To My Sister XD

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =) 
 
 
 
Dua hari lagi.. selepas ini.. aku dah start busy... Haha ..
Esok akak Mira dah nak balik Perak. Maka, aku bolehlah mulakan misi yang terpendam sejak dia ada kat rumah.. Selamat berjaya Munirah Ezzaty Binti Rosli. Dear my sister, selamat berjaya dan untuk semester kedua ini sila bagi lagi "dean list" XD ..

Nanti kita bina segulung kejayaan yang membanggakan mak dan abah.. Macamkau cakap masa sekolah rendah dulu, kau cakap nanti kau nak bawa abah dan mak gi haji and umrah. Aku pula ditugaskan untuk bagi mak rumah and so on lagi. tapi , aku tahu abah dan mak pasti tak nak .. sebab rumah inilah abah yang buat sendiri , abah design sendiri, abah buat sorang2. aku pun taktahu sampai bila rumah ni siap. Mungkin masa kau, aku dan epul nak kahwin baru siap kot. .. Haha..

Kita selalu buat abah dan mak runsing sebab ada je barang kat rumah rosak. Haha.. Rosak tv lah, laptoplah, telefon rumah, mesin basuh, moderm internet dan lain2 .. dan tak boleh nak blah.. dalam masa seminggu je katil dah tak ada, tinggal tilam je. Haha.. Perabot2 semua tak ada sebab suka sangat main panjat2 .. Haha..
Antara kau dengan aku, aku paling degil, paling susah nak dengar kata, paling panas baran and paling paling semuanyalah. Abah dan mak selalu risaukan aku. sebab aku kalau sakit , tak bagithu dekat mak and abah pun. sentiasa nak tunjukk kuat.. pendam sorang2.. kalau dah teruk baru mak dedngan abah tahu. Ada MASA MENANGIS tak henti2.. mak abah tanya kenapa aku diam tidak berbicara. Aku cerita dekat kau pun cuma 10% sahaja. hahaha..

Kau tahu tak, aku kan rasa nak menangis je , bila abah dan mak cakap " Belajar Rajin-rajin, jangan main2" Huhu.. Tapi cool macho beb! lepas abah dan mak habis ckp aku lari masuk bilik dan menangis . haha. Lawak x? Lagi satu, masa PMR, masa nak salam abah, aku menangis macam apa. Haha..
Sorrylah sebab aku selalu membebel dekat kau, buli kau, kenakan kau dan macam2 lagilah.. Kau nak tahu tak aku sebenarnya tak reti nak tunjukkan aku sayang kau, epul, mak dan abah. Aku selalu tak akan jadi aku.. Aku selalu cuba pendam semuanya. Aku selalu mengelak.. Kau nak tahu tak? Bila mak abah kau dan epul tanya kenapa dengan aku, kenapa aku .. aku akan menangis sahaja. Memang kau tengok cara aku macam nak bagi pelempang, teranjang dan semualah.. tapikan kau tak perasan dari situlah aku tunjukkan aku sayang kau. Dengan mak dan abah pula, aku selalu mengada2. aku tahu kau jeles sebenarnya. Haha.. Tapi , kau buat2 tak tahu je dan kau selalu cakap, "kau ni Eza terlebih ngada2, sepatutnya epul ngada2 dgn mak " Tapi, aku buat macam tak ada apa2 berlaku.





Aku tahu aku ni terlebih manja , sebab sampai sekrang mak masih suapkan aku makan. Haha. Yeah!
Macam mana nanti kalau mak dan abah tak ada? Hmmm.. Macam mana nanti kita??
Kita hanya bertiga.. setiap hari pasti akan bising sampai orang sebelah dengar.. Sampai mak dan abah kena tenangkan.

Walaupun kau kakak, aku yang kena jaga kau sebab kau careless, barang2 boleh tinggal letak dekat mana2 je. Dengan epul pula, iye memang aku selalu marah dia sebab aku tak nak dia jadi macam aku dulu, degil terlampau degil sampai tak nak dengar kata. Aku tahu dengan mak dia memang tak takut tapi bila dengan aku baru dia buat apa yang aku cakap. sampaikan aku sebanrnya tak larat nak marah2 and aku sebenarnya malu. Kau tahu .. aku pernah menangis macam nak pecah jantung sebab tahan marah masa tu, macam nak pecahkan barang2 kat situ. macam nak buat je macam aku kena dulu dengan mak dan abah.

Kau dengan epul tak pernah rasa, aku pernah kena libas , aku pernah kena baling dekat paya, aku pernah kena ikat dan banyak lagi. Kau dulu, terlalu gegirl sangat.. Haha.. so, tak pernah kena.. Epul, abah dan mak hanya marah2 je tapi tak pernah buat pun macam aku kena. itupun just biarkan dia tinggal kat luar beberapa minit lepastu masuk.. Hurm.. Kenangan yang sangat bermakna kau tahu sebab dari situlah aku belajar sikit demi sikit ...



Ingat pesan arwah nenek, Akak? kau ingat apa yang arwah nenek idah cakap " Arwah nenek cakap, nanti jangan buat sepah, kemas bilik" Akak, pengalaman aku mengucapkan kalimah syahadah masa arwah atok tengah nazak, dekat wad icu.. masa tu aku kuatkan semangat untuk ucapkan kalimah syahadah, ajar atok sebab time tu atok dah nazak. Kau tahu aku ucapkan sambil menangis. Tak sanggup aku tengok wayar2 yang ada dekat badan atok. sedih sangat. kau ingat tak? masa arwah nenek meninggal, aku yang paling teruk kan sebab aku memang terlalu rapat dengan nenek sampaikan atok terpaksa bawa aku melawat kubur arwah nenek.. Apa org ckp " kena badi mayat". hmm.. Masa kucing yang aku sayang tak ada, aku dah mimpi dia akan pergi, lepastu mak cakap kucing aku dah mati kena langgar, kau tahu aku menangis lagi. Kadang2 aku berfikir kenapa semua ini terjadi tapi dari situ aku bangkit dan perlu kuat , aku kena kuat semangat walau apa jua terjadi. Doakan aku berjaya.

Kau ingat tak, macam mana perangai aku dulu. Perangai aku dulu lebih teruk dari sekarang. Mungkin sebab ada orang yang jaga aku time itu. Kau bukan tahu macam mana aku bila aku marah.. macam mana aku bila aku dah tak tahan. Kau tahu.. dan memang kau tahu. Akhirnya, aku akan menangis.

 

Bila aku ingatkan balik , banyak sangat aku berubah banyak sangat aku mempelajari sesuatu. Alhamdulilah. Aku harap, aku terus mencari dan mencari ke arah kebaikan.

Macam nak buat buku diari kehidupan pula aku rasa. Hehe..
Aku pernah cakap dengan kaukan, "kalau aku tak da nanti kau rindu." Aku harap kau faham maksud aku tu. :D
 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Muka hampir sama, ada jodoh yang kuat???

Blog Kelas !!

Adik rindu abang...