Khamis, Oktober 23, 2014

To My Future Husband !

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)



Okay, aku nak story pasal ciri-ciri calon suami aku.. Haha .. Dah berangan ke apa nak kahwin ah, Mun? Belajaq dulu baru fikiaq pasal tu. Nanti2 je, kata nak kahwin umur 25 tahun.. huhu.. Takkan nak awalkan tarikhnya kot.. huhu..  Bukan apa, saya just nak merancang sahaja.. Kalau tak menepati semua, adalah sebahagian yang menepati dan yang paling penting mestilah nak seseorang itu boleh bimbing kita, betul tak? hehe 




Ciri yang pertama dan paling utama yang saya perlukan adalah seorang suami yang boleh membimbing  saya ke jalan yang di redhainya. :') Kalau tak ada yang ini, maaf anda tidak layak. 


Ciri kedua, saya memerlukan seorang suami yang sangat-sangat penyabar kerana saya ini kadang-kala mood terlebih sampai semua orang kena hambusss dengan saya :') Biasanya kalau orang buat hallah :') So, saya harap dia sabar dengan diri saya dan one more thing, saya tak nak dia sama macam saya :') Nanti habis segalanya :') Faham2kan jelah :') Peace Yow!!


Ciri ketiga,  seorang suami yang  sedap memandang :') Hehe. Taklah yang handsome tahap handsome, tapi kalau aku nak yang rupanya elok, lengkap semua pakej yang dikurniakan Allah. Itu dah mencukupi dah ;') 


Ciri keempat, seorang suami dari keturunan yang baik dan bertanggungjawab  :') 


Ciri kelima, pandai memasak :')


Ciri keenam, pembersih :') Haha 


Ciri ketujuh, dia tak merokok sebab aku memang anti sangat dengan asap rokok yang boleh membuatkan hidung aku sakit dan semuanya jadi sakit.. kalau dia hisap rokok aku paksa dia berhenti juga. Kalau tak nak .. aku tinggalkan dia. Kejamkan aku. Haha 

Ciri kelapan, seseorang yang suka kanak-kanak.. hehe 

Lagi apa ek, Haha.. Entah, ini je kot :') Kuang2.. Apapun aku still juga nakkan seseorang yang boleh terima kekurangan aku :') Maaflah sebab aku ni banyak sangat yang kurang. hehe :') 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan