Jumaat, Julai 17, 2015

Isi Hatiku

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Atok Mad and Idah , Muni rindu dengan atok dan nenek. Muni rindu nak beraya dengan atok. Muni rindu nak dengar bebelan atok, Muni rindu nak dengar atok suruh Muni buat itu ini. Muni rindu masakan atok, Muni rindu nak pergi berjalan dengan atok, Muni rindu nak kena marah dengan atok. Muni rindu nak dapat baju yang atok bagi. Muni rindu nak peluk atok. Muni rindu nak tengok senyuman atok. Muni rindu nak buatkan atok air. Muni rindu nak rasa kuih koci, kuih raya yang atok buat. Muni rindu nak pergi kebun dengan atok. Muni rindu nak kemas belakang rumah. Muni rindu dengan atok. Muni, dah lama tak lawat atok. Muni... dan Muni rasa sunyi sangat bila balik at 3. Tak ada sesiapa. Muni dah jarang balik AT 3 sejak atok dah tak ada. Dulu, tiap-tiap hari Muni balik sana bila time raya, puasa dan hari minggu. Nanti pergi jalan dengan atok. Atok marah bila Muni bangun lambat, nanti atok paksa bangun. Rindu .. Muni rindu semua kenangan itu atok. Sekarang Muni dah tak dapat rasa lagi macam gitu. Hanya kenangan dulu pengubat rindu. Hmm.. 


Nenek, Eza rindu nenek. Nenek jaga Eza sejak Eza kecil lagi. Eza terlalu rapat dengan nenek sampai nenek dah pergi pun Eza tak boleh terima. Nek, Eza rindu nak peluk nenek. Eza rindu nak dengar suara nenek. Eza rindu nak rasa kuih yang nenek buat. Eza rindu sangat-sangat. Nenek tak pernah marah Eza. Nenek tak pernah tinggikan suara. Nenek kalau marah suka sangat besarkan mata. Nek, Eza rindu nak mengaji dengan nenek. Eza rindu sangat-sangat. Dah lama tak ziarah nenek. Last, Eza lawat nenek. masa Eza sakit lepas nenek pergi. Hmm... 


Allah... permudahkanlah segala urusan mereka di sana.. Al-Fatihah buat kesayangan. :'(

Allah bagi aku ujian sejak aku kecil, Dia nak aku kuat. Aku belajar menjadi kuat ketika aku kehilangan mereka. Aku belajar berdikari. Aku belajar segalanya dari mereka. Kadang-kala, aku menangis tanpa henti.. Bila ingat mereka. Rindu usah di katakan. Kadang-kala, aku jatuh juga,. Tapi, syukurlah ada mak abah yang sentiasa ada dengan aku. Mak abah yang tahu aku macam mana, Mak abah yang tak pernah paksa aku. Mak abah yang selalu tahu apa yang aku inginkan. Mak abah yang sangat-sangat memahami. Mak abah yang tak pernah mengongkong apa yang aku inginkan. Mak abah yang sentiasa berikan aku kebebasan untuk memilih. Mak abah yang selalu berikan aku kekuatan. Mak abah yang berikan aku pengajaran. Mak abah yang tahu apa yang berlaku pada aku,. Mak abah yang faham dengan perangai aku. Bila aku marah, tak suka, menangis, gembira, sedih, duka, merajuk dan segalanya. Allah, Aku tak tahu bila kau tarik nyawa mereka, bagaimana dengan keadaan aku nanti? Bersediakah aku untuk menghadapi saat kehilangan mereka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan