Bila aku ....

Bila aku berikan kepercayaan sepenuhnya kepada kau, janganlah kau meruntuhkan kepercayaan itu kerana aku tidak suka.
Seribu kali sayang, nak kutip balik kepercayaan itu bukannya mudah. Walaupun kau guna pelbagai cara untuk meraih kepercayaan aku untuk kau. Aku perlu mengambil masa. Mungkin lama kerana aku juga insan biasa. Semat dalam hati kau, kepercayaan yang orang beri jangan kau sia-siakan kerana lepas ini tiada lagi peluang itu.

Bila aku berikan sepenuhnya kasih sayang aku kepada kau, kau seperti merendahkan maruah aku. Tidakkah kau tahu bahawa akulah tempat kau lepaskan segalanya. Betapa baiknya aku mendengar segala bait-bait perkataan yang kau ingin sampaikan. Betapa baiknya aku memberikan kau nasihat. Tapi, itukah balasannya???

Bila aku kata aku sukakan orang lain. Jangan menyangka yang aku ada hubungan dengan orang lain kerana apabila aku sukakan orang itu aku suka dia kerana Allah. Tetap teguh hati ini mencintai dia dengan nama Allah. Mana mungkin lupakan dia tapi itulah sewajarnya agar hubungan yang diaturkanNya adalah sebaiknya walaupun pada akhirnya nanti dialah orangnya. Keperibadian dia yang menyentuh tangkai hatiku ini. Semakin mendekat dengan dia, semakin aku tidak keruan. Semakin aku menjauh darinya, semakin aku rindu tapi itu semua tidak penting kerana yang lebih penting adalah keredhaanNya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Muka hampir sama, ada jodoh yang kuat???

Blog Kelas !!

Adik rindu abang...