Jumaat, Disember 05, 2014

Kenangan bersama kalian amat bermakna buatku.

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Ya Allah, Aku Pasti Merindui Setiap Kenangan Bersama Mereka.
Ya Allah, Jika Kedua Insan Ini Yang Kau Pilih Untuk Membimbingku, Dekatkatlah Mereka Kepadaku Agar Aku Dapat Mempelajari Sesuatu.
Ya Allah, Jika Insan Ini Kau Pilih Untuk Membahagiakanku, Berikanlah Mereka Kebahagian Sepertimana Mereka Membahagiakanku.
Ya Allah,Jika Mereka Adalah Sumber Kekuatanku, Berikanlah Aku Kekuatan Selepas Mereka Pergi Agar Aku Tidak Jatuh Kembali.
Ya Allah, Jika Mereka Ditakdirkan Sentiasa Ada Bersamaku, Semoga Aku Memanfaatkan Waktu Itu Bersama Mereka.
Ya Allah,Andai Mereka Kau Kirimkan Hanya Sementara Sahaja, Semoga Aku Terus Kuat Dan Tidak Terlalu Kecewa Dengan Apa Yang Terjadi.
Ya Allah, Terima Kasih  Di Atas Pertemuan Yang Termanis Ini Walaupun Hanya Seketika.
 Ya Allah, Permudahkanlah Perjalanan Mereka.
Ya Allah, Bantulah Mereka Dalam Meraih Keredhaanmu.
Ya Allah, Kuatkanlah Semangat Mereka Untuk Menempuh Dugaan Yang Kau Berikan Kepada Mereka.
 Ya Allah, Andai Ini Merupakan Jalinan Yang Terakhir Bersama Mereka, Berikanlah Aku Kebahagian Dalam Ukhuwah Itu.
Ya Allah, Buangkanlah Perasaan Sayang Itu Jika Perkara Itu Yang Membuatkanku Terjatuh Dalam Kekecewaan.
Ya Allah, Semoga Doa Yang Aku Titipkan Kepada Mereka Adalah Doa Yang Kau Pilih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan