Pages

Saturday, July 25, 2015

Terus melangkah

Aku terus melangkah..
Melangkah mencari sinaran..
Biarpun banyak halangan yang harus ditempuhi..
Aku tahu DIA ada bersama aku selalu..

Aku ingin menjadi seorang mujahidah.
Berjihad di atas muka bumi ini yang fana.
Melangkah dan terus melangkah mencari ilmu.
Tidak pernah berhenti dan berputus asa.

Kata- kata cacian dan makian,
Ku sandarkan sebagai kata semangat.
Mungkin sukar untuk aku menerima,
Tidak mengapa, sikit demi sedikit aku akan meraihnya.

Semoga aku kuat untuk melakukannya.

Thursday, July 23, 2015

Jaga.... Jaga... Jaga..

Assalamualaikum and happy earthlings =) 
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)       

 Dear myself, Sila jaga diri dengan sebaiknya. Makin kau dewasa, makin banyak yang kau harus tempuhi. Dugaan yang hadir, aku harap kau tetap kuat. Jangan pernah terlemas. Jangan pernah goyah. Bila perkara itu terjadi, perbaikilah. Hanya satu sahaja yang kau perlu tahu, tempat yang sebaiknya kau mengadu adalah DIA. DIA yang kekal abadi. Manusia? Sering kali berubah dan terus berubah. Kau tak akan dapat jangka dan kau tak boleh halang. Maka, serahkan segalanya. Biarlah apa pun yang terjadi. Aku nak kau kuat untuk diri kau sendiri. Ya.. kuat kerana DIA yang beri. Teruskan apa yang bakal terjadi, terima segala yang terjadi dan belajarlah dari apa yang terjadi. Itu adalah petanda dari Allah.  Trust yourself :D  Perlahan-lahanlah jaga pandangan mata. Sekurang-kurangnya kau tidak tertipu lagi dengan lirikan mata. Tidak menambahkan dosa kering kau tu . Tundukkan pandangan pada insan yang bukan muhrim dengan kau. Berusahalah. Allah ada. Semoga dapat membantu kau. Semoga kau tidak mengulangi perkara yang sama. Tak apa, bila Allah takdirkan insan yang selayaknya , kau pandanglah puas-puas.   Perlahan-lahanlah jaga mulut. Kawal percakapan. Jangan terlalu banyak membazirkan masa dengan sesuatu yang sia-sia. Biar pendiam tapi berilmu pengetahuan. Kerana mulut, boleh buat orang terasa hati. Kerana mulut, boleh merosakkan sesuatu hubungan itu. Kerana mulut, ramai yang terluka. Kerana mulut juga, ramai yang berbohong. Kerana mulut, berbidas perkataan yang cantik di susun untuk membangga diri. Ketahuilah di sana nanti, bahawa mulut tidak boleh berkata. Bisu. Ubahlah.    Perlahan-lahan berubah. Tak apalah belajar sikit2. Lama2 nanti dah terbiasa. Macam kau buat sekarang ni. Keluar pakai stoking. Pakai baju longgar. Tak suka benda2 yg jarang, ketat dan blablabla. Kalau nak pakai macam gitu pun dekat rumahlah tapi janganlah biasakan. Pakai bila perlu sahaja. Impian aku nak pakai tudung labuh dan jubah setiap hari. Boleh tak? InshaAllah. Semakin kau ingin berubah, semakin banyak yang harus kau lalui. Perubahan yang kau laksanakan ini semuanya kerana DIA. DIA yang memberikan kau hidayah dan kekuatan. Jika kau lemah tak terdaya, yakin Allah membantu kau melalui orang yang dikirimkannya. Luahkanlah segalanya. Ada kalanya, Allah menguji.. DIA menghantarkan orang yang salah. Apakah tindakan kau? Bagaimana cara kau mengatasinya? Disitulah ujian yang DIA beri. Mungkin kau akan kecewa. Sedih. Merana dan sebagainya tapi yakinlah Allah berikan dugaan itu bersebab. Berbaik sangka dengan Allah.  

Sunday, July 19, 2015

Aku.....

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
Apa aku buat ni.
Apa aku buat ni.
Apa aku buat ni.
Kenapa aku sanggup buat macam gini. 
Kenapa? Ya Allah.. apasal aku ni. 
Sanggup buat macam gitu. Ya Allah.. 
Aku tak faham dengan diri aku. *Slapp 
Aku tahu dia kecewaaaaaaaaa teramat sangat. How can I do be like this?? Jawap Mun.. jawap... 
Lepaskan jelah semua yang ada dekat hati kau tu. Kenapa nak seksa hati kau? Kenapa? Tak bagus kau tahu. Tak bagus.. Goooo... buang jauh.. jauh... 
Okay.. senang cerita... kau buat apa yang kau suka dan kau tengok hasilnya nanti. Aku tahu kau akan kecewa nanti... Kenapa mesti buat macam gini. 
SEBAB AKU YANG EGO 
Perasaan itu boleh mati dengan sendiri. Percayalah... Kau hanya perlu ingatkan diri kau setiap hari dan sibukkn diri dan jangan fikir sangat pasal ni. 
Allah tengah uji kau sebenarnya. 
Kalau boleh. Your future sayang. Lepaskan segalanya. Aku kena cakap dengan dia depan2. Lepastu kes ni tutup. 

Menunggu waktu itu tiba .... Huh!!!

