Friday, June 12, 2015

Lepaskan geram.

Wow... cayalah kau!!
Ayat terlampau lampau gramatis.
Buat aku rasa makin makin sayang dekat kau.

Lek lek... aku tahu kau tengah buntu,
Tapi tak payahlah nak jadi orang bodoh sangat sebab cinta yang mungkin tak kekal itu sanggup kau pftttt...
Baguslah perangai kau...
Nak sembunyi sangatkan update moment kau kat wechat..
Last-last aku tahu juga..
Takpe... takpe..
Aku bahagia sangat.. 

Teruskan lagi update banyak banyak pasal aku. Tak nak? Aku dah bagi can tu.. Free2 je kau bagi pahala kat aku. Terima kasih sgt2.

Kau nak luahkan rasa kan?  Boleh je.. tak salah tapi yang salah apabila kau tak boleh terima hakikat apa yang orang lain bagitahu. Itulah yang menyebabkan kau rasa macam sakit sangatkan. Kalau kau tak percaya dekat sesiapa, kenapa tak luahkan dekat Allah.. Dia Maha Pendengar lagi Maha Mengasihani.

Cara kau.. cuba kau fikir. Belajar berdikari boleh tak? Tak kan every day ada orang nak layan karenah kau yang terlebih dos manja tahap entahlah.  Cemburu sangat!! Macamlah dia tu suami kau. Kau pun dengan dia bukannya ada apa-apa ikatan pun. Come on lah girl, bangkitlah dari permainan syaitan tu. Alahai!! Aku tengok kau pun kesiann... hmm..

Aku tak pernahlah ada niat nak rampas kau punya kekasih hati. Amiklah sana kekasih hati kau yang pertama dan terakhir itu. Aku bukannya kisah pun. Kau nak cinta mati ke apa ke dengan dia. Pergilah. Tapi, lepas ini..
Bila kau buat hal yang sama juga.. sorry to saylah sayang.. aku take time untuk maafkan kau. Kau faham tak!!!
Kau terasakan bila dia tak layan kau..
Bila dia marah kau..
Tapi, kau pernah kisah ke yang dia rimas ke tak? Dia perlukan masa bersendirian. Macam dia tak ada life dia sendiri. Jangan jadi queen control sangat. Boleh tak sayang? Nanti kau juga yang merana.

Aku bukan kisah pun kau dah couple berapa tahun pun. Orang lain pun couple juga tapi tak adalah seteruk macam gini. Masalah yang dah selesai dah tak ada timbul lagi. Kalau macam gitu, baik putus je. So, tak ada sesiapa yang sakit hati. Kau tak sakit hati dia pun tak sakit hati.

Oh yaaa... aku tahulah kau memang nak jeleskan aku kan masa tu.. tapi, aku tak jeles langsung.. langsung tak jeles. Buat apa aku nak jeles.. bukan aku ada hati dengan abang aku sendiri melainkan akan ada. So, sebelum aku akan ada hati tu, baik2 kau jaga elok2 eh. Kalau kau tak nak jaga hati dia elok2, meh sini bagi aku jaga hati dia pula. Mana tahu boleh rawat hati dia itu.

Hmm... kau cakap jangan ungkit lagikan kisah ini. Kan aku dah cakap kita dah selesai. Tapi, kau yang start ungkit dulu. So, kau nak salahkan aku dengan Amin ke? Why not? Kau tanya dia kau dulu. Sebab apa kau tak puas hati sangat. Sebab apa kau rasa hati kau sakit. Sebab apa kau nak berdendam. Semua itu tak perlulah.. tak perlu pun .. kes kita dah selesai tapi kau yang makin memanjangkan cerita. Jangan jadi orang yang terlalu tak matang boleh tak?

Kau ingat aku tak ada perasaan ke.. kau ingat aku tak stress ke bila kau buat perangai. For yr information, aku stress tahu tak masa exam pertengahan tahun. Result aku dari okay terus down... Pening aku ..  Demam aku .. fikirkan cara penyelesaiannya. Dua hari kot.. ada kau kisah. Dua hari itu juga aku menangis sebab kau. Gilakan. Semata-mata kau. Kau nak tahu sebab apa aku menangis.. Sebab aku dah penat sangat nak layan ayat2 kau yang sedap untuk didengar. Awesome betul!! Orang tanya kenapa aku menangis? Hey!! Kau ongat aku sukalah nak bercakap pasal orang lain dan tak kira bagaimana pun cara orang itu pujuk aku tak akan cakap kecuali aku sendiri yqng bagitahu. Kau faham tak? Kau kira untung tahu tak? Aku tak bagitahu pakwe kau. Cuma, pakwe kau tanya aku " Kenapa hah dengan wani tu?" Time tu jelah aku jawap. Lain2, aku simpan sorang2.. tak nak dia lagi pening. Ada kau tahu? Tak ada kan.. tak ada. Kenapa ye kau nak susahkan orang lain. Kalau orang tu dah sayangkan kau janganlah buat something yg boleh buat hubungan kau dengan dia renggang. Dia cakap dengan aku, biar dia yang selesai masalah ini dengan kau. Dia cakap dengan aku "adik, tak payah fikir dah." Start dari situ, aku tak fikir dah pasal kau. Kau tahu. Aku anggap tak ada pergaduhan antara kita tetapi hati kau itu yang aku tak tahu. Masih ada rasa berdendam. Takpelah dik.. bahagialah dengan apa yang kau buat. Kalau tak penat lagi buatlah sampai kau penat. Aku tahulah kau masih mentah tapi kalau kau tak reti nak jaga kenapa perlu kau bercouple. Baik kau uruskan diri kau yang mentah itu dulu. Tak gunalah nak couple masa sekarang. 

Umur kau pun masih belasah tahun. Masih panjang lagi cerita kau.. janganlah berfikiran singkat sangat. Jauh lagi kau kena hadapi liku-liku kehidupan ini. Bukannya setiap hari ada orang nak teman kau sana sini.

Banyak lagi ni aku nak cakap.. Rasa tak puas lagi nak bagi nasihat untuk kau. Kau nak menangis? Menangislah.. bukan aku kisah. Jangan fikir sakit kau sorang je, cuba fikir sakit orang lain juga. Sila kurangkan ego kau yang terlampau tinggi itu ye.. Oh ya.. sebelum itu, check listlah apa yang terkurang itu dalam diri kau. Oklah bye2..

Aku tahu entri ini merupakan entri yang paling menyakitkan hati. ENTRY pertama aku buat. Sakit hati tak? Tak.. baguslah. Okaylah. Bye wani sayang. Belajar rajin2 ye.



No comments:

Post a Comment