Khamis, Julai 16, 2015

Maafkan aku

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
Terima kasih kerana ada bersama aku,
Terima kasih kerana menggembirakan aku,
Terima kasih kerana sabar melayan karenah aku,
Terima kasih kerana tidak berputus asa.
Terima kasih kerana membuatkan aku terlalu sayangkan kau.
Aku tak boleh nak cakap dengan kau secara real sebab aku tak mampu. 
Aku tak mampu nak cakap yang aku jeles bila nampak kau dengan orang lain.
Aku tak mampu nak cakap yang aku tak rindu kau selama ini.
Aku tak mampu nak sembunyikan apa yang aku rasa sebab kau akan tahu juga.
Aku sengaja mengelak dari jumpa kau. 
Aku sengaja tak nak bercakap dengan kau.
Aku sengaja tak nak kau risau pasal aku. 
Tapi.... aku kalah sebenarnya....
Aku kalah bila lihat kau senyum. 
Aku kalah bila lihat kau ketawa.
Aku kalah bila lihat mata kau.
Dan Aku kalah bila kau selalu cari aku.
Aku tak mampu nak lihat kau diam tiba-tiba,
Aku tak mampu nak lihat kau sedih,
Aku tak mampu nak lihat kau muram. 
Aku rasa bersalah sangat bila lihat keadaan kau macam gitu.
Maafkan aku....
Aku cuba buang perasaan yang tak pernah aku jangka akan hadir bila aku bersama kau.
Aku cuba buang perasaan itu agar ia tidak bertambah mekar.
Aku cuba untuk lupakan kau dan aku cuba buat biasa-biasa sahaja
tetapi ternyata aku kekok bila bersama dengan kau sebenarnya. 
Maafkan aku...
Sebab ada perasaan ini. Ia muncul tanpa di undang. 
Tapi, kau jangan risau aku cuba hilangkan perasaan itu. 
Moga perasaan itu tidak timbul kembali. 
Maafkan aku..
Kalau selama ini buat kau risau pasal aku.
Walaupun aku cuba menindakkan apa yang kau cakap tapi itulah yang terjadi sebenarnya.
Maafkan aku..
Jika lepas ini aku tak muncul kembali di hadapan kau.
Aku terpaksa lakukan untuk kebaikan kita berdua, 
Maafkan aku..
Jika aku membuatkan kau menangis kerana aku. 
Aku tak pernah sempurna. 
Maafkan aku..
Kerana terlalu degil dan buat kau penat nak layan dan kau tetap tak berputus asa suruh aku tidur. 
Kau nak aku tidur dulu baru kau tidur. 
Maafkan aku. 
Atas segalanya.. 
Mungkin lepas ini aku tak akan memerhatikan kau lagi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright ©2015 Label : Freebies | Design by Mastura Aziz