Pages

Saturday, February 28, 2015

Watikah Perlantikan

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)

Lembaga Pengawas Pusat Sumber SMArT 2015 :)

Cuba cari mana Mun? hehe.. Siapa dapat cari Mun, Mun bagi 5 bintang. 

Mun duduk sebelah abang Mun ( Tua 3 hari je dia dengan Mun :p ) Kawan dunia akhirat. InshaAllah. Gaduh, menangis, senyum, malu, buli, bahan, sentap, naik angin, marah, ketawa dan etc. Semua pasti terjadi dalam 1 minggu setiap bulan. Bagi Mun, perkara biasa sebab kami gurau memang kasar.. Ekk? tak2... Mun... tak kisah sangat pasal dia sebab dia kan dah boleh berfikir cuma Mun harap satu je... Mun nak dia sambung study.. Itu je.. :D 

Tahun ini, hajat di hati Mun nak lepaskan jawatan Mun dari jadi PA ibu tapi tak boleh sebab ada beberapa faktor yang Mun kena ambil kira. So, Mun teruskan jelah berbakti kat ibu 1 tahun ini.. After that, Mun lepaskan jawatan tersebut dan ganti orang baru. Mungkin, adik-adik Mun lebih bagus dari Mun. Mana tahukan.. 

Buat adik-adik libririan, kak Mun cuma harap korang jalankan tugas korang je. Tak minta lebih pun. Okay, adik-adik.. Jangan timbulkan masalah lagi.. Kak Mun penat nak dengar perkara yang sama. Adik-adik tengok kak Mun macam buat-buat tak tahu and tak peduli. Jangan sampai satu hari nanti.. Kak Mun jadi seorang yang memang kalian tak jangka. 

Pinta Kak Mun, jaga nama baik diri masing-masing dan jaga nama baik pusat sumber. Itu je kerja korang.. Opss sebelum lupa, jalankan tanggungjawab masing-masing ye. Ok, bye!  


Friday, February 20, 2015

Saya sayang SBA :D

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
Saya sayang akak sufi saya....
Saya sayang sangat-sangat....
Walaupun dia bukan dari keturunan saya 
tapi dia saudara seislam saya...
Saya sayang akak sufi saya,
walau apa pun terjadi....
Sayang sayang dia sampai bila-bila..
Until Jannah kalau boleh....
Saya tak pernah lupakan dia...
Sebab dia adalah insan yang amat penting bagi saya..
Saya tak pernah tipu hati saya,
Sebab setiap hari akan teringat kat dia...
Saya suka tengok dia,
Sebab saya suka tengok cara dia...
Hehe... comelnyaaaaaaa....

Saya rindu nak kena geletek dengan dia... 
Saya rindu nak dengar suara dia iqamat...
Saya rindu nak tengok senyuman dia..
Saya rindu nak peluk dia....
Saya rindu nak dengar dia membebel..
Saya rindu nak tengok dia lari..
Saya rindu nak tengok cara dia berjalan...
Saya rindu nak ketawa dengan dia..
Saya rindu nak ambil tahu pasal dia..
Saya rindu nak cubit dia..
Saya rindu nak jerit panggil nama dia...
Saya rindu nak selongkar barang dia...
dan paling saya rindu.... nak cium tangan dia,,,
Saya sayang SUFINASUHA  BINTI AMINURRAHMAN :D
Kak Pi saya cakap ." Belajar Rajin-rajinnnnnn...
Adik rindu akak mengadu kat adik..... Rasa macam dihargai :)
Adik rindu akak take care pasal adik..
Kak Pi marah comel.. buat adik tergelak-gelak.. hehe
Sejujurnya, adik marah akak time tu je.. lepas adik dah puas menangis.. 
Adik akan rasa tenang. Lepastu, adik dah okay... 
Akak suka buat adik gelak tanpa akak sedari... hehe...

Rindu Akak Mira

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Saya rindu kakak saya...
Saya rindu nak buli dia...
Saya rindu nak marah dia..
Saya rindu nak ketawa dengan dia..
Saya rindu nak rebut laptop dengan dia...
Saya rindu nak membebel dekat dia....
Saya rindu nak ngada-ngada dengan dia...
Saya rindu nak geletek dia...
Saya rindu nak tolak dia dari tilam...


