Rabu, Ogos 19, 2015

Rindu

Rindu.

Tanpa sedar.
Aku rindu dia.

Tanpa sedar.
Aku selalu perhatikan dia.

Tanpa sedar.
Aku mengambil berat tentang dia.

Tanpa sedar.
Aku senang melihat senyuman dia.

Tanpa sedar.
Aku suka dengar bila dia ketawa.

Tanpa sedar.
Ada perasaan cemburu.

Tanpa sedar.
Aku ternanti-nantikan dia.

Tanpa sedar.
Aku mendoakan kebahagiaan dia.

Tanpa sedar.
Aku rasa selamat bila dengan dia.

Tanpa sedar.
Makin hari perasaan ini tetap ada untuk dia.

Tanpa sedar.
Dia menjadi orang terpenting dalam hidup aku.

Tanpa sedar.
Aku mula letakkan harapan.

Tanpa sedar.
Aku mula cintakan dia.

Tanpa sedar.
Aku risau bila dia ada masalah.

Tanpa sedar.
Aku tak sanggup nak berpisah dengan dia.

Tanpa sedar.
Ada getar ketika dia pandang aku.

Tanpa sedar.
Aku hanya inginkan dia.

Tanpa sedar.
Aku berharap setiap hari.



Isnin, Ogos 10, 2015

Hmm..

Mana mungkin tak rasa hati,
Mana mungkin tak cemburu,
Mana mungkin tak pendam,
Mana mungkin tak nampak,
Tapi, hanya mendiamkan sahaja.

Kalau boleh lari, macam nak lari.
Kalau boleh mengelak, memang akan mengelak.
Tetap juga manusia yang ada semua rasa.
Tak dapat nak tipu hati bila lihat semua itu.
Terus  berubah tanpa kita sedari.

Kononnya nak buat biasa-biasa sahaja,  tapi tetap tak boleh. Pasti tak dapat nak sorokkan apa yang kita rasa. Dah malas sangat cakap dengan diri jadi kuat. Lepastu, memang Diam membisu jelah. 

Ahad, Ogos 02, 2015

2 OGOS, HAPPY BIRTHDAY SAYANG






2 0gos, hari ini merupakan hari lahir akak sufi. Yaaa... tahun ini sudah masuk 5 tahun aku mengenali akak sufi. Banyak sangatlah kenangan yang terpahat. Arghh!!! Tak mungkin aku lupa segala apa yang berlaku. Manis ada, Pahit ada, Tawar ada dan sudah semestinya Masam pun ada juga. Huhu.. Dalam perhubungan ini juga, terlalu banyak yang aku pelajari .. Salah satunya ialah bukan setiap masa seseorang itu ada dengan kita dan bukan setiap masa juga dia boleh mendengar apa yang kita ingin ceritakan. Jangan menipu dan jangan membuatkan seseorang itu rasa tidak di hargai. Hehehe. Dan perkara yang kita perlu sedar juga bahawa kekangan masa antara satu sama lain membuatkan hubungan ini tiada masa 24 jam asyik nak jumpa je. Hahaha. 

Tipulah kalau tak rindu... Tipulah kalau tak jeles dan tipulah kalau nak sangat bercerita tanpa henti dengan akak sufi. Always sayang dia biarpun pernah kena marah sampai tersentap. Hahahaha. Akak adik ingat lagi. Masa form 2.. hahaha.. First time kena marah dengan akak tiba-tiba. Lepastu adik suruh Farhana ckp ni siapa ? Hahaha. Dulik apa adik time tu.. hahaha.. Tapi masatu juga akak dah off.. huh!!!!. Punyalah rasa tersentap juga sampai adik menangis. Hahahahahaha.. bila ingat balik kak kelakar pun ada. Huhuhu. 

Masa adik form 1 , adik selalu bercerita dengan akak adik suka siapa.. nanti naik library sebab nak jumpa akak. Masatu juga akak dengan Iqqy rapat sampai adik anggap korang couple :p hahaha.. padahal tak pun. Just kawan je. Entah macam mana tetiba je adik jadi adik dia. Hahaha.. Tak tahu bila dan di mana. Tapi, adik hormat dia. Angguk jelah .. cakap jelah dan memang akui adik rimas bila dia tanya macam-macam. Lepastu, kita gaduh lagi pasal apa ntar. Hahahaha.. Tapi serius tak matang langsung masatu, masing-masing ego macam apa ntar... Hahahahaha.. Lepastu, adik yang pulihkan keadaan kalau tak silap. Memang kena tahan jelah dengar apa yang akak cakap. Hahaha. Form 2- Form 4.... sama juga tetapi berbeza situasi yang kita hadapi. Tak serapat dulu, tak segila dulu, tak setakmatangan dulu, tak sepoyoaan dulu dan banyak lagilah yang memang kita berubah dari hari ke hari. 

Haha.. yang tak boleh lupa macam-macam adik bagi akak. Bukan setakat dua atau satu barang tapi lebih dari tiga. Adik tahu akak segan nak terima kan ;p Banyak sangat. Paling banyak adik bagi akak masa adik form 4. Hahahahahahhahahhhah... ketaksuban nak bagi akak something. Pehh!!! Tak boleh blaahhh ayat jiwang adik semua tu. Hahahahahhh. Ayat budak darjah satu pun ada. Ayat terlebih jiwa ada. Terlebih emotional pun ada. Semua adalah. Hahahaha. Sanggup adik buat semua tu. Allah.. tak sangkaa aku sekreatif itu nak buat semua yang aku bagi kat dia. 

Akak, only you ..... yang dapat hadiah macam gitu. Huhuhu.. Orang lain tak pernahlah dapat macam gitu. Hahaha.. Orang lain hanya satu je tapi akak mashaAllah berlambak adik bagi. Hahaaha.  Jaga elok-elok ea barang yang adik bagi. Terima kasih kerana memanfaatkan hadiah adik berikan itu. Btw, jam comel itu sentiasa membuatkan hari-hari akak sentiasa ceria. Tengok jam itu nanti akak ingat adiklah. Tak pun barang lain ke yang adik bagi. Huhuhu. 

Tahun ini, adik rasa macam nak post je hadiah kat rumah akak tapi tak ada masa pula nak berikan akak hadiah yang paling best. Tak apa kak. Hadiah tahun ini kita tunda yaaa... InshaAllah... ada rezeki akak kita spend time together eaaa... u drive ... adik just be like a princess at yr side :) hehe. Nanti bila kita jumpa, kita imbau kembali kenangan tak matang kita ea akak. Dan adik tahu bertapa FUNNYnya bila kita buka semula kenangan itu. Gelak jelah memanjang. Hehe

Kak, semua impian kita nak dah tercapai akak cuma impian yang baru iaitu spend time together je lepas habis belajar belum dapat lagi.. Takpa itu semuakan perancangan Allah. Kita tunggu jelah akak. Bila ada rezeki adalah.  Bila umur kita panjang dapatlah kita jumpa yaaa.. hehehe. 

Akak, adik rindu nak selongkar barang akak. Hahahaha. Adik rindu nak geletek akak sampai akak hahahaha.. adik rindu nak menangis sebab akak. Adik rindu semua panggilan yang akak bagi untuk adik. Adik rindu nak salam tumbuk semuanya dengan akak. Adik rindu nak buli akak. Adik rindu kacau akak. Adik rindu nak dengar cerita akak. Adik rindu dengan perangai nakal akak. Adik rindu nak tengok akak gembira dan adik rindu nak peluk akak. Huarghhhh!!!

Too many memories with you sis. I cannot forget our memories that we have spend together for four years. Hmm..... I Love You So Much, Sis.. 

Akak pernah cakap dengan adik, biar kita tak rapat sangat supaya nanti tak susah sangat nak lepaskan. Betullah apa akak cakap itu tapi mana mungkin adik nak lupakan akak dan semua kenangan yang tinggal itu. Jauh... jauh... tapi adik harap akak selalu dekat.. dekat seperti selalu. 

Akak.. you should me to be strong person and I try to be but sometimes I give up to be like that. Hmm.. Rupanya akak semakin kita cuba untuk menjadi seorang yang kuat, Allah datangkan pelbagai ujian untuk melihat sejauh mana kemampuan kita. Allah... Adik dah cuba yang terbaik akak dan adik dah cuba buat orang lain tak sakit hati dengan apa yang adik katakan. Adik cuba untuk berlembut. Adik cuba untuk tidak mengguriskan hati mana-mana insan lain tapi kenapa adik yang terguris dengan perbuatan dia. Adik hanya perlu bersabar sahaja. Tapi, kadangkala kesabaran adik itu goyang dan tidak kukuh. What should I do, akak? hmm.. tak apalah biar adik muhasabah diri dan mengadu kepadaNya. Adik tak nak akak risau.


Sebab akak ada masalah lebih dari itu. Sabar ea akak. Kenangan bersama dia, jadikan sebagai pendorong untuk akak menghadapi hari-hari akak dengan penuh semangat. Lagipunn, dia tak suka kalau akak meratapi pemergiaan dia. Redakanlah setiap apa yang berlaku. Dia nak akak teruskan hidup akak dengan sebaiknya. Akak, Allah akan hadirkan insan yang boleh merawat hati akak kembali. InshaAllah.  Jangan sedih-sedih lagi kak. Hehe..

