Khamis, Jun 25, 2015

Saban hari....

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Detik demi detik masa berjalan tanpa henti
Tanpa aku sadari bahawa aku telah  membazirkan masa tersebut dengan sesuatu yang sia-sia. 
Manusia begitulah saban hari.
Terleka dengan duniawi .

Allah, sungguh aku rasa diri ini begitu kerdil sekali. 
Saban hari melakukan dosa.
Saban hari tidak menyedari apa yang aku lakukan.
Bahkan, semakin banyak pula perkara yang menambahkan lagi dosaku.
Kenapa? Kenapa? 
Mengapa aku harus melakukan perkara yang sama. 
Mengapa aku harus mengikut kehendak Syaitan.
Mengapa aku harus mengikut hawa nafsu.


Allah, sungguh aku memerlukanMu setiap saat agar hati ku ini tidak mudah bertadah arah dari sinaran ajaranMu. 
Allah, peluk eratlah daku. Jangan biarkan aku tewas dengan permainan dunia. 
Allah, sinarilah hidayahMu agar aku terus mencintai apa yang engkau ajarkan.

Allah, aku hanya insan biasa. Insan yang selalu tanpa henti akan melakukan dosa antara sedar atau tidak. Sentiasa memerlukan perhatianMu. Sentiasa memerlukan hidayahMu untuk terus aku berjuang ke jalanMu.

Tak mudah untuk aku melaksanakanNya Ya Rabb. Banyak cabaran yang aku harus hadapi walaupun aku tidak meminta tetapi aku akui itu bahawa apa yang telah aku alami itu merupakan satu jalan untuk aku berjuang dan untuk terus aku mencari kekuatan dan kelemahan. Insan yang aku jumpai telah kau takdirkan. Antara aku memimpin mereka atau mereka yang memimpin aku untuk berada dalam landasan yang betul.  Terima kasih Allah, kerana sepanjang aku hidup ini kau pertemukan aku dengan mereka dan alhamdulilah kau mengirimkan insan-insan yang baik di sepanjang rantau kehidupanku.

Allah.. Mungkin hari ini aku sedar kesilapanku, Esok, aku lupa. Dan perkara ini  berlanjutan pada setiap hari. Bagaimana aku ingin menjadi seorang yang bermujahadah ke jalanMu? Pertemukanlah aku dengan insan tersebut Ya Allah sebelum Kau mengambil aku kembali. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
>terima kasih kerana sudi komen :)
> No ads links.
> No Anonymous.
> No Haters.
> No Stupid Words.
> Maaf sekiranya tidak dibalas.