Selasa, Jun 30, 2015

Pergi yang tak kembali

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Tak mampu di ungkap untuk mengatakan perasaan ini.. lidah terkelu hati beralun-alun membaca al-fatihah. Tenanglah wahai ibu saudaraku. Semoga urusanmu di sana dipermudahkan. Aminnnn... 


Kau di jemputNya di bulan mulia,
Menjadi tetamunya untuk bulan ini
Setelah kau berjuang menghadapi segala ujian dariNya 
Akhirnya, DIA memanggilmu.


Tenanglah di sana... 
Segala kebaikanmu akan ku kenang sentiasa, Kerana kau telah membentuk diriku untuk menjadi insan seperti sekarang, Terima kasih ku ucapkan walaupun tidak sempat aku luahkan ucapan itu kepadamu.


27/6/14.. Dapat panggilan daripada mak cik ... Mak yang cakap. Mak cu cakap kat mak " kak lijah berada kat wad icu dan keadaannya kritikal." Mak cu suruh bagithu atok. Petang itu juga abah mak dan atok pergi hospital muar. Aku tinggal kat rumah sorang-sorang. Pukul 6:00 petang, balik at 3 mak zura amik berbuka kat sana. Malam dalam pukul 11: 30 malam baru mak abah sampai at 3 amik aku. Balik rumah. siapkan homework. After that, tidur. Besok pagi bangun macam biasa. Rutin harian setiap kali pergi sekolah. Tapi keadaan wak lijah memang tak sedar. Koma.


Sebelum ini, aku ada buat puisi pasal kematian. Aku tak tahu kenapa aku tulis pasal tu. Allah, tak sangka ada maksud tersirat. Terima dengan hati terbuka apa yang telah Allah rancangkan. 
29/6/2014. Pukul 8 malam, telefon rumah dan handset mak memang tak henti berbunyi. Pukul 7 lebih aku tak tahu aku rasa macam nak menangis. Solat maghrib pun rasa sedih sangat. Berwhatsappp dgn kawan. Tetiba dpt Tahu dri anak dia yg segala anggota badan ibu dia dah x berfungsi . Allah...  Hanya terima dengan hati yang reda permergiaan dia. Dari pukul 8wak lijah menghempuskan nafas. Allah. Tenanglah kau di sana. Semoga segala urusanmu di sana dipermudahkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright ©2015 Label : Freebies | Design by Mastura Aziz