Jumaat, Julai 03, 2015

Berharap......

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)



Ya Allah.. berikan aku kesempatan sebelum aku menutup mata untuk berbakti kepada kedua ibubapaku. Memohon kemaafan di atas segala yang aku lakukan sedari aku kecil lagi. Ya Allah, bantuku untuk menghadapi saat-saat perpisahan itu. Ya Allah, semoga aku dapat memberikan mereka kebahagiaan yang amat-amat mereka berhak selama ini. Kuatkan aku untuk berjuang keranaMu. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa mereka dan tempatkanlah mereka di SyurgaMu. Ya Allah, permudahkan segala urusan kedua-dua ibu bapaku sentiasa. Berikanlah mereka kekuatan untuk terus bersabar di atas ujian dan dugaan yang telah Kau berikan. Ya Allah, luaskan rezeki mereka dengan rezeki yang halal dan berkat. Amin Ya Robbal Al-Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright ©2015 Label : Freebies | Design by Mastura Aziz