Keep Work Hard!!!

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =) 







Dah lama aku tak menulis dekat sini. Huh!! Terpaksalah abaikan blog ni sekejap. Masa aku untuk tahun ini amatlah terhad dan suntuk serta memerlukan lebihan masa untuk mencapai target yang aku ingin untuk SPM yang bakal aku duduki pada bulan November nanti. Tak silap aku tarikhnya sama seperti tahun lepas iaitu 2 November. Sudah semestinya subjek sastera iaitu Bahasa Melayu yang bakal aku tempuhi pada hari pertama peperiksaan.  Aku harap aku tidak mensia-siakan masa yang tinggal ini untuk melakukan perubahan ke atas kehidupan aku kelak. Sesungguhnya aku berharap agar aku mendapat keputusan yang cemerlang setanding dengan usaha yang aku lakukan. Moga keputusan SPM ini dapat membahagiakan kedua ibu bapa aku dan memberikan keputusan yang cemerlang buat yang seterusnya. Mak Abah, doakan adik berjaya mengharungi segala cabaran dan dugaan di dunia ini. Mak Abah, doakan adik kuat dan cekal hati untuk menghadapi ujian kali ini. Kak Mira, tahniah atas kejayaan kau mendapat "DEAN LIST" buat kali kedua. You give me strength to get a best mark for my life. Allah, segalanya hanya Engkau yang tahu dan aku memohon kepadamu. 
Munirah Ezzaty Binti Rosli, tetaplah kuat semangat untuk meneruskan perjuangan engkau yang belum akhirnya. Gagal bukannya penamat untuk sekian kali dan aku tahu kau mampu bangkit untuk mengharungi ujian ini. Now... lakukan dengan sebaiknya. Allah itu Maha Adil. Biar kau menyesal sekarang , bukannya masa kau terima result SPM nanti. Masa depan kau masih jauh dan pasti kau akan tempuhi liku-liku kehidupan yang amat memerlukan kekuatan untuk terus maju dan semoga Allah melindungi kau setiap saat .. Trust yourself you can do better than your sister !! InshaAllah :) 
 
 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Muka hampir sama, ada jodoh yang kuat???

Blog Kelas !!

Adik rindu abang...