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
Can I throw back all about you? Hmm.. Maybe yes.. 
Siapa dia? Dia orang yang terpenting dalam hidup aku. Namanya? Suatu hari nanti nama dia akan lesap dalam ingatan aku kerana aku terpaksa lakukan. Umur dia? Rahsia. Biarlah jadi kenangan dan tak mungkin aku lupa. Hmm, sebaya ke? Maaf, tidak boleh jawap. Ciri-ciri dia? So manylah. Aku pun tak naklah tulis kat sini. Sebab orang itu akan tahu jugakan. So, di rahsiakan. Special ke dia? Hahahaha. Yes, very special for me. But, hmmm... nothinglah. Kenapa tak nak cakap dengan dia? Sebab aku tak nak lukakan hati sesiapa termasuk aku. Tipu, hati kau lukakan? Haha.. no comment. Kalau macam gitu apa yang kau nak buat? Bawa diri jauh-jauh dari dia. Tenangkan diri, lepaskan segalanya dan terima apa yang tertulis. Tak macam jadi pengecut ke? Hahaha, biarlah sebab aku tak mampu nak terus belagak aku tenang dengan semua yang berlaku. Maka dengan itu, biarlah kali ini aku jadi pengecut hanya di sebabkan ini. Bukan kau ni jenis yang selamba badak je ke? Haha, selamba aku pun ada malunya juga. Kadang-kadang dengan selamba itu terbit rasa malu yang usah di katakan. Tapi, just buat tak tahu je. Berapa lama kau nak lupakan dia? Tengok lah nanti kalau dapat lupakan dia. Dia tahu tentang kau nak pergi jauh dari dia? Entah, mungkin dia tak tahu. Takpelah, biar aku pergi senyap2. Kau tak sayang dia? Haahaha, soalan yang sukar yang jawap. Sorry... Aku tahu kau sayang diakan? Taklah. Tak sayang langsung. Kau nak tipu lagi? Terpaksa kalau nak halang hati ini dari terus mengingati dia. Tak kesian ke dekat dia? Hurm.. dia boleh hidup dengan kehidupan dia. Mungkin lebih baik. Kau dah kenapa? Kenapa apa , aku okay jaa. Kalau dia tahu kau rasa dia nak lepaskan kau ke?  Hmm.. aku ada hak nak pergi sebab dia bukab sesiapa bagi aku. Huh! Dahlah aku nak blah dulu. Kau nak pergi mana? Masuk tidur.  Aku tahu kau sayang dia sangatkan. Huh! Tak lah ... tak... tak... tak... okay bye. 

Friday, July 17, 2015

Isi Hatiku

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Atok Mad and Idah , Muni rindu dengan atok dan nenek. Muni rindu nak beraya dengan atok. Muni rindu nak dengar bebelan atok, Muni rindu nak dengar atok suruh Muni buat itu ini. Muni rindu masakan atok, Muni rindu nak pergi berjalan dengan atok, Muni rindu nak kena marah dengan atok. Muni rindu nak dapat baju yang atok bagi. Muni rindu nak peluk atok. Muni rindu nak tengok senyuman atok. Muni rindu nak buatkan atok air. Muni rindu nak rasa kuih koci, kuih raya yang atok buat. Muni rindu nak pergi kebun dengan atok. Muni rindu nak kemas belakang rumah. Muni rindu dengan atok. Muni, dah lama tak lawat atok. Muni... dan Muni rasa sunyi sangat bila balik at 3. Tak ada sesiapa. Muni dah jarang balik AT 3 sejak atok dah tak ada. Dulu, tiap-tiap hari Muni balik sana bila time raya, puasa dan hari minggu. Nanti pergi jalan dengan atok. Atok marah bila Muni bangun lambat, nanti atok paksa bangun. Rindu .. Muni rindu semua kenangan itu atok. Sekarang Muni dah tak dapat rasa lagi macam gitu. Hanya kenangan dulu pengubat rindu. Hmm.. 


Nenek, Eza rindu nenek. Nenek jaga Eza sejak Eza kecil lagi. Eza terlalu rapat dengan nenek sampai nenek dah pergi pun Eza tak boleh terima. Nek, Eza rindu nak peluk nenek. Eza rindu nak dengar suara nenek. Eza rindu nak rasa kuih yang nenek buat. Eza rindu sangat-sangat. Nenek tak pernah marah Eza. Nenek tak pernah tinggikan suara. Nenek kalau marah suka sangat besarkan mata. Nek, Eza rindu nak mengaji dengan nenek. Eza rindu sangat-sangat. Dah lama tak ziarah nenek. Last, Eza lawat nenek. masa Eza sakit lepas nenek pergi. Hmm... 


Allah... permudahkanlah segala urusan mereka di sana.. Al-Fatihah buat kesayangan. :'(

Allah bagi aku ujian sejak aku kecil, Dia nak aku kuat. Aku belajar menjadi kuat ketika aku kehilangan mereka. Aku belajar berdikari. Aku belajar segalanya dari mereka. Kadang-kala, aku menangis tanpa henti.. Bila ingat mereka. Rindu usah di katakan. Kadang-kala, aku jatuh juga,. Tapi, syukurlah ada mak abah yang sentiasa ada dengan aku. Mak abah yang tahu aku macam mana, Mak abah yang tak pernah paksa aku. Mak abah yang selalu tahu apa yang aku inginkan. Mak abah yang sangat-sangat memahami. Mak abah yang tak pernah mengongkong apa yang aku inginkan. Mak abah yang sentiasa berikan aku kebebasan untuk memilih. Mak abah yang selalu berikan aku kekuatan. Mak abah yang berikan aku pengajaran. Mak abah yang tahu apa yang berlaku pada aku,. Mak abah yang faham dengan perangai aku. Bila aku marah, tak suka, menangis, gembira, sedih, duka, merajuk dan segalanya. Allah, Aku tak tahu bila kau tarik nyawa mereka, bagaimana dengan keadaan aku nanti? Bersediakah aku untuk menghadapi saat kehilangan mereka. 

Hurm..

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
Hati...
Kenapa boleh sampai macam gini? 
Kenapa boleh sedih macam gini? 
Maaf.. 
Tak boleh nak baca apa yang dia tulis.
Sebab aku rasa sedih sangat. 
Huarghhhh..  
Hurm.... 
Tidurlah harap esok kembali kuat.
Jangan tumpahkan air mata lagi. 
Off.. 

