Selasa, Jun 30, 2015

Pergi yang tak kembali

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Tak mampu di ungkap untuk mengatakan perasaan ini.. lidah terkelu hati beralun-alun membaca al-fatihah. Tenanglah wahai ibu saudaraku. Semoga urusanmu di sana dipermudahkan. Aminnnn... 


Kau di jemputNya di bulan mulia,
Menjadi tetamunya untuk bulan ini
Setelah kau berjuang menghadapi segala ujian dariNya 
Akhirnya, DIA memanggilmu.


Tenanglah di sana... 
Segala kebaikanmu akan ku kenang sentiasa, Kerana kau telah membentuk diriku untuk menjadi insan seperti sekarang, Terima kasih ku ucapkan walaupun tidak sempat aku luahkan ucapan itu kepadamu.


27/6/14.. Dapat panggilan daripada mak cik ... Mak yang cakap. Mak cu cakap kat mak " kak lijah berada kat wad icu dan keadaannya kritikal." Mak cu suruh bagithu atok. Petang itu juga abah mak dan atok pergi hospital muar. Aku tinggal kat rumah sorang-sorang. Pukul 6:00 petang, balik at 3 mak zura amik berbuka kat sana. Malam dalam pukul 11: 30 malam baru mak abah sampai at 3 amik aku. Balik rumah. siapkan homework. After that, tidur. Besok pagi bangun macam biasa. Rutin harian setiap kali pergi sekolah. Tapi keadaan wak lijah memang tak sedar. Koma.


Sebelum ini, aku ada buat puisi pasal kematian. Aku tak tahu kenapa aku tulis pasal tu. Allah, tak sangka ada maksud tersirat. Terima dengan hati terbuka apa yang telah Allah rancangkan. 
29/6/2014. Pukul 8 malam, telefon rumah dan handset mak memang tak henti berbunyi. Pukul 7 lebih aku tak tahu aku rasa macam nak menangis. Solat maghrib pun rasa sedih sangat. Berwhatsappp dgn kawan. Tetiba dpt Tahu dri anak dia yg segala anggota badan ibu dia dah x berfungsi . Allah...  Hanya terima dengan hati yang reda permergiaan dia. Dari pukul 8wak lijah menghempuskan nafas. Allah. Tenanglah kau di sana. Semoga segala urusanmu di sana dipermudahkan. 

Sabtu, Jun 27, 2015

Kritikal

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Kritikal.
Kritikal.
Kritikal.

Perkataan itu yang sudah acap kali aku alami. Perasaan ketika mengetahui? Sebak dan takut kehilangan. 

Allah uji kali ini lagi. Semoga kami semua tabah menghadapinya. 

Wayar berselirat di seluruh tubuh badan. Setiap masa darah di ambil dan setiap masa juga di pantau oleh doktor. 

Terketar mengucapkan kalimah suci. 
Bahkan tidak mampu untuk mengucapkan kalimah itu dengan sebaiknya. 
Linangan air mata telah jatuh ke pipi.
Sungguh.... terlalu payah untuk meninggalkan mereka yang tersayang.
Tapi apakah daya itu semua Allah yang tentukan. 

Doa .... Doa... 
Setiap saat tanpa henti mendoakan agar di sembuhkan daripada penyakit. 
Ringankan penyakit yang di hadapinya.
Tapi, jika Allah menyayanginya pasti Allah mengambilnya.

Redalah wahai hati.
Redalah dengan pemergiaan tersayang.
Semoga dia kuat untuk terus bertahan. 



Jumaat, Jun 26, 2015

Mati itu pasti

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Mati itu pasti

Kematian,
Apa yang kau faham tentang itu?

Kematian,
Adakah kau sudah bersedia?

Kematian,
Bilakah akan terjadi kepadamu?

Kematian,
Bekalan apa yang telah kau sediakan?

Kematian,
Dengan cara bagaimana Dia menjemputmu?

Kematian,
Adakah orang di sekeliling kau reda dengan apa yang telah kau lakukan di sepanjang perjalanan hidup kau?

Kematian,
Setiap hari malaikat melihatmu tanpa penat dan lelah menunggu saat untuk mencabut nyawamu.

Kematian,
Kemanakah kehidupan kau selepas kembali kepadaNya?

Mati itu pasti,
Bila? Dimana?
Allah telah tetapkan.
Maka, lakukanlah kebaikan di dunia ini sebelum Allah menjemput kita.
Jangan pernah menunda untuk melakukan solat taubat.
Maafkanlah setiap kesalahan orang lain kerana mereka semua hanya insan biasa.
Berkasih sayang antara saudara. 
Berhati mulialah dalam setiap perkara.
Ikhlaskan segalanya dan bersabar atas apa yang telah Allah rencanakan.

Allah sayang kamu dan Dia tidak akan menguji sesuatu yang kamu tidak mampu. Senyum selalu di setiap ujian dan dugaan yang menimpa. Ada sesuatu yang istimewa sedang menanti.

Allah, adakah aku dapat kembali lagi ke tempat aku yang dulu?
Tempat yang sangat indah dan sungguh aku ingin kembali ke tempat itu. 
Layakkah aku ???? 

Khamis, Jun 25, 2015

Saban hari....

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Detik demi detik masa berjalan tanpa henti
Tanpa aku sadari bahawa aku telah  membazirkan masa tersebut dengan sesuatu yang sia-sia. 
Manusia begitulah saban hari.
Terleka dengan duniawi .

Allah, sungguh aku rasa diri ini begitu kerdil sekali. 
Saban hari melakukan dosa.
Saban hari tidak menyedari apa yang aku lakukan.
Bahkan, semakin banyak pula perkara yang menambahkan lagi dosaku.
Kenapa? Kenapa? 
Mengapa aku harus melakukan perkara yang sama. 
Mengapa aku harus mengikut kehendak Syaitan.
Mengapa aku harus mengikut hawa nafsu.


Allah, sungguh aku memerlukanMu setiap saat agar hati ku ini tidak mudah bertadah arah dari sinaran ajaranMu. 
Allah, peluk eratlah daku. Jangan biarkan aku tewas dengan permainan dunia. 
Allah, sinarilah hidayahMu agar aku terus mencintai apa yang engkau ajarkan.

Allah, aku hanya insan biasa. Insan yang selalu tanpa henti akan melakukan dosa antara sedar atau tidak. Sentiasa memerlukan perhatianMu. Sentiasa memerlukan hidayahMu untuk terus aku berjuang ke jalanMu.

Tak mudah untuk aku melaksanakanNya Ya Rabb. Banyak cabaran yang aku harus hadapi walaupun aku tidak meminta tetapi aku akui itu bahawa apa yang telah aku alami itu merupakan satu jalan untuk aku berjuang dan untuk terus aku mencari kekuatan dan kelemahan. Insan yang aku jumpai telah kau takdirkan. Antara aku memimpin mereka atau mereka yang memimpin aku untuk berada dalam landasan yang betul.  Terima kasih Allah, kerana sepanjang aku hidup ini kau pertemukan aku dengan mereka dan alhamdulilah kau mengirimkan insan-insan yang baik di sepanjang rantau kehidupanku.

Allah.. Mungkin hari ini aku sedar kesilapanku, Esok, aku lupa. Dan perkara ini  berlanjutan pada setiap hari. Bagaimana aku ingin menjadi seorang yang bermujahadah ke jalanMu? Pertemukanlah aku dengan insan tersebut Ya Allah sebelum Kau mengambil aku kembali. 



Selasa, Jun 09, 2015

Ya Illahi.....







Ya Illahi, titipkanlah kekuatan untuk aku cekal menghadapi segala ujianMu.
Ya Illahi, bantulah aku menghadapi saat sukar dan senang.
Ya Illahi, lembutkanlah hati ini untuk memaafkan insan lain.
Ya Illahi, ampunkanlah dosa-dosaku. 
Ya Illahi, himpunkan kesabaran yang mendalam dalam hati ini.
Ya Illahi, kuatkanlah jiwa ini untuk menghadapi kenyataan yang penuh rahsia.
Ya Illahi, berikanlah aku kasih sayang yang tidak pernah putus sesama insan.
Ya Illahi, semoga aku menerima segala ketentuanMu yang telah Kau tetapkan sejak azali. 
Ya Illahi, tabahkanlah hati ini menerima segala cemuhan dan sindiran insan lain.
Ya Illahi, tempatkanlah aku di SyurgaMu kelak. Amin..

