Jumaat, Jun 05, 2015

MDABZ, THANK YOU SO MUCH!!!






Bismillah. Hari ini aku nak cerita pasal seseorang. Mungkin kehadiran dia membuatkan bertapa pentingnya dia dalam diri aku. Mungkin juga sebaliknya. Hmm..


Dia telah membuatkan aku gembira walaupun seketika. Dia take care pasal aku. Oh!!! Perasannya aku. Dan aku tak akan lupa kenangan bersama dia. Tak akan!!! InshaAllah. Aku pernah cakap dengan dia. Hubungan ini tak akan lama. Dan aku tahu perkara ini akan terjadi. Entahlah, aku sebenarnya malas nak kusutkan kepala aku dengan soal remeh ini. Lagi, buat hati aku sakit hati adalah. Hmm.. jujurlah dari hati aku sayang dia. Gila kau tak sayang!!  Hahaha.. Hmm... lupakan.  Aku harap dia tak baca dan tak akan tekan link blog aku dekat instagram. Aku tukar link blog sebab aku yang nak tukar. Sengaja je aku tukar link baru, biar ramai yang tertanya-tanya. Hahaha.


Aku tak akan lupa time kau tipu aku, kau cakap ibu yang kasi sapu tangan itu sebab masa itu kau lupa nak bawa balik tisu. Bila kau dah sampai depan kelas aku tanya kau? Kau macam control yang kau tak lupa apa yang aku pesan. Tiba-tiba kau bagi sapu tangan itu. Aku pelik tapi aku ambil juga.  Sebelum aku ambil sapu tangan itu,  aku tanya kau macam-macam soalan. Kau jawap seperti tiada apa-apa dan kau kawal riak muka kau agar tidak ketara yang kau tipu aku. Aku tak guna pun sapu tangan itu. Kau nak tahu aku genggam je sapu tangan itu sebab aku ragu-ragu nak guna. Keesokkannya, aku jumpa ibu. Aku tanya ibu, ibu cakap bila masa Amin minta saya sapu tangan sebab masa itu aku nak pulangkan semula sapu tangan itu. Kau tahu apa yang aku rasa? Allah, bertapa malunya aku. Dalam masa yang sama aku tahu, kau buat macam gitu sebab kau rasa serba salahkan. Kenapa kau tak berterus terang je time tu? Hmm.. takpelah Amin. Aku tak marah kau pun tapi aku nak berterima kasih sangat walaupun aku tak guna sapu tangan kau tu tapi pada pandangan aku kau seorang yang mengambil berat. Thank you so much. Tak mungkin aku akan jumpa orang yang macam kau lagi lepas ini.


Aku nak cakap aku banyak kenangan dengan kau? Jawapan aku setakat ini alhamdulillah,  Allah pertemukan aku dengan kau. Banyak aku pelajari dari kau. Lantaklah pasal kau tipu aku  ke apa ke? Kau cakap apa-apa  ke kat sape2.. Aku dah tak heran tapi tak bermakna aku dah lupa. Sekarang ini, aku nak menukilkan kenangan yang indah sahaja untuk menjadikan satu memori yang terindah yang Allah kirimkan sebelum aku pergi meninggalkan dunia yang akan tiba penghujung nya. Wei, kau jangan menangis pula!!! Chill wei... Aku dapat tahu kau menangis, siap kau?




Tak akan lupa juga, kau ambil berat pasal aku time aku demam even aku cakap dengan kau aku tak suka makan ubat dan aku tak suka minum 100 plus. Tapi, kau nak tahu kenapa aku minum dan telan juga panadol. Sebab aku hargai apa yang kau telah bagi. Kau sanggup pergi pasak semata-mata nak beli air 100 plus sebab dekat At 3 air tersebut dah habis. Aku tak suruh pun kau beli. Tapi, kau tekad nak beli juga.  Maaflah, aku minum sikit je 100 plus itu sebab memang aku tak suka. So, aku bagi Ikhmal. Maaf Amin.


Bila aku renung dalam-dalam..  kau nak tahu apa yang aku boleh tafsirkan pasal diri aku? Aku sering abaikan diri aku sendiri. Aku suka ikut cara aku dan tidak mempedulikan apa yang orang lain kata. Jujur lah aku tak retilah nak cakap banyak-banyak sebab aku lebih suka meluahkan melalui penulisan. Totally, semua orang tak kenal aku lagi. Macam mana aku suka, aku kusut, aku sedih, aku bahagia,  aku muram dan lain-lain lagi perasaan sebab aku jenis orang yang sukar untuk diramalkan. Tengok je senyum setiap hari padahal dalam kepala dah serabut dengan masalah. Dalam hati dah meraung. Tunggu nak meluahkan melalui air mata je . Bila sampai satu tahap yang memang sampai ke lubuk hati dan tidak dapat menipu lagi.  Maka, terlerailah titisan air mata. Sorry sebab aku jenis hati yang lembut macam kertas. Tengok wayang cerita big hero 6 pun boleh menangis apantar lagi bila cerita pasal perkara-perkara yang boleh menembusi hati aku ini. Kalau aku tak menangis walaupun sebenarnya tembus hati aku sebab aku ego ketika itu. Egolah sebab tak suka orang lain tengok aku menangis kecuali terdesak. Hehe. Tapi ego aku tak lama, lepas tiada orang aku akan menangis puas-puas. Itu cara aku dan mungkin juga cara perempuan lain di luar sana.
Nampak je aku macam tak heran dengan omongan orang lain.. tapi, terasa wei.. pendam pendam pendam sampai aku yang naik gila. Hahaha... Nak buat macam mana,  tempat yang paling selamat nak luahkan rasa hati yang terpendam ketika bersendirian dan cuba tanya diri balik apa yang menyebabkan aku jadi macam gini. Padahal, sepatutnya aku patut mengadu dekat Maha Pendengar. Alpa dan kau rasa apa lagi? Hmm.. Manusia memang begitulah?


Kenangan seterusnya, mungkin 20% kau dah kenal aku  tapi lagi 80% belum. Sama juga dengan aku. Tak kenal kau sepenuhnya.  Hanya mampu tafsir melalui pandangan yang sering di tipu dan sudah semestinya gangguan dari syaitan laknatullah.  Hmmm.. mengasut manusia untuk tunduk kepadanya. Allahu, jauhkanlah aku dari terus terhanyut dengan kekaburan yang direka oleh musuh yang nyata.


Terima kasih atas segalanya Amin. Aku malas nak buat ayat yang sweet untuk kau. Hahaha. Sebab aku tak nak!!! Sebab aku tak nak lah!! Hmm... berliku-liku ujian yang aku hadapi dan dugaan yang hadir mematangkan aku walaupun sebenarnya aku bukanlah matang sangat. Masih kanak-kanak Ribena yang perlu di didik dan di berikan kasih sayang. Hahaha.. jangan layan .. hahaha.. Sorry... iklan. Sengaja je buat lawak yang tak berapa nak jadi itu supaya aku tak hmm.. Maaf!!! Sebab suka sangat tinggalkan tanda tanya yang terlalu banyak dalam penulisan kali ini. TERUS TERANG JELAH MUNIRAH EZZATY. Hahaha.. tak nak..  kahkahkah. Biar aku nak letak jawapan tapi jawapannya tergantung. Cuba try jawap soalan itu. Hahaha. Okay, ada orang salah faham.  Hmm. Just nak cakap " supaya tak nak menangis je." Adoi.. payahlah macam gini. Delete jelah blog ni.


Biarlah tersimpan kemas dulu dalam hati. Suatu hari nanti, kalau ada masa aku cakaplah kalau aku nak cakap. Kalau tak nak..  biar tersimpan kemas dalam hati aku . So, kau tak perlu tahu dan kau tak perlu pening kepala layan kerenah aku yang  pftttt!!! HHaha..


Dan kini sudah sampai penghujung bicara untuk aku luahkan hasrat hati yang terpendam. Hahaha.. Tak tahu nak cakap apa lagi sebenarnya. Banyak sangat tokok tambahnya sampaikan jalan cerita yang hendak yang di nyatakan hanya  berapa percent je. Tak sampai separuh pun. Haish!!! Nampaknya ada rezeki lagi lah nak tulis pasal kau. Hahaha...


WALAUPUN SEMENTARA KAU JADI ABANG AKU TAPI AKU TETAP ANGGAP KAU ABANG AKU. MUNGKIN LEPAS INI TIADA LAGI ABANG OLOK- OLOK AKU LAGI. TAMAT!!! HANYA KAU SORANG JE YANG AKU IKTIRAF. HANYA KAU!! LEPAS NI... KALAU ADA PUN HAHAHAHA... INSHAALLAH... BAKAL SUAMI JIKA DI TAKDIRKAN UNTUK MERASAI NIKMAT RUMAH TANGGA. Itu jelah.. hahahahaha.. Itupun kalau ada jodoh dengan pak cik jauh aku.  Kalau tal ada dengan orang lain lah. Nanti datang tai bawak hadiah besar2 punya. Special tau!! Hahaha


Aku rasa banyak ayat yang merapu dari ayat yang ingin aku utarakan di sini. Haish!! Takpelah. Idea dah dicurahkan setakat itu je. Ingat kan nak buat lagu yang best tapi nantilah. Kahkahkah.. Jangan faham ayat tersebut. Sekian, terima kasih.


Tolak tambah tolak tambah tolak bagi campur darab tambah tolak sama dengan MATH ERROR!! Tinggal lagi berapa bulan je lagi lepas ni kita bawa diri kita menuju ke destinasi yang kita pilih dan yang telah di aturkan Nya.  Aku harap kau ingat ayat aku yang aku nak kau sambung study!!! Jangan pernah lupa tentang itu abang. Arghh sudah!! Tak sukalah macam gini. Hmmm. Dah lah aku nak kena tutup dulu hmmm.. bye2..


        ABANG, ADIK SAYANG ABANG!!! 
       TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.



Aku harap kau jangan salah faham baca ayat gila-gila aku.  Kau jangan pandai-pandai tafsirkan. Takut apa yang kau tafsirkan itu salah. Tak naya aku. Faham Abang Amin.  ̄﹏ ̄ Kalau kau salah faham aku tak nak kawan dengan kau. ( ̄︶ ̄)> <( ̄︶ ̄)/ (‵﹏′) ╮(‵▽′)╭



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright ©2015 Label : Freebies | Design by Mastura Aziz