For you Wani

Kakak baru faham Wani, rupa-rupanya kau memang cinta mati. Nampak sangat yang kau terlalu jeles bila nampak kitorang rapat dengan Amin. Mesti fikir yg kitorang ada apa2 dengan Amin. Jangan jadi kolot boleh tak? Takkan kawan sekelas pun tak boleh. Suka hatilah nak rapat ke tak ke. Hak kamilah. Huh!! Bukan akak sorang rupanya.. sebelum akak dah ada yang kena dengan perangai tak matang kau. Kalau tak matang pun berpada-padalah sayang oi.. Jangan tunjuk sangat. Buat malu jelah. Akak nak maki kau tak sampai hati. Rasa kasihan pun ada. Nanti, bila akak dah maki2 kau kan .. Nanti mulalah keluar ayat merepek kau semua itu. Macamlah akak tak jangka. Wani nak tahu, sebenarnya Wani buat macam gitu lagilah buat orang menyampah. Benda remeh pun nak besar-besarkan. Dah settle tu dahlah. Ni tak nak makin panjang-panjangkan sampai ke ...... *sila jawap wani. Hanya kau sorang je tahu apa yang kau nak lakukan. Hmm.. lepas ni. Kalau Wani tak ubah perangai Wani jangan haraplah  ada orang suka. Faham ke tak!!!! Wani, ni kira baiklah akak tak maki2 Wani. Kalau akak nak buat.. boleh je Wani ... Akak pun tak tahu apa yang akan akak katakan dan akak pun takut bila akak marah orang. So Wani, sebelum akak bertukar wajah .. Jangan pernah buat perkara ini berulang kali.  Faham!!! Kalau Wani buat lagi, jangan tanya mengapa!!! Understand Wani.

Lagi satu, bila orang tak layan tu janganlah fikir bukan2.. Kita tak tahu dia tengah buat apa!! Mungkin tengah study ke.. Dengan family dia ke and apa-apa lagilah. Kalau tak angkat call janganlah nak melenting sangat. Macamlah orang tu tak ada life dia sendiri.  Kalau orang tu ckp nak periksa besar.. Janganlah ganggu dia sampai dia habis peperiksaan tersebut. Kalau dia tak suka.. Maksudnya dia tak sukalah. Dia ada hak Wani di atas kehidupan dia. Dia yang pilihan kehidupan dia bukannya orang lain. Kalau akak tanya Wani, Wani nak ke orang lain yang aturkan hidup Wani? Tak nakkan. Wani akan  marah dan tak suka. Betul tak? So, macam gitulah apa yang insan lain rasa. Kalau tak boleh juga. Baik Wani aturkan diri Wani sendiri. Tak adalah nanti asyik nak ganggu orang lain je dan buat perangai ntar apa2.

Last sekali, baik Wani sayang diri Wani lebih daripada Wani sayang insan lain. Kalau Wani tak sayang diri Wani, siapa yang nak sayang Wani nanti. Iya akak tahu, yr family memang sayangkn Wani tapi insan lain. Kita tak tahu kan. So, bertindaklah menyayangi diri anda sepenuh hati.

Kalau tak nak amik kisah apa yang akak cakap ni, akak pun tak heran sebab Wani yang tentukan hidup Wani sendiri dan bukan orang lain. Kalau Wani amik perkara elok, eloklah jadinya. Kalau Wani amik perkara tak elok, tak eloklah jadinya. Oklah Wani. Bye.!! Selamat merenung dan muhasabah diri anda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Muka hampir sama, ada jodoh yang kuat???

Blog Kelas !!

Adik rindu abang...