STATUS......

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)

Aku ingin menjelaskan sedikit berkaitan hubungan aku selama ini. Mungkin masih ramai yang tertanya2 termasuklah kawan sekelas aku. Hmm... Ada kawan aku tanya dekat aku "Adakah aku couple dengan AR?" Aku cakap "Taklah... just suka je." Selama hampir menjangkau umur 17 tahun ni, aku tidak pernahh sekalipun mempunyai pasangan tak kekal aka bercouple. Bagi aku, tidak perlu dan boleh melekakan serta membazirkann waktu blablabla....... Bukan tak ada yang ajak untuk bercouple .... Terlalu ramai dan banyak kali sampai merayu-rayu tapi maaf... Aku punyai pendirian dan matlamat sendiri sehingga aku terpaksa menggunakan bidang psikologi yang aku ada untuk menjelaaskan serta membuat mereka berhenti merayu... kerana AKU TAK SUKA!!! 

Matlamat aku, aku nak cari calon suami yang dapat mendidik aku dari semua aspek serta dapat membimbing aku ke jalan Illahi :) Sebab bila aku dah sukakan seseorang itu, aku akan setia... Tapi, aku sepatutnya setia pada cinta Illahi dahulu sebelum aku setia cinta pada makhluknya. INSHAALLAH... Aku akan mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan diri. 
Cinta Illahilah yang dapat memberikan kebahagiaan berpanjangan.... :D Alhamdulilah, Allah masih pelihara aku daripada bercouple.. :D
Jika AR itu memang jodoh aku yang telah DIA tentukan, jauh manapun kami terpisah. Aku yakin suatu hari nanti DIA temukan kami semula. Jika dia bukan untuk aku, aku terima dan berdoa agar aku mendapat suami yang boleh membimbing aku. Lagipun, perjalanan hidup aku jauh lagi.. So, aku tak nak lah fikir sangat pasal hal ini. Belum masanya lagi. 
AKU NAK BERCINTA LEPAS NIKAH :D Kalau nak aku kena pergi jumpa parents aku dulu.. Kalau parents aku bagi  green light bolehlah datang merisik dan seterusnya. Tapi kena ada persetujuan dari aku. Haha..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Muka hampir sama, ada jodoh yang kuat???

Blog Kelas !!

Adik rindu abang...