Ahad, November 22, 2015

Monolog HATI

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Selamat malam :) Malam ini aku rasa , aku nak menukilkan sesuatu tetapi aku rasa macam tak nak bagi orang baca. Mungkin tak lama lagi blog ini akan menjadi blog peribadi aku. Hanya aku sahaja yang boleh membacanya. Sebab kenapa aku cakap macam gitu ye? Sebab banyak perkara aku nak menulis dalam blog aku ini tapi cerita aku biarlah hanya aku sahaja yang tahu. Apa yang aku rasa :) Cerita suka, duka, ceria, masam, pahit, manis, tawar, geram, menangis, kecewa, merajuk, jual mahal, romantik, nakal, degil, selamba  dan segalanya. 1001 cerita yang aku ingin tulis di sini tapi itulah aku takut. takut sangat, sebab aku takut untuk berkongsikan apa yang aku rasa dengan semua. Kerana apa? Tak semua orang rasa apa yang kita rasa, so, baik kita simpan sebagai cerita peribadi diri sendiri. Iya tak? :') Aku takut untuk mengguriskan perasaan orang lain tanpa aku sedar. Aku takut untuk membuat orang rasa lain terasa hati. Dalam kepala aku ini, kalau aku boleh ceritakan segalanya  satu hari pun tak cukup banyak sangat. iya terlalu banyak idea yang ada dalam kepala. 


Kadang-kala aku rasa serba salah dengan diri sendiri sebab kenapa aku tunjukkan depan orang ramai. senyap-senyap dahlah. huarghhh...tak sukaaa.. hmmm... sebab apa ? Di situlah ada cabaran untuk aku lalui. Tapi selalunya aku pendam je. Buat tak tahu, butakan mata, pekakkan telinga, palingkan muka tempat lain. Dalam hati, dah menangis macam apa? Jeles ke apa ke. Diamkan sahaja. Jenis aku , hanya orang yang betul-betul kenal aku dia tahu? Tapi itulah aku ni bijak menyimpan rahsia dan pandai menindakkan apa yang orang cakap mengenai apa yang aku rasa. Kalau orang cakap itu ini, aku ? dengar jelah walaupun macam nak berlari dari tempat itu. Arghhh.. tak guna buat hati sedihkan. Tak guna juga buat hati menangis. Tak guna buat hati merana. Apa aku buat? Aku neutralkan balik. Walaupun tak senang nak neutralkan apabila ada hasutan dari fikiran dan ketika itu aku berperang. Berperang dengan diri sendiri. Kalau aku bangun , orang akan perasan. Jadi aku buat tak tahu jelah. Positifkan diri sendiri :') Dan aku percaya kepada DIA atas apa yang terjadi selama ini kepada aku. 
Di setiap apa yang aku lalui ada ceritanya yang tersendiri. :')


 Pernah terfikir kau akan sampai sehingga ke tahap ini? Menjadi seorang yang kuat untuk menempuh halangan. 
Pernah kau terfikir tentang semua yang kau miliki selama ini? 
Pernah kau terfikir setelah kau bertahankan apa yang kau inginkan, akhirnya kau dapat?
 Pernah kau terfikir tentang kesabaran kau dalam menempuh segala yang harus kau lakukan? 
Pernah? Iya, aku pernah. 
Di situ , satu persatu rasa syukur yang tak terhingga kau akan titipkan kepada DIA. :") 
Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan :') 


Dari kau bayi sampai kau dah besar panjang dan mungkin tak lama lagi dah jadi isteri orang lepastu kau akan bersama pasangan kau menghadapi hari-hari mendatang seterusnya ada anak sendiri... Ada menantu, ada cucu dan blalala.. perjalanan hidup di dunia.... Boleh tak aku nak minta satu je,
 

"JADI SESEORANG YANG TERBAIK UNTUK DIRI AKU DAN KITA MELANGKAH BERSAMA-SAMA MENUJU KE SYURGA, TEMPAT KITA DULU."


Kalau boleh aku nak buat novel sendiri tentang kehidupan aku dari aku bayi sampailah aku dewasa. Dan yang pasti aku tetap akan menjadi diri aku sendiri dan CAHAYA BERSINAR KEKUATAN DAN KEMULIAAN terus aku genggam untuk melalui  kehidupan ini. Nama yang di berikan untuk aku dan nama itulah yang telah ditetapkan aku sejak aku belum dilahirkan. :) Iya, aku akan menjadi seperti itu yang sentiasa bersinar, kuat dan mulia. Moga Allah permudahkan segalanya :) InshaAllah.. Aamiin. 

Sabtu, November 14, 2015

Official 17 Years Old!

