Selasa, Jun 09, 2015

14 Facts About ME

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hello guys, bertemu kita kembali. Oh ya, aku ada story mau ngomong ni!! Let go!! Hahaha. 
U all dah tengok title my post right for this entry? Apa yang kau fikirkan tentang aku? Hehehe.. 
1) Aku seorang yang tak suka diganggu . Maksud aku time aku tengah tenang lepastu kau buat menyemak je depan mata aku tiba-tiba  dan ganggu aku tanpa ada kata. Hey!! Kau tahu aku tengah buat kerja janganlah kacau. Ni nak suruh aku mengamuk dan jadi guru displin. Haish!! Tak patut!! x2 .
2)  Aku ini hatinya lembut macam tisu. Hahaha. So, jangan buat aku menangis. Apa orang cakap cengeng. Lantaklah, sebab itu hati aku bukan  hati orang lain. Nak tahu kenapa aku cakap macam gitu? Aku tengok wayang cerita kartun Big hero 6 pun boleh tersentuh apantar lagi perkara yang real. Baca buku yang aku rasa memotivasikan aku tapi  boleh menyentuh hati aku.. haha.. kat mana2 pun aku boleh menangis.. depan orang belakang orang. Semuanya boleh. Cuma tak tunjuk je aku menangis. Kalau orang tanya pun aku buat tak tahu je. Haha. Masa hari itu  tengok cerita suami aku ustaz, pun aku menangis. Haha. Aku nak marah orang pun aku boleh menangis lepas itu atau pada masa itu. Kau ingat apa? Aku nak ke marah2 orang. Huh! Penat tahu tak!! Hmm. ( maaf, terlebih emosional pula)
  
3) Aku orang yang jenis bila aku nak sesuatu barang, mata aku akan tetap berada pada barang itu. Jangan ganggulah, nanti aku tak akan pilih Barang mana yang aku nak lepastu. So, dengan aku senang je. Haha. 
4) Aku jenis yang cerewet. Yeah! Lagi bab makanan. Kau masak masin, manis, tawar, pahit and apa2 lagi rasa. Aku akan complaint. Mulut aku ni memang nak kena cili tapi walaupun tak lengkap sebatian itu aku tetap ngap juga. Hahaha licin pula tu, kadang2 aku tambah lagi. Hehe. Kalau pergi kedai aku punya order sama je "NASI GORENG KAMPUNG DAN LOBAK SUSU". Nyum.. nyum. Sedapnya. Kalau pakaian, aku cerewet bila tengok pakaian yang jual dekat supermarket and etc. Tak ada taste aku. Lagi2 baju t-shirt, singkat, sendat, kecik, dan perkataan yg sesuai. Hmm.. maaflah. Memang pandang sebelah mata je sebab itu aku tak banyak baju t-shirt. Baju kurung je berlambak kat rumah. Mekap? Aku just tabur bedak powder je kat muka aku. Barang lain... aku tak kisah sangat bila terdesak baru aku beli. hahaha
5) Aku tak suka benda yang bersepah. Nanti aku geleng2 kepala je. Haish!! Bersihkan, kemaskan dan lipatkan. Kalau perkara tersebut berlaku lagi, aku biarkan je. Malas dah nak buat! Tunggu mood aku rajin baru aku kemas. Hehe. 
6)  Aku suka masak mesti kena  ada cili. Haha. Sorrylah for my future husben. Setiap masakan saya awak kena tahan pedas, kalau awak sehabit dengan saya. Memang kita serasilah. Hihi. Tapi, tak akanlah hari2 nak makan pedaskan. Haha. Gila namanya itu. Cari pasal. Tapi kan awak, saya ni ada gastrik sebenarnya. Hehehe. 
7) InshaAllah, seorang yang setia. Hahahaha. Perasan lebih, kau nak setia dekat siapa? Dekat Allah pun masih tak cukup setia, ada je ingat kat siapa2. Hmmm.. 
8) PERWATAKAN SAYA DI RUMAH DAN DI SEKOLAH TOTALLY 50% LAIN. SAYA kat rumah jadi mak tiri. Hahaha. Kat sekolah saya jadi cinderella. Perasan lagi. Tak adalah, kat rumah saya kena tegas dengan adik saya. SEBAB ITULAH DAPAT TITLE KAKAK GARANG. HAHA.
9) Saya suka budak-budak dan budak-budak pun suka saya. Hehehe.. Kawan dengan budak-budak lagi best!!! Dapat banyak pengajaran dari mereka.  
10) Saya tak reti makan ubat. Hahaha. Sampai kena paksa. Kahkahkah. Dulu saya memang berani juga lah nak telan ubat tapi sejak satu hari itu, saya ternampak ada bulu2 kat ubat batuk terus saya benci ubat. Sanggup demam tak makan ubat, caranya saya makan aiskrim yang enak.  Yummy!! Haha.. kalau pening kepala, basahkan rambut. Kalau demam, tuam je dengan tuala kat atas kepala. Kalau ada kahak dalam badan, paksa keluar juga sampai muntah. Haha. Dan lagi satu, saya akan pitam bila saya penat dan keadaan disekeliling merimaskan saya. Oksigen tak cukup dalam badan. 
11) Saya suka warna hitam, pink dan warna yang pastel dan gelap. Haha. Akak saya selalu marah  saya sebab dia cakap saya tak ada taste. Haha. Asyik warna hitam je dia pilih. Hahaha. Nak buat macam mana dah favourite. Hehe
12) Saya jenis tak kisah dengan keadaan sekeliling tapi bila saya dah kisah. Kau nak suruh berhenti dari mengkisahkan keadaan tersebut memang taklah. Pasti nak cari jalan penyelesaian nya juga. Kalau boleh nak hari itu juga. 
13) Tempat mengadu orang lain. Tak tahu kenapa. Hahaah. So, apa lagi peranan saya sebagai seseorang yang berhati mulia pasti akan tolongkan. Hihi. 
14) Mempunyai hajat dan cita-cita yang terlalu tinggi yang mungkin suatu hati nanti akan terjadi. InshaAllah. 



Okay. Habis sudah cerita kita. Ehh? Cerita saya. Hehehe. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
>terima kasih kerana sudi komen :)
> No ads links.
> No Anonymous.
> No Haters.
> No Stupid Words.
> Maaf sekiranya tidak dibalas.