Monday, March 02, 2015

800 meter

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)

Acara selepas perbarisan.. adalah 800 meter.. Aku ganti Haiza. Ok. Masuklah walaupun aku tahu, aku tak terdaya.. Haha.. sebab aku stop lari sejak aku form 3. Tapi, aku suka acara lompat2 pula. Hmm.. lompat jauh and tinggi. Bab ni memang aku master. hehe..

Arif Saiful jerit nama aku, "Kak MUNIRAH EZZATY, lari tau." Aku sengih je.. Pusingan pertama aku boleh lagilah cuma masa pusingan kedua, aku ada berjalan sekejap sebab memang dah tak boleh nak lari dah, bila cikgu Syahida jerit nama aku, full pulak tu, akuu pun larilah.. haha Aku lari dengan kemampuan yang masih bersisa.. Haha. 

Penamat je, aku terus pegang Azra, time tu dah berpusing-pusing kepala aku. Duduk kat situ sampai 800 meter L18.. Aku jalan pun masih pening2.. Tapi apa aku heran.. terus menuju ke khemah kuning..

Umi, take care pasal aku.. Umi tanya "Munirah, lepas ni ada acara lagi tak?" 
Aku cakap "tak ada." Rasa disayangi  sangat.. :)

No comments:

Post a Comment