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)




Salam sejahtera dan selamat petang.. 14 Nov sudah hari ini .Tak sangkakan dah nak penghujung tahun dah. Dannnn pada hari dan tahun ini saya sudah 17 tahun. Cepatnya masa berlalu. Dari dilahirkan sehinggalah kini banyak yang sudah aku lalui. Pengalaman... Dugaan.. Cerita Suka Duka .. Pertemuan.. Perpisahan.. dan cerita aku sepanjang aku menghadapi rantau kehidupan belasan tahun.


Ok aku bukannya nak bercerita tentang sejarah hidup aku dekat sini. Tapi aku nak cerita mengenai apa yang terjadi pada hari ini. Iya hari ini. Kita start dari malam semalam ye. Dalam pukul 10  aku check eh.. ehh ada ws dari zira 😊 Kau tahu apa yang dia ws? Dia wish my bufday awal. Hahaha. Kenapa dia buat macam gitu? Sebab dia dah ngantok dah masatu. Ok. Nanti aku bagilah ws tu. Haha. 



Lepastu akak aku dia minta coklat, yeah aku pantang barang  aku orang usik. So, sebelum aku bertukar wajah menjadi singa baik minta izin dulu. Lepastu aku cakap, kau nak ? Akak Mira cakap dia nak. Lepastu dia wish bufday aku. Dia cakap aku nak jadi orang yang pertama. Aku gelakkan je masa tu sambil cakap dengan dia kau orang kedua. Dahtu dia cakap sibuk je siapa yang wish kau dulu. Baru nak jadi yang pertama. Aku cakap kat dia kawan aku zira. Lepastu aku bagi jelah dia. 




Embedded image permalink



Dalam aku menanti pkul 12 am. Aku makan aku tweet aku buat math aku menyanyi aku berangan. Hahaaha. Dan bila tiba pkul 12. Yeah. Aku celebrate birthday aku sendiri. Bhahaha. The most valuable bila my love wish my bufday. Heehe. Kau rasa aku macam mana masa tu senyum sampai ke telinga. Hahahaha. Dan dari start conv sampailah nak tidur dia still cakap " HAPPY BIRTHDAY SAYANG". Sudah semestinya aku senyum sampai ke telinga dan tidur dengan sebuah mimpi yang indah. Ehhh!!! Sebelum tu, dapat juga wish dari Jatul, Kinah, my twin bufday Fatin Nur Syafiqah. Hehe. Aku senyum bagai ada orang bagi aku bunga. Haha. Masa tu stop conv dengan love. Nasib baik love faham. Terima kasih love. Hehehe. Dalam masa yang sama chat dengan akak sufi. Apa kandungannya, adalah rahsia. Tapi aku rasa macam nak peluk2 je akak pi time tu juga. Kalau boleh aku nak pergi je rumah dia. Tapi kami conv sekejap je akak pi sakit pinggang. Ok. Tapi bila last sekali dia cakap yang dia ada something nak bagi aku pada esok hari pagi. Aku cakap aku sekolah ada kelas. Petang adalah tapi dia tak boleh pula. So, hadiahnya itu tunda . Ok aku sabar menanti. Thank you akak sufi.   Kat bawah adalah apa yang dia post kat timeline dia untuk aku. Serius aku terharu sangat-sangat!!!! Thank you sis :)  



" With as much love, as I can share,
I wanted to let you know I care
Enough to send some love your way,
On your very special day!
Happy Birthday, sweetheart!
I wish you luck, happiness and riches today, tomorrow and beyond.
# TC Munirah Ezzaty Rosli " 




Dear Sufi Sayang, 
Terima kasih kerana mengingati hari adik. Terima kasih yang tidak terhingga dengan segalanya. Adik terharu sangat akak. InshaAllah suatu hari nanti adik nak spend time together dengan akak. Terima kasih akak. Adik tak tahu nak cakap apa dah ini. Terima kasih terima kasih. hmm.. nak nangis ..


Lepastu sambung conv dengan love sampai pukul 3 pagi. Bhahaha. Love tanya nak apa? Aku dah lah jenis orang yang tak reti nak minta orang apa2. Apa yang orang bagi aku terima je. Aku cakap dengan dia aku nak dia Always doakan aku je. Lepastu dia kata dia tak nak aku request yang tu sbb itu perkara wajib yang dia buat. Dah tu aku mati kutu nak minta apa. Hahaha. So, aku cakap aku nak pergi travel. Hahahaha. Dia kata okay. Lepastu rahsia.  Last conv, dia ucap lagi " HAPPY BIRTHDAY SAYANG." 


Pagi tadi ada, kelas agama. Aku siap2. Lepastu dapat DM dari love. Love kata "I amik U eh" aku cakap okay. Tunggulah dia sampailah dia sampai kat depan rumah atok. Oh yaa.. time balas tu aku tengah bersiap-siap okay. Dalam kereta masuk macam biasa jelah. Lepastu nak dekat pertengahan jalan dia panggil. Tolehlah kat dia. Dia bagi hadiah dia. Apa dia ? RAHSIA. Aku amiklah lepastu cakap terima kasih. Haha.  Tak pandang muka dia sangat sebab aku segan wei. Haha . Time tu dahlah dia tengah senyum selebar-lebarnya. Takpa nanti je aku pandang dia bila dah sah jadi suami isteri lama2..  Heeee.. Beranganlah pula aku ni. Hahaha. Dia cakap lagi " HAPPY BIRTHDAY SAYANG" . Aku senyum jelah. Heheehe. 


Sampai sekolah. . Aku nervous tiba2 bila nak sampai kelas.Sebelum masuk kelas, terserempak dengan Izzatul, jatul wish birthday lagi walaupun dia dah wish kat tweet. :) Thank you jatul.  Masuk je kelas. Budak ni cakap HAPPY BIRTHDAY. Aku senyum jelah. Time tu Rith tengah bagi kertas, kononnya nak bagi aku hadiah cara dia. Aku layan jelah. Hahaha. Serius nervous. Hahaha . Lepastu Mimi cakap pula. Hehe. Allah... kau rasa apa perasaan aku ketika itu? tak boleh nak gambarkan apa yang aku rasa. :) Belajar macam biasa. 


Nak dekat pukul 12 gitu, Effa datang dekat aku. Dia bagi ucapan . huhu terharu wei. Peluk cium dia, lepastu Farah, Nasha, 'Aisyah pula cakap.Terima kasih atas ucapannya. InshaAllah. Nanti aku jemput bila dah nak jadi bakal suami isteri. haha.. Apapupun terima kasih.. Tak usahlah cerita diorang dok mengusik aku je. Dah biasa. Senyum jelah sambil dalam hati , Aamiin setiap kata mereka. :) Oh tak lupa juga dekat Anas.. Hehe.. Terima kasih ye :) 


Balik dengan love, sampai rumah love ucap lagi "HAPPY BIRTHDAY SAYANG". Aku cakap "Hmm.." Hahaha.. Maaf love, sayang tak tahu nak bagi respon apa dan macam biasa aku bagi ucapan dia sebelum balik. :) Tapi sayang sangat-sangat hargai :) Thank you love. Balik rumah. Buka ws, pak cik mak cik wish kat group family terutama sekali group 161 :) Aku baca wish tu .. InshaAllah Aamiin... :) Nak tahu , sini aku paparkan. heehehe.. 


Embedded image permalink



Okay lepastu.. dapatlah wish dari orang lain . haha.. Ramai tak ramai. Alhamdulilah kerana masih ada orang yang mengingati tarikh aku. Haha. :) Terima kasih.. Kalau Family dah wish awal dah sebelum tiba tarikhnya. hehehe... Lagi apa yang aku nak cerita ye. Ha, sampai sekarang ini aku still dapat lagi wish dari sahabat , family dan kawan yang lain. :) Terima kasih. 


Esoknya pergi sekolah dapat lagi wish dari Fatin tingkatan 4, ayah aisyah dan lain-lain lagi. Dua hari jadi princess.. hehehe ;) Dan lepas rehat, time nak masuk bilik math , budak lelaki ( anas, dzil, rith, ikhmal dan hafiz) kat luar tengah makan aiskrim lepastu dia cakap nak kena baling tepung tak? Aku pun hahaha.. senyum jelah. :) Oh yaa, mimi wish masa kat dataran, alyaa wish masa kat surau lepas solat . Lagi siapa ye? Hmm.. Aku cuba untuk mengingati semula siapa lagi yang bagi aku ucapan malangnya aku tak ingat. :( Haaa.. Fiezam wish lagi. Dzil pun sama wish lagi. Love? Tak nak wish lagi ke .. Time tu tunggu je dia cakap tapi dia x cakap pun. Takpalah. Hahaha. Tapikan malam tu sebelum tidur dia wish lagi :) HAPPY BELATED BIRTHDAY SAYANG :) Thank you love. Hehehe. 


Dah itu je kot yang aku perlu cerita. hehehe. 


 

Jumaat, November 13, 2015

Sufi sayang ...

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)



Hai Sufi Sayang. Rindu saya tak ? Hehehe.. Sufi sayang .. adik rindu akak sebenarnya. Maaflah kalau akak rasa adik macam kurang layan akak. Adik cuma tak nak ganggu akak kalau time tu akak sibuk ke. Mestilah akak nak buat kerja akak kan. Iyaaa, adik mengaku juga adik jarang layan akak. Akak nak tahu, dia yang bagitahu adik. Dia cakap akak ada chat dia . Dan dia cakap dengan adik. Hehe. Akak bila ingat semula macam kelakar je. Dulu adik jeles bila akak tak layan adik. Sekarang ni akak pula yang jeles. Hehehe. 



