sebab terus Lost contact dengan adek, maafkan akak dek. Akak sayang kan adek, seriously akak terlalu sayang kan adek. Terima kasih pernah jadi sebahagian daripada hidup akak dulu.

     Akhir kata , to : Munirah Ezzaty binti Rosli, I Love u very much, dear. Do the best in PMR. Give the best result for me. Fight for PMR. Be a good person.Be the best student.Love u Lot’s. J

To : Munirah Ezzaty binti Rosli
From : Sufinasuha binti Aminurrahman

#######

Bukan mudah untuk aku melupakan seseorang dan bukan mudah juga untuk aku lepaskan seseorang. Aku harap aku kuat dan cekal menghadapi saat ini. Terima Kasih Allah kerana pertemukan aku dengan dia. :') Alhamdulilah .. 

#######

Buat SUFINASUHA, terima kasih sangat-sangat. Tak tahu nak cakap macam mana.. Dari detik ketika bertemu hinggalah sekarang.. dan kemudian hari-hari yang mendatang, mungkin tak mampu adik nak ungkapkan apa yang adik rasa di sepanjang perkenalan ini. Tapi, bagi adik, you're the best daripada semua kakak2 yang adik ada sebelum ini. hehe * Banyakkan kakak adik :') Apapun, good luck for you :') Still love you after this.. :') huarghhh.. nak nangis ..  Bye ! 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan