Pages

Tuesday, June 09, 2015

Kau rasa apa?

Selamat Malam . Mungkin malam ini cerita pendek sependek pendeknya. Hahaha..  Malas nak layan sengal aku. Alhamdulillah, kerja projek addmath hampir nak siap!! Tapi kerja lain sedang menunggu. Hahaha. Selamat berhoneymoon dengan homework budak manja plus tak matang plus cengeng. Ehh!! Suka hati je kutuk diri sendiri. Hahaha.

Tiada hak kan nak memaksa orang lain.  Lagipun malaslah nak fikir.Tinggal lagi berapa bulan je lepas tu buat hal masing-masing.  Mestilah akan rindu semuanya. Sekolah,  guru-guru,  kawan,  perpustakaan,  dan ibu. Banyak sangat kenangan dan memori manis di sekolah. Lagi2 kenangan dengan akak sufi dan AR. Tak akan lupa. Tahun ni dah nak masuk 5 tahun dengan akak sufi dan 4 tahun dengan AR. Haha.. genggam erat punya kenangan. InshaAllah. Takpe pak cik jauh, saya tetap tunggu awak. Belajar elok2.

Kalau sakit hati, jangan dendam dalam hati tapi luahkan dengan air mata dan doalah kepada Nya. Hari2 pesan dalam hati, jangan buat orang susah hati dan maafkan kesalahan orang lain. Kalau ada yang membenci doakan baik 2 sahaja untuk dia. Kalau ada orang yang sayang teruskan persaudaraan itu. Mungkin di luar,  bolehlah lihat happy go lucky tapi dalam hati siapa tahu.  Hanya orang tertentu sahaja yang dapat baca air muka kita. Bila kita sedih, suka dan segalanya. Kata2 kebaikan yang orang tunjukkan di salah tafsirkan. Hmm. Akak sufi adik rindu nak luahkan macam-macam kat akak. Nak menangis dekat akak. Adik rindu nak dengar suara akak pujuk adik. Mungkin lepas ini, dah tak ada lagi macam gitu. Hmm..

Kemeja? Mungkin tak sampai untuk diberikan kepada orang yang tersayang. Simpanlah sebagai kenangan.  Rindu itu tetap ada.  Tapi, harus di sekat. Sekarang ini, fokus je dengan SPM. Tak payah nak ngada2 ingat cerita yang memeningkan kepala kau Mun. Hah! Ziyad sayang, terima kasih kerana menjadi penyejuk hati akak.  Always love you. Muahhh!! Awak dah pandai gapai barang dah. Semoga membesar dengan baik dan sentiasa dalam lindungannya sayang.

sayang?? Ye, aku sayang. Sayang semua orang tanpa pengetahuan mereka. Tapi ada sebab kenapa kasih sayang itu makin menurun. Kau nak berkasih sayang sangat kan? Baik kau berkasih sayang dengan Allah. Kau akan rasa bahagia sangat. Dengan manusia, mereka pun ada hati dan ada rasa curiga,  so, kita tak tahu hati mereka. Sampai bila mereka sayang kita? Cinta mereka ada had limitnya. Hmm.... Tapi aku tahu payah kan nak sayang Allah setiap masa. Ada je dugaannya. Kalau yang tergoda,  memang hancur berkecai. Kalau yang  kuat iman, selamatlah tapi itu pun hampir tergoda.  Mereka tak akan berputus asa nak mengoda manusia. Hmm..

Nak cerita lagi ini? Hehe.. Istilah saya tetap.. Pilihan yang setakat ini keluarga tercinta. Tak ada orang lain kecuali perasaan sayang kepada Ar tapi itu pun macam malaap je sebab saya yang nak lupakan dia. Taklah ingat dekat lelaki yang bukan halal untuk kita. Kalau pergi mana2, kalau lelaki pandang, memang aku tunduk je. Bahaya kot. Takut aku. Cukuplah dengan AR je itupun sebab terserempak dan terkejut. Terus rasa ada bendalir yang mengalir dan dup dap dup dap. Hanya dengan dia seorang je rasa macam gitu, naik seram aku dengan dia. Haha. Walaupun jaraknya jauh. Contoh dari kelas nak menuju ke bilik guru sebab nak hantar barang tetiba2, rasa lain macam je dengan hati. Tanya kenapa eh? Suka sangat buat hal.Padahal dah tahu sebab apa?  Dan tekaan itu memang tepat pun ada DIA depan mata.. HAHA. Apa pandang2.. nak kena tumbuk ke? Haaha. Cakap dalam hati je kalau cakap depan2 tak terluah. Hahaha.

