Selasa, Julai 14, 2015

Hari Bermaafan di sekolah

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
Tadi lepas habis buat majlis khatam Al-Quran, pelajar perempuan kena pergi surau perempuan. Pergilah menuju ke surau, Jannah suruh ikut saf. Huhu. Sementara nak tunggu solat zohor, cikgu Ruhaya bagi pengumuman pakaian untuk naik cuti nanti. Lepastu, cikgu Ruhaya cakap kalau nak mulakan sesi bermaafan lepas solat, awak semua nak balik cepat. So, kita mulakan  sekarang. Start dari saf belakang. Tunggu turn, cakap dengan mai dan wan, jom kita bagi ucapan tapi jangan menangis tau. Haha. Asalnya begitulah bila dah start bersalaman dengan cikgu-cikgu rileks lagi. Ada cikgu yang bagi kata-kata semangat. Bila turn aku nak salam ibu. Aku tak boleh aku kalah. Aku cakap dengan cikgu Samaizah kejap eh cikgu. Aku cakap dengan ibu, aku minta maaf sebab kalau ada salah dan silap, dah lama tak jumpa ibu dan dah lama tak naik library. Ibu angguk je. Sebenarnya ada lagi tapi aku simpan dulu sebab tak boleh nak cakap dah. Semua cikgu cakap "Kenapa menangis ni? " "Mun... mun.. " haha.. Serius ait mata aku tumpah banyak hari ini. Cikgu wanie cakap "Dah.. dah.. " Salam minta maaf semua. Bila jumpa cikgu Hamizah, aku minta maaf lagi untuk kali ke tiga or dua. Cikgu cakap " kan dah minta maaf semalam." Dengan air mata yang masih bersisa tu. Salam cikgu Fadillah.. Haha.. Memang dah tak boleh kawal dah getaran rasa aku. Cikgu Ruslaili , dah sorok dekat langsir dah. Aku cakap " Cikgu , jangan menangis." Last, cikgu Faezah, cikgu cakaplah " ada masa lagi, aku boleh buat ", terus berlambak air mata jatuh. Tengok budak2 ni semua pandang aku. Aku buat tak tahu je. Hahaha. Air mata jatuh berlambak. Masa amik air sembahyang kawal hati. Kawal.. haha. Serius aku menangis. Lepas dah tu. Duduk dengan Ana dengan Ain. Ana dia minta maaf, huargh.. aku ckp jangan Ana lepas solat nanti. Lepas solat budak2 5 SC kena tunggu sebab kitorang nak bermaafan antara satu sama lain. Salamlah sesama mereka. Aku kawal rentak emosi aku yang dah sedia sedih ni. Haha. Bila turn Effa nak minta maaf dengan aku aku cakap tak naklah. Dahtu, aku paksa juga, Effa cakaplah ayat dia. Masa peluk Effa  terus aku menangis dekat bahu dia. Effa mengingatkan aku dekat akak Sufi. Macam gitulah time aku menangis sewaktu jumpa akak Sufi. Minta maaf dengan budak2 ni yang lain juga. Aku cakap aku tak nak menangis, so aku buat ayat pendek sependeknya. Bila turn wan minta maaf dengan aku, aku terus menangis macam apa. Kitorang dah kawan lama, sejak dia masuk sekolah agama lagi. Selalu sama-sama. So, aku memang dah faham sangat dengan wan. Paling tersentuh bila wan cakap " Wan minta maaf sebab tak jadi kawan terbaik untuk Mun." Aku dah tak boleh nak cakap apa lagi.  Ayat itu sungguh menusuk tangkai hati aku. Turn Nasha, aku suruh dia yang cakap dulu. Dia pun cakaplah. Nasha sebenarnya nak buat kronologi persahabatan antara aku dengan dia tapi aku suruh dia ringkaskan. Last sekali dengan Hazira, kami berjaya tak menangis antara satu sama lain. Lepastu, jumpa cikgu Minah minta maaf, cikgu Esham dan pengetua. Huhu. Pengetua cakap " ni mesti ada kutuk belakang ni" dah tu kitorang cakap " Tak adalah cikgu." Haha. Jumpa cikgu lain pula. Minta maaf . Dan aku tak jumpa budak kelas lelaki nak minta maaf. Huhuhu.  Petang ini, aku tak tahu nak cakap macam mana. Semoga aku tak menangia ya. Hmm... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright ©2015 Label : Freebies | Design by Mastura Aziz