Sabtu, Ogos 01, 2015

Dia yang istimewa



Mungkin aku tak layak untuk dia. Tidak mengapalah. Allah berikan aku lebih baik dari pilihan aku itu. Ikhlaskan hati terima semua ini. Andai kita terpisah nanti, jangan pernah lupakan aku. Mana mungkin aku dapat lupakan kau. Banyak kenangan kita bersama. Kau buat aku tersenyum dengan sendirinya. Kau buat aku bahagia tanpa pengetahuan kau. Kau buat aku menangis tanpa kau sedar. Kau buat aku gelak tanpa mengingati perkara lain. Biarpun aku katakan kepada kau bahawa aku akan pergi tinggalkan kau tapi ia tak mudah. Sukar untuk aku lakukan. Bila segalanya aku ceritakan kepada kau. Bila segalanya aku tahu tentang kau. Nampak pada dasarnya tidak cemburu padahal dalam hati usah di cerita. Aku banyak berlakon depan kau sebenarnya tentang apa yang aku rasa. Aku hanya berlakon beriak tenang depan kau. Cuba sebolehnya untuk mengelak dari pengetahuan kau tentang apa yang aku rasa. Mana mungkin kau akan tahu apa yang aku rasa. Arghh!!! Aku hanya berangan sahaja untuk memiliki kau tapi untuk mendapatkan kau mana mungkin aku miliki. Biarlah aku simpan kenangan kita bersama sebagai mengubat hati aku yang lara. Peneman saat aku kesepian. Rindu.. biar hanya DIA sahaja yang mengetahui.  Segalanya telah aku katakan dengan jujur, apa yang aku jawap di setiap persoalan yang kau tanya itulah jawapan aku. Bahkan rasa yang aku alami selama ini, aku biarkan hanya aku yang rasa. Aku diamkan agar kau tidak risau. Banyak kali aku nasihatkan diri aku agar tidak terlalu sayangkan kau supaya aku tidak pernah akan mencintai kau. Tapi... aku tidak boleh sebenarnya. Makin aku ingin menjauh dari kau, makin aku sayang kau. Makin aku ambil kisah pasal kau. Sampai aku sanggup lakukan perkara yang menyeksakan hati aku. Aku berdoa kepada dia supaya dia matikan perasaan itu bila berhadapan dengan kau. Hanya benci semata- mata. Tapi, aku kalah sebenarnya. Aku sayangkan kau sangat. Entahlah, apa yang aku boleh lakukan adalah perhatikan kau, lihat kau dari jauh, dengar apa yang mereka katakan dan pandang senyuman kau dalam diam. Gelak tawa kau dan sebagainya. Aku tak sanggup kau pergi tinggalkan aku tapi itu semua takdir yang telah dia tetapkan. Mungkin mencintai kau adalah satu perkara yang tak boleh wujud dalam hidup aku sebenarnya. Tapi, perasaan itu hadir mekar tanpa aku sedari. Biarlah... kau lupakan sahaja tentang apa yang aku rasa ini. Mungkin kau hanya persinggahan sementara untuk aku yang tak dapat aku berada di sisi kau selalu dan selamanya. Andai ini yang tertulis di sana. Aku doakan yang terbaik untuk kau. Semoga kau bahagia dengan pilihan kau. Jangan pernah risau tentang aku. Aku akan teruskan kehidupan aku. DIA ada bersama aku. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Biarlah segalanya Allah yang aturkan. Aku terima dengan hati terbuka walaupun payah untuk aku menerima. Tak mengapa, lambat laun aku akan berjaya jua hilangkan perasaan ini. Doakan yang terbaik untuk aku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
>terima kasih kerana sudi komen :)
> No ads links.
> No Anonymous.
> No Haters.
> No Stupid Words.
> Maaf sekiranya tidak dibalas.