Thursday, July 16, 2015

Maafkan aku

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
Terima kasih kerana ada bersama aku,
Terima kasih kerana menggembirakan aku,
Terima kasih kerana sabar melayan karenah aku,
Terima kasih kerana tidak berputus asa.
Terima kasih kerana membuatkan aku terlalu sayangkan kau.
Aku tak boleh nak cakap dengan kau secara real sebab aku tak mampu. 
Aku tak mampu nak cakap yang aku jeles bila nampak kau dengan orang lain.
Aku tak mampu nak cakap yang aku tak rindu kau selama ini.
Aku tak mampu nak sembunyikan apa yang aku rasa sebab kau akan tahu juga.
Aku sengaja mengelak dari jumpa kau. 
Aku sengaja tak nak bercakap dengan kau.
Aku sengaja tak nak kau risau pasal aku. 
Tapi.... aku kalah sebenarnya....
Aku kalah bila lihat kau senyum. 
Aku kalah bila lihat kau ketawa.
Aku kalah bila lihat mata kau.
Dan Aku kalah bila kau selalu cari aku.
Aku tak mampu nak lihat kau diam tiba-tiba,
Aku tak mampu nak lihat kau sedih,
Aku tak mampu nak lihat kau muram. 
Aku rasa bersalah sangat bila lihat keadaan kau macam gitu.
Maafkan aku....
Aku cuba buang perasaan yang tak pernah aku jangka akan hadir bila aku bersama kau.
Aku cuba buang perasaan itu agar ia tidak bertambah mekar.
Aku cuba untuk lupakan kau dan aku cuba buat biasa-biasa sahaja
tetapi ternyata aku kekok bila bersama dengan kau sebenarnya. 
Maafkan aku...
Sebab ada perasaan ini. Ia muncul tanpa di undang. 
Tapi, kau jangan risau aku cuba hilangkan perasaan itu. 
Moga perasaan itu tidak timbul kembali. 
Maafkan aku..
Kalau selama ini buat kau risau pasal aku.
Walaupun aku cuba menindakkan apa yang kau cakap tapi itulah yang terjadi sebenarnya.
Maafkan aku..
Jika lepas ini aku tak muncul kembali di hadapan kau.
Aku terpaksa lakukan untuk kebaikan kita berdua, 
Maafkan aku..
Jika aku membuatkan kau menangis kerana aku. 
Aku tak pernah sempurna. 
Maafkan aku..
Kerana terlalu degil dan buat kau penat nak layan dan kau tetap tak berputus asa suruh aku tidur. 
Kau nak aku tidur dulu baru kau tidur. 
Maafkan aku. 
Atas segalanya.. 
Mungkin lepas ini aku tak akan memerhatikan kau lagi. 

Tuesday, July 14, 2015

Hari Bermaafan di sekolah

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
Tadi lepas habis buat majlis khatam Al-Quran, pelajar perempuan kena pergi surau perempuan. Pergilah menuju ke surau, Jannah suruh ikut saf. Huhu. Sementara nak tunggu solat zohor, cikgu Ruhaya bagi pengumuman pakaian untuk naik cuti nanti. Lepastu, cikgu Ruhaya cakap kalau nak mulakan sesi bermaafan lepas solat, awak semua nak balik cepat. So, kita mulakan  sekarang. Start dari saf belakang. Tunggu turn, cakap dengan mai dan wan, jom kita bagi ucapan tapi jangan menangis tau. Haha. Asalnya begitulah bila dah start bersalaman dengan cikgu-cikgu rileks lagi. Ada cikgu yang bagi kata-kata semangat. Bila turn aku nak salam ibu. Aku tak boleh aku kalah. Aku cakap dengan cikgu Samaizah kejap eh cikgu. Aku cakap dengan ibu, aku minta maaf sebab kalau ada salah dan silap, dah lama tak jumpa ibu dan dah lama tak naik library. Ibu angguk je. Sebenarnya ada lagi tapi aku simpan dulu sebab tak boleh nak cakap dah. Semua cikgu cakap "Kenapa menangis ni? " "Mun... mun.. " haha.. Serius ait mata aku tumpah banyak hari ini. Cikgu wanie cakap "Dah.. dah.. " Salam minta maaf semua. Bila jumpa cikgu Hamizah, aku minta maaf lagi untuk kali ke tiga or dua. Cikgu cakap " kan dah minta maaf semalam." Dengan air mata yang masih bersisa tu. Salam cikgu Fadillah.. Haha.. Memang dah tak boleh kawal dah getaran rasa aku. Cikgu Ruslaili , dah sorok dekat langsir dah. Aku cakap " Cikgu , jangan menangis." Last, cikgu Faezah, cikgu cakaplah " ada masa lagi, aku boleh buat ", terus berlambak air mata jatuh. Tengok budak2 ni semua pandang aku. Aku buat tak tahu je. Hahaha. Air mata jatuh berlambak. Masa amik air sembahyang kawal hati. Kawal.. haha. Serius aku menangis. Lepas dah tu. Duduk dengan Ana dengan Ain. Ana dia minta maaf, huargh.. aku ckp jangan Ana lepas solat nanti. Lepas solat budak2 5 SC kena tunggu sebab kitorang nak bermaafan antara satu sama lain. Salamlah sesama mereka. Aku kawal rentak emosi aku yang dah sedia sedih ni. Haha. Bila turn Effa nak minta maaf dengan aku aku cakap tak naklah. Dahtu, aku paksa juga, Effa cakaplah ayat dia. Masa peluk Effa  terus aku menangis dekat bahu dia. Effa mengingatkan aku dekat akak Sufi. Macam gitulah time aku menangis sewaktu jumpa akak Sufi. Minta maaf dengan budak2 ni yang lain juga. Aku cakap aku tak nak menangis, so aku buat ayat pendek sependeknya. Bila turn wan minta maaf dengan aku, aku terus menangis macam apa. Kitorang dah kawan lama, sejak dia masuk sekolah agama lagi. Selalu sama-sama. So, aku memang dah faham sangat dengan wan. Paling tersentuh bila wan cakap " Wan minta maaf sebab tak jadi kawan terbaik untuk Mun." Aku dah tak boleh nak cakap apa lagi.  Ayat itu sungguh menusuk tangkai hati aku. Turn Nasha, aku suruh dia yang cakap dulu. Dia pun cakaplah. Nasha sebenarnya nak buat kronologi persahabatan antara aku dengan dia tapi aku suruh dia ringkaskan. Last sekali dengan Hazira, kami berjaya tak menangis antara satu sama lain. Lepastu, jumpa cikgu Minah minta maaf, cikgu Esham dan pengetua. Huhu. Pengetua cakap " ni mesti ada kutuk belakang ni" dah tu kitorang cakap " Tak adalah cikgu." Haha. Jumpa cikgu lain pula. Minta maaf . Dan aku tak jumpa budak kelas lelaki nak minta maaf. Huhuhu.  Petang ini, aku tak tahu nak cakap macam mana. Semoga aku tak menangia ya. Hmm... 

Sayang ...

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
Abang. Baru beberapa bulan jekan hubungan adik abang ini. Tapi, adik rasa macam terlalu banyak dugaan kita terima. Abang, andai satu saat nanti, adik tak ada. Adik nak abang tetap kuat ya. Teruskan kehidupan abang. Jangan menangis sebab adik. 
Abang, secara peribadinya, adik senang sangat dengan abang. Adik tak tahu macam  mana adik boleh terus rapat dengan abang. Adik tak tahu macam mana adik boleh anggap abang sebagai abang. Adik tak tahu abang. Mungkin lepas ini dah tak ada lagi. Sungguh abang, adik sayang abang. 
Tak tahu bila perasaan itu hadir. Tak tahu bila kenapa mesti berlaku. Adik akui adik jeles tapi ada masa adik tak jeles. Adik penat abang. Adik dah malas. Adik malas nak layankan perasaan. Sebab adik takut, perasaan sayang itu makin bertambah dari sehari ke sehari. So, adik ambil langkah ini. Tak bertegur dengan abang , Menjauh dari abang dan macam- macam lagi. Mungkin itu lebih baik bila kita terpisah nanti dan tiada orang lain anggap yang bukan-bukan. Iya, adik tahu adik menyeksa diri adik sendiri sebenarnya. Tak apalah abang. Adik okay selagi adik mampu. Biarlah apa pun yang terjadi lepas ini, Allah yang rancang. 
Tapi abang, Allah itu Maha Mengetahui. Makin adik cuba melarikan diri. Allah hantarkan orang tertentu untuk baikpulihkan hubungan ini. Tak pernah terjangka dek akal. Bila budak ni cakap adik.. adik... Adik rasa adik tak sanggup lagi nak buat abang macam tak wujud depan adik. Adik tak sanggup lagi nak larikan diri adik dari abang. Bila abang cari adik, adik rasa kenapa adik perlu buat abang macam gitu sekali? Kenapa? Mungkin adik ikutkan hati sangat. 
Bila budak2 ni selalu bahan adik dengan nama abang dalam kelas, adik selalu tanya diri adik kenapa mesti nama abang akan timbul bila adik buat sesuatu. Adik tak faham sebenarnya motif utama. Adik anggap semua itu sebagai kenangan yang tak mampu adik dapat lagi selepas ini. 
Abang.. adik tak tahulah apa yang abang rasa saat baca ayat ini. Tapi adik harap abang tak menangis. Tapi, adik dapat agak apa yang berlaku ? Adik kenal abanglah macam mana. Abang tak boleh menangis abang kena kuat :) haha. Biar adik sorang je menangis. Hehe.
Hahaha.. tak boleh nak sambung lagi. Idea kering pula. Terima kasih abang sebab sabar layan adik. Terima kasih sebab tahan dengan perangai adik. Dan terima kasih juga sebab berusaha untuk rapatkan hubungan kita balik semua. Terima kasih abang atas segalanya. 
Adik sokong abang dari belakang dan adik doakan abang berjaya mendapatkan apa yang abang inginkan. InshaAllah.  Dan hmm.. tak ada apalah. 
 

Monday, July 13, 2015

Note SN

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
Malam ini. Aku rasa aku nak bercerita sedikit mungkin. Lantak oranglah nak cakap apa aku malas dah nak layan. Penat nak layan. Penat.. ya aku penat. Cukuplah ... apa yang terjadi. Akak sufi, akak pernah cakap dengan adik form 5 macam2 jadi dengan akak. Macam-macam dugaan yang datang. Akak nak tahu... adik rasa tahun ini banyak sangat dugaan yang Allah bagi. Adik cuba untuk jadi kuat akak. Adik cuba untuk bertahan. Kadang-kala jatuh tersungkur juga. Kadang-kala adik rasa kenapa dugaan ini berat sangat. Kak, Adik tak tahu nak buat macam mana lagi tapi adik cuba untuk pekakkan telinga dan hanya  adik mampu memerhati. Akak... akak banyak bantu adik. Macam adik tanya akak tu. Akak buat adik sedar satu perkara. Begitu mendalam maksud akak. Akak... terima kasih ya. Walaupun jauh ... walaupun kita tak dapat nak berkongsi cerita selalu. Tapi, akak selalu buat adik rasa tenang dan adik begitu bersyukur sangat Allah pertemukan adik dengan akak. Akak adik harap ukhuwah kita berkekalan ya. Kita sama-sama bangkit ya. Akak kuat!! Adik pun kuat!! Nanti bila dah berjaya. Jangan lupa adik ya akak. Adik tahu akak boleh buat. Tak apa akak try yr best kat sana. Nanti kalau kita panjang umur InshaAllah kita jumpa lagi. Adik sayang akak. Terima kasih untuk 5 tahun ini. Terima kasih akak sangat- sangat. 

