Khamis, Julai 09, 2015

Hadir Kembali

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
Sunggu aku tak mampu bila perasaan itu hadir semula. Mekar tanpa aku pinta. Ketika aku sudah menutup pintu hati ini. Allah hadirkan perasaan ini kembali. Allah. Sungguh aku tidak mengerti. Mengapa aku harus lalui lagi? Aku rasa bersalah sangat bila perasaan ini hadir. Aku rasa aku tidak sepatutnya mempunyai perasaan ini. Sungguh.. aku tidak ingin. Cuma, Aku harap perasaan ini akan terkubur tidak lama lagi sepertimana aku pernah bermohon padaMu sebelum ini. Aku mohon Kau jauhkanlah perasaan yang ada pada aku kini. Aku tidak ingin dan aku tidak mahu tersungkur lagi buat kali kedua. Cukup untuk aku rasa bagaimana sukarnya dan peritnya sakit itu. Sungguh membuatkan aku sukar untuk melepaskannya bila aku terpaksa merelakan diri aku untuk melepaskannya. Aku pilih antara dua pilihan yang ada. Sama ada. Aku tetap pilih dia atau aku pilih apa yang kau aturkan. Dan ternyata, bila aku melepaskan dia aku rasa bahagia. Lapang dan tidak terfikir mengenai dia lagi kecuali saat berjumpa dan bila seseorang mengingati aku dengan dia. Maka, untuk kali ini aku ingin begitu juga. Aku penat nak lalui perkara yang sama. Mempunyai perasaan yang sama dan mengapa aku harus mempunyai perasaan itu kepada orang lain. I hate this feeling. Sungguh.. aku tak kuat!!! Aku tak mampu nak teruskan bila macam gini. Arghhh.. sukarnya bila perasaan sayang itu sudah timbul dalam diri. Allah. Jauhkan.. jauhkan.. Tak nak !! Tak nak!!! Dan aku tak mampu nak benci dia sebab aku dah sayang dia. Huwaaaa.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright ©2015 Label : Freebies | Design by Mastura Aziz