Wednesday, June 10, 2015

From my heart

Jujur dari hati,
Aku tak nak perkara ini terjadi,
Tapi, itulah apa yang telah Allah aturkan,

DIA tahu aku mampu hadapi saat ini,
DIA tahu aku mampu menyelesaikan segala persoalan yang timbul,
DIA tahu aku kuat untuk lakukan.

Tapi bagi aku,
Aku tak mampu..
Aku perlukan sokongan DIA.
Aku perlukan DIA.

Walaupun aku cakap okay, lantaklah apa yang awak nak cakap sekalipun. Tapi hakikat sebenarnya, aku tak mampu. Tak mampu nak hadapi. Allah, bantu aku.

Di sebabkan aku tak nak perkara kedua terjadi, aku tak nak buat diri aku yang makin stress bertambah stress dan aku tak nak tahu apa-apa dah pasal kalian.

Apa yang awak fikirkan itu, suka hati awak. Saya tak mampu nak buat awak tak tertanya-tanya. Tapi, pada hemat saya baik awak lupakan sahaja. Tak payah fikir sangat pasal dia. Just focus yr study. Kalau jodoh awak dengan dia tetap teguh. Maka, itulah pilihan jodoh yang Allah aturkan. Kalau bukan biarkan dia menemui jodoh yang Allah aturkan.

Awak nak tahu, saya rasa lega sangat dan saya rasa bahagia sangat bila saya lepaskan AR. Saya berfikir kenapa ye saya perlu mengawal semua pergerakan dia. Saya bukannya sesiapa pun untuk dia. Hanya ssaudara Islam dan saudara jauh sahaja. Tapi, mengapa saya perlu bertindak seperti itu? Saya cari dan cari lagi. Sebab itulah, saya suka baca buku. Dari buku-buku yang saya baca membolehkan saya berfikir dan membetulkan apa yang saya salah. Dari buku yang kita baca itu, banyak sangat pengajaran yang boleh kita dapat.

Iya, nak lupakan sesorang yang bertakhta di hati selama lebih kurang 4 tahun bukanlah suatu perkara yang mudah. Sukar awak. Sukar. Banyak kali saya menangis. Cuba buang segalanya pasal dia. Hindarkan diri dari membuka diari2 yang dulu saya tulis pasal dia. Cuba buang suara dia, senyuman dia, pandangan dia, cara dia bercakap, gerak geri dia, malu dia dan segala perwatakan dia. Awak nak tahu saya suka dia dan saya jatuh cinta dengan dia sebab saya suka perwatakan dia. Saya tak tahu kenapa dan mengapa tapi saya selesa sangat bila dengan dia. Usah dicerita pasal apa yang terjadi, moment indah pasti berlaku.

Perasaan setiap kali jumpa dia... gerak geri saya dan apa-apa lagi dia tahu mungkin. Dia cakap dengan saya "KITA KAWAN". Bahagia tahu tak? Kalau apa-apa yang perlu saya bertanya, saya akan terus bertanya dekat dia tapi agak hmm kekok. Dan dia pernah buat saya mengomel secara tidak sengaja. Haha

Pertemuan demi pertemuan saya jumpa dia setiap kali saya pergi mana-mana. Pernah terdetik di hati dan berharap saya nak jumpa dia. Pada ketika itu, Allah makbulkan doa saya. Bila saya nampak dia. Iya, saya akan mengelak kalau boleh. Pertemuan yang tidak disangka-sangka. Sebelum berjumpa dengan dia, hati ini akan berdebar macam apa pun tak tahu nak desribekan macam mana. Hanya Allah je yang tahu. Terkejut, tergamam dan segala ter-lah pernah terjadi.

Awak nak tahu saya pernah rasa sakit sangat bila jumpa dia. Tak tahu kenapa? Tapi bukan sebab marah. Bukan juga sebab jeles ke apa tapi sebab saya terlalu sayangkan dia. Start dari situ, saya cuba buang dia dan berkata dalam hati, jangan terlalu sayangkan dia. Takut saya yang merana. Alhamdulilah. Bila dia dah habis sekolah. Saya okay dan rasa gembira sangat. Hahaha. Bila jumpa dia masa ambil result SPM. haha. Perasaan itu kembali dan pastinya akan mengelak. Haha.  Sudah semestinya sudah berketar-ketar seluruh badan. Aduhai!! Time tu rasa nak jalan pun tak bermaya. Dia bila nampak saya akan pandang saya tapi saya mengelak. Banyak kali awak.. semuanya saya mengelak. Bila saya pandang dia yang sedang berborak dan segalanya. Saya rasa bahagia. Haha. Tipulah kalau tak bahagia. Saya ni perempuan. Rasa nak memiliki dia itu ada di sebabkan perwatakan dia tapi saya sedar dia terlalu istimewa. Pernah cuma ingin meluahkab rasa yang terbuku tapi bila saya dah send kat dia. Ehem.. dekat facebook tapi saya delete balik. Sebab saya fikir buat apa yang nak bagitahu dia.