Akak ingat lagi masa adik menangis time peluk akak masa awal tahun. Akak datang sebab nak latih budak silat. Time adik nak balik, baru budak silat keluar. Akak panggil adik.terus adik peluk akak. Adik menangis dekat bahu akak. Masa memang ada perkara yang terbeban. Bukan salah akak pun. Akak dah jadi kakak yang terbaik untuk adik. Terima kasih yaa. Did u know, i miss you so much !!! Hmm.. take care, dear. 

Thursday, July 09, 2015

4 Tanda Lelaki Minat Anda

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Petanda pertama : Renungan tepat pada mata.
Lelaki yang berminat pada diri anda biasanya akan merenung tepat pada mata anda tanpa ada perasaan ragu – ragu. Dia hanya alihkan pandangan jika ada perkara yang menghalang dia. Apabila dia ada ruang dan kesempatan, dia akan renung pada mata anda.

Petanda kedua ; Menjaga kelakuannya.
Apabila ada lelaki yang sentiasa menjaga kelakuannya di hadapan anda, dia sebenarnya minat pada anda. Dia hendak anda lihat sisi baik dia dan sangat berharap ekspressi anda terhadap dia adalah baik-baik belaka.

Petanda ketiga ; Senyuman.
Lelaki akan sentiasa senyum pada wanita yang dia suka. Jika anda terlihat ada lelaki yang selalu tersenyum pada diri anda, dia sebenarnya minat pada diri anda. Senyuman dia sangat manis sehinggakan anda sendiri rasa seronok untuk melihat mukanya yang tersenyum.

Petanda keempat : Sentiasa cari ruang untuk bercakap dengan anda.
Apabila lelaki minat akan seseorang, dia akan berusaha sedaya upaya untuk bercakap dengannya. Lelaki yang ingin berkawan rapat dengan anda, dia akan sentiasa cari ruang untuk bercakap dengan anda. Dia akan gunakan berbagai cara untuk rapatkan diri dengan anda termasuklah cara yang bakal memalukan dirinya.

12 Perkara Penting Tentang Cinta!

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Bila mood nak berblogging. Suka hati aku lah nak post apa... Haha.. Nah! 12 Perkara Penting Tentang Cinta!
1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk di mengertikan.
7. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, di saat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

Muhasabah Diri

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Diri ini..
Masih ada yang kurang, 
Masih perlu diperbaiki,
Masih ada yang kosong.

Di mana? Di mana aku harus cari?
Cari apa yang aku perlu. 
Hanya satu sahaja jawapan aku,
Mengadulah pada sang pencipta.

Moga.. 
Kau kuat untuk hadapi. 
Kau tidak putus asa.
Kau tidak terleka.
Kau tidak tersasar jauh ... jauh dari landasan. 


Hadir Kembali

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
Sunggu aku tak mampu bila perasaan itu hadir semula. Mekar tanpa aku pinta. Ketika aku sudah menutup pintu hati ini. Allah hadirkan perasaan ini kembali. Allah. Sungguh aku tidak mengerti. Mengapa aku harus lalui lagi? Aku rasa bersalah sangat bila perasaan ini hadir. Aku rasa aku tidak sepatutnya mempunyai perasaan ini. Sungguh.. aku tidak ingin. Cuma, Aku harap perasaan ini akan terkubur tidak lama lagi sepertimana aku pernah bermohon padaMu sebelum ini. Aku mohon Kau jauhkanlah perasaan yang ada pada aku kini. Aku tidak ingin dan aku tidak mahu tersungkur lagi buat kali kedua. Cukup untuk aku rasa bagaimana sukarnya dan peritnya sakit itu. Sungguh membuatkan aku sukar untuk melepaskannya bila aku terpaksa merelakan diri aku untuk melepaskannya. Aku pilih antara dua pilihan yang ada. Sama ada. Aku tetap pilih dia atau aku pilih apa yang kau aturkan. Dan ternyata, bila aku melepaskan dia aku rasa bahagia. Lapang dan tidak terfikir mengenai dia lagi kecuali saat berjumpa dan bila seseorang mengingati aku dengan dia. Maka, untuk kali ini aku ingin begitu juga. Aku penat nak lalui perkara yang sama. Mempunyai perasaan yang sama dan mengapa aku harus mempunyai perasaan itu kepada orang lain. I hate this feeling. Sungguh.. aku tak kuat!!! Aku tak mampu nak teruskan bila macam gini. Arghhh.. sukarnya bila perasaan sayang itu sudah timbul dalam diri. Allah. Jauhkan.. jauhkan.. Tak nak !! Tak nak!!! Dan aku tak mampu nak benci dia sebab aku dah sayang dia. Huwaaaa.. 

Wednesday, July 08, 2015

If you were born on.....

