Isnin, Disember 29, 2014

Mengapa Aku Harus Menangis?

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Aku tahu pasti mereka semua bertanya mengapa aku menangis? Kenapa dengan aku menjadi begitu. Hanya aku sahaja yang ada jawapannya. Aku sebenarnya tak tahu kenapa dan sebab apa aku menangis macam nak ingat dunia. Tapi, aku rasa macam nak minta maaf je dekat Ude sebab aku menangis masa hari bahagia dia. Huwaaa... Ude, aku minta maaf .. Tapi, nasib baik , majlis tu berjalan lancar.. Alhamdulilah.
 
Tiada mood sebenarnya nak tulis pasal hal ini, sebab dah terlewat satu hari. Haha. Kejadahnya nak ingat hari sedih :( Sebenarnya ceritanya begini. Masa awal pagi tu, aku dah siap-siap mandi and terus pakai baju , masa tu baru pukul 11.00 pagi. Lepastu, aku tak tahu nak buat apa, aku pegi tido.. Masa mak aku kejut tu, aku cakap tak pergi tapi mak aku paksa juga sebab aku mimpi something pasal hal inilah yang buat aku menangis.... Maafkan saya semua.
 
Di sebabkan kena paksa aku membebel apa ntar sampai selendang aku hahaha berlubang, tapi aku tetap pakai, coverlah bahagian berlubang tu, nasib baik lubangnya tak besar sangat. Selendang yang aku sayang tu.. Hmm.. :'( Sebelum masuk kereta , entah kenapa aku rasa macam macam mana nak terangkan.. Hmm, Kau pernah marah sampai dada kau membara tak? Macam gitu lah aku rasa. And aku tutup pintu kereta pun , bukan main debush... Haha.. Kuat sangat-sangat.. Selepas tu, aku menangis. Hahaha.. Donno why... Aku menangis sampai nak sampai dewan yang buat kerja kahwin. Kuish!Kuish!.. Haha... Mata masuk tu dah merah dah.. Kuang2...  Makcik tanya, aku jawap tak ada pape.. Malahan, family aku tanya aku buat tak tahu and cakap nothing... Haha

Masa nak berarak tu, muka aku macam nak bagi pelempang je tapi aku tak menangis okay. Sampailah dekat meja makan , time nak makan , aku tak tahu kenapa aku menangis semula padahal try to be calm person.... Haha.. Aku teringat semua kenangan dari kecik sampai sekarang ni. Berputar dan terus berputar. Da aku terus menangis dan terus menangis. Macam-macam yang aku fikir.. Time tu juga aku rasa macam nak menjerit je.. Allah.. Aku macam tak tahan sangat, sebab tu aku menangis sambil mengigil2 badan aku. Tak pernah menangis badan mengigil macam gitu. Aku langsung tak sentuh makanan dan amik gambar langsung. MAcam-macam aku fikir masa tu. Perkara yang belum terjadi, aku dah terfikir time. Allah. Time tu aku cuma berharap untuk share apa yang aku rasa dengan seseorang. Bukan dengan keluarga aku bukan dengan kawan aku bukan dengan orang lain tetapi dengan kakak sufi aku,.Tapi, segalanya aku pendam Aku mengadu dekat DIA bila aku fikir aku tak nak dia susah hati. Balik rumah tu, memang aku menangis lagi dan lagi sampai aku tertidur..Esoknya, dah rasa kurang sikit tapi still ada rasa lagi nak menangis. Entahlah tak tahu. Aku fikir macam-macam tu , maksud aku.. pasal kematian, apa yang berlaku dengan aku, macam mana aku nak hidup and kenangan yg lampau.. Entahlah.. Aku tak tahu kenapa time tu juga ,perasaan tu muncul untuk aku meluahkan segalanya. Tapi series aku tak menjangka perkara itu akan terjadi. Kenapa dan kenapa aku tidak mengerti...

Try baca ni.. Aku ceritakan dekat dia, aku pun tak tahu kenapa aku pi cerita dekat dia. Tapi sekurang-kurangnya apa yang aku rasa dah berkurang. Tq Haikal sebab sudi baca kisah yang tak boleh nak hmmm dan kau buat aku tenang semula walaupun aku tak okay masa tu :D Tq sangat-sangat..








Ha itulah ceritanya.. Huarghh.. Maafkan saya semua.. :'( Memalukan sungguh.. Huwaaa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright ©2015 Label : Freebies | Design by Mastura Aziz