Saturday, December 13, 2014

Big Hero 6!

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)




Salam Maghrib semua :D Aku nak update entry pasal cerita hari ini. Hope korang enjoy !! hehe. Petang tadi, pergi dekat MBO, tengok wayang.. Seriously, inilah pertama kali aku tengok wayang..  Hehe.. Aku pergi dengan siapa? Pakwe ke? Bukan pakwe ye, sayang-sayangku sekalian , aku pergi dengan ibu and adik-adik aku. Hehe.. :D Lagipun , tak baik tau pergi dengan orang yang bukan mahram kita. Kalau aku kan, memang tak akan pergilah walaupun diajak .. So, kiranya macam excited jugaklah sebab baru first time xD

PopCorn? Hmm... aku tak berapa nak lalu sangat... Haha.. Tadi makan pun tak sampai sepuluh popcorn yang masuk dalam perut aku. Ntahlah, aku tak tahu kenapa macm tak kena je dengan tekak aku, bukan aku tak suka makan popcorn ye tapi, entahlah maybe adalah yang terkurang dan terlebihnya. *jawapan selamat .. Haha..  Mak aihh, gelapnya masuk dalam.. Haha.. Aku bukanlah jenis yang takut dengan gelap tapi takut terjatuh masa nak lalu.. hihi..  


Awww..  comelnya :D 

Pada mulanya, memang aku tak tahu pun cerita apa yang ibu beli.. Hehe... Aku pun masa nak otw pergi wayang tu macam nak tanya tapi hmm... tak terungkap pula.. So, masuk pawagam, amik seat dan duduklah.. hahaha.. Cerita tak start lagi.. Mulalah boring.. Haha.. Banyak iklan je.. Huh! Ambil telefon, bukalah apa2 yang patut.. Okay! Cerita nak start.. Hehe.. Masa tu terteka-teki juga, cerita apa yang ibu pilih? Hah! Big Hero.. Awww, comelnya :D Aku dah senyum-senyum dah.. 

Aku memang menghayati sangat-sangat cerita ini walaupun cerita ini hanya cerita kartun.. hehe. nak tahu apa yang terjadi, aku menangis ! Haha.. Really? Yes, i'm crying watching the movie :D Huhu.. Bnayak jugalah air mata aku keluar hari ini. Nasib baik gelap, so orang tak nampak. hehe.. Tapi kan,  masa nak akhir-akhir,,,. Allah, lagi sebak aku sampai teresak-esak tapi still cover lagi.. :D Adik Nad, dia tanya kenapa? Aku.. ek.. tak de pape.. Haha.. tapi, dia nampak aku menangis.. Huhu.. Malunya.. Lepastu, adik Iman pula tanya.. Haha.. Tak tahu kenapa touching sangat tengok big hero tu walaupun pada dasarnya tak adalah pula skrin yang sedih sangat.. Akulah yang terlebih over ... Hihi. 

Ibu tanya "Kenapa dengan Kak Mun tu?"
 Nad" Touching." 
Ibu" Tengok cerita kartun pun touching juga." 
Aku" sengih je " Haha 

 Malunya .. Dahlah aku sorang je yang tangkap leleh tengok cerita big hero tu.. Apa-apapun, big hero 6 memang the best :D Alhamdulilah, dapat juga spend time with ibu :)

2 comments:

  1. tapi kadang2 geram jugak, kita khusyuk tengok movie..tapi org sebelah pup prap pup prap kunyah pop corn >< T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tapi nasib baik masa pergi tu, tak ramai orang, so , adik makan popcorn bukan buat2 tak dengar.. hehe

      Delete