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
If U were born on the 1st, 10th, 19th, 28th of any month U r number 1….
If U were born on the 2nd, 11th, 20th, 29th of any month then U r number 2…
If U were born on the 3rd, 12th, 21st, 30th of any month then U r number 3…
If U were born on the 4th, 13th, 22nd, 31st of any month then U r number 4…
If U were born on the 5th, 14th, 23rd of any month then U r number 5…
If U were born on the 6th, 15th, 24th of any month then U r number 6…
If U were born on the 7th, 16th, 25th of any month then U r number 7…
If U were born on the 8th,17th,26th of any month then U r number 8…
If U were born on the 9th,18th,27th of any month then U r number 9
Number 1
You are smart, straight talking, funny, stubborn, hardworking, honest,Jealous on competing basis, kind hearted, angry, friendly, authorities, Famous person… always want to be and regarded as first on people position, they are often like to be independent, will never be under others, self confident people!
You are most likely to fall in love in the younger age, but will get marry when you mature! You are likely to have problems with people who have opposite views
And you are most likely to take revenge over your enemies in a long time basis. You are a spender, but you will have a good profession in the future.
If you are guy you will be very popular that everybody will have mental attraction and respect at you. You can go anywhere from the local shop to the heart of the parliament because you are positive and well talented in numerous issues!! But in your life you will always have some people who will work hard to bring you & your name down. This is undercover!! Coz of your smart behavior you will be hated by some people too…
Your family life is very cool, you will have a very nice partner & wonderful children… You are pioneer, independent & original…
Your best match is 4,6,8 good match is 3,5,7 !!!
Number 2
No matter what, you will be loved by every one because your ruler is the moon and every one loves the Moon. Well.. You are a person who day dream a lot, you have very low-self confidence, you need back up for every move in your life, you are very much unpredictable. Means you do change according to time and circumstances, kind a selfish, have a very strong sense of musical, artistic talent, verbal communication.
Your attitudes are like the Moon, comes to gloom and fade away so everybody can expect changes in you. You can be a next Mahatma Gandhi who does peace love or you can be a Hitler who wants to destroy the man kind and peace (I mean in the community and your own home).
If you really have a deep thought about your own believe in God you can feel the difference which will make you stronger! Most of the time your words are a kind of would be happening true! So without any knowledge you can predict the situation. You will become poets, writers, any Artistic business people!
You are not strong in love, so you will be there and here till you get marry.. If U r a girl you will be a responsible woman in the whole family. If U r a man you will involve in fights & arguments in the family or Vice-versa. Means you will sacrifice your life for the goodness sake of Your family…You are gentle , intuitive with a broad vision, a power behind the scenes, well balanced People!!!
Your best match is 2 ,5 ,9 no other people can put up with you !!!
Number 3
You are a person of hard hearted, selfish most of the times, religious, loves to climb up in your life. You always tend to have lots of problems within your family in the early stages but you will put up with everything.. You have the strong word power, pretty happy face.. So wherever you go always you have got what you wanted!!! And from the birth always wanted to work hard in order to achieve something.. You will not get anything without hardwork! When you reach a man/ woman age you want other younger once to listen to you because you want younger people to respect people older than them. You do set so many examples to others.
Generally you are not a cool person. It’s not easy thing dealing with you. A tough player you are! But once you like someone’s attitude then here you go, what can I say? It will be a lasting friendship. You always have respect from others.
Your life seems to have lots of worries and problems but sure they won’t be long.. you will always have brilliant kids!!! You love the money a bit too much so temptation will push you to endless trying and trying.. If you are a guy then it’s over. Looking after your family and help friends, so you will spend a life time just being generous and kind (except 21st born men). And number 3s you will
be such an example of how to be in the culture & life!!! If you are girl then you have good character and culture & hardworking attitude. You always follow.
You are a freedom lover, creative, ambition focused, a person who brings beauty , hope & joy to this world!!!
Your best match 6 ,9. Good match 1 ,3 ,5 !!!
Number 4
You are very stubborn too, very hard working but unlucky in important matters in life, very cool, helpful, you have rough word power.. Might put lots of people away from you, you may cause nuisance to others if you are a man, and you often understands others and their problems well. If you are a girl you are very good with studies and arts. If you are a guy you spend most of the time after girl friends (almost) at times, you will have sort of too much fun life with mates & girls. Your friends will spend your time & money and get away with their life and you will become empty handed and don’t know what to do… So be careful!! You love to spend anyway!!!
Your good will is you are always there to help family and friends. Tell you what you people are little gem! s, specially the girls.. You always fall in love in younger age as well. You often live with disappointments, for an example you have got a degree in some thing… but you will be unemployed.. or will do very ordinary jobs.
But you will take care of your family very well…All you need to be careful of people who will take advantage of your kind heart. And beware of your relations too..
You are radical, patient, persistent,a bit old-fashioned, you live with foundation & order…
Your best Match 1, 8. Good match 5 ,6 , 7 !!!
Number 5
You are very popular within the community, you can get things done by just chatting to even enemies! You have a pretty good business mind, you are often have no-idea what is today is like, or tomorrow is like, you are a person who does anything when your head thinks “lets do this”. You will be famous if you open up a business, get involve in share dealings, music etc. Very popular with sense of humor , you are the one your friends and families will always ask for help, and you are the one actually get money on credit and help your friends. You will have more than one relationship, but when you get settle down you will be a bit selfish anyway. Because your other half will have a pretty good amount of control in you, be careful! You tend to go for other relationships! Contacts even you are married at times because your popularity. 
You are someone who get along with anyone because the number 5 is the middle number. Changes and freedom lovers you are! You are an explorer with magic on your face. You learn your life through experience and it’s your best teacher!!!
Your best match 1 ,2 ,9. Good match 6 ,8 !!!
Number 6
Ooopppss..you are born to enjoy.. You don’t care about others. I mean you are always want to enjoy your life time, you are a person.. You will be very good in either education or work wise or business management! You are talented, kind (but with only people who you think are nice), very beautiful girls and guys, popular and more than lucky with anything in your lives. All the goodness does come with you. Your mind and body is just made perfect for love.
You are lovable by any other numbers. But if you are a number 6 man, you will experience kind of looks from most girls and will involve in more than few relationships until you get married. If you are girl, most of you will get marry/engaged early. You are a caring person towards your family & friends .
If you miss the half-way mark then you are about to suffer physically and mentally. Generally you will lead a very good inner-home happiness with nothing short of. You are a person of compassion, comfort & fairness, domestic responsibility, good judgment, and after all you can heal this world wounds to make peace for every life coz you have the great power of caring talent to make this world of love one step further…
Your best match 1, 6, 9. Good match 4, 5 !!!
Number 7
You have got the attraction to anyone out there, you are realistic, very confident, happy, such a talented individual with your education, music, arts, singing, and most importantly acting too. You have real problems with bad temper! If you are a girl, you are popular with the subjects listed above.
You give up things for your parents. I mean you value your family status a lot, you will be in the top rank when you reach a certain age. If you are a guy you are popular with girls, you are a very talented too. Most of the number 7s face lots of problems with their marriage life.
Only a very few are happy. You have everything in your life, but still always number 7s have some sort of unfullfilness, such worries all their lifetime.
It’s probably the Lord given you all sort of over the standard humans talents and you are about to suffer in family life. So you need to get ready looking for a partner rather than waiting. If you don’t, then you might end-up single. So take care with this issue, ok?
You are wonderful, friendly, artistic, happy person.. You are born to contribute lots to this world!!!
Your best match is 2. Good matches are 1,4 !!!
Number 8
You are a very strong personality, there’s no one out there will understand you. You are very good at pointing your finger at some thing and say “this is what”.
You are more likely to suffer from the early ages. I mean poverty. If your times are not good you might lose either of your parent and end up looking after your entire family. You often suffer all the way in life.
The problems will not allow you to study further, but you will learn the life in a very practical way. You are the one who will fight for justice and may die in the war too. You are normally very reserved with handful of friends and most of the time live life lonely and always prepared to help others.
Well. once you get married (which is often late) then your bad lucks will go away a bit and you! u become safe. You will face un-expected problems such as :
the error, government, poisonous animals, accidents.
You are some one with great discipline, persistence, courage, strength which will take you to success. You are a great part of a family team. You are a fighter!
Your Best match 1 ,4, 8. Good match 5 !!!
Number 9
Hey…you guys are the incompatibles people in the world. You are so strong, physically and mentally… You are often have big-aims. You will work hard and hard to get there. Normally you suffer in the early age from family problems and generally you will have fighting life.. But when you achieve what you have done, it’s always a big task you have done! You are so much respected in the community, you are a person who can make a challenge and successfully finish the matter off.
You are very naughty in your younger age, often beaten up by your parents and involve in fights and you seemed to have lots of injuries in your life time. But when u grow you become calm and macho type.
Love is not an easy matter for you. You are good in engineering or banking jobs coz people always trust you.
Your family life is very good, but will have worries over your children.
Your such qualities are humanitarian, patient, very wise & compassionate.
You are born to achieve targets and serve every one all equally without any prejudice.
You are totally a role model to anybody in the world for a great inspiration.
Your Best match 3, 5, 6, 9. Good match 2

