Isnin, November 09, 2015

Cinta..

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Kau tanya pada aku apa itu cinta?
Kau tanya aku bagaimana itu cinta? 
Tahukah kau bahawa aku sendiri tidak tahu bagaimana itu cinta.
Tahukah kau bahawa aku sendiri masih mencari cinta.
Tahukah kau bahawa aku masih menanti cinta.


Apa yang aku tahu? 
Cinta itu adalah anugerah.
Anugerah yang sukar untuk aku katakan.
Hanya diriku sendiri yang merasainya.


Macam mana nak mekarkan cinta itu?
Kau sendiri ada jawapannya.
Tanyalah pada diri kau. 
Jujur aku kata kau punyai jawapan itu.


Cinta itu kadangkala memerlukan pengorbanan,
Cinta itu kadangkala memerlukan kesabaran.
Cinta itu kadangkala memerlukan kejujuran.
Cinta itu kadangkala memerlukan kesetiaan.
Cinta itu bukan hanya datang seketika dan berlalu pergi selepas itu.
Cinta itu biarlah selamanya.
Dan sudah pasti aku inginkan pergorbanan, kesabaran,
kejujuran, dan kesetiaan itu ada selalu dalam mengapai cinta itu. 


Tapi sebelum kau mencari cinta manusia. 
Carilah cinta Illahi terlebih dahulu.
Bukankah dia yang memberikan rasa cinta itu.
Jadi mengapa kita  tidak memberikan cinta yang lebih kepada Illahi. 
Cinta yang lebih dalam dan jauh lebih indah dari cinta yang kita beri kepada manusia.


Tanya hati dan diri sendiri,
Mana satu cinta yang sepatutnya kita miliki :) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan