Saturday, February 28, 2015

Watikah Perlantikan

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)

Lembaga Pengawas Pusat Sumber SMArT 2015 :)

Cuba cari mana Mun? hehe.. Siapa dapat cari Mun, Mun bagi 5 bintang. 

Mun duduk sebelah abang Mun ( Tua 3 hari je dia dengan Mun :p ) Kawan dunia akhirat. InshaAllah. Gaduh, menangis, senyum, malu, buli, bahan, sentap, naik angin, marah, ketawa dan etc. Semua pasti terjadi dalam 1 minggu setiap bulan. Bagi Mun, perkara biasa sebab kami gurau memang kasar.. Ekk? tak2... Mun... tak kisah sangat pasal dia sebab dia kan dah boleh berfikir cuma Mun harap satu je... Mun nak dia sambung study.. Itu je.. :D 

Tahun ini, hajat di hati Mun nak lepaskan jawatan Mun dari jadi PA ibu tapi tak boleh sebab ada beberapa faktor yang Mun kena ambil kira. So, Mun teruskan jelah berbakti kat ibu 1 tahun ini.. After that, Mun lepaskan jawatan tersebut dan ganti orang baru. Mungkin, adik-adik Mun lebih bagus dari Mun. Mana tahukan.. 

Buat adik-adik libririan, kak Mun cuma harap korang jalankan tugas korang je. Tak minta lebih pun. Okay, adik-adik.. Jangan timbulkan masalah lagi.. Kak Mun penat nak dengar perkara yang sama. Adik-adik tengok kak Mun macam buat-buat tak tahu and tak peduli. Jangan sampai satu hari nanti.. Kak Mun jadi seorang yang memang kalian tak jangka. 

Pinta Kak Mun, jaga nama baik diri masing-masing dan jaga nama baik pusat sumber. Itu je kerja korang.. Opss sebelum lupa, jalankan tanggungjawab masing-masing ye. Ok, bye!  


No comments:

Post a Comment