Khamis, Julai 23, 2015

Jaga.... Jaga... Jaga..

Assalamualaikum and happy earthlings =) 
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)       

 Dear myself, Sila jaga diri dengan sebaiknya. Makin kau dewasa, makin banyak yang kau harus tempuhi. Dugaan yang hadir, aku harap kau tetap kuat. Jangan pernah terlemas. Jangan pernah goyah. Bila perkara itu terjadi, perbaikilah. Hanya satu sahaja yang kau perlu tahu, tempat yang sebaiknya kau mengadu adalah DIA. DIA yang kekal abadi. Manusia? Sering kali berubah dan terus berubah. Kau tak akan dapat jangka dan kau tak boleh halang. Maka, serahkan segalanya. Biarlah apa pun yang terjadi. Aku nak kau kuat untuk diri kau sendiri. Ya.. kuat kerana DIA yang beri. Teruskan apa yang bakal terjadi, terima segala yang terjadi dan belajarlah dari apa yang terjadi. Itu adalah petanda dari Allah.  Trust yourself :D  Perlahan-lahanlah jaga pandangan mata. Sekurang-kurangnya kau tidak tertipu lagi dengan lirikan mata. Tidak menambahkan dosa kering kau tu . Tundukkan pandangan pada insan yang bukan muhrim dengan kau. Berusahalah. Allah ada. Semoga dapat membantu kau. Semoga kau tidak mengulangi perkara yang sama. Tak apa, bila Allah takdirkan insan yang selayaknya , kau pandanglah puas-puas.   Perlahan-lahanlah jaga mulut. Kawal percakapan. Jangan terlalu banyak membazirkan masa dengan sesuatu yang sia-sia. Biar pendiam tapi berilmu pengetahuan. Kerana mulut, boleh buat orang terasa hati. Kerana mulut, boleh merosakkan sesuatu hubungan itu. Kerana mulut, ramai yang terluka. Kerana mulut juga, ramai yang berbohong. Kerana mulut, berbidas perkataan yang cantik di susun untuk membangga diri. Ketahuilah di sana nanti, bahawa mulut tidak boleh berkata. Bisu. Ubahlah.    Perlahan-lahan berubah. Tak apalah belajar sikit2. Lama2 nanti dah terbiasa. Macam kau buat sekarang ni. Keluar pakai stoking. Pakai baju longgar. Tak suka benda2 yg jarang, ketat dan blablabla. Kalau nak pakai macam gitu pun dekat rumahlah tapi janganlah biasakan. Pakai bila perlu sahaja. Impian aku nak pakai tudung labuh dan jubah setiap hari. Boleh tak? InshaAllah. Semakin kau ingin berubah, semakin banyak yang harus kau lalui. Perubahan yang kau laksanakan ini semuanya kerana DIA. DIA yang memberikan kau hidayah dan kekuatan. Jika kau lemah tak terdaya, yakin Allah membantu kau melalui orang yang dikirimkannya. Luahkanlah segalanya. Ada kalanya, Allah menguji.. DIA menghantarkan orang yang salah. Apakah tindakan kau? Bagaimana cara kau mengatasinya? Disitulah ujian yang DIA beri. Mungkin kau akan kecewa. Sedih. Merana dan sebagainya tapi yakinlah Allah berikan dugaan itu bersebab. Berbaik sangka dengan Allah.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan