Jumaat, November 06, 2015

Rindu dalam diam

Aku tak pasti apa yang terjadi.
Rindu dan sayang
Bercampur aduk menjadi satu
Usah tipu diri sendiri
Merana nanti
Aku rindu dia sangat
Rindu itu tak mampu aku ungkap
Lihat dari jauh sahaja
Mendoakan kesejahteraan dia selalu
Walaupun dekat tetapi rasa jauh
Walaupun sentiasa berjumpa tetapi sukar untuk berkomunikasi
Bagai orang asing antara satu sama lain
Rindu itu tetap menebal.
Tipulah tak rindu pada mereka yang membuatkan aku bahagia.
Khabarkan kepada mereka yang aku rindu,
Bahawa aku terlalu rindu mereka
Tidak mampu berkata-kata saat berjumpa,
Lirik mata hanya memandang sepi,
senyuman indahnya penyejuk hati,
Ketawanya sebagai penghibur hati.
Usahkan membiarkan diri merana,
Kecapi kehidupan dengan gembira.
Rindu aku hanya Dia yang tahu.
Sampaikan kepada insan itu bahawa aku terlalu rindu kepadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright ©2015 Label : Freebies | Design by Mastura Aziz