Jumaat, Jun 26, 2015

Mati itu pasti

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Mati itu pasti

Kematian,
Apa yang kau faham tentang itu?

Kematian,
Adakah kau sudah bersedia?

Kematian,
Bilakah akan terjadi kepadamu?

Kematian,
Bekalan apa yang telah kau sediakan?

Kematian,
Dengan cara bagaimana Dia menjemputmu?

Kematian,
Adakah orang di sekeliling kau reda dengan apa yang telah kau lakukan di sepanjang perjalanan hidup kau?

Kematian,
Setiap hari malaikat melihatmu tanpa penat dan lelah menunggu saat untuk mencabut nyawamu.

Kematian,
Kemanakah kehidupan kau selepas kembali kepadaNya?

Mati itu pasti,
Bila? Dimana?
Allah telah tetapkan.
Maka, lakukanlah kebaikan di dunia ini sebelum Allah menjemput kita.
Jangan pernah menunda untuk melakukan solat taubat.
Maafkanlah setiap kesalahan orang lain kerana mereka semua hanya insan biasa.
Berkasih sayang antara saudara. 
Berhati mulialah dalam setiap perkara.
Ikhlaskan segalanya dan bersabar atas apa yang telah Allah rencanakan.

Allah sayang kamu dan Dia tidak akan menguji sesuatu yang kamu tidak mampu. Senyum selalu di setiap ujian dan dugaan yang menimpa. Ada sesuatu yang istimewa sedang menanti.

Allah, adakah aku dapat kembali lagi ke tempat aku yang dulu?
Tempat yang sangat indah dan sungguh aku ingin kembali ke tempat itu. 
Layakkah aku ???? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
>terima kasih kerana sudi komen :)
> No ads links.
> No Anonymous.
> No Haters.
> No Stupid Words.
> Maaf sekiranya tidak dibalas.