14 Facts About ME

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hello guys, bertemu kita kembali. Oh ya, aku ada story mau ngomong ni!! Let go!! Hahaha. 
U all dah tengok title my post right for this entry? Apa yang kau fikirkan tentang aku? Hehehe.. 
1) Aku seorang yang tak suka diganggu . Maksud aku time aku tengah tenang lepastu kau buat menyemak je depan mata aku tiba-tiba  dan ganggu aku tanpa ada kata. Hey!! Kau tahu aku tengah buat kerja janganlah kacau. Ni nak suruh aku mengamuk dan jadi guru displin. Haish!! Tak patut!! x2 .
2)  Aku ini hatinya lembut macam tisu. Hahaha. So, jangan buat aku menangis. Apa orang cakap cengeng. Lantaklah, sebab itu hati aku bukan  hati orang lain. Nak tahu kenapa aku cakap macam gitu? Aku tengok wayang cerita kartun Big hero 6 pun boleh tersentuh apantar lagi perkara yang real. Baca buku yang aku rasa memotivasikan aku tapi  boleh menyentuh hati aku.. haha.. kat mana2 pun aku boleh menangis.. depan orang belakang orang. Semuanya boleh. Cuma tak tunjuk je aku menangis. Kalau orang tanya pun aku buat tak tahu je. Haha. Masa hari itu  tengok cerita suami aku ustaz, pun aku menangis. Haha. Aku nak marah orang pun aku boleh menangis lepas itu atau pada masa itu. Kau ingat apa? Aku nak ke marah2 orang. Huh! Penat tahu tak!! Hmm. ( maaf, terlebih emosional pula)
  
3) Aku orang yang jenis bila aku nak sesuatu barang, mata aku akan tetap berada pada barang itu. Jangan ganggulah, nanti aku tak akan pilih Barang mana yang aku nak lepastu. So, dengan aku senang je. Haha. 
4) Aku jenis yang cerewet. Yeah! Lagi bab makanan. Kau masak masin, manis, tawar, pahit and apa2 lagi rasa. Aku akan complaint. Mulut aku ni memang nak kena cili tapi walaupun tak lengkap sebatian itu aku tetap ngap juga. Hahaha licin pula tu, kadang2 aku tambah lagi. Hehe. Kalau pergi kedai aku punya order sama je "NASI GORENG KAMPUNG DAN LOBAK SUSU". Nyum.. nyum. Sedapnya. Kalau pakaian, aku cerewet bila tengok pakaian yang jual dekat supermarket and etc. Tak ada taste aku. Lagi2 baju t-shirt, singkat, sendat, kecik, dan perkataan yg sesuai. Hmm.. maaflah. Memang pandang sebelah mata je sebab itu aku tak banyak baju t-shirt. Baju kurung je berlambak kat rumah. Mekap? Aku just tabur bedak powder je kat muka aku. Barang lain... aku tak kisah sangat bila terdesak baru aku beli. hahaha
5) Aku tak suka benda yang bersepah. Nanti aku geleng2 kepala je. Haish!! Bersihkan, kemaskan dan lipatkan. Kalau perkara tersebut berlaku lagi, aku biarkan je. Malas dah nak buat! Tunggu mood aku rajin baru aku kemas. Hehe. 
6)  Aku suka masak mesti kena  ada cili. Haha. Sorrylah for my future husben. Setiap masakan saya awak kena tahan pedas, kalau awak sehabit dengan saya. Memang kita serasilah. Hihi. Tapi, tak akanlah hari2 nak makan pedaskan. Haha. Gila namanya itu. Cari pasal. Tapi kan awak, saya ni ada gastrik sebenarnya. Hehehe. 
7) InshaAllah, seorang yang setia. Hahahaha. Perasan lebih, kau nak setia dekat siapa? Dekat Allah pun masih tak cukup setia, ada je ingat kat siapa2. Hmmm.. 
8) PERWATAKAN SAYA DI RUMAH DAN DI SEKOLAH TOTALLY 50% LAIN. SAYA kat rumah jadi mak tiri. Hahaha. Kat sekolah saya jadi cinderella. Perasan lagi. Tak adalah, kat rumah saya kena tegas dengan adik saya. SEBAB ITULAH DAPAT TITLE KAKAK GARANG. HAHA.
9) Saya suka budak-budak dan budak-budak pun suka saya. Hehehe.. Kawan dengan budak-budak lagi best!!! Dapat banyak pengajaran dari mereka.  
10) Saya tak reti makan ubat. Hahaha. Sampai kena paksa. Kahkahkah. Dulu saya memang berani juga lah nak telan ubat tapi sejak satu hari itu, saya ternampak ada bulu2 kat ubat batuk terus saya benci ubat. Sanggup demam tak makan ubat, caranya saya makan aiskrim yang enak.  Yummy!! Haha.. kalau pening kepala, basahkan rambut. Kalau demam, tuam je dengan tuala kat atas kepala. Kalau ada kahak dalam badan, paksa keluar juga sampai muntah. Haha. Dan lagi satu, saya akan pitam bila saya penat dan keadaan disekeliling merimaskan saya. Oksigen tak cukup dalam badan. 
11) Saya suka warna hitam, pink dan warna yang pastel dan gelap. Haha. Akak saya selalu marah  saya sebab dia cakap saya tak ada taste. Haha. Asyik warna hitam je dia pilih. Hahaha. Nak buat macam mana dah favourite. Hehe
12) Saya jenis tak kisah dengan keadaan sekeliling tapi bila saya dah kisah. Kau nak suruh berhenti dari mengkisahkan keadaan tersebut memang taklah. Pasti nak cari jalan penyelesaian nya juga. Kalau boleh nak hari itu juga. 
13) Tempat mengadu orang lain. Tak tahu kenapa. Hahaah. So, apa lagi peranan saya sebagai seseorang yang berhati mulia pasti akan tolongkan. Hihi. 
14) Mempunyai hajat dan cita-cita yang terlalu tinggi yang mungkin suatu hati nanti akan terjadi. InshaAllah. 



Okay. Habis sudah cerita kita. Ehh? Cerita saya. Hehehe. 

Ahad, Jun 07, 2015

Cahaya atau kegelapan.

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Andai aku mampu,
Memahami apa yang terjadi,
Tapi aku tahu,
Tak semudah itu aku fahami.
Pencarian aku masih jauh,
Masih banyak yang perlu aku terokai.
Pencarian ini memerlukan kesabaran dalam semua aspek.
Ya, aku harus lakukan perubahan. 
Perubahan yang terlalu drastik mungkin.
Untuk mencapai apa yang aku inginkan.
Arghh!! Usah di tanya bagaimana aku harus buktikan? 
Bukankah itu yang harus aku lakukan.
Memenangi hati orang lain serta hatiku.
Pilihan hanya di tangan aku.
Inginkan cahaya atau kegelapan. 
Mana satu yang akan aku pilih? 
Cahaya yang mampu merubah hidup aku atau 
kegelapan yang akan menghancurkan segala impian aku.
Keputusan di tangan aku. 
Maka, aku memilih jawapan yang pasti 
aku memerlukan cahaya cahaya untuk menyinarkan kehidupanku.

Jumaat, Jun 05, 2015

MDABZ, THANK YOU SO MUCH!!!






Bismillah. Hari ini aku nak cerita pasal seseorang. Mungkin kehadiran dia membuatkan bertapa pentingnya dia dalam diri aku. Mungkin juga sebaliknya. Hmm..