Akak, adik dah baca entry akak. Did u want know kak? Adik rindu sangat sangat nak bagi akak surat cinta lagi. Serius.. rindu.. wakakaka.. romantik betul adik ni kak. Aduh perasan pula xD. 
Kak, ayat akak tu... hehehe.. Terima kasih masih simpan lagi hadiah dan surat cinta yang adik bagi. Heehee. Serius ni rindu nak buat lagi macam gitu. Beli hadiah banyak2 lepastu tulis banyak2 surat lebih kepada luahan rasa hati . Hehehe. Rindu nak buat lagi. Tapi, akan ada hari adik nak bagi akak sesuatu. InshaAllah.. Adik akan bagi akak sendiri nanti dan kita spend time sama2. Akak... hehehe.. jom kita pergi travel. Hahaha.. Bilalah boleh luangkan masa sama2 lagi. 

Rindu .... serius rindu dengan semua kenangan start dari first kita kenal sampailah hari ini. Bila dapat spend sama-sama lagi. ? Tak apa tak apa sabar sabar .. suatu hari nanti dapat juga kita spend time sama2. InshaAllah. 

Rabu, November 11, 2015

Happy Birthday My Love


Hari ini adalah harinya.
Hari ini adalah harinya.
Hari ini adalah harinya.
Ya, hari ini adalah harinya. 


Selamat Hari Lahir My Love,
Semoga segalanya dipermudahkan dan sentiasa berada dalam limpahan kurniaanNya. Jadi anak yang soleh ye love. Jadi anak yang membanggakan yr parents. Lagi, selamat hari tua ye love. Hehehe... Lagi, secara personal ucapannya I bagi U. Dekat sini public bahaya. Hehe. Apapun...

 SELAMAT HARI MENJADI LEBIH MATANG, KARISMA DAN SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF. HEHE.


Selamat Hari Lahir,
Happy Birthday to you,
Sannah Helwah..
My Love <3

Isnin, November 09, 2015

Cinta..

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Kau tanya pada aku apa itu cinta?
Kau tanya aku bagaimana itu cinta? 
Tahukah kau bahawa aku sendiri tidak tahu bagaimana itu cinta.
Tahukah kau bahawa aku sendiri masih mencari cinta.
Tahukah kau bahawa aku masih menanti cinta.


Apa yang aku tahu? 
Cinta itu adalah anugerah.
Anugerah yang sukar untuk aku katakan.
Hanya diriku sendiri yang merasainya.


Macam mana nak mekarkan cinta itu?
Kau sendiri ada jawapannya.
Tanyalah pada diri kau. 
Jujur aku kata kau punyai jawapan itu.


Cinta itu kadangkala memerlukan pengorbanan,
Cinta itu kadangkala memerlukan kesabaran.
Cinta itu kadangkala memerlukan kejujuran.
Cinta itu kadangkala memerlukan kesetiaan.
Cinta itu bukan hanya datang seketika dan berlalu pergi selepas itu.
Cinta itu biarlah selamanya.
Dan sudah pasti aku inginkan pergorbanan, kesabaran,
kejujuran, dan kesetiaan itu ada selalu dalam mengapai cinta itu. 


Tapi sebelum kau mencari cinta manusia. 
Carilah cinta Illahi terlebih dahulu.
Bukankah dia yang memberikan rasa cinta itu.
Jadi mengapa kita  tidak memberikan cinta yang lebih kepada Illahi. 
Cinta yang lebih dalam dan jauh lebih indah dari cinta yang kita beri kepada manusia.


Tanya hati dan diri sendiri,
Mana satu cinta yang sepatutnya kita miliki :) 

Jumaat, November 06, 2015

Rindu dalam diam

Aku tak pasti apa yang terjadi.
Rindu dan sayang
Bercampur aduk menjadi satu
Usah tipu diri sendiri
Merana nanti
Aku rindu dia sangat
Rindu itu tak mampu aku ungkap
Lihat dari jauh sahaja
Mendoakan kesejahteraan dia selalu
Walaupun dekat tetapi rasa jauh
Walaupun sentiasa berjumpa tetapi sukar untuk berkomunikasi
Bagai orang asing antara satu sama lain
Rindu itu tetap menebal.
Tipulah tak rindu pada mereka yang membuatkan aku bahagia.
Khabarkan kepada mereka yang aku rindu,
Bahawa aku terlalu rindu mereka
Tidak mampu berkata-kata saat berjumpa,
Lirik mata hanya memandang sepi,
senyuman indahnya penyejuk hati,
Ketawanya sebagai penghibur hati.
Usahkan membiarkan diri merana,
Kecapi kehidupan dengan gembira.
Rindu aku hanya Dia yang tahu.
Sampaikan kepada insan itu bahawa aku terlalu rindu kepadanya.
Copyright ©2015 Label : Freebies | Design by Mastura Aziz