Khamis, Julai 09, 2015

4 Tanda Lelaki Minat Anda

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Petanda pertama : Renungan tepat pada mata.
Lelaki yang berminat pada diri anda biasanya akan merenung tepat pada mata anda tanpa ada perasaan ragu – ragu. Dia hanya alihkan pandangan jika ada perkara yang menghalang dia. Apabila dia ada ruang dan kesempatan, dia akan renung pada mata anda.

Petanda kedua ; Menjaga kelakuannya.
Apabila ada lelaki yang sentiasa menjaga kelakuannya di hadapan anda, dia sebenarnya minat pada anda. Dia hendak anda lihat sisi baik dia dan sangat berharap ekspressi anda terhadap dia adalah baik-baik belaka.

Petanda ketiga ; Senyuman.
Lelaki akan sentiasa senyum pada wanita yang dia suka. Jika anda terlihat ada lelaki yang selalu tersenyum pada diri anda, dia sebenarnya minat pada diri anda. Senyuman dia sangat manis sehinggakan anda sendiri rasa seronok untuk melihat mukanya yang tersenyum.

Petanda keempat : Sentiasa cari ruang untuk bercakap dengan anda.
Apabila lelaki minat akan seseorang, dia akan berusaha sedaya upaya untuk bercakap dengannya. Lelaki yang ingin berkawan rapat dengan anda, dia akan sentiasa cari ruang untuk bercakap dengan anda. Dia akan gunakan berbagai cara untuk rapatkan diri dengan anda termasuklah cara yang bakal memalukan dirinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright ©2015 Label : Freebies | Design by Mastura Aziz