Saya nak kita lupakan je kisah yang tak berapa nak matang dalam sejarah hidup awak dan saya  pada tahun ini? Boleh tak? Tak payah fikir. Nanti awak jadi seperti saya serius saya cakap ni. Bila awak dah naik form 5 , awak akan rasa bertapa bodohnya awak berkasih sayang dengan orang lain. Sebenarnya ada crush dan suka seseorang pun dah dosa. Apantar lagi, bercouple tapi tak nak menikahi perempuan tersebut. Sebab itulah couple tidak digalakkan.  Awak dengan saya,  kita sama je. Banyak dosa, hari2 ada je dosa yang kita buat. Antara kita sedar ataupun tidak.

Awak nak tahu, dulu masa form 1, saya ada suka someone. Perangai gila yang pernah saya buat? Hahahaha. Ketawakan diri sendiri sekejap. Nak tahu apa? Suruh kawan minta telefon dia . Sengal betul. Dah dapat nombor dia just save je. Tak buat apa2 pun. Haha. Macam mana boleh rapat. Hehe.. Jumpa kat sekolahlah sebab masatu hari2 jumpa akak sufi, so, diakan kawan akak sufi. Start dari situlah rapat dengan cekadak tu. Tapi, semenjak saya kawan dengan dia. Hubungan kami rapat dan dia minta nombor saya tapi saya tak kasi. Macam2 saya bagi alasan. Tapi dia ni degil tahap apa pun tak tahu nak cakap. Dia minta kat kawan saya. Kawan saya bagi tanpa permission saya. Memang  saya hangin betul dengan dia tapi nak buat macam mana  dah terjadi. Haha. Tapi bila ingat balik. Kelakar sangat. Hahaha. Dia guna nama samaran yang tak pernah orang panggil dia.  Mungkin? Tapi, saya tahu itu dia. Dulu, saya suka dia tapi sejak ada satu kes terus tak jadi suka. Hahaha. Macam mana ntar dia boleh suka kat saya? Sengal betul dia. Dia cakap dia suka senyuman saya sebab lain dari orang lain. Huh!! Ayat dia memang terlalu manis tapi maaflah sebab saya memang dah sekat dari sekolah rendah yang saya tak nak semua itu tapi kalau suka orang lain bolehlah. Haha. Sebab saya nak nikah terus. Haha. Saya nak bercinta lepas nikah. Itulah cita-cita saya yang terperuk di hati sejak dulu. dan itulah jawapan mengapa sayaa tak nak. Walaupun beribu-ribu yang meminta , saya tetap menolak.  Sorry kepada mereka2 yang pernah menawarkan diri. Hmm.. macam2 saya reka alasan sebab kenapa saya tak nak. Sampaikan dia paksa pun ada. Bertapa cinta itu membuatkan manusia leka. Hmm. Lepas dah itu, dia sanggup save segala surat pertolakan saya. Hampir 3 tahun jugalah , tahun ini bila saya jumpa dia, saya paksa dia bagi balik surat itu semua. Nasib baik dia nak bagi. Kalau tak menangis saya.. sanggup dia simpan lagi walaupun dah pudar warnanya. Saya nak baca balik apa yang saya tulis pun segan , terus saya koyakkan. Tinggal cebisan kecil yang di tinggalkan di tong sampah. Dah selamat di tanam. Hmm.. Bila fikir balik, teruknya aku dulu. Hmm.. Takpelah sikit demi sikit berubah untuk raih cinta Illahi. Jom awak kita raih cinta Illahi sama2. Syurga menanti. #^_^# Saya nak kembali tempat saya dulu. BERHARAP SANGAT !!! ;D

Lagi, sambung nanti jelah. Ada orang marah tidur lambat.. kihkih.. sorry abah. Jangan tutup wifi.

Tak pernah bermimpi pun nak suka orang lain yang dah berpunya apantar lagi nak merampas. Membuang masa dan tenaga serta kecerdikan ilmu yang Allah berikan di salah gunakan. Haish!! Dahlah awak, saya penat sangat dengan godaan makhluk yang bertanduk dua? Hari2 ada je dia menjentik. Contoh: malas buat kerja sekolah. Lepastu nak porak perandakan hati manusia , was2.. hmm.... Argghhh!! Asyik sangat menaip sampai tak sedar dah naak pkul 2:30 pagi.

No comments:

Post a Comment