Thursday, January 01, 2015

Selamat Hari Lahir, Nur Syamimi :D

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


cartoon birthday cards    vector


Hari ini, sudah memasuki tahun baru.
Hari ini, sudah menginjak umur baru,
Hari ini, sudah berubah segalanya,
Dari segi pemikiran, cara dan sebagainya.


Dear sahabat ,
Selamat Hari Lahir :D
Semoga sentiasa berada dalam lindungan Illahi selalu.
Semoga selalu tabah menghadapi ujian hidup.
Semoga bahagia bersama insan-insan yang disayangi.


Dear Sahabat,
Andai kata aku terjatuh , sambutlah aku.
Andai kata aku mengalami masalah, bantulah aku.
Andai kata aku tidak kuat, berikanlah aku kekuatan dan sokongan.
Andai kata aku pergi, Maafkan semua kesalahanku.


Dear Sahabat,
Terlalu banyak yang aku dapat dari kau,
Membuatku mempelajari sesuatu,
Segala perkara baik , aku cuba untuk menjadikan diriku ini lebih baik dari sebelumnya,
Segala perkara buruk, aku cuba untuk mengambil iktibar dari perkara yang lepas.


Dear Sahabat,
Kadang-kala, aku ingin menegurmu,
Tapi, aku tidak mampu,
Lidahku kelu untuk mengatakannya,
Maafkan aku.


Dear Sahabat,
Jikalau perangaiku berubah, tegurlah aku.
Jikalau aku berputus asa, bimbinglah aku,
Jikalau aku menyendiri, biarkan aku seketika.


Nur Syamimi Binti Karim, 
Terlalu banyak yang aku ingin ungkapkan, 
Terlalu banyak yang ingin aku nyatakan,
 Terlalu banyak yang aku ingin pelajari dirimu. 


Nur Syamimi Binti Karim,
Semoga menjadi anak yang solehah :D 
Membahagiakan ibu bapa anda.


Nur Syamimi Binti Karim,
Semoga berjaya di dunia dan di akhirat :D
Semoga ukhuwah fillah kita berkekalan. InshaAllah 


Akhir kata, Selamat Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015. Semoga mendapat keputusan yang diinginkan. InshaAllah :D Saya doakan awak mendapat keputusan yang cemerlang :D Amin..

No comments:

Post a Comment