Bila kakak saya call..
Saya angkat tapi saya tak jawap sebab saya ego dengan dia.
Saya tak reti nak cakap saya rindu dia...
Mesti saya cakap sebaliknya...


Kakak saya baik.... tapi dia suka buli saya sampai saya nangis...
Kakak saya suka bagi apa yang saya nak...
Kakak saya comel...... 
Kakak saya  hehe...... tak garang.... kihkih...


Kakak saya cakap "Belajar Rajin-Rajin" hehe...



Bersabarlah....

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)




Dalam meniti kehidupan, kesabaran itu amat di perlukan.
Insan yang mampu mengharunginya adalah insan yang hebat.
Kerana dengan bersabarlah,kita mampu menjadi lebih baik dari sekarang.

KESABARAN ITU AMAT MANIS SEKALI :D

NOTA HATI: 
"Walaupun beribu ujian yang datang, tetaplah tersenyum menghadapi
 kehidupan dengan hati yang sabar dan redha "

ME, bukahkah engkau ingin menjadi seorang yang kuat, maka ujian yang diberikanNya adalah jawapan bagi persoalanmu itu... Allah Maha Adil dan Mengetahui..... :D


Thursday, February 19, 2015

Rindu tidak terungkap

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Atok..., Muni rindu sangat-sangat. Kalau balik AT 3.. sunyi sangat... Kenangan kat sana banyak sangat... Masa atok  ada, hari-hari Muni balik sana. Atok idah selalu masak sedap2, atok rajin buat karipap , kuih koci, dan kuih yg lain. Muni suka sgt...sedapppppp.... bertambah-tambah muni makan. Time nak raya, atok belikan kain ela dan atok yg buat. Setiap tahun, atok buatkan.. Satu family sedondon. Muni suka makan kuih sarang semut atok... hehe sampai habis satu telap... Atok, selalu pujuk muni, bagi nasihat kat muni. Bawa muni pergi jalan-jalan.. Dulu.... Muni, malas sgt nak kemas bilik. haha.. Time atok nk datang, kelam kabut muni kemas.. haha.. Atok... muni tak lupa apa yang atok pesan. Atok pesan " Kemas bilik... Jadi anak yang baik... Belajar rajin-rajin.." Sampai bila-bila Muni tak akan lupa... Atok, muni sekarang dah rajin... muni selalu kemas bilik.. tak macam dulu... bersepah.. tapikan atok, kalau bilik bersepah , abah selalu cakap macam gini.. "ni bilik laki ke apa" haha... Abah, jadi tukar komen ganti atok...  


Atok Mijan , time atok nazak... muni melawat atok.. Masa masuk bilik ICU, muni sedih sangat bila tengok wayar berselerak kat badan atok. mesti sakitkan tok... Mak long masa tu baca yassin, lepastu mak long suruh muni ajar atok mengucap.. Time tu rasa tak mampu nak ajarkan tapi muni kuatkan semangat muni, muni ajarkan atok . Air mata muni dah jatuh setitis demi setitis... dan akhirnya terus membasahi muka.. muni tak sanggup nak tengok keadaan atok... muni keluar.. Esoknya, atok dah stabil, masuk wad biasa... muni lawat atok sampai malam.. atok minta air .. cik zila bagi.. tapi atok minum sikit je.. dan haritulah hari terakhir muni dapat cium tangan atok... beberapa hari lepas tu, atok dah pergi... Muni tak nangis... anak-anak dan cucu-cucu  atok semuanya tak menangis kerana kami semua dah reda. Pak May, dia nangis time nak cium atok.. ..Atok.... muni rindu...


Alfatihah.... Atok Mijan dan idah.. tenanglah di sana dan berada dalam golongan beriman.. 
5 tahun lebih atok dah tinggalkan kami... 