Sebab "Allah kan dah aturkan segalaNya." Jika ditakdirkan dia memang jodoh saya selama ini dan dia adalah orang yang mencintai kita dengan seikhlasnya selama ini walaupun tidak pernah dia luahkan. Aww, sweetnya. Saya rasa CINTA LEPAS NIKAH itu lebih Menarik dan Best!!! :) Menanti detik yang bermakna itu jika di izinkanNya.

So awak, lepaskan dia untuk kebahagiaan dia dan kehidupan awak akan bahagia. InshaAllah. Mungkin pandangan awak bertentangan dia saya so terpulanglah. Itu hak awak, hati awak dan segalanya hanya Allah yang tahu. Saya tiada hak untuk menghalang awak. Saya tiada hak untuk memaksa awak. So, saya anggap perkara ini dah selesai. Kalau bagi pihak awak, ia masih belum selesai. Cuba awak muhasabah diri dan dekatkan diri awak dekat Illahi. Dan saya rasa bagi pihak dia pun dah selesai. Jangan memanjangkan cerita yang sudah selesai dan jangan berterusan menanyakan soalan yang sama padahal perkara itu remeh je dan boleh selesai masa itu juga.

Awak, buat kali kedua. Saya memohon maaf dekat awak. Saya memohon maaf juga bagi pihak dia. Maafkan kami. Saya harap awak cubalah cari ketenangan yang awak perlukan. Luahkan segalanya pada Illahi. Semoga awak bahagia dunia akhirat. Belajar rajin-rajin. Dan, jangan terhanyut dengan permainan syaitan. Saya sayang awak sebagai seorang kakak dan saudara Islam awak. Selamat bermuhasabah diri awak dan selamat tinggal.

Buang segala apa yang terbuku di hati,
Lepaskanlah... Lepaskanlah... Lepaskanlah...
Aku ingin bahagia yang berpanjangan.
Bahagia yang tidak terhingga.
Bahagia yang sentiasa mensyukuri nikmatnya.
Allah, peluk eratlah aku ketika aku lemah dan  jatuh. Sentiasa berikan aku kekuatan serta keikhlasan dalam setiap sesuatu yang aku lakukan. Terima kasih Allah atas nikmat yang kau berikan ini. Alhamdulilah... Aku tidak akan merasai kehidupan ini jikalau engkau mengambil nyawa aku ketika umurku 7 tahun. Terima kasih Allah atas segalanya.

NOTE FOR YOU: Akak tak tahu apa yang ada di hati wani selepas membaca apa yang akak tulis ini. Nak cakap akak berlagak baik ke apa ke? Itu hak wani. Ya, akak memang bercita-cita ingin menjadi baik. So, tak salahkan akak berubah dari baik ke lebih baik. Akak nak gapai cinta Allah. Itu cita-cita akak. Wani, lepas ini Wani masih seperti ini, maaf akak dah tak nak ambil kisah satu pun. Pasal Amin, akak pun dah tak amik kisah langsung sejak dia balik dri softball Negeri itu buat pengetahuan Wanilah. So, kalau nampak dia buat macam kawan biasa je. Hal masing-masing. Kami dah tak ada masa dah nak berwassap ke apa ke. Cakap pun x ada sangat. Perhatikan jelah. So... dia dengan cara dia akak dengan cara akak. Wani dengan cara wani dan jangan terlalu cemburu nanti makan hati dan wani sakit hati. Dan jika masalah ini timbul buat sekian kalinya. Wani selesaikan sendiri jelah. Akak dah penat. Akak cuma fikir SPM je. Kalau wani hantar apa2 kat wassap akak tentang hal kita (Amin, akak dan Wani) maaf.. akak tak akan layan dan tak amik pusing pun. Kalau Amin, akak tak tahu. Hmm.. akak tak akan benci dekat Wani tapi akak berterima kasih sangat dekat Wani sebab akak dah tahu macam mana Wani dan Wani beri akak suatu pandangan tentang kehidupan. Okaylah Wani. Akak rasa setakat itu sahaja. Kalau ada rezeki lagi nanti akak bercerita lagi. Ok bye. Selamat membaca dan merenung dalam-dalam.

No comments:

Post a Comment