This feeling... arghhh..

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)

Maaf kerana membuatkan hubungan ini rasa macam tak wujud. Maaflah sebab tak boleh nak rapat macam dulu. Sorry abang. I hope u will take care yourself. One day i will said good bye to you. Thank you for everything. I know your feeling but i cannot to do that even one word. I dont know how to communicate with you. It like "JANGGAL"  when i want to said something to you. since when. I dunno. Hmm.. i donno why i need to have this feeling. I hate this feeling but yes, i love you as my big brother. Not more. InshaAllah. I donno and i cannot to have this feeling. Hmm.. I need to throw away this feeling as soon as possible.  


Berharap perasaan itu pergi dari kehidupan aku. Biarlah mati untuk sementara. Tak perlu sekarang. Liku kehidupan aku masih panjang. Mungkin Allah nak menduga kau, Mun. Bersangka baik dengan segalanya. Kau boleh buat. Lakukan sepertimana kau lupakan Ali. Ya, trust yourself. Kau tahukan apa yang kau rasa sekarang? Bebas.. lapang.. dan tiada lagi nama dia dalam fikiran kau. Kau dah tak fikir dah pasal dia sebab kau dah serahkan segalanya. Kau biarkan dia bawa diri dia sendiri dan kau rela dia pergi dari diri kau. Itulah bahagia yang kau rasa. Walaupun aku tak pernah bercinta tapi aku rasa macam mana orang bercinta putus cinta. Sakit weii. Sakit. Itu belum lagi. Kalau dah? Apa nak jadi.. hmm.. Tapi, bersyukur sangat , masih terpelihara lagi. Allah jaga aku. Alhamdulilah. Biarlah. Hanya seseorang yang boleh menakluki hati aku untuk selamanya. Jika diizinkanNya untuk berjumpa dengan bakal imam aku suatu hari nanti. Aku tak perlu mencari kerana bila tiba detik yg sesuai pasti aku akan berjumpa dengan dia. Lambat cepat itu semua tidak penting. Bila aku dah jumpa insan itu, aku nak berkawan je sampai dia jumpa ayah aku dan dia cakap yang dia nak jadikan aku isteri dia. Haha.. Simple je tak perlu semua itu. Just minta green light je lepastu kita buat persiapan dalam beberapa bulan macam gitu. Majlis pun buat simple je. Tak payah nak membazir. Jimat duit. Tapi aku mestilah ada impian nak majlis aku macam mana!! Tapi, memang save budget. Hahaa. InshaAllah.. ok stop! Aku dah terlebih pula ni. Bai.. 

Friday, July 03, 2015

Berharap......

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)



Ya Allah.. berikan aku kesempatan sebelum aku menutup mata untuk berbakti kepada kedua ibubapaku. Memohon kemaafan di atas segala yang aku lakukan sedari aku kecil lagi. Ya Allah, bantuku untuk menghadapi saat-saat perpisahan itu. Ya Allah, semoga aku dapat memberikan mereka kebahagiaan yang amat-amat mereka berhak selama ini. Kuatkan aku untuk berjuang keranaMu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa mereka dan tempatkanlah mereka di SyurgaMu. Ya Allah, permudahkan segala urusan kedua-dua ibu bapaku sentiasa. Berikanlah mereka kekuatan untuk terus bersabar di atas ujian dan dugaan yang telah Kau berikan. Ya Allah, luaskan rezeki mereka dengan rezeki yang halal dan berkat. Amin Ya Robbal Al-Amin

Adik rindu abang...