Wednesday, February 18, 2015

Nota Cinta untuk SBA

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
Throw back peristiwa pada 3 Feb 2015. Walaupun cerita ini dah bersejarah tapi masih segar dan rasa macam mana aku sedih sangat masa itu.
 Allah.... Aku sayang dia dan permudahkanlah segala urusan kami. Eratkan kasih sayang antara kami walaupun selepas ini kami akan berpisah... Amin..
Dear SBA, masa itu adik mengharapkan sokongan dari akak tapi akak salah faham. Mungkin ayat yang adik tulis itu menyebabkan berlakunya bibit-bibit salah faham. Adik tahu, di situ mungkin adik yang salah. Tapi, bila adik nak terangkan kat akak.... Akak makin buat adik rasa " Kenapa akak pi cakap macam gini?" Time tu memang celaru sangat2... dan di sebabkan itu, entah kenapa rasa macam sedih sangat... Setiap kali baca... air mata terus mengalir... Adik baca banyak kali ayat akak... masa itu tahap dah tak tahu nak buat apa... baca dan terus baca... adik cuba fahamkan ayat akak sebelum adik call akak tapi akak tak angkat.... Time tu, memang adik dah mengigil.... Tapi adik try kawal emosi, pujuk hati, tenangkan diri... Cakap dengan diri. "Aku salah taip ke?" Baca ayat adik banyak kali.. call akak banyak kali tapi akak tak angkat sampailah akak hantar mesej... Time itu.... terus adik mengigil. Mak adik ketuk pintu, adik senyap. Mak adik amik kunci and buka pintu tapi adik tak kasi, adik tahan pintunya. Rasa hati ini remuk sangat tapi adik tetap pujuk diri. Lepas akak tak angkat tu, adik menangis puas-puas. Time tu, tak fikir apa-apa dah, adik fikir nak kena settlekan malam ini juga. Adik balas mesej akak.... Akak tahu, adik baca banyak kali ayat adik, takut akak makin salah faham... Adik nak send pun teragak-agak.. takut akak tak sudi baca.. Time tu, dah pasrah sgt2.... Baik buruk apa yang akak cakap adik terima seadanya... Tapi Alhamdulilah, respond dari akak buat adik tersenyum.. Dan di situ, adik kuatkan diri, ceritakan segalanya. Alhamdulilah selesai segalanya... 
Mata adik bengkak selama 2 hari. Tak pernah terjadi selama ni. Datang sekolah, mata sepet.. Kesan bengkak... still nampak. Mak adik nampak tapi Mak adik senyapkan sebab Mak adik tahu adik kalau nak cakap time tu juga, tak boleh,  kalau x makin haru. Bila dah lama2 , baru adik cakap dengan sendirinya.. kadang2 tak cakap langsung. Kawan tanya, bagitahulah "Gaduh dengan sufi sebab salah faham" Cikgu tanya "Erm.. tak ada apa2." dan senyum. Jalan pandang bawah  sebab asyik kena pandang je. Tak suka. 
Adik tahu... bukan mudah akak nak terima dan adik tahu luka itu masih ada sebab apa yang akak alami adik pun rasa. Bertapa terkilannya adik rasa bila akak tak ingat birthday adik... tapi, adik cuba faham situasi akak, ckp dalam hati "kak sufi nak SPM." Masa itu, kalau boleh nak jerit kuat-kuat... tapi... entahlah.... dah lepas... nak buat apa lagi... Mungkin selama ini, adik pendam apa yang adik rasa. Adik tak bagitahu akak.... adik senyapkan je... selalu biarkan apa yang adik rasa macam gitu je. Malas nak fikir sebab nanti akan buat adik makin tension. Tapi, sejujurnya adik tension. Masalah kat rumah, masalah kawan, masalah adik, masalah kat sekolah, masalah pelajaran , masalah librarian dan perkara lain..Pitam, perkara biasa bagi adik... Tak pernah bagitahu mak adik kecuali adik cakap sendiri. Adik macam tak hiraukan diri adik sendiri. Rasa macam hmmm... entahlah kak. 
Tahun- tahun lepas, adik selalu perhatikan akak, bila tengok akak senyum dan gembira adik rasa happy, cakap dlm hati " akak sufi tengah gembira, tak boleh kacau." So, adik perhatikan jelah. tiap-tiap hari, adik akan siasat pasal akak.. kalau tak jumpa akak.. Adik tercari-cari... dan perkara ini, mungkin bila akak tanya, adik akan  cakap.. "Buat apa nak jeles" tapi hakikat sebenarnya hanya Allah je yang tahu perasaan adik.
 Mungkin akak cakap AR ada... hakikatnya tiada. AR, dia sebagai panduan untuk adik menjadi lebih baik , meningkatkan keyakinan adik... Adik Kaji selidik pasal dia... Cara dia dan segala yang termampu sebab maklumat itu penting untuk merubah diri adik... Adik suka dia kerana keperibadian dia. Itu sahaja dan yang lain-lain biarlah bila tiba masanya.
C.A, adik bukannya rapat mana. Tapi, apa yang dia katakan amat berguna untuk adik. Kadang-kadang kita tak perasan, bahawa orang yang bagi nasihat dekat kita itu sebenarnya adalah kunci perjalanan hidup sebenarnya. Nampak tak penting tapi amat berguna sangat pada kemudian hari. Dia bagitahu kita supaya kita tak ulangi perkara yang sama. Mengajar cara hidup sebenarnya sebab kehidupan dekat dunia ni adalah ujian.. Dan disitu terletaknya pilihan... Kita yang pilih perjalanan hidup kita.


