Jumaat, Julai 03, 2015

Kisah masa sekolah agama

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Mengimbau kembali kisah masa darjah 5 sekolah agama. Okay. Ada seorang ustaz praktikal. Namanya ustaz Borhan. Huhu. Ajar beberapa subjek je tapi bila ingat kisah ni. Allah... malu ada.. kenapa berani sangat .. hahaha. 

Tak payahlah bercerita pasal apa yang dia ajar cuma aku nak cerita pasal hari last dia ajar kitorang. Masa dia masuk je kelas, macam rutin harianlah. Bagi salam. Cerita- cerita. Dan masa tu juga kalau tak silap aku ada belajar kejap. Huhu. Lepastu kitorang dengarlah dia ckp apa ntar tapi kejap jelah. Lepastu kitorang nasyid lagu perpisahan .. makan2 satt... and tibalah ustaz borhan bercerita dari A until Z. Dia luahkan segalanya. Dia cakap ada budak perempuan dalam kelas ini tak suka dia. Siap cakap bukan2 pasal dia. Aku tak tahu .. so aku senyap je. Kau nak tahu ustaz menangis!!! Huarghh.. akulah jenis orang yang memang terlalu sensitif. Memang ustaz menangis masa dia bercerita. Kelas pun senyap macam tu. Aku pandang budak2 ni. Atul senyap je. Huhuhu. Ada juga budak ni bangkang. Diaorang cakap bila masa kitorang tulis macam gitu. Bila nak solat asar.. budak lelaki dah keluar. Tinggal budak perempuan. Aku berbincang dengan budak ni. Suruh diorang minta maaf. Tapi diorang macam takut2 nak minta maaf. Atul memang tak sanggup lah. Aku je yang dok cakap dengan ustaz. Mula2 cool je lepastu mula aku menangis lepastu ustaz cakap apa ntar. Aku tak tahu. Lagilah aku menangis. Haha. Budak2 ni ada juga yg menangis. Paling teruk akulah menangis walaupun aku tak tahu siapa yang cakap macam gitu. Huhu. Seorang demi sorang minta maaf lepas habis ustaz ckp. Tapi Atul terus keluar. Aku panggil dia. Dia tak nak. Budak2 kelas lain dah tanya kenapa kitorang menangis. Hahaha. Atul tak nak takkan aku nak paksa pula. Turun tangga pergi solat asar. Lepastu masuk kelas. Ustazah Mahfuzah masuk, dia cakap dah puas menangis. Awak ingat saya tak dengar ke apa yang awak cakap dengan ustaz tadi. Aku dah.. huarghhh.. ustaz jahat... malunya ... Rupa-rupanya ustaz pergi buat call ataupun rakam apa yang kitorang cakap. Huhuhu.. Ustazah Mahfuzah senyum jelah dekat aku. Hahahaha. 

Kenangan yang tak mungkin lupa masa sekolah agama. Hahaha. 

Masa darjah ni jugalah, ada budak bawah aku suka dekat aku tapi aku tak layan. Aku dapat tahu pun masa buat tadarus Al-quran dekat masjid. Kawan perempuan dia yang cakap yang N.... suka kat aku. Aku masa tu dah pelik semacam.. patutlah aku pergi mana2 aku asyik nampak budak ni senyum2 je bila nampak aku. Rupa2nya.. dia suka aku. 

One day tu.. aku jalan dengan atul. N.... ni dengan anas. Masa bertembung tu aku ckplah dengan dia " SAYA TAK SUKA AWAK. " Lepastu aku terus berlalu. Dekat sekolah rendah, aku pelik bila budak kelas dia senyum2 bila nampak aku. Maklumlah dulu aku duduk tepi pintu kelas. So, aku nampaklah budak2 ni tersenyum2. Aku punya hairan. Bila ada program apa ntar aku tak ingat. Aku terangkan dekat kawan dia yang dia pernah bagitahu yang N.... suka kat aku. huhu.. akhirnya.. N.... itu tahu and until now aku anggap dia macam adik2 je. Bila jumpa kat sekolah menengah aku buat muka macam biasa. Adalah juga dia pandang-pandang aku. Tapi, aku buat tak tahu je.    Tak sangkakan budak bawah pun boleh suka kat aku. Huhu.. aku ada aura apa sampai orang lain suka kat aku. Mun ohhh Mun, bersyukurlah ada orang sayang. Huhu.. Sorry, tersasar jauh dari cerita. Hehehe 

So, sekarang ni aku tak tahu ustaz tu mengajar ke atau pun dia kerja lain. Apapun terima kasihlah kepada ustaz kerana sudi mencurahkan ilmu yang dia ada dekat kami semua. Hehehe.. Sekian terima kasih. Habis sudah cerita aku. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright ©2015 Label : Freebies | Design by Mastura Aziz