Lagi apa ye adik nak cakap. Hmm.. tak ada kot. Belajar elok-elok ea.. jaga diri akak baik-baik. Jangan nakal-nakal kat sana. Jaga solat. Jaga iman dan akhlak. Jangan banyak berangan kat sana :p kuatkan semangat akak dan lakukan sesuatu perkara semua kerana DIA. Sabar di setiap dugaan dan ikhlaskan hati memaafkan orang lain. Senyum sentiasa akak. Jadi orang yang positif selalu. Sayang akak ketat2. Haha.. Sayang akak illahi taala. Take care yrself ya. Jangan malas. Rajin sentiasa. Hehe

SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE 18 TAHUN SAYANG. STAY CUTE AND PRETTY. I LOVE YOU SO MUCH AKAK. TAKE CARE YOURSELF. ALWAYS REMEMBER ALLAH. NAH!!! I GIVE YOU A BIG HUG AND KISS FROM ME. MUAHH.. HIHI. 








Sabtu, Ogos 01, 2015

Dia yang istimewa



Mungkin aku tak layak untuk dia. Tidak mengapalah. Allah berikan aku lebih baik dari pilihan aku itu. Ikhlaskan hati terima semua ini. Andai kita terpisah nanti, jangan pernah lupakan aku. Mana mungkin aku dapat lupakan kau. Banyak kenangan kita bersama. Kau buat aku tersenyum dengan sendirinya. Kau buat aku bahagia tanpa pengetahuan kau. Kau buat aku menangis tanpa kau sedar. Kau buat aku gelak tanpa mengingati perkara lain. Biarpun aku katakan kepada kau bahawa aku akan pergi tinggalkan kau tapi ia tak mudah. Sukar untuk aku lakukan. Bila segalanya aku ceritakan kepada kau. Bila segalanya aku tahu tentang kau. Nampak pada dasarnya tidak cemburu padahal dalam hati usah di cerita. Aku banyak berlakon depan kau sebenarnya tentang apa yang aku rasa. Aku hanya berlakon beriak tenang depan kau. Cuba sebolehnya untuk mengelak dari pengetahuan kau tentang apa yang aku rasa. Mana mungkin kau akan tahu apa yang aku rasa. Arghh!!! Aku hanya berangan sahaja untuk memiliki kau tapi untuk mendapatkan kau mana mungkin aku miliki. Biarlah aku simpan kenangan kita bersama sebagai mengubat hati aku yang lara. Peneman saat aku kesepian. Rindu.. biar hanya DIA sahaja yang mengetahui.  Segalanya telah aku katakan dengan jujur, apa yang aku jawap di setiap persoalan yang kau tanya itulah jawapan aku. Bahkan rasa yang aku alami selama ini, aku biarkan hanya aku yang rasa. Aku diamkan agar kau tidak risau. Banyak kali aku nasihatkan diri aku agar tidak terlalu sayangkan kau supaya aku tidak pernah akan mencintai kau. Tapi... aku tidak boleh sebenarnya. Makin aku ingin menjauh dari kau, makin aku sayang kau. Makin aku ambil kisah pasal kau. Sampai aku sanggup lakukan perkara yang menyeksakan hati aku. Aku berdoa kepada dia supaya dia matikan perasaan itu bila berhadapan dengan kau. Hanya benci semata- mata. Tapi, aku kalah sebenarnya. Aku sayangkan kau sangat. Entahlah, apa yang aku boleh lakukan adalah perhatikan kau, lihat kau dari jauh, dengar apa yang mereka katakan dan pandang senyuman kau dalam diam. Gelak tawa kau dan sebagainya. Aku tak sanggup kau pergi tinggalkan aku tapi itu semua takdir yang telah dia tetapkan. Mungkin mencintai kau adalah satu perkara yang tak boleh wujud dalam hidup aku sebenarnya. Tapi, perasaan itu hadir mekar tanpa aku sedari. Biarlah... kau lupakan sahaja tentang apa yang aku rasa ini. Mungkin kau hanya persinggahan sementara untuk aku yang tak dapat aku berada di sisi kau selalu dan selamanya. Andai ini yang tertulis di sana. Aku doakan yang terbaik untuk kau. Semoga kau bahagia dengan pilihan kau. Jangan pernah risau tentang aku. Aku akan teruskan kehidupan aku. DIA ada bersama aku. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Biarlah segalanya Allah yang aturkan. Aku terima dengan hati terbuka walaupun payah untuk aku menerima. Tak mengapa, lambat laun aku akan berjaya jua hilangkan perasaan ini. Doakan yang terbaik untuk aku.


Apa yang aku rasa






Bukan senang nak bagitahu apa yang ada dalam hati kita.
Bukan senang nak mengaku yang kita sayang. Bukan senang juga nak lepaskan seseorang itu. Kadang kala ckap je dah tak ingat. Padahal ingat. Tapi kita suruh Allah yang jaga. Kadang kala lemah juga. Menyepi dan tanpa sedar air mata mengalir. Sengaja buat begitu supaya orang lain tak risau dengan kita. Kita adalah siapa kita. Perangai kita tak semua orang boleh tahan. Jadi, bila kita pilih apa yang terbaik untuk diri kita. Maka, just go for it. Kadang kala bila dah hilang segalanya hanya mampu berserah kepadaNya. Supaya dia jaga orang yang kita sayang.