Ibu, adik belajar banyak benda dari dia... Bebelannya itu amat membantu adik, kak. Adik, tak jadi macam gini kalau bukan di basuhkan dengan ayat2 dia kak. Nak terima ayat dia bukan mudah, kena faham betul2.. Nak melakukan perubahan mesti kena ada semangat juang dalam diri yang tebal. kalau nipis, terus berkecai hajat nak berubah. Nak istiqamah, tak tahu bila boleh genggam. Kadang-kadang nak lakukannya pun ragu-ragu... Sekarang ni, hubungan adik dengan Ibu, tak macam tahun lepas. Ada pasang surutnya juga. Rasa kecewa tak ada lagi tapi rasa diri tak wujud, yes, itu ada. Protes depan2 tak mungkin sebab adik hormat dia. Bawa diri, pujuk hati. Itulah di namakan ujian.
Sama juga macam kes kita kak, Allah uji. Pilihan mana yang kita pilih. Mampu ke tak mampu. Semuanya dalam tangan kita. Sama juga macam kita corakkan kehidupan kita. Setiap hari akan di uji, dan apa yang kita lakukan? Baik buruk itulah pilihan yang kita pilih. :)
Akak, mungkin adik tak layak nak tegur akak, tapi rasa nak tegur itu ada tapi tidak kesampaian. Entahlah kak... Nak cakap banyak-banyak, takut susunan ayat adik tidak sesuai dan akan terjadi lagi salah faham. Hmmm... Biarlah adik doa kepadaNya.
Akak, walaupun apa yang terjadi lepas ini, adik harap akak tenang dan berfikir secara rasional. Diri adik pun sama juga. Akak tetap adik sayang sampai bila-bila dengan izinNya. Tak akan lupa dan sentiasa di ingati. Adik sayang akak. Terima kasih di atas kesudian menjadi kakak adik selama hampir 4 tahun lebih. Banyak yang adik belajar dari akak. So many, sis. Memori-memori tersebut sentiasa di hati dan akan terus di ingati. InshaAllah. 


Dear my sayang, Adik doakan segala urusan akak dipermudahkanNya dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM yang akan di umumkan pada awal bulan 3 nanti :).

Saturday, February 14, 2015

PENDAM APA YANG AKU RASA

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Hati.......
 Teruslah bertahan selagi kau mampu.
Tetap tersenyum menghadapi segalanya.
Jangan pernah kau lemah di hadapan insan lain.

Allah...
Bantu aku menghadapi segalanya.

Munirah Ezzaty Binti Rosli, cekalkan hati menghadapi segalanya kerana aku tahu kau boleh :)


Nota Rindu:
Nek, muni rindu :'( nak peluk nenek.. Nak mengadu dgn nenek... Al-fatihah...

Friday, February 06, 2015

SBA (4)

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)



ADIK......
SAYANGGGG AKAK :')

SBA (3)

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


RINDU,
NAK LIHAT KAU KETAWA KAK :'(

Ceritera Hati untuk SBA

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)



Dear my beloved sister.... 
I love you damn much and I want to meet you again and again.. 
Always do something together, such like chitchat, laughs, and others. 