Dia telah membuatkan aku gembira walaupun seketika. Dia take care pasal aku. Oh!!! Perasannya aku. Dan aku tak akan lupa kenangan bersama dia. Tak akan!!! InshaAllah. Aku pernah cakap dengan dia. Hubungan ini tak akan lama. Dan aku tahu perkara ini akan terjadi. Entahlah, aku sebenarnya malas nak kusutkan kepala aku dengan soal remeh ini. Lagi, buat hati aku sakit hati adalah. Hmm.. jujurlah dari hati aku sayang dia. Gila kau tak sayang!!  Hahaha.. Hmm... lupakan.  Aku harap dia tak baca dan tak akan tekan link blog aku dekat instagram. Aku tukar link blog sebab aku yang nak tukar. Sengaja je aku tukar link baru, biar ramai yang tertanya-tanya. Hahaha.


Aku tak akan lupa time kau tipu aku, kau cakap ibu yang kasi sapu tangan itu sebab masa itu kau lupa nak bawa balik tisu. Bila kau dah sampai depan kelas aku tanya kau? Kau macam control yang kau tak lupa apa yang aku pesan. Tiba-tiba kau bagi sapu tangan itu. Aku pelik tapi aku ambil juga.  Sebelum aku ambil sapu tangan itu,  aku tanya kau macam-macam soalan. Kau jawap seperti tiada apa-apa dan kau kawal riak muka kau agar tidak ketara yang kau tipu aku. Aku tak guna pun sapu tangan itu. Kau nak tahu aku genggam je sapu tangan itu sebab aku ragu-ragu nak guna. Keesokkannya, aku jumpa ibu. Aku tanya ibu, ibu cakap bila masa Amin minta saya sapu tangan sebab masa itu aku nak pulangkan semula sapu tangan itu. Kau tahu apa yang aku rasa? Allah, bertapa malunya aku. Dalam masa yang sama aku tahu, kau buat macam gitu sebab kau rasa serba salahkan. Kenapa kau tak berterus terang je time tu? Hmm.. takpelah Amin. Aku tak marah kau pun tapi aku nak berterima kasih sangat walaupun aku tak guna sapu tangan kau tu tapi pada pandangan aku kau seorang yang mengambil berat. Thank you so much. Tak mungkin aku akan jumpa orang yang macam kau lagi lepas ini.


Aku nak cakap aku banyak kenangan dengan kau? Jawapan aku setakat ini alhamdulillah,  Allah pertemukan aku dengan kau. Banyak aku pelajari dari kau. Lantaklah pasal kau tipu aku  ke apa ke? Kau cakap apa-apa  ke kat sape2.. Aku dah tak heran tapi tak bermakna aku dah lupa. Sekarang ini, aku nak menukilkan kenangan yang indah sahaja untuk menjadikan satu memori yang terindah yang Allah kirimkan sebelum aku pergi meninggalkan dunia yang akan tiba penghujung nya. Wei, kau jangan menangis pula!!! Chill wei... Aku dapat tahu kau menangis, siap kau?




Tak akan lupa juga, kau ambil berat pasal aku time aku demam even aku cakap dengan kau aku tak suka makan ubat dan aku tak suka minum 100 plus. Tapi, kau nak tahu kenapa aku minum dan telan juga panadol. Sebab aku hargai apa yang kau telah bagi. Kau sanggup pergi pasak semata-mata nak beli air 100 plus sebab dekat At 3 air tersebut dah habis. Aku tak suruh pun kau beli. Tapi, kau tekad nak beli juga.  Maaflah, aku minum sikit je 100 plus itu sebab memang aku tak suka. So, aku bagi Ikhmal. Maaf Amin.


