Selasa, Julai 14, 2015

Sayang ...

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)
Abang. Baru beberapa bulan jekan hubungan adik abang ini. Tapi, adik rasa macam terlalu banyak dugaan kita terima. Abang, andai satu saat nanti, adik tak ada. Adik nak abang tetap kuat ya. Teruskan kehidupan abang. Jangan menangis sebab adik. 
Abang, secara peribadinya, adik senang sangat dengan abang. Adik tak tahu macam  mana adik boleh terus rapat dengan abang. Adik tak tahu macam mana adik boleh anggap abang sebagai abang. Adik tak tahu abang. Mungkin lepas ini dah tak ada lagi. Sungguh abang, adik sayang abang. 
Tak tahu bila perasaan itu hadir. Tak tahu bila kenapa mesti berlaku. Adik akui adik jeles tapi ada masa adik tak jeles. Adik penat abang. Adik dah malas. Adik malas nak layankan perasaan. Sebab adik takut, perasaan sayang itu makin bertambah dari sehari ke sehari. So, adik ambil langkah ini. Tak bertegur dengan abang , Menjauh dari abang dan macam- macam lagi. Mungkin itu lebih baik bila kita terpisah nanti dan tiada orang lain anggap yang bukan-bukan. Iya, adik tahu adik menyeksa diri adik sendiri sebenarnya. Tak apalah abang. Adik okay selagi adik mampu. Biarlah apa pun yang terjadi lepas ini, Allah yang rancang. 
Tapi abang, Allah itu Maha Mengetahui. Makin adik cuba melarikan diri. Allah hantarkan orang tertentu untuk baikpulihkan hubungan ini. Tak pernah terjangka dek akal. Bila budak ni cakap adik.. adik... Adik rasa adik tak sanggup lagi nak buat abang macam tak wujud depan adik. Adik tak sanggup lagi nak larikan diri adik dari abang. Bila abang cari adik, adik rasa kenapa adik perlu buat abang macam gitu sekali? Kenapa? Mungkin adik ikutkan hati sangat. 
Bila budak2 ni selalu bahan adik dengan nama abang dalam kelas, adik selalu tanya diri adik kenapa mesti nama abang akan timbul bila adik buat sesuatu. Adik tak faham sebenarnya motif utama. Adik anggap semua itu sebagai kenangan yang tak mampu adik dapat lagi selepas ini. 
Abang.. adik tak tahulah apa yang abang rasa saat baca ayat ini. Tapi adik harap abang tak menangis. Tapi, adik dapat agak apa yang berlaku ? Adik kenal abanglah macam mana. Abang tak boleh menangis abang kena kuat :) haha. Biar adik sorang je menangis. Hehe.
Hahaha.. tak boleh nak sambung lagi. Idea kering pula. Terima kasih abang sebab sabar layan adik. Terima kasih sebab tahan dengan perangai adik. Dan terima kasih juga sebab berusaha untuk rapatkan hubungan kita balik semua. Terima kasih abang atas segalanya. 
Adik sokong abang dari belakang dan adik doakan abang berjaya mendapatkan apa yang abang inginkan. InshaAllah.  Dan hmm.. tak ada apalah. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan