Thursday, March 05, 2015

Kuiz Agama & Syarahan Peringkat Sekolah

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Hari ni, ada pelancaran minggu agama pada waktu pagi lepas bacaan yassin tapi aku dan pustakawan yang lain tak berada di dewan bersama-sama pelajar yang lain. Kami ada photoshot di library.... hahaha... Ye, aku tahu bila aku dah bertegas , janganlah buat hal nanti memang kenalah jawapnya. Masa itu berharga ye adik2 semua, tadi cikgu suruh bangun dengan cara yang paling lembut. Susah sangat ke arahannya? Bangun... Tak kan.. Bila banyak kali cikgu cakap bangun, tak ada sesiapa yang bangun. Akhirnya.. kak Mun bertegas dengan kalian.. Kali kedua baru nak bangun. Sabar jelah kak Mun tadi dengan perangai korang.. Hmmm, lepas ni macam manalah korang handle, time tu kak Mun dah habis sekolah.. 

Lepas photoshot, naik kelas sekejap.. Pukul 9 pagi, turun pergi surau perempuan. Ramainya yang masuk syarahan , aku dapat nombor 18. haha.. sebab ada kekosongan dekat nombor 18. Haiza suruh Hazira, Hazira suruh Aku.. Aku cakap dengan ustazah Majdah "Bolehlah ustazah, habis diorang tak nak." Masa budak no. 1 start, aku dengar je sambil baca buku PI sebab pukul 11 nanti ada kuiz agama pula. Hehe.. Perasaan masa tu rilex je bro tapi lepas tibanya giliran aku, mengigil... Haha.. Aku, Hazira and Nasha dapat bersyarahan awal sebab kami masuk kuiz.. kihkih.. Nombor 14 kena tangguh sekejap. Maaf ye adik2.. 

Masa aku bersyarahan, kat depan nak buat gaya tapi aku rasa macam tak boleh nak buat cuma beberapa jelah gaya yg dapat aku tonjolkan.. muehmueh.. haha.. Hmm... tergagap memang perkara biasa... hahaha.. Tahniahlah kepada aku sebab dapat keluarkan "Suara Emas" aku yang selama ini tersimpan dalam diri. Haha.. Aku tawakkal jelah apa yang aku dapat sebab persaingan amatlah sengit... Haha..

Sebelum pergi kuiz, masuk bilik kaunseling... Borak2 dengan cikgu zam sambil aku mengunyah makanan.. Haha.. Selepas itu, baru pergi dewan seminar.. Umi, jadi hakim.. hehe.. Jawaplah soalan yang di paparkan di slide.. Ok. Ada jawapan betul & ada jawapan salah.. haha.. lagi2 bahagian subjektif.. Masa aku jawapan pasal sirah, dah habis masa dah time tu tapi aku nak tukar jawapan.. cepat2 aku padam dan tulis pun cicai.. haha Angkat papan, umi tak faham , aku cakaplah Imam Ahmad, lepastu aku turunkan tapi umi belum bagi jawapan.. Umi cakap "Nanti kalau awak pergi peringkat daerah, lepas habis hakim bagi markah baru turunkan " hehe.. Aku sengih jelah. 

Lepas dah habis tu, Umi pun suruh Anis kira.. Ada dua group seri.. Kumpulan 3 dan 7. Okay.. Kitorang dah ucapkan tahniah kat diorang. Haha.. Soalan pasal nama bagi perkataan yang disebut. Aku tahu jawapannya C.. haha.. Akhirnya, kumpulan 3 menang. Kitorang dah tepuk tangan dah. Budak kumpulan 3, happy sgt2.. haha.. Tapi, bila umi sebut johan 1, naib johan 2 dan ketiga, 3. Kitorang "hah" Group aku, betul ke? Johan... haha.. Alhamdulilah. mula2 kitorg jangka group 3 johan.. huhu.. Rezeki.. Alhamdulilah :) Markah group aku 51, group 2 50 dan group 3... aku x ingat... hehe... dekat2 jekan :) 

Pengalaman baru  :) Akhirnya dapat merasai juga masuk kuiz agama peringkat sekolah sebab tahun lepas tak masuk pun... hehe... Peringkat daerah, umi pilih secara individu ( markah siapa yg banyak). :) Tahniah kumpulan 1.. hehe


Sedikit Iklan: Balik sekolah , duduk kat pondok sekolah rendah. Tumpang kereta 'Aisyah. Berbual dengan 'Aisyah. Masa pandang kereta cikgu zam lalu ,lepastu bunyi hon, aku pandang.. Allah.. Ali.. Irama dihati berlagu setelah hampir 4 bulan tidak terjadi perasaan begitu... Time aku pandang Ali, Ali pandang aku .. Kami pandang secara serentak. Ali tergamam apantar lagi aku. Lepastu, kami berpaling pun serentak. Haha.. Aku tak tahu apa yang aku rasa tapi aku niatkan kalau dia memang benar2 jodoh aku, aku yakin dengan jodoh yang Allah berikan. :D Hati ini masih setia.. InshaAllah..  Buat masa sekarang ni, aku nak fokus pada SPM dulu.. Harapan keluarga , guru-guru dan orang di sekeliling aku amatlah tinggi. InshaAllah, aku berikan keputusan yang terbaik. Dan sudah semestinya aku juga menaruh harapan yang tinggi. Aku Target 7A 2B.. InshaAllah... Aku dapat genggam. :D 

No comments:

Post a Comment