Ahad, November 22, 2015

Monolog HATI

Assalamualaikum and happy earthlings =)
Mulakan hari anda dengan "Bismillah" dan senyuman =)


Selamat malam :) Malam ini aku rasa , aku nak menukilkan sesuatu tetapi aku rasa macam tak nak bagi orang baca. Mungkin tak lama lagi blog ini akan menjadi blog peribadi aku. Hanya aku sahaja yang boleh membacanya. Sebab kenapa aku cakap macam gitu ye? Sebab banyak perkara aku nak menulis dalam blog aku ini tapi cerita aku biarlah hanya aku sahaja yang tahu. Apa yang aku rasa :) Cerita suka, duka, ceria, masam, pahit, manis, tawar, geram, menangis, kecewa, merajuk, jual mahal, romantik, nakal, degil, selamba  dan segalanya. 1001 cerita yang aku ingin tulis di sini tapi itulah aku takut. takut sangat, sebab aku takut untuk berkongsikan apa yang aku rasa dengan semua. Kerana apa? Tak semua orang rasa apa yang kita rasa, so, baik kita simpan sebagai cerita peribadi diri sendiri. Iya tak? :') Aku takut untuk mengguriskan perasaan orang lain tanpa aku sedar. Aku takut untuk membuat orang rasa lain terasa hati. Dalam kepala aku ini, kalau aku boleh ceritakan segalanya  satu hari pun tak cukup banyak sangat. iya terlalu banyak idea yang ada dalam kepala. 


Kadang-kala aku rasa serba salah dengan diri sendiri sebab kenapa aku tunjukkan depan orang ramai. senyap-senyap dahlah. huarghhh...tak sukaaa.. hmmm... sebab apa ? Di situlah ada cabaran untuk aku lalui. Tapi selalunya aku pendam je. Buat tak tahu, butakan mata, pekakkan telinga, palingkan muka tempat lain. Dalam hati, dah menangis macam apa? Jeles ke apa ke. Diamkan sahaja. Jenis aku , hanya orang yang betul-betul kenal aku dia tahu? Tapi itulah aku ni bijak menyimpan rahsia dan pandai menindakkan apa yang orang cakap mengenai apa yang aku rasa. Kalau orang cakap itu ini, aku ? dengar jelah walaupun macam nak berlari dari tempat itu. Arghhh.. tak guna buat hati sedihkan. Tak guna juga buat hati menangis. Tak guna buat hati merana. Apa aku buat? Aku neutralkan balik. Walaupun tak senang nak neutralkan apabila ada hasutan dari fikiran dan ketika itu aku berperang. Berperang dengan diri sendiri. Kalau aku bangun , orang akan perasan. Jadi aku buat tak tahu jelah. Positifkan diri sendiri :') Dan aku percaya kepada DIA atas apa yang terjadi selama ini kepada aku. 
Di setiap apa yang aku lalui ada ceritanya yang tersendiri. :')


 Pernah terfikir kau akan sampai sehingga ke tahap ini? Menjadi seorang yang kuat untuk menempuh halangan. 
Pernah kau terfikir tentang semua yang kau miliki selama ini? 
Pernah kau terfikir setelah kau bertahankan apa yang kau inginkan, akhirnya kau dapat?
 Pernah kau terfikir tentang kesabaran kau dalam menempuh segala yang harus kau lakukan? 
Pernah? Iya, aku pernah. 
Di situ , satu persatu rasa syukur yang tak terhingga kau akan titipkan kepada DIA. :") 
Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan :') 


Dari kau bayi sampai kau dah besar panjang dan mungkin tak lama lagi dah jadi isteri orang lepastu kau akan bersama pasangan kau menghadapi hari-hari mendatang seterusnya ada anak sendiri... Ada menantu, ada cucu dan blalala.. perjalanan hidup di dunia.... Boleh tak aku nak minta satu je,
 

"JADI SESEORANG YANG TERBAIK UNTUK DIRI AKU DAN KITA MELANGKAH BERSAMA-SAMA MENUJU KE SYURGA, TEMPAT KITA DULU."


Kalau boleh aku nak buat novel sendiri tentang kehidupan aku dari aku bayi sampailah aku dewasa. Dan yang pasti aku tetap akan menjadi diri aku sendiri dan CAHAYA BERSINAR KEKUATAN DAN KEMULIAAN terus aku genggam untuk melalui  kehidupan ini. Nama yang di berikan untuk aku dan nama itulah yang telah ditetapkan aku sejak aku belum dilahirkan. :) Iya, aku akan menjadi seperti itu yang sentiasa bersinar, kuat dan mulia. Moga Allah permudahkan segalanya :) InshaAllah.. Aamiin. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright ©2015 Label : Freebies | Design by Mastura Aziz