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)

Rindu .. adik rindu abang. Adik rindu nak bergurau dengan abang. Adik rindu nak mengada-gada dengan abang. Adik rindu nak ketawa dengan abang. Adik rindu nak buli abang. Adik rindu nak bahan abang. Adik rindu nak menangis sebab abang. Adik rindu nak marah dekat abang. Adik rindu nak tengok abang senyum. Adik rindu nak ceritakan macam-macam dekat abang. Dan adik rindu nak pandang abang. Adik rindu semuanya tentang abang. Tak mengapalah, adik nak abang take care yourself je dan enjoy yr life!! Hmmm. Lagi, tak ada apa 2.. bye abang. Gonna miss u after this 😭😭😭
Abang... adik minta maaf jika selama ini adik tak layan abang. Adik buat tak tahu bila abang panggil. Adik layan abang acuh tak acuh je. Adik minta maaf abang. Ketika itu, adik tak boleh nak kawal diri adik. Adik stress dengan apa yang berlaku sampai abang terkena tempiasnya. Abang. Adik minta maaf kalau buat abang tertekan selama ini. Abang... adik nak abang jaga diri abang baik-baik tau. Jangan lupa solat. Berbakti kepada ibu bapa abang. Dan yang pasti abang kenalah jaga diri abang. Yr healthy and yr safety!! Gonna miss u abang. Dont miss me okay!! 😌😌 Semoga di setiap apa yang abang lakukan, di rahmatiNya 😊😊 Adik sokong abang dari jauh. Teruskan usaha abang. Nanti kalau dah berjaya, jangan lupakan adik tau. Promise? Huhu... 

Kisah masa sekolah agama

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Mengimbau kembali kisah masa darjah 5 sekolah agama. Okay. Ada seorang ustaz praktikal. Namanya ustaz Borhan. Huhu. Ajar beberapa subjek je tapi bila ingat kisah ni. Allah... malu ada.. kenapa berani sangat .. hahaha. 

Tak payahlah bercerita pasal apa yang dia ajar cuma aku nak cerita pasal hari last dia ajar kitorang. Masa dia masuk je kelas, macam rutin harianlah. Bagi salam. Cerita- cerita. Dan masa tu juga kalau tak silap aku ada belajar kejap. Huhu. Lepastu kitorang dengarlah dia ckp apa ntar tapi kejap jelah. Lepastu kitorang nasyid lagu perpisahan .. makan2 satt... and tibalah ustaz borhan bercerita dari A until Z. Dia luahkan segalanya. Dia cakap ada budak perempuan dalam kelas ini tak suka dia. Siap cakap bukan2 pasal dia. Aku tak tahu .. so aku senyap je. Kau nak tahu ustaz menangis!!! Huarghh.. akulah jenis orang yang memang terlalu sensitif. Memang ustaz menangis masa dia bercerita. Kelas pun senyap macam tu. Aku pandang budak2 ni. Atul senyap je. Huhuhu. Ada juga budak ni bangkang. Diaorang cakap bila masa kitorang tulis macam gitu. Bila nak solat asar.. budak lelaki dah keluar. Tinggal budak perempuan. Aku berbincang dengan budak ni. Suruh diorang minta maaf. Tapi diorang macam takut2 nak minta maaf. Atul memang tak sanggup lah. Aku je yang dok cakap dengan ustaz. Mula2 cool je lepastu mula aku menangis lepastu ustaz cakap apa ntar. Aku tak tahu. Lagilah aku menangis. Haha. Budak2 ni ada juga yg menangis. Paling teruk akulah menangis walaupun aku tak tahu siapa yang cakap macam gitu. Huhu. Seorang demi sorang minta maaf lepas habis ustaz ckp. Tapi Atul terus keluar. Aku panggil dia. Dia tak nak. Budak2 kelas lain dah tanya kenapa kitorang menangis. Hahaha. Atul tak nak takkan aku nak paksa pula. Turun tangga pergi solat asar. Lepastu masuk kelas. Ustazah Mahfuzah masuk, dia cakap dah puas menangis. Awak ingat saya tak dengar ke apa yang awak cakap dengan ustaz tadi. Aku dah.. huarghhh.. ustaz jahat... malunya ... Rupa-rupanya ustaz pergi buat call ataupun rakam apa yang kitorang cakap. Huhuhu.. Ustazah Mahfuzah senyum jelah dekat aku. Hahahaha. 

Kenangan yang tak mungkin lupa masa sekolah agama. Hahaha. 

Masa darjah ni jugalah, ada budak bawah aku suka dekat aku tapi aku tak layan. Aku dapat tahu pun masa buat tadarus Al-quran dekat masjid. Kawan perempuan dia yang cakap yang N.... suka kat aku. Aku masa tu dah pelik semacam.. patutlah aku pergi mana2 aku asyik nampak budak ni senyum2 je bila nampak aku. Rupa2nya.. dia suka aku. 

One day tu.. aku jalan dengan atul. N.... ni dengan anas. Masa bertembung tu aku ckplah dengan dia " SAYA TAK SUKA AWAK. " Lepastu aku terus berlalu. Dekat sekolah rendah, aku pelik bila budak kelas dia senyum2 bila nampak aku. Maklumlah dulu aku duduk tepi pintu kelas. So, aku nampaklah budak2 ni tersenyum2. Aku punya hairan. Bila ada program apa ntar aku tak ingat. Aku terangkan dekat kawan dia yang dia pernah bagitahu yang N.... suka kat aku. huhu.. akhirnya.. N.... itu tahu and until now aku anggap dia macam adik2 je. Bila jumpa kat sekolah menengah aku buat muka macam biasa. Adalah juga dia pandang-pandang aku. Tapi, aku buat tak tahu je.    Tak sangkakan budak bawah pun boleh suka kat aku. Huhu.. aku ada aura apa sampai orang lain suka kat aku. Mun ohhh Mun, bersyukurlah ada orang sayang. Huhu.. Sorry, tersasar jauh dari cerita. Hehehe 

So, sekarang ni aku tak tahu ustaz tu mengajar ke atau pun dia kerja lain. Apapun terima kasihlah kepada ustaz kerana sudi mencurahkan ilmu yang dia ada dekat kami semua. Hehehe.. Sekian terima kasih. Habis sudah cerita aku.