Bila aku renung dalam-dalam..  kau nak tahu apa yang aku boleh tafsirkan pasal diri aku? Aku sering abaikan diri aku sendiri. Aku suka ikut cara aku dan tidak mempedulikan apa yang orang lain kata. Jujur lah aku tak retilah nak cakap banyak-banyak sebab aku lebih suka meluahkan melalui penulisan. Totally, semua orang tak kenal aku lagi. Macam mana aku suka, aku kusut, aku sedih, aku bahagia,  aku muram dan lain-lain lagi perasaan sebab aku jenis orang yang sukar untuk diramalkan. Tengok je senyum setiap hari padahal dalam kepala dah serabut dengan masalah. Dalam hati dah meraung. Tunggu nak meluahkan melalui air mata je . Bila sampai satu tahap yang memang sampai ke lubuk hati dan tidak dapat menipu lagi.  Maka, terlerailah titisan air mata. Sorry sebab aku jenis hati yang lembut macam kertas. Tengok wayang cerita big hero 6 pun boleh menangis apantar lagi bila cerita pasal perkara-perkara yang boleh menembusi hati aku ini. Kalau aku tak menangis walaupun sebenarnya tembus hati aku sebab aku ego ketika itu. Egolah sebab tak suka orang lain tengok aku menangis kecuali terdesak. Hehe. Tapi ego aku tak lama, lepas tiada orang aku akan menangis puas-puas. Itu cara aku dan mungkin juga cara perempuan lain di luar sana.
Nampak je aku macam tak heran dengan omongan orang lain.. tapi, terasa wei.. pendam pendam pendam sampai aku yang naik gila. Hahaha... Nak buat macam mana,  tempat yang paling selamat nak luahkan rasa hati yang terpendam ketika bersendirian dan cuba tanya diri balik apa yang menyebabkan aku jadi macam gini. Padahal, sepatutnya aku patut mengadu dekat Maha Pendengar. Alpa dan kau rasa apa lagi? Hmm.. Manusia memang begitulah?


Kenangan seterusnya, mungkin 20% kau dah kenal aku  tapi lagi 80% belum. Sama juga dengan aku. Tak kenal kau sepenuhnya.  Hanya mampu tafsir melalui pandangan yang sering di tipu dan sudah semestinya gangguan dari syaitan laknatullah.  Hmmm.. mengasut manusia untuk tunduk kepadanya. Allahu, jauhkanlah aku dari terus terhanyut dengan kekaburan yang direka oleh musuh yang nyata.


Terima kasih atas segalanya Amin. Aku malas nak buat ayat yang sweet untuk kau. Hahaha. Sebab aku tak nak!!! Sebab aku tak nak lah!! Hmm... berliku-liku ujian yang aku hadapi dan dugaan yang hadir mematangkan aku walaupun sebenarnya aku bukanlah matang sangat. Masih kanak-kanak Ribena yang perlu di didik dan di berikan kasih sayang. Hahaha.. jangan layan .. hahaha.. Sorry... iklan. Sengaja je buat lawak yang tak berapa nak jadi itu supaya aku tak hmm.. Maaf!!! Sebab suka sangat tinggalkan tanda tanya yang terlalu banyak dalam penulisan kali ini. TERUS TERANG JELAH MUNIRAH EZZATY. Hahaha.. tak nak..  kahkahkah. Biar aku nak letak jawapan tapi jawapannya tergantung. Cuba try jawap soalan itu. Hahaha. Okay, ada orang salah faham.  Hmm. Just nak cakap " supaya tak nak menangis je." Adoi.. payahlah macam gini. Delete jelah blog ni.


Biarlah tersimpan kemas dulu dalam hati. Suatu hari nanti, kalau ada masa aku cakaplah kalau aku nak cakap. Kalau tak nak..  biar tersimpan kemas dalam hati aku . So, kau tak perlu tahu dan kau tak perlu pening kepala layan kerenah aku yang  pftttt!!! HHaha..


Dan kini sudah sampai penghujung bicara untuk aku luahkan hasrat hati yang terpendam. Hahaha.. Tak tahu nak cakap apa lagi sebenarnya. Banyak sangat tokok tambahnya sampaikan jalan cerita yang hendak yang di nyatakan hanya  berapa percent je. Tak sampai separuh pun. Haish!!! Nampaknya ada rezeki lagi lah nak tulis pasal kau. Hahaha...


WALAUPUN SEMENTARA KAU JADI ABANG AKU TAPI AKU TETAP ANGGAP KAU ABANG AKU. MUNGKIN LEPAS INI TIADA LAGI ABANG OLOK- OLOK AKU LAGI. TAMAT!!! HANYA KAU SORANG JE YANG AKU IKTIRAF. HANYA KAU!! LEPAS NI... KALAU ADA PUN HAHAHAHA... INSHAALLAH... BAKAL SUAMI JIKA DI TAKDIRKAN UNTUK MERASAI NIKMAT RUMAH TANGGA. Itu jelah.. hahahahaha.. Itupun kalau ada jodoh dengan pak cik jauh aku.  Kalau tal ada dengan orang lain lah. Nanti datang tai bawak hadiah besar2 punya. Special tau!! Hahaha


Aku rasa banyak ayat yang merapu dari ayat yang ingin aku utarakan di sini. Haish!! Takpelah. Idea dah dicurahkan setakat itu je. Ingat kan nak buat lagu yang best tapi nantilah. Kahkahkah.. Jangan faham ayat tersebut. Sekian, terima kasih.


Tolak tambah tolak tambah tolak bagi campur darab tambah tolak sama dengan MATH ERROR!! Tinggal lagi berapa bulan je lagi lepas ni kita bawa diri kita menuju ke destinasi yang kita pilih dan yang telah di aturkan Nya.  Aku harap kau ingat ayat aku yang aku nak kau sambung study!!! Jangan pernah lupa tentang itu abang. Arghh sudah!! Tak sukalah macam gini. Hmmm. Dah lah aku nak kena tutup dulu hmmm.. bye2..


        ABANG, ADIK SAYANG ABANG!!! 
       TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.



Aku harap kau jangan salah faham baca ayat gila-gila aku.  Kau jangan pandai-pandai tafsirkan. Takut apa yang kau tafsirkan itu salah. Tak naya aku. Faham Abang Amin.  ̄﹏ ̄ Kalau kau salah faham aku tak nak kawan dengan kau. ( ̄︶ ̄)> <( ̄︶ ̄)/ (‵﹏′) ╮(‵▽′)╭



Rabu, Jun 03, 2015

For Someone

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)

Jujur dari hati,
Apa yang aku ingin katakan,
Sebenarnya aku rindukan kau,
Sungguh rindu kau sangat.
Tapi, sejak kau balik dari hmmm,
Kita tak rapat,
Kita tak mesra,  
Dan kita tak berkomunikasi lagi,
Aku tak tahu kenapa,
 Mungkin salah aku,
Mungkin kau terasa hati,
Jikalau aku buat salah,
Aku minta maaf,
Mungkin kau perlukan masa,
Okay!!! Takpe... Good luck!! 
Lihat kau dari jauh,
Senyum dalam diam,
Bicara dalam hati,
Semoga kau berjaya.

Sufi Sayang :)

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)

Salam Maghrib readers :) Okay... aku rasa aku nak tulis about someone yang dah lama aku tak menyusun ayat dan bicara aku tentang dia di sini. Siapa kata aku lupakan dia? Siapa kata aku tak sayang dia? Siapa kata aku tak rindu dia? Nak kena ke dengan aku. Ambik kau sebiji.. Dush!!!!! Hahaha *Evil laugh * Sebenarnya kalau kau tanya aku perkara ini hari-hari jawapan aku mesti sama. Hmmm... sapa yang tak rindu. Kawan bergurau, kawan menangis, kawan yang selalu dengar masalah aku. Ekkk? Kawan? Hahahaha.. She not my friend but she is my sister even we are not biological sister. English aku!!! Habis banyak kesalahan tatabahasa. Haha.. 


Alhamdulilah, dia dah sambung study dekat KMJ. Sebelum ini aku ada tanya dia, dia dapat sambung study kat mana? Dia senaraikan. Matrik dapat Perakauan. Diploma dapat Peladangan. Lagi satu, aku lupa. Hahaha. So, dia cakap lagi dengan aku jangan risau. Dia kata dia akan sambung belajar juga nanti. Aku diam jelah. Dah akak sufi tak kasi aku risau.. hehee.. Akak sufi cakap dia rindu aku. Hmm.. now, dunia kita dah berbeza kak. Tak sama. Haha.. Adik still in secondary school. Akak dah masuk pun matrik. Hehehe..  


Jaga diri kat sana sayang. Ingat tau, adik selalu sayang akak :) Jangan nakal-nakal. Hahaha :P Be a good girl sayang :) Always miss love you :) Miss you too ....