Akak, adik tak nak akak mempertikaikan apa yang adik rasa, tolong jangan pertikaikan perasaan rindu sayang adik dekat akak. Perasaan itu selalu ada. Betul, tak tipu. Akak, adik tak akn lupa setiap apa yang kita lakukan bersama, ia merupakan suatu memori yang terindah dalam diri adik. Akak, buat adik rasa bahagia, buat adik makin sayang dan terlalu sayang, pernah terdetik di dalam hati " tak nak berpisah dengan akak" macam terlalu singkat sangat ... tapi adik bersyukur sangat sebab adik dapat kenal akak secara dekat. :D 

Teringat masa awal pertemuan kita, adik selalu perhatikan akak...Adik selalu siasat pasal akak.. Haha... Sampailah satu hari itu, dekat perpustakaan, adik perhatikan akak, tiba-tiba akak cakap dengan adik, "Kalau nak tanya, tanya jelah."... terus adik takut :p haha.. beranikan diri, tanya akak.. Haha, "Akak, ni anak sedara C.F ke?" Entahlah tak tahu kenapa tiba2 nak tanya soalan itu. Mungkin di sebabkn perasaan yg membuak-buak selepas nampak akak naik kereta C.F. haha... Entah macam mana tiba2, adik boleh kamceng dengan akak. Part ni, adik x ingat.. haha.. tup tup adik dah jadi adik angkat akak... hehe. Bila ingat balik, betapa beraninya adik masatu.. kahkah...  

Lagi... tunggu next episode... Penat perah otak nak ingat balik. kuish! kuish!..
Sabar ye sayang... hehe... Adik dah mulai ngantok... ZzZzZ..... huhu


Thursday, February 05, 2015

Maulidur rasul

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


29/1/15, SMArT berselawat.... Huhu... 

Perarakan mengikut unit beruniform... Aku dari unit beruniform PKBM.

Bersemangat betul aku.. huhu..

Masa ni dekat padang awam AT 2 menuju ke sekolah... Huhu.. tak terdaya nak naik bukit :p
Sampai dekat sekolah cari zira sebab nak bgi pamplet kt VVIP... huhu.. Mengigil zira ketika nak bgi. huhu.. Walaupun sebelum ni dah pernah tapi still ada rasa mengigil. Tak mengapa zira, kau dah buat yg terbaik.. huhu.. Aku? pegang dulang je.. haha.. 


Selepas dah bgi VVIP, terus pusing tempat cikgu and duduk di situ. #Special .. :p Tengok persembahan nasyid and qasidah... Okay.. Tak boleh tipu diri snndrikn... Aku teringat AR masa tahun lepas, dia nasyid, suara dia dan lain-lain lagi. Tapi, aku buat2 endah x endah je dgn perasaan aku... hmmm..  

Bacaan Al-Quran, Berzanzi dan dengar ceramah... lepastu, aku pergi kantin ... tolong2 cikgu.. ALHAMDULILAH... UNIFORM PKBM dpt nombor 2 perarakkan :D Tinggal Kenangan sudahhh... 


kak SUFI, teringat akak pula masa maulud tahun lepas.. :) 

Tuesday, February 03, 2015

SBA (2)

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)



Senyuman kau yang ikhlas itu,
 tak akan aku lupa.

SBA (1)

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)




Pelukan yang pertama & terakhir... 
Mungkin...... kau dah tak hiraukan aku lagi.

Again.....

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Hari ini, aku gagal lagi mengawal emosi.... Hmmm... Mun.. awak kuat. Ok! Jangan sedih2 lagi. Cukup2lah air mata yang jatuh tu.. Try be a strong person.. Hmmm... 

Akak Sufi, terima kasih :)
walaupun tadi adik kaku sangat bila jumpa akak tapi sebenarnya adik gembira sangat-sangat :)

" Munirah.... tolong kuat !!! "

Sunday, February 01, 2015

NEED YOU .....

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)




Akak Sufi,
Adik tak tahu nak cakap macam mana...
Adik tak tahu kak...


Hari-hari adik muhasabah diri adik, kak
kenapa dengan aku ??? kenapa??
Sampai kesudahnya adik pendam dan pendam 
sehingga satu hari air mata mengalir sendiri.


Akak,
Kekuatan ... Adik amat memerlukannya,
Dan adik juga tahu, bahawa segalanya ujian dariNya.
Nak jadi kuat, tak akan adik mampu,
kecuali dengan izinNya